Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah, sedar tidak sedar sudah berakhir tahun 2011 dua hari yang lepas. 12 bulan bersama adalah satu tempoh yang cukup panjang dan banyak pengalaman baru, cerita baru yang tercipta pada tahun lepas. Alhamdulillah.. semua adalah anugerah yang diberikan oleh Allah. Tidak akan berlaku walau satu pun perkara tanpa keizinan dariNYA.
Saya masih teringat pertanyaan kepada diri sendiri pada 1 January 2011 yakni setahun yang lepas. “Siapa saya pada 1 Januari 2012 dan apa yang akan saya capai setahun selepas ini?”. Dan sekarang saya memiliki jawapan tersebut. Biarpun ia tidak seperti yang digambarkan, namun ia tetap meninggalkan kesan yang hebat. Ya, jawapannya saya peroleh 2 hari yang lepas.
Untuk diri sendiri, pada tahun 2011, saya dari Kuala Lumpur, berhijrah pulang ke Kelantan untuk bermula dari “ZERO” kembali membina rangkaian di pantai timur, daripada tidak punyai kumpulan sekarang memiliki sahabat seperjuangan pemburu impian yang benar-benar hebat memiliki impian yang menggunung. InsyaALLAH mereka adalah team yang hebat dan mereka jugalah yang akan menjadi salah seorang JUTAWAN pantai timur sebelum atau pada 31 Disember 2013!
Buat Edata Network tercinta, perkembangannya saya dapat rasakan cukup hebat. Daripada seminar yang berlangsung hanya di Kuala Lumpur sekarang sudah di bawa masuk ke peringkat “regional” masing-masing (KB dan KT), dari melakukan program-program di hotel-hotel berkembang menjadi sebuah pejabat sendiri di Kota Bharu, daripada tiada yang tempat untuk berkumpul, sekarang sudah ada di dua lokasi, daripada terlalu bergantung kepada leader sekarang sudah lahir beberapa leader baru yang sama-sama memegang panji kebanggan untuk membawa satu suara keaarah kejayaan dan pelbagai lagi . Syukur alhamdulillah atas nikmat Allah. 2011 cukup menguji tetapi memberi 1001 kenangan yang tidak akan dilupakan.
Teringat kata-kata Sifu Tn Haji Imran Hadi, setiap perkara yang datang ia bukan MASALAH, tetapi CABARAN. Ya, ia hanya cabaran dan cabaran ini adalah rempah ratus kejayaan.
Persoalan yang lebih penting bukan lagi melihat tahun 2011, bukan juga melihat 2012, tetapi melihat adakah biji benih yang bakal disemai pada tahun 2012, dapat dituai hasilnya setahun dari sekarang yakni 2013?
“Siapa aku setahun dari sekarang?,siapa kita setahun dari sekarang?”
Segalanya bermula hari ini. “It is NOW or NEVER, It Is NOW for FOREVER”.
Siapa kita pada 1 Januari 2013?
{ 0 comments }
