Archive for August, 2008

Membeli Produk Informasi Di Internet : Adakah Berbaloi?

Salam dan hello para usahawan malaysia! :)

Sebelum FG meneruskan dengan post kali ini, FG ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan ke-51. Merdeka! Merdeka! Merdeka! (teringat masa sekolah, penah lead untuk sebut merdeka! merdeka! masa ambang merdeka 2004. hehe…)

Baiklah, pada kali ini, FG ingin bertanya satu soalan kepada para pembaca sekalian.

Adakah kita akan membeli produk informasi yang dijual di internet (terutama berbentuk ebook atau vdeo tutorial) untuk kita belajar cara-cara melakukan bisness internet dengan betul?

Kebanyakan produk-produk ini, biasanya dijual dari range RM30-RM80 bergantung kepada kualiti dan ‘kedahagaan’ para pembeli terhadap produk informasi tersebut. Kebanyakan produk informasi yang terdapat dalam pasaran internet di Malaysia adalah produk informasi yang berkait rapat dengan menjana/memperoleh pendapatan melalui internet. dengan kata lain, cara buat duit dengan internet. Yup. mengapa produk buat duit ini popular? ini disebabkan, ramai di antara kita ingin mencari duit, dan duit adalah KUASA besar didalam dunia.

Tetapi, persoalannya ialah, adakah kita sangsi untuk membeli produk-produk ini di internet? adakah ia dapat membantu kita memendekkan learning curve kita dalam ‘exproration’ dunia perniagaan internet ini?

Bagi FG, anda perlu memiliki produk-produk seperti ini bagi menjamin kelancaran anda melakukan bisness internet anda. ya, FG akui, kadang-kadang2, ada sesetengah produk sangat mahal dan ada sesetengah daripada kita tidak mampu untuk memiliki nya. (seperti pelajar yang tidak mempunyai pendapatan lagi). Nasihat FG, carilah yang mampu anda miliki dan ia berbaloi.

Produk2 informasi di malaysia masih lagi di datangkan dengan harga yang berpatutan berbanding dengan harga yang berada di pasaran ‘luar’.  Kenapa? kerana, kebanyakan produk informasi ini dalam currency US dolar dan ia 3 kali ganda dari harga di malaysia. Katakan, kalau untuk pasaran malaysia, harga bagi satu produk adalah RM50. Tetapi, untuk informasi sama anda dapati ia dijual dengan harga $50. iaitu RM150++!

Satu lagi kelebihan kita membeli produk-produk ini supaya learning process kita dapat dipendekkan. Cuba bayangkan,  untuk belajar pelbagai cara perniagaan internet yang ada, anda memerlukan masa yang sangat lama. mula- mula proses belajar, kemudian, proses untuk merialisasikan nya, proses mempromosi, dsb. Pokoknya, ia akan memakan masa yang sangat lama dan melalui cara membeli ebook atau produk informasi ini, ia dapat mempercepatkan kefahaman anda dalam perniagaan internet ini.

Bimbang ia tidak berbaloi? Usah gusar, basic principle is, kita perlukan pelaburan untuk mendapatkan sesuatu yang lebih besar. jadi, berbelanjalan RM50 untuk menggenggam RM50,000 kelak! :)

Bersedia Untuk Menjadi Usahawan Internet Berjaya?

Salam dan hello semua! :)

Hampir 8 hari FG tidak update blog ni! kemana menghilang?

Pertama kali FG memohon beribu kemaafan atas kelambatan FG ‘mengupdate’ post. Ini kerana kerja2 universiti dan projek2 sampingan yang sangat banyak sehingga kadang-kadang memakan masa yang amat lama. dan ditambah dengan masalah kesihatan (batuk yang teruk 2,3 hari ni)

Apa pun, disebalik kesibukan dan kesihatan yang tidak mengizinkan, FG sempat menghadirkan diri untuk mengikuti konsert Nabil raja lawak semalam secara live di tapak Convo Fair Universiti Teknologi Petronas terchenta :D

Persembahan mantap dari nabil dangan isu-isu yang dibawakan sangat relevan sampai kadang-kadang singgah di batang hidung sendiri :D

Satu cerita yang FG rasa sungguh dalam yang disampaikan oleh nabil. Dalam lawak-lawak yang disampaikan, ada motif dan sungguh bagus! (even dier pandai berbahasa english!).

baiklah, cerita nya berbunyi, suatu hari, 3 sekawan mahu pulang ke rumah selepas balik dari satu tempat. nak dijadikan cerita, rumah yang mereka tinggal berada di tingkat 66 dan pada masa yang sama, lift yang slalu digunakan rosak. maka naiklah mereka dengan tangga………..naik punya naik punya naik, nk dipendekkan cerita, sampai sahaja di depan rumah, si nabil ni cakap, “eh, korang nk tau perkara sedih x? aku tertinggal kunci rumah kat tingkat bawah!!!!!!” aduhai~ itulah yang terjadi selepas mereka ‘mendaki’ anak tangga untuk ke rumah mereka di tingkat 66. :D

Moral of the story is, kita ibaratkan tingkat 66 adalah tingkat/tahap yang mana kita telah berjaya dengan hebat. namun, kita telah tercicir sesuatu yang sangat-sangat penting yang kita tidak ‘perasan’ semasa ingin mula ‘mendaki’ untuk mengecapi kejayaan.

Kerana itulah, sesetengah manusia atau dalam konteks kita ibaratkan sebagai usahawan internet, jika tidak bersedia SECUKUPNYA, mungkin, apabila kita berada di kemuncak kejayaan, kita harus berpatah balik kepada kosong kerana ada ’sesuatu’ yang tidak lengkap yang telah kita cicirkan di awal permulaan dahulu.

Nasihat FG, lakukan sesuatu dengan berhati-hati, tidak gopoh, dan pastikan semua di dalam keadaan baik. jangan rosakkan satu kejayaan kerana satu masalah kecil yang tidak diselesaikan di permulaan langkah sebagai seorang usahawan internet!

Biar lambat, asal selamat! :D


Usahawan Internet FIt Atau Tidak

salam dan hello semua! :)

post kali ini agak ’seram’. so, fasten your seatbelt now.

Cakap pasal orang yg buat business internet, ramai yg berpendapat, dier ni sure dok depan comp dan makan tiap2 hari. tak ada excersize nk bakar lemak2 yang terkumpul under skin. sure diorang semua agak tidak fit atau ‘gemuk’? hehehe.. (jgn terasa ye!) basically, FG nak menerangkan ‘keadaan sebenar’ adakah betol atau tidak kenyataan mereka2 di luar sana. JAWAPANNYA ADALAH… tidak betol sama sekali! :D

yup, mmg basically, ramai IM (internet marketer) kite di malaysia memiliki body shape yg “menarik” :D (seperti FG jugak) tp, tidak kurang yang memiliki potongan badan yang mengiurkan. taf2 semuanya.(wah, mengiurkan)

mungkin FG sendiri, dulu, semasa sekolah, ok la. badan pun x derk la besar. biase2 saja. tp, disebabkan kerajaan tidak bagi can pg PLKN masa itu, kerja2 yang dilakukan tidak berapa banyak dan itu mungkin menyebabkan kadar metabolisme berkurang dan masa itu lah lemak2 berkumpul.tapi, jangan risau.. setakat hari ini, sesi ‘membuangnya’ sedang hangat di jalankan.jom bersenam bersama FG! :D

Biasanya, Internet Marketer lebih cenderung untuk duduk di hadapan comp, melakukan kerja2 online dari pagi sampai ke malam. tanpa henti, tanpa rehat. keadaaan ini boleh mendatangkan sindrom lain pun. Jaga2 ya rakan2 IM. takot susah di kemudian hari.

FG pada akhir julai lepas, sempat mengikuti satu summit atau pun forum di pan pacific anjuran UTP sendiri. Seorang speaker dari pertubuhan farmasi ada memberi talk dan di dalam ucapannya, ada menunjukkan satu graph, as we go along, umur makin meningkat, duit makin bnyak, tetapi kesihatan makin merudum. tgok, carta nya seolah2, inversly proportional ataupun berkadar songsang. duit banyak, kesihatan turun. dan, take note, sampai satu masa, bila kedua2 line ini bertemu, kita mungkin tidak sempat lagi untuk menikmati semua kemewahan kita.beware! ini fakta!

kalau pada awalnya, kita bekerja untuk duit, tetapi, jika kita tidak menjaga kehidupan kita, kesihatan kita, akhirnya, duit akan “bekerja” untuk kita, bg memastikan ‘nafas’ kita berterusan.

sekarang kita nampak kan? untuk menjadi seorang internet marketer, kita tidak boleh abaikan kesihatan kita. kalau kita buzy sekali pun, ringan2 kan lah badan untuk bersenam. “30 minit setiap sesi… dalam seminggu.. hanya 3 kali” mesti ingat lagu tu kan? :)

Sorry again kalau ada IM kita terasa. ni adalah renungan kita bersama. sbb FG pun berada dalam ‘zon tidak selamat’ act.

So, berusaha! (berusaha untuk hensem kembali) :D

jumpa lagi lain kali

sorakkan emosi!!


Panduan Menjadi Blogger Terhebat Dilancarkan!!

Salam dan Hello semua pembaca budiman! :)

Hari ini FG tidak berhasrat untuk menulis panjang. Tetapi hanya mahu mengumumkan satu ebook terbaru yang FG baru hasilkan. “Panduan Menjadi Blogger Terhebat”.

Nampak tak ecover yang terpampang tu?  itu adalah rupa ‘kulit’ depan panduan menjadi blogger terhebat. menarik bukan? (belajar sendiri buat. Rupanya ada bakat!)  :D

Panduan ini FG hasilkan bertujuan untuk memberi bimbingan kepada rakan-rakan blogger baru atau lama untuk sama2 menghayati dunia blogging (wah, menghayati ke? ) Step by step yang di tonjolkan adalah besesuaian dan mudah untuk di fahami.

Bagaimana untuk mendapatkannya? Mudah sahaja. Cuma isikan nama dan alamat emel anda di dalam kotak yang disediakan. (pastikan emel anda valid ya. kalau tidak melepas :D ) Selepas itu, satu kotak download akan muncul. Hanya klik dan ebook ini akan menjadi kepunyaan anda. FREE OF CHARGE!! tidak perlu bayaran walau sesen. :) (itu yang bestnya)

Tambah lagi, anda diberikan 100% kebenaran daripada FG untuk menyebarkan laporan ebook ini kepada sesiapa sahaja yang anda rasakan berminat. No restriction. FG tidak akan saman anda jika anda menyebarkan buku ini!  :) Jika anda berhasrat untuk copy ebook ini, boleh dengan syarat, sertakan sekali URL ke website ini iaitu www.fahdighazali.com

Segala usaha yang FG lakukan selama 2,3 hari nampaknya membuahkan hasil. Diharap ia dapat membantu kita semua! Selamat membaca! :)

Business Partner, Siapa dan Bagaimana

Salam dan Hello dari FG! :)

Masih mencari2 partner untuk business anda? :) bagus2, itu menunjukkan anda komited untuk melakukan business internet. Tapi, apa significat ada businees partner kalau kita nk memaksimumkan profit kita? baik kita buat seorang, so, semua keuntungan kita kaut sendiri 100%

Itu, bg FG salah satu tanggapan salah dalam dunia perniagaan. mmg tidak dapat dinafikan, ada orang ‘boleh’ melakukan semua nya sendiri. tetapi, FG boleh katakan, proses business nya akan jadi sedikit lambat atau lagging.Cuba bayangkan, satu kerja, kita lakukan seorang, berbaning lakukannya berdua atau by group. sure lagi cepat kan?senang kata, kita boleh cut banyak proses. devide keje kepada beberapa part. seperti contoh, bahagian kerja2 mereka dan menulis dan satu devision lagi bahagian pemasaran dan promotion. ha, kan senang tu. kalau lakukan seorang, dari A to Z, FG rasa, dalam setahun pun belum tentu siap! tambah lagi dengan keje2 peribadi yang lain. agak memenatkan bukan? :D

pasti kita kadang2 merasa putus semangat kan? aaaahh, ssh betul nk buat benda ni. lastly, kita end up jadi malas dan projek tersebut tidak menjadi. cuba bayangkan, partner anda ni jenis yg motivated, suka wat kerja2 business, dia pasti akan jadi booster anda untuk lebih maju rather than, putus angin dalam melakukan sesuatu benda di tengah jalan! ‘booster’ orang putih kata :D

Satu cadangan yang FG ingin beritahu, dalam memilih business partner, cari lah yang betul2 berminat dalam perkara yang sedang anda usahakan.  jika tidak, kesungguhannya hanya separuh jalan. kejap je. ‘hangat2 tahi ayam’ jadinya. awal2 nk buat itu, nk buat ini, last2, semua tidak menjadi.

Ada contoh seorang member FG, (sesiapa yg berkenaan jgn marah ye.hehe) dier mempunyai seorang business partner. Bila projek tu dah hampir menjadi, dier tarik diri. Sakit bukan kalau mcm tu. kita sendiri tidak senang hati. awal2 beria, biler website dah siap, product dah ada, tarik diri meninggalkan kita. ish2…

Business partner juga, bg pendapat FG, tidak terhad bg seorang sahaja. mungkin anda boleh mencari seorang, 2 orang, terpulang. Sebagai contoh, jika kita mahu menerbitkan satu ebook mengenai adsense, kita cari seorang yg mahir dalam adsense, dan buat JV dengannya. dan pada masa sama, kita mahu menjual iphone di ebay, cari seorang rakan yg mahir dan tahu mengenai dunia ebay. mudah saja bukan? :)

Tp, incase anda masih mencari partner dan masih belum menjumpai, FG ada tawaran hebat! jika anda mahu kan partner, FG tidak keberatan. just come out with a brilliant idea, then, kita discuss!  tak ada masalah :D

chance will not come twice! hehe..

selamat mencari partner business anda!!

sorakkan emosi!! :D