Archive for October, 2008

Cerita Manusia Bekerja

Salam dan hello pembaca budiman!

Sedar tidak sedar dah dekat 20 hari kita beraya ya. Mood pun masih dalam perayaan lagi. Yelah, kan raya ni 30 hari setahun. Sebulan tu.. tu pun kalau anda puasa penuh ya. Setakat ni alhamdulillah..

Di hari raya ini, saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda. Sekadar luahan perasaan. :D

Selalukah anda melihat pekerja2 yang bekerja keras di mana2 tempat? tidak sempat duduk pun. Masa dibebani tugas2 dan kerja yang cukup padat. mengah kita tengok. Kalau lah kita berada di tempat mereka, apakah perasaan kita? Puas atau tidak? atau kita kecewa?

Baiklah, sebelum ini, FG pernah bergelar ‘pekerja’. ya, pekerja di sebuah stesen minyak berdekatan dengan rumah. pastinya PETRONAS (promote sket) hee.. Tapi, bukan pasal kerja yang FG nk banggakan disini. Tapi, adalah, sikap rata-rata dari kita yang langsung tidak menghargai pekerja-pekerja yang seperti ini. Bagi mereka, orang yang hanya bekerja di stesen-stesen minyak, pasaraya, dll adalah tidak setanding. Terutama bg meraka yang agak ‘loaded’. (bukan semua, tetapi, segelintir BESAR) kenapa BESAR? kerana… boleh disimpulkan, kalau dalam 10 kereta yang datang untuk isi minyak, (bg kes stesen minyak) dalam 3 orang sahaja yang bertimbang rasa.

Satu cerita, semasa FG bekerja, ada seorang budak perempuan anak yatim dari sekolah anak-anak yatim di KEDAH kalau tidak silap. datang mahu mengutip derma untuk pondok sekolah mereka. Take note, mereka bukan datang hanya meminta, tetapi cuba untuk MENJUAL sesuatu iaitu CD lagu nasyid mereka. Mereka berada si stesen minyak tu lebih kurang 7 jam dari pukul 10 pagi. Dipendekkan cerita, satu kereta masuk untuk mengisi petrol.

Nampak saya pam no 4 kosong, mereka masuk dan park. Di kelantan, ketika itu masih belum menggunakan sistem layan diri. So, kebetulan, FG yang jaga pam tersebut. “berapa cik?” RM50.pap! tutup pintu kereta. dan pada ketika itu anak yatim tersebut datang dan memberi salam. dicubanya sehingga pam menunjukkan RM1 hingga RM50! tidak dijawab. Dah la cermin kereta hitam pekat. tak nampak. Dah cik, dibuka pintu kereta, dihulur RM50, pergi begitu sahaja.

Apa jadi dengan budak tadi? Menangis.

So, apa yang anda fikirkan? mmg manusia berlainan, tetapi, walaupun kita tidak suka akan sesuatu, sekurang-kurangnya, senyum dan tolaknya dengan baik. Nikmat ALLAH kita tidak tahu sampai bila.

Banyak lagi pengalaman yang FG dapat semasa bekerja. Ingat, untuk kita menjadi bos dalam perniagaan kita, sekurang-kurangnya, rasailah bagaimana rasanya bekerja dahulu. Anda akan memahami perasaan anak buah anda.

Selamat berjaya!

FahdiGhazali

Selamat Hari Ghayoo!!




Assalamualaikum.

Wah, satu hari di hari raya, ku lihat wajah bersinar indah, langit cemerlang tak terkira, tanda kuasa yang maha esa.. memberi nikmat pada manusia. amacam? best x FG nyanyi. adeh, karang ujan hari raya ni :D

amacam, dapat banyak duit raye kakak2 abang2? ke kita yang terpakse memberi duit raya? kalau betol, naseb badan laa.. anda sudah sedikit ‘berumur’ lah kalau mcm tu. (FG masih dapat jugak duit raya. tak sangka!da beso2 ni. dapek jugak rase. haha.lepas la duit makan seminggu) :D

pertamanya, di hari raya ni, FG nk meminta maaf seribu kemaafan atas segala kesalahan yang telah FG lakukan. tidak kira la, sedar atau tidak. kadang2 kita sendiri tidak sedar kalau kita dah lakukan kesalahan sehingga ada orang laen yang bagitau kita. So, mintak maaf eh. jadi blogger ni, kita ikot sedap kita sahaja. main tulis aja tanpa pikir apa kesan kepada orang laen. alhamdulillah.. FG rase, so far, blog FG masih terhindar dari apa2 masalah yang dapat menimbulkan marah orang laen. dan FG akan terus kekalkan macam ini. InsyaALLAH. :)

kepada rakan2 yang laen, kalau yang ada bg SMS, insyaALLAH FG akan balas. bukan tak mahu balas. banyak sangat! hanphone 2,3 hari ni x berenti masok. nk reply pun amik dalam 2,3 minit baru boleh send. sbb coverage jemmed! maxis, celcom, tingkatkan mutu perkhidmatan anda! mujur line tepon x jadi accident. haha

akhir kata, sama2 kita bermaafan di hari raya ini. nnti kalau nkduit raya, hold dulu ye. tunggu FG keje dalam masa 2 taun lagi. x pun tunggu je FG kawen. (huhu.. bile la)

assalamualaikum. selamat hari raya, maaf zahir batin :)