Perniagaan Internet | Usahawan Muda Berjaya | Isu Semasa | SOHO | Motivasi Pelajar Malaysia

Perniagaan Internet | Usahawan Muda Berjaya | Isu Semasa | SOHO | Motivasi Pelajar Malaysia


Archive for December, 2008


Siapa Kata Melayu Melayu Mudah Lupa? 1

Posted on December 25, 2008 by fahdi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!

wah, tajuk blog yang kontroversi! panas-panas….

“melayu mudah lupa”

itu ungkapan bekas perdana menteri kita yang kita sanjungi, Tun Mahathir Mohamad. Satu ungkapan yang sinonim ditujukan kepada bangsa Melayu di malaysia. 

sememangnya, di malaysia khususnya, kebanyakan bisness dan perniagaan, dipelopori oleh kaum cina dan hanya segelintir orang melayu yang mempunyai kesedaran untuk melakukannya. 

Apa yang FG nampak, kebanyakkan, suka dengan comfort zon yang mereka ada. Apa itu erti ‘comfort zon’? 

“alah.. x pelah. aku dah suka keje ni. makan, pakai cukup dah la. buat ape nk wat bisness-bisness ni?menyusahkan diri.penat nk mula. xpe-xpe, ajak orang lain”

ataupun…

“haha.. wat bisnes ape ni? aih, boleh ke maju bisness ni? macam tak ada orang nak beli je dari kau. baik kau stay je dengan keje sekarang. ok ape?”

sound familiar ayat-ayat diatas? :D (mungkin anda sendiri selalu menyebutnya)

yup, itu yang selalu di ucapkan oleh ‘orang-orang’ kita hal yang berkaitan dengan perniagaan terutamanya. ish..bila kita mahu maju kalau begini ceritanya?

Tapi, di sebalik melayu mudah lupa, saya nampak satu spirit yang segelintir melayu ada. ya, ’spirit’ ini sukar diterjemah ke dalam bahasa atau karangan semata-mata. tetapi, ia memerlukan pemerhatian kepada alam sekeliling yang mana mampu mengajar kita erti sebenar senario yang berlaku. 

janganlah dijatuhkan hukum jika hanya setengah pihak sahaja yang bersifat ‘agak pelupa’. Sebaliknya, perhatikan kumpulan minoriti yang mampu untuk berjaya dan jadikan ia sebagai bench mark kita untuk mulakan apa yang telah kita ketinggalan. 

Saksi paling ‘exclusive’ untuk kita jadikan perantara bahawa bangsa melayu sememangnya berkebolehan adalah syarikat malaysia yang kita banggakan. PETRONAS.

Saya bukan omong kosong. sejak saya mengikuti program praktikal ni petronas, saya dapat melihat satu suasana kerja orang-orang yang diaggap lemah dan ‘cepat nyanyuk’ ini.

Rupanya, ‘mereka’ adalah bangsa yang kuat . boleh dikatakan hampir 80% pekerja di tempat saya merupakan bangsa melayu. Engineer, kontraktor, pihak pengurusan,mereka bekerja, berfikir, dan menyelesaikan masalah selaku seorang yang professional dan bukan seperti yang kita slalu uangkapkan. Melayu mudah lupa…

masakan, jika tidak diusahakan dengan baik dan betul, PETRONAS tidak akan setanding dengan entiti konglemerat minyak dunia seperti sekarang. 

jadi, ayuh, marilah bangsa ku. keluar dari belenggu yang kita sendiri cipta sejak berpuluh tahun yang dulu. kita cuba lepaskan dan mulakan dengan langkah baru. jangan jadikan ia sebagai sisi gelap yang meranapkan seluruh perjuangan orang terdahulu dan yang paling penting anak cucu masa hadapan.

fahdi ghazali

yang sedang bangkit dari sisi gelap!

p/s: supervisor saya is a chinese women dan saya suka beliau. really hardworking! (and baik giler) plus, shes also a utp student sebelum ini. please give me 4 flat miss wee :D

Artikel lain untuk kepuasan anda

Mencuba Sesuatu yang Lain Dari Yang Lain! 2

Posted on December 20, 2008 by fahdi

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca budiman FG.com

Semalam merupakan minggu ke tiga saya berada di kerteh untuk program praktikal. masih ada 7 bulan lagi untuk menghabiskan sisa hidup di kerteh. (amat bosan disini. haha)

walaupun begitu, saya sempat meluangkan masa untuk menonton satu filem melayu yang sedang galak di tayangkan di pawagam seluruh m’sia yang juga merupakan filem yang mencetuskan perubahan dalam dunia perfileman melayu dan yang pastinya, filem ini boleh buat duit! 

cuba bayangkan, pada sekual pertama sahaja filem ini mampu meraih sehingga RM 6 juta dan merupakan antara filem melayu yang paling berjaya dan mengatasi kutipan pecah panggung setanding dengan filem-filem antarabangsa yang lain. 

CICAKMAN, filem yang digarap oleh seorang pemuda yang pada kita, file ini impossible untuk dilakukan kerana ‘it is beyond our limit’. mana limitation nya?  kekuatannya adalah pada genre cerita yang berbeza. bukan kisah cinta yang mati sana, putus sini, bukan juga cerita sosial kebanyakan masyarakat malaysia, tetapi, superhero yang bertimbang rasa, dan sanggup berkorban untuk orang lain walaupun diri sendiri terkorban. 

ada lagi, teknik CGI. setahun lepas, semasa cicakman1, FG sempat mengikuti sesi taklimat oleh KRU production mengenai teknik CGI yang di adaptasi di dalam filem ini. apa yang FG tertarik, yusri yang tanpa sebarang ‘background’ di dalam area CGI, mampu untuk menghasilkan sesuatu yang di luar ‘rakyat MALAYSIA’ mampu. 

memang di akui, masih banyak kelemahan yang ada di dalam filem ini, tetapi, apa yang kita harapakan, biar ia bermula dari zero, lama-lama, ia mampu di garap menjadi sesuatu yang kita dapat banggakan. 

cuba bayangkan, jika dulu, kita fikirkan kita tidak mampu menghasilkan kereta nasional sendiri, pastinya, sekarang, tidak ada pesona yang anda semua banggakan. jika dulu, kita asyik mengkritik hasil usaha orang lain, tidak akan wujud petronas yang mampu menyumbang kepada hampir 40% ekonomi negara. dan jika dulu, kita asyik mempertikai felda yang di ilham oleh dato’ abdul razak, mana mungkin kita menjadi salah sebuah negara pengeluar minyak sawit dunia. 

fikirkanlah.. segala nya bermula dari setapak langkah yang lain dari yang lain dan tanpa menghiraukan komen orang yang ’super jelous’ dengan apa yang kita lakukan. Nasihat FG, go for it dan biar mereka saksikan, siapa diri anda sebenarnya tatkala di mercu kejayaan.

fahdi ghazali,

superFG (haha)

Artikel lain untuk kepuasan anda

Facebook menjadikannya billionaire! 4

Posted on December 09, 2008 by fahdi

Salam hormat pembace budiman!

Sekali lagi kita bersama-sama dapat menyambut Hari Raya Aidiladha. Jadi FG ingin mengucapkan selamat hari raya pada semua para pembaca yang beragama islam. Bukan ‘hari’ itu yang penting, tetapi, makna di sebalik perjuangan ‘hari’ raya ini adalah yang perlu kita ambil iktibar. :)

Jadi, jom, untuk lebih memotivasi kita di hari raya ini, kita ikuti satu ‘fenomena’ baru dunia internet masakini. “Facebook”. Siapa tidak pernah dengar, pendek umur! :D (haha)

Dalam 2,3 hari ni, saya banyak menghabiskan masa untuk menilai dan meneroka keistimewaan facebook di mata ramai orang terutama remaja sehingga sanggup menghabiskan masa berjam-jam di hadapan computer. Pandangan awal saya, “alah, sama macam friendster dan myspace kot”.

Saya cuba melihat lagi dari segi lain, iaitu dari segi bisness, adakah boleh di manafaat atau tidak facebook ini? Selain dari hanya mengumpul kawan, saya dapati, banyak aplikasi mantap yang dapat di gunakan jika ‘kena dengan caranya’. 

Namun, apa yang menarik minat saya, adalah kisah di sebalik kejayaan facebook ini. Ia bukan dicipta oleh syarikat gergasi internet seperti google, yahoo dsb, tetapi hanya berasal dari seorang pelajar universiti yang menciptanya semata-mata untuk membina jaringan antara rakan-rakan.

Facebook pada awalnya dibina oleh seorang pelajar university terkenal dunia, havard university. Mark Zuckerberg.Dilahirkan pada May 14, 1984,beliau merupakan seorang computer programmer telah mencipta dan melahirkan facebook bersama teman-teman jurusan sains computer. Turut bersama adalah rakan sebilik beliau Dustin Moskovitz and Chris Hughes. Selaku CEO facebook, pada tahun 2008, majalah Forbes (Forbes Magazine) telah mengishtiharkan beliau sebagai  youngest billionaire on earth and possibly the youngest self-made billionaire ever” ( billionaire termuda di dunia) dan jumlah pendapatan bersih adalah sebanyak $1.5 billion USD    

Rakan-rakan, banyak lagi kisah kejayaan di sebalik facebook dengan nilai berbilion dolar amerika. tidak hairan jika saya katakan, pada awalnya, domain facebook adalah thefacebook.com. Tetapi, dengan jumlah pendapatan yang banyak, domain baru telah dibeli dengan harga $200,000 dan seperti yang dapat dilihat sekarang, ‘the’ di awalan domain sudah tidak kelihatan.

Tidak keterlaluan jika FG cakap, kadang-kadang, rezeki kita tidak tahu datang dari mana. Bermula dengan suka-suka, facebook akhirnya menjadi kegilaan ramai dan menjadikan si pemiliknya billionaire sekelip mata. 

yang benar,

FahdiGhazali

yang gila facebook (sekarang!) :D

 

p/s: pakcik saudara saya ada bercerita bagaimana seorang budak kelantan yang buta computer, belajar sedikit trick animation dari kawannya yang belajar di univesiti limkokwing dan akhirnya berjaya menjadi jutawan. bagaimana? tunggu…

Artikel lain untuk kepuasan anda

Related Posts with Thumbnails
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes


↑ Top