Perniagaan Internet | Usahawan Muda Berjaya | Isu Semasa | SOHO | Motivasi Pelajar Malaysia

Perniagaan Internet | Usahawan Muda Berjaya | Isu Semasa | SOHO | Motivasi Pelajar Malaysia


Archive for January, 2009


Dulu Dan Sekarang… 0

Posted on January 18, 2009 by fahdi

Salam dan selamat sejahtera! :D

sempat lagi saya menulis di blog sebelum pergi kerja. haha

Hanya sedikit perkongsian, (berazam untuk update setiap hari walau post pendek. insyaALLAH. yang penting untuk bacaan dan renungan semua  :) )

gas-joke6

 

menarik bukan kartun ni? ia simple, tetapi maksudnya mendalam.

jika dulu, kehidupan amat-amat susah, tetapi, susah untuk mendengar orang ‘complain’ atau merungut, tetapi sekrang, walau kehidupan sudah senang, maju, komplain pula menjadi-jadi.

itu proses timbal balik yang akan kita dapat.

sekian utk kali ini.

fahdi ghazali

yang jarang sekali komplain (hopefully :D )

Artikel lain untuk kepuasan anda

Barangan Paling “HOT” di Pasaran 1

Posted on January 13, 2009 by fahdi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua! :)

Sudah agak lama saya tidak menulis hal berkaitan perniagaan internet. Asyik-asyik cerita motivasi sahaja. 

Sejak kebelakangan ini, (malah sudah beberapa lama) saya dapat melihat satu perkembangan menarik di dalam senario perniagaan internet di Malaysia. Apa yang menariknya? 

Sebelum itu, suka saya ingatkan, jika post ini berbaur sedikit 18sx (hehe :D ), maafkan saya, kerana ia hanyalah sekadar perkongsian semula jadi. Ia bertujuan untuk memberi maklumat dan pengetahun kepada semua. Tidak ada tujuan yang lain. 

Baiklah, apa yang menarik perhatian saya sejak kebelakangan ini adalah,bersangkut paut dengan niche yang dipilih oleh ramai orang untuk memulakan rangkaian maya mereka. Tidak kira ia berbentuk ebook, produk, malah perkhidmatan. Dan ia menerima permintaan yang tinggi setiap masa. Tidak bermusim.  Malah setiap masa orang akan cuba untuk mencarinya. 

Jika dulu, niche ini diaggap sebagai agak payah dan sensetif, (tambah-tambah lagi di kalangan orang melayu)  tetapi sekarang di mana-mana pun orang akan bercakap mengenainya. (terutama para remaja)

Jadi, apa niche ‘hot’ yang di maksudkan?  niche yang di maksudkan ialah niche yang berhubung kait dengan hubungan sexual diantara lelaki dan perempuan. (perempuan perempuan, lelaki dengan lelaki ya.) Bagaimana niche ini mempunyai potensi yang sebegini besar?

jawapan nya mudah sahaja. ia adalah fitrah manusia! 

tengok sahaja kopi tongkat ali yang dijual seperti contoh ali cafe. walaupun hanya sedikit sahaja campuran tongkat ali yang di adun di dalam teh, atau kopi, berduyun yang membeli. kenapa? tiket yang mereka gunakan adalah, untuk ‘menguatkan tenaga batin’.

ebook yang baru- baru ini meletup di pasaran malaysia, saya rasa anda sendiri tahu ebook apakah itu. (kalau nak tahu, klik disini  )

hasil jualan dari ebook ini tidak dapat saya pastikan, tetapi, dengar kata agak ‘menarik’.hehe..

dan jika anda perhatikan, iklan-iklan seperti di lelong.com.my dan malaysiakini.com, paling minimum, ada dua iklan yang berkaitan niche ini.

nah, jadi jelas bukan? tidak semestinya, nk berbisness ni, terutama utk bisness internet, anda hanya terkongkong untuk buat ebook, atau mencari produk-produk luar. yang penting, anda mahu, jangan malu untuk mencuba! :)

yang benar, 

fahdi

(yang fikir dua, tiga kali nk tulis post ni. hehe.. jangan fikir bukan2 ya! :D )

Artikel lain untuk kepuasan anda

Permulaan 2009 Yang Teruk! 3

Posted on January 03, 2009 by fahdi

Assalamualaikum semua! :)

Saya pasti semua dalam keadaan sihat sejahtera (kalau tidak, tidak sampai la ke blog ni.hehe)

Permulaan FG untuk tahun 2009 adalah sangat teruk! Saya hampir-hampir kehilangan laptop kesayangan. Kejadian yang saya cuba elakkan semenjak hampir tiga tahuh akhirnya berlaku juga dan ia hampir-hampir membuat diri kecewa.

Bunyinya macam serius kan? Laptop FG sebenarnya telah rosak di bahagian kipas nya. dengan kata lain, di bahagian yang cooler.Dah macam engine kapal terbang pun ada bila start computer. Nasib baik windows still dapat berfungsi dan sekarang sedang dirawat di sebuah kedai. Mr Laptop, jangan tinggal kan FG ya. Saya masih memerlukan anda! Banyak kerja yang masih belum siap ni. :D

Seteruk mana pun keadaan, kita perlu sentiasa cool dan tenang (walaupun banyak masalah yang perlu difikirkan)

Jadi, untuk tenangkan diri,saya ada satu cerita menarik untuk dikongsi bersama (its story time!)

Cerita ini berkaitan dengan seorang yang bercita-cita untuk menjadi seorang jutawan pada usia 35 tahun. Mustahil, tetapi tidak bagi dirinya dan rakan-rakan seangkatan.

selesai mendapat ijazah di dalam bidang guaman, Beliau telah berkhidmat sebagai seorang ‘lawyer’ di sebuah firma guaman. Walaupun dengan pendapatan yang sangat tinggi,beliau masih belum berpuas hati.

Dengan pendapatan yang tinggi, kebebesan kewangan mampu untuk dicapai. tetapi hampir mustahil untuk bergelar seorang jutawan. Dan satu-satunya jalan supaya target 35 tahun tercapai adalah dengan business sendiri.
Hasil daripada idea seorang kawan beliau. Seorang lelaki cina, beliau bertindak membuka perniagaan garam. Air laut yang di ambil, disejat,untuk diambil garamnya.

Tidak sempat syarikat untuk bernafas, ia terpaksa di tutup atas alasan, kerugian yang sangat besar perlu ditanggung akibat persaingan dengan syarikat-syarikat besar dari luar negara dan berikutan cuaca yang tidak menentu. Kotak-kotak garam yang di bina, akhirnya hanya tinggal takungan air.

Beliau tidak lagi putus asa. Dengan hutang yang masih banyak tidak terbayar, beliau meneruskan strategi menubuhkan dua lagi syarikat. Malangnya, syarikat itu juga terpaksa di tutup akibat masalah-masalah teknikal yang timbul.

harapan masih tinggal harapan. Akhirnya, setelah lama di belenggu masalah, dengan wang hutang yang banyak,
beliau mengorak langkah yang lebih berani dan akhirnya, kejayaan sampai ke tangan! Projek yang dibina atas tiket projek  perumahan, telah melonjakkan nama beliau dan telah menjadikan beliau seorang jutawan pada usia 34 tahun. SETAHUN awal dari apa yang dirancang!

beliau yang saya maksudkan ialah bekas menteri kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin :) syabas tun!

Jadi rakan-rakan, masih sempat lagi jika kita mahu setkan target kita
Bukan 35 tahun, mungkin pada usia seawal 30. Siapa tahu bukan?

Yang benar,
fahdi
target umur menjadi jutawan :30 tahun :D

Artikel lain untuk kepuasan anda

Azam Tahun Baru 2009 2

Posted on January 01, 2009 by fahdi

Salam kepada semua! 

Saya yakin, hari ni semua dalam keadaan yang sangat-sangat bersemangat betul tak? mana tidaknya. Semua dalam mood tahun baru. 1 januari 2009!

Alhamdulillah, syukur di panjatkan kepada ilahi kerana dengan rahmat dan umur yang panjang kita mampu untuk berjumpa dan bersua muka dengan tahun 2009. selamat datang ‘kamu’ ke dalam dunia wahai ‘09. Semoga ia memberi rahmat dan kejayaan kepada kita semua.  :D

Bagi yang muslim, saya pasti, semua bangga dapat menyambut kedatangan kembar tahun baru. Double new year! Selamat awal tahun 1430 diucapkan.Tahun baru, umur baru, azam baru, semangat baru (bini baru? owh tidak! :D )  Saya rasa, tahun ni pasti akan membawa banyak kesan positif kepada kita semua. Dengan syarat, kita mahu berubah.

Sinonim dengan dunia baru, tahun baru. Apa yang kita selalu buat. Ya, azam baru sebagai penanda aras apa yang bakal di lakukan selama setahun, 365 hari akan datang. 

Disini saya ingin berkongsi beberapa tips agar setting azam baru anda tercapai. 

Tips 1;  Review balik azam tahun-tahun sudah. adakah ia sudah tercapai atau tidak? jika tidak, mulakan semula dengan STRATEGI baru! Ingat, apabila anda bersemangat, apa-apa pun mampu untuk di lakukan! Dan sebagusnya, jika sudah tercapai, set azam yang lebih tinggi, naik setapak yang lebih tinggi. 

 

Tips 2; Jangan jadikan persekitaran kita sebagai halangan kepada apa  yang dicitakan. Ini paling PENTING. kebanyakan orang akan segera lemah apabila sampai di bahagian ini. Sebagai contoh, manusia-manusia yang mengangap usaha anda sebagai sia-sia walhal mereka mengagumi anda atas apa yang anda sedang lakukan. percayalah! Mereka mengata, mencemuh bukan apa, saja mahu melihat anda berada di takuk yang lama. lebih teruk lagi, berada di ’samping’ mereka sebagai pemalas dan ‘looser’. (wah, looser terus dibaginya! :D )

 

Tips 3; Selalu lakukan review progress yang telah di lakukan dan jika masih belum bergerak lagi dari ‘tapak lama’, usahakan juga. cara paling berkesan, cari model-model (bukan model ehem2 ya.hehe ) yang dapat meningkatkan motivasi anda. Seperti contoh, cerita tentang kejayaan tokoh-tokoh masakini ataupun terdahulu. For sure, ia akan jadi booster untuk anda. percayalah. saya sendiri pernah mengalaminya.

Sekejap tadi, saya baru sahaja berbual dengan seorang kawan mengenai hajat dan harapan tahun barunya. Hajatnya ialah, mahu membawa seramai mungkin orang pergi HAJI! wah, sangat-sangat bagus! i’ll support you. Saya pun mempunyai hajat yang sama. Kita sama-sama usahakan kearah itu ya :)

Apa pun hajat anda, dahulukan dengan berdoa kepadaNYA. InsyaALLAH, segala hajat akan tercapai dan percayalah. Doa adalah yang terbaik dari segalanya. 

yang benar,

fahdi ghazali,

yang mempunyai azam baru! 

p/s: salah satu azam tahun 2008 yang saya dapat laksanakan adalah memiliki blog.com sendiri. anda bila lagi? tepuk dada tanya hati. semoga berjaya! 

 

Artikel lain untuk kepuasan anda

Related Posts with Thumbnails
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes


↑ Top