Perniagaan Internet | Usahawan Muda Berjaya | Isu Semasa | SOHO | Motivasi Pelajar Malaysia

Perniagaan Internet | Usahawan Muda Berjaya | Isu Semasa | SOHO | Motivasi Pelajar Malaysia


Archive for February, 2009


Kisah 3up,4up,5up,6up,7UP! 4

Posted on February 25, 2009 by fahdi

Assalamualakum pembaca sekali!

Semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa ceria-ceria dalam melakukan aktiviti harian. 

Di post yang lalu, saya ada menceritakan sedikit mengenai buku yang sedang saya baca sekarang. ‘Why We Want You To Be Rich’ atau dalam bahasa melayu nya, mengapa saya mahu anda jadi kaya. 

Pandangan pertama pasti, saya mahu jadi kaya kerana;

  1. Saya mahu kebebasan kewangan
  2. Saya mahu rumah besar
  3. Saya mahu kereta besar
  4. Saya mahu isteri cantik (model siap :D )
  5. Saya mahu berikan kepada ibu bapa saya
  6. Saya mahu itu ….. Saya mahu ini…

List senarai yang saya tulis pasti akan sampai beratus-ratus malah beribu-ribu jika kita tanya, kenapa anda mahu jadi kaya? Manakan tidak, pemikiran ini adalah normal bagi orang seperti kita yang rata-rata tidak pernah merasa ‘being rich’  (termasuk saya sendiri) Namun yang pasti, reason di sebalik itu, ada yang lebih besar. Apa reason nya? tunggu di post yang akan tulis kemudian nanti (wah, dah pandai psycho sekarang :D )

Apa  yang pasti, saya akan ceritakan satu cerita yang diceritakan oleh ayah donald trump semasa beliau kecil. Tidak kenal donald trump? beliau adalah salah seorang penulis buku ’Why We Want You To Be Rich” dan merupakan seorang billionaire. Senang cerita,yang terkenal dengan apperentice, ‘your fired!’ 

apakah ceritanya? 

Saya pasti, anda kenal dengan logo di atas. Sejak kita kecil, sahingga sekarang, saya boleh katakan yang logo ini setanding dengan logo-logo air berjenama lain di pasaraan seperti coca cola, pepsi dll.

Namun, apa yang menarik perhatian saya, cerita di sebalik ‘air’ ini. 

Wujudnya jenama air ini adalah berasal daripada seorang pemuda. Beliau yang juga merupakan penggemar minuman soda berhasrat ingin menubuhkan syarikat minuman sendiri dan diberi nama, 3up! 

Kelakar bila kita mendengar 3Up. Semacam ada yang tidak kena. Dan sperti namanya,ia berkesudahan, GAGAL!

Tidak gentar dengan kegagalan kali pertama, jenama di ubah, nama di tukar ganti. 4Up! dan seperti nasib sebelumnya, ia GAGAL lagi!

Kegagalan yang nyata juga berlaku kepada 5Up dan 6Up. Serik dengan kegagalan, pemuda itu BERHENTI dari berusaha.

Nah, pada masa inilah, muncul seorang pemuda lain, yang mampu melihat potensi dan memandang jauh kehadapan, memulakan perniagaan minummannya dan ia diberi nama, 7Up! bersempena kegagalan ‘nama-nama’ sebelum ini. Dan hasilnya.. ia sampai ke hari ini.

Motifnya, walau sepayah mana hidup, setinggi mana cita-cita hendak dikejar, sebanyak mana tenaga di perlukan, ia bermula dengan SIFAT YANG TIDAK KENAL ERTI GAGAL. Ambil contoh cerita tadi, hanya selangkah lagi untuk berjaya, ubahkan satu nombor sahaja lagi, ia akan menjadi HUGE SUCCESS, tetapi pemuda pertama menolak dah berkata tidak dan akhirnya, dia hanya mampu tersenyum dan berkata, ‘kalaulah aku tidak berhenti disitu..’

Artikel lain untuk kepuasan anda

Why We Want You To Be Rich 2

Posted on February 17, 2009 by fahdi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca!

Nampaknya, sudah begitu lama FG tidak menulis di blog ini. sudah hampir sebulan lamanya dan FG meminta maaf atas kesulitan yang berlaku. Semenjak bermula praktikal, kehidupan jadi terlalu letih. Masa untuk diri sendiri sudah terlalu suntuk. Tetapi, insyaALLAH, semakin lama akan semakin bias. Alah bisa, tegal biasa (agak-agak, inilah yang dirasakan oleh ibu bapa kita.Terima kasih ibu! )  :)

Dalam kesibukan kerja yang tidak putus-putus, saya sempat lagi mencari bahan bacaan untuk bulan February. Buku ini, saya yakin, sudah ramai yang memilikinya dan sudah membacanya cover to cover. Menarik bukan? Walaupun FG baru sahaja sempat membaca 13 muka surat (baru beli semalam) sudah cukup untuk meningkatkan semangat. Intro yang digarap dengan cantik, dan imaginasi terhadap dua orang tokoh peniagaan ini secara tidak langsung membakar semangat untuk mengubah diri supaya tidak tergolong dalam golongan orang middle class, jauh sekali poor

Apa itu golongan middle class?poor? Secara amnya, melalui pandangan buku ini, manusia dibahagi kepada 3 golongan. Golongan berfikiran miskin, fikiran pertengahan, dan golongan kaya. Apa yang membezakan meraka hanyalah ‘cara’ mereka melihat dunia. Golongan berfikiran miskin, mereka hanya fikirkan akan ‘ada’ yang tampil menyediakan segalanya untuk mereka.

Jika sakit, rawatan percuma diberikan, jika tidak cukup duit, bantuan akan dihulurkan. Berlainan dengan golongan pertengahan, hidup diumpama  ‘cari pekerjaan, kerja dengan kuat, dan kumpul duit’. Duit yang diperoleh akan dilaburkan di dalam dengan harapan “tidak akan rugi” dan tidak perlu menghadapi risiko kerugian atau dengan kata lain ‘not to lose’ .

Bagi golongan kaya, mereka dikatakan active investors-expanding your means to live a great life by working and investing to WIN!

Lebih menarik tentang buku ini adalah, penulisnya, dua-dua adalah penulis buku best seller dan kedua-dua mereka mempunyai empayar perniagaan yang besar dan dikenali di seluruh dunia. Tambah lagi Doland Trump (the apprantice)

FG akan cuba habiskan buku ini secepat yang boleh. Dan jika ada sesuatu yang menarik, saya akan kongsikan di sini. (hanya ada masa malam dan waktu lunch untuk membaca)

yang benar,

fahdi

p/s: saya sudah memiliki rahsia click bank dan sedang mempraktikkannya. anda bila lagi?

Artikel lain untuk kepuasan anda

Related Posts with Thumbnails
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes


↑ Top