Perniagaan Internet | Usahawan Muda Berjaya | Isu Semasa | SOHO | Motivasi Pelajar Malaysia

Perniagaan Internet | Usahawan Muda Berjaya | Isu Semasa | SOHO | Motivasi Pelajar Malaysia


Archive for May, 2009


“Aku dulu student flop sama dengan En X.Tetapi sekarang….” 1

Posted on May 21, 2009 by fahdi

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Sudah begitu lama saya tidak update blog ini.  Mungkin kadang-kadang terlepas pandang tugas yang perlu saya lakukan untuk sentiasa memastikan blog ini terupdate. Salah yang agak besar! Jika saya katakan, saya agak sibuk semasa sedang berpraktika, itu pasti alasan yang langsung tidak munasabah. Ada orang yang sudah berkeluarga dan bekerja mampu untuk update blog hampir setiap hari, tetapi di mana anda fahdi! (saya memarahi diri sendiri. hoho. sungguh tidak cool)

Tidak ada cerita menarik yang boleh disampaikan. Ini kerana sejak akhir-akhir ini saya hanya melakukan kerja-kerja di plant dan di pejabat.Kadang kala rasa seperti minda kurang berfikir dan digunakan. Hanya fikirkan bagaimana untuk ‘merawat plant yang sudah agak usang’ hampir setiap hari. tidak mengapa, kita contribute kepada pembangunan negara! (wah, luahan perasaan)

Namun, setiap hari, ada ‘keistemewaan’ dan kelainan. Semalam saya berpeluang untuk berborak bersama seorang engineer di tempat saya. Seorang yang saya fikir luas pengalaman, bukan sahaja dari segi teknikal, malah dari segi management.

“aku dulu, student flop je, sama ngan en X… dekat department depan’. Itu ayat yang memulakan cerita kami. 

“tapi, itu dulu, sekarang…” 

memang tidak saya nafikan, beliau sekarang bukan seperti student flop yang di gambarkan semasa zaman universiti. begitu juga dengan En X. Kenapa? Ini kerana, mereka sekarang adalah antara orang penting di petronas gas.

Apa yang saya mahu keutarakan disini adalah, Setiap orang mempunyai ‘masa’ mereka sendiri, ada yang agak cepat, yang agak lambat, dan ada pula yang perlukan sesuatu catalyst untuk mereka melangkah. 

Jangan disalahkan jika mereka terkebelakang, dan jangan sesekali menjeling memandang serong kepada meraka jika mereka tidak dapat ‘pick up’ dengan cepat. Jangan mencemuh jika mereka memerlukan pertolongan. Mungkin, satu hari nanti. mereka akan berada di atas anda, dan anda akan melihat mereka sambil melambai dan berkata, ‘eh, dulu slow sangat, nk cakap depan orang takut, sekarang dah jadi menteri dah? tidak pelik bukan? :)

Begitu juga dalam pelajaran di peringkat sekolah, universiti, jangan memandang ‘pointer’ sebagai kayu pengukur jarak yang memisah antara kita. Bukan memandang serong, tetapi, kadang kala, mungkin seseorang yang lambat, bila tiba masa sesuai, macam roket dia akan naik meninggalkan kita.

apa yang penting, kita sama tolong menolong, hormat menghormati, sayang menyayangi dan saling bekerjasama tidak mengira status ‘kebijaksanaan’. Ingatlah, rezeki hebat berfikir dan bijak pandai semua datang dari ALLAH, tidak mustahil, sekelip mata yang bodoh boleh menjadi cendiakiawan, yang bijak, menjadi sang kerdil peminta kasihan.

Aja aja fighting!

Artikel lain untuk kepuasan anda

Related Posts with Thumbnails
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes


↑ Top