Amanah Saham Terbaru – Amanah Saham 1 MALAYSIA 14
Salam dan selamat sejahtera!
Saya tidak tahu kenapa, saya tergerak hati 2,3 hari lepas untuk membuka akaun ASB. Mungkin saya rasakan ada baiknya berbanding hanya membiarkan duit di bank beku tanpa ada sebarang pertambahan dan peningkatan.Dan mungkin juga di sebabkan oleh beberapa rakan yang asyik bercakap mengenai ASB.. ASB..Balik daripada post office barulah saya kaji, apakah itu AMANAH SAHAM. Buat dulu baru kaji. haha. Bagus
Selepas beberapa siri kajian dan bacaan di blog-blog dan website ASNB sendiri, barulah saya faham apakah itu Amanah saham bumiputera (yang telah saya buka) dan apakah produk tabung amanah yang lain yang ada di tawarkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad. Pada masa itulah baru saya perasan. Antara pengumuman PM kita selepas 100 hari beliau menjadi perdana menteri ialah mewujudkan satu lagi tabung amanah dinamanakan AMANAH SAHAM 1 MALAYSIA. Sound interesting! (walaupun pada masa pengumuman saya tidak faham apa rasional di wujudkan tabung ini)
Dan akhirknya, masa yang di tunggu oleh rakyat Malaysia (yang tahu dan faham mengenai amanah saham) hampir tiba. Pada hari ini, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan ketibaan Amanah Saham 1 Malaysia yang akan dilancarkan pada 5 Ogos 2009.Kepada para pembaca, mark this date guys!
Maklumat AS1M:

Secara umumnya, tabung ini tidak ada perbezaan antara tabung-tabung yang lain yang ada di ASNB terutama tabung amanah saham malaysia. Tetapi beberapa perkara perlu di ambil kira oleh kerana ia adalah tabung ‘1 Malaysia’. ?Antaranya ialah NO RACIAL QUOTE. Kebiasaannya, seperti tabung amanah yang lain, terdapat quota untuk setiap kaum. Seperti contoh 50% – Bumi, 30%-Chinese, 15%- Indian dan 5%-Kaum-kaum lain.

Seperti yang tertera, size untuk AS1M adalah 10 billion! dan ia adalah yang terbesar pernah di tawarkan untuk rakyat Malaysia. Syarat-syarat untuk melanggan adalah,sebagai permulaan, minumum pelaburan adalah sebanyak 100 unit. Bermakna, anda memerlukan RM100 (1 unit = RM1) dan maximum pelaburan adalah berbeza mengikut umur pada ‘initial offer’. Bagi yang berumur 55 tahun ke bawah, anda hanya layak untuk 50,000 unit manakala bagi yang berumur 55 tahun ke atas adalah 100,000 unit.
Mengikut pengalaman yang lepas-lepas, (daripada akhbar-akhbar), kebanyakan unit amanah ini akan habis di jual dalam masa kurang 2-3 jam sahaja selepas pelancaran. Terutama apabila ada individu-individu membelinya dengan banyak as if mereka mahu duit bekerja untuk mereka. Dominasi ini lebih kepada kaum cina yang sedar akan peluang keemasan yang tidak harus di lepaskan seperti ini.
Bagi kaum-kaum seperti Melayu dan India, kebanyakan masih tidak menghargai peluang. Tidak mengapa, jika dulu kita tidak tahu, hari ini kita ada ilmu, usahakan untuk mendapatkannya. masih belum terlambat (termasuk diri saya juga)
Nasihat saya, bangun awal pada hari 5 ogos, dan pergi seawal mungkin ke bank-bank agen ASBN seperti RHB Bank, CIMB dan Maybank. Bawa bersama makanan dan bahan bacaan untuk mengelakkan anda bosan menanti terlalu lama. Sekurang-kurangnya masa tidak terbuang begitu sahaja. (bawa bangku sekali jika boleh)
