Perniagaan Internet | Usahawan Muda Berjaya | Isu Semasa | SOHO | Motivasi Pelajar Malaysia

Perniagaan Internet | Usahawan Muda Berjaya | Isu Semasa | SOHO | Motivasi Pelajar Malaysia


Archive for August, 2009


RM100 Untuk ASB saya hari ini! 6

Posted on August 27, 2009 by fahdi

Assalamualakum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan pengunjung blog FG.com.

Nampak gaya, memang sudah lama saya tidak update blog ini. Paling latest update adalah sebelum pelancaran Amanah Saham 1 Malaysia baru-baru ni. Masih belum dapat mengotakan janji untuk selalu update blog. Terlalu banyak kerja yang perlu disiapakan (Jadi pelajar final year indah khabar dari rupa).

Walaubagaimana pun, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam seluruh malaysia dan dunia. Jadikan ibadah puasa sebagai permulaan untuk kita berubah menjadi lebih baik. InsyALLAH~ :)

Berbalik kepada tajuk kali ini, RM100 untuk akaun ASB saya hari ini!

Saya baru sahaja selesai memindahkan sejumlah wang dari akaun Maybank saya ke dalam akaun ASB saya. Tujuan saya mudah, agar dapat memupuk minat menabung dalam diri. Maklumlah, sekarang terlalu boros, perlu menyemai sifat menabung dalam diri. Sikit lama-lama jadi bukit.

Pada awalnya, saya hanya menabung di dalam bank-bank konvensional tempatan seperti bank rakyat, dan maybank. (CIMB bank yang selalu di guna untuk wang keluar masuk. Jadi tidak boleh menyimpan di dalamnya. Nanti habis :D )

Tetapi saya dapati ada satu masalah besar apabila kita ‘menyimpan’ di bank-bank. Satu kelemahan adalah, apabila kita membuka akaun, kita akan di bekalkan dengan ATM Card bersama. Dan apabila ini terjadi, dalam masa kesempitan wang, kita dengan senang hati akan mengeluarkan card yang ‘kononya’ simpanan, dan mengeluarkan sejumlah wang simpanan untuk digunakan. Fuh, yang di anggap simpanan, akhirnya di gunakan.

Kebiasaannya, saya cuba untuk menahan diri sendiri daripada menggunakan card-card ATM bank simpanan seperti maybank dan bank rakyat. Tetapi kadang kala, godaan tetap besar. Tidak dapat tidak, saya kecundang!

Jadi saranan saya pada kali ini, bagi anda yang suka menyimpan, bukalah satu akaun ASB, dan simpan duit anda di sana. Ia selamat dan mudah mudahan wang anda akan di laburkan dan ia akan bertambah dengan lebih banyak. Paling penting, tiada ATM card. Usah risau!

Untuk menambah akaun pelaburan juga, amat senang dengan khidmat maybank yang boleh anda gunakan. Hanya log in ke akaun maybank2u.com.my, anda boleh menanbah akaun ASB anda secara online. Mungkin jika kekurangan wang, cuba amalkan dengan menabung RM50 sebulan sekurang-kurangnya. Saya percaya, ia bukanlah satu nilai yang terlalu besar dan ia bukanlah satu beban. Fikirkan kelebihan yang anda akan dapat.

” Tak payah simpan banyak-banyak sekali simpan, cukup RM50, tetapi konsisten” itu nasihat seorang rakan kepada saya. Ringkas, tetapi padat.

Kesimpulannya, untuk menabung;

  1. Buka akaun simpanan ASB anda hari ini, jangan berlengah! – Caranya senang, anda hanya perlu ke cawangan ASB terdekat, pejabat pos atau bank-bank ajen ASB terdekat seperti maybank dan CIMB.
  2. Pastikan anda menabung secara consisten – cth RM50 sebulan
  3. Kurangkan perbelanjaan – Cuba elakkan membeli barangan yang tidak di perlukan (Atau makan secara berlebihan :D )
  4. Jika anda tidak bersetuju dengan cara di atas, potong sahaja card ATM anda!

Marilah menabung! :)

Artikel lain untuk kepuasan anda

Related Posts with Thumbnails
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes


↑ Top