Perniagaan Internet | Usahawan Muda Berjaya | Isu Semasa | SOHO | Motivasi Pelajar Malaysia

Perniagaan Internet | Usahawan Muda Berjaya | Isu Semasa | SOHO | Motivasi Pelajar Malaysia


Archive for September, 2009


Misteri Hari Esok 2

Posted on September 30, 2009 by fahdi

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat sekalian :)

Nampaknya saya sudah beberapa hari sudah tidak menulis di blog. Almaklum lah, apabila tibanya syawal, masing-masing sibuk dengan persiapan hari raya. Masalah biasa timbul pada musim ini adalah kesesakan yang melampau terutama jalan-jalan yang melibatkan perjalanan ke pantai timur. Alhamdulillah, saya sempat mengelak dari menjadi mangsa?traffic jam.

Apa pun selamat hari raya, maaf zahir dan batin saya ucapkan :)

jika ada terkasar bahasa terlanjur kata samada saya sedari atau tidak. Saya sendiri merupakan manusia biasa yang tidak akan lari dari melakukan kesilapan. InsyaALLAH, saya sendiri tidak menyimpan dendam atau perasaan marah kepada sesiapa. Harap-harap, jika berlaku, kita boleh saling bermaafan di lebaran ini.

“Misteri hari esok”

Sedang dalam perjalanan pulang ke universiti selepas pulang beraya, semasa di dalam kereta berseorangan, saya terlihat kesan-kesan kemalangan sepanjang lebuh raya plus (laluan KL-Ipoh). Ada yang seperti kesan terbakar, ada besi penghadang di tepi jalan bengkok dan rosak teruk dll.

“Hal seperti ini tidak sepatutnya berlaku”

Perjalanan di teruskan lagi, dan saya terus berfikir, adakah pengguna jalan raya yang terlibat dalam kemalangan akan tahu yang mereka akan berhadapan dengan kecelakaan… ?lagi 1 minit? atau 30 saat? atau mungkin hari esok mereka akan kehilangan nyawa? Kita tidak langsung mengetahui apakah yang akan terjadi kepada kita.

Cuba anda bayangkan, bolehkan kita tentukan apa yang akan terjadi selepas 30 minit anda membaca post saya pada kali ini? Mungkin anda akan mendapat penggilan dari seseorang? atau seorang rakan muncul di bilik anda?atau anda akan terjumpa satu lubuk emas??Atau… anda akan di panggil ilahi menghadapNYA?

Ya, kita boleh merancang, tetapi ada PERANCANG yang lebih hebat daripada kita.

Tenanglah wahai hati yang sentiasa bercelaru memikirkan masa depan. Sesungguhnya masa depan itu ada, cuma kita yang bakal mencoraknya. Jika buruk perancangan, maka buruklah, dan jika baik, mintalah moga di permudah urusan kita sepanjang perjalanan untuk memburu impian. Jangan takutkan misteri hari esok, kerana ia belum tercatat, tetapi takutlah kehilangan hari ini yang sudah di tentukan kita masih boleh mengecapinya.

Destinasi

Saya sedikit terkesan dengan pemikiran ini. Mungkin ia adalah petunjuk bahawa kita jangan terlalu sombong dan angkuh dalam menjalani kehidupan sebagai sorang hamba. Ingatlah, kita ada DESTINASI yang bakal kita tuju.

Bagaimana dengan Bisness GDI saya? Sudah lama tidak mendengar khabar berita.Alhamdulillah, sekarang saya sudah sampai ke peringkat menyiapkan website untuk team intelincome. Saya sudah upload ke webhosting. Sekarang hanya memerlukan promosi dan mengajak mereka yang mempunyai impian yang sama untuk mengubah kehidupan. Tidak lama lagi harapan saya, team intelincome akan dapat mula bergerak. InsyaALLAH.

Sehingga berjumpa lagi.

p/s: Post kali ini lain sedikit dari yang lain. Saya harap ia ?boleh memberi sedikit kesan ke dalam hati. Ingatlah, masa tidak menunggu kita. Ia terus bergerak walau kita berjalan dan tidur, dan perjalanan masa membawa kepada satu misteri yang kita sendiri tidak dapat menjawabnya… apa akan berlaku kepada anda dalam masa 1 minit? ?30 saat? … fikirkan..

Artikel lain untuk kepuasan anda

GDI : Perniagaan Lumayan Untuk Diceburi 7

Posted on September 17, 2009 by fahdi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca! :)

Bagaimana persediaan hari raya yang bakal menjelang lagi 2 hari? Saya harap semuanya baik-baik dan berjalan lancar. Walaupun ia perayaan bagi umat islam, tidak salah jika kita kongsi kegembiraan kita dengan kaum-kaum yang lain. Moga-moga lagi mendapat keberkatan. :D

Baiklah, sebelum ini saya ada memperkatakan mengenai satu peluang dan cabang perniagaan internet yang sedang saya usahakan. Apakah perniagaan tersebut?

Sebelum itu, suka saya ingatkan bahawa, perkara pokok yang perlu anda sematkan di dalam hati sebelum mengetahui akan perihal perniagaan ini adalah, setiap janji manis, kebebasan kewangan yang di war warkan dan janji kekayaan yang bakal di peroleh semuanya berlandaskan satu prinsip. Dan prinsip ini di amalkan oleh semua ahli perniagaan. Kecil, sederhana, besar, national dan international.Prinsipnya adalah, USAHA DAN SABAR! itu sahaja.

Jadi sudah bersedia?

Perniagaan yang saya katakan adalah GDI (Global Domain International)


Bagaimana saya bermula?

Saya mula-mula mengenali GDI adalah melalui satu laman blog yang kini pemiliknya sudah menjadi antara teman rapat saya di alam cyber. Blog yang saya maksudkan adalah blog saudara fathuri. Pada awalnya, saya agak skeptikal dengan perniagaan seperti ini. Yalah, memandangkan saya sudah jemu dengan janji-janji manis yang di tawarkan oleh setiap agen atau yang mengaku mereka ‘guru’ tetapi hanya pusing informasi dan di jual dengan harga yang sangat mahal. Dan jika di teliti, produk mereka hanyalah produk yang sama yang orang lain jual.

Saya bertanya lagi, adakah ia perniagaan yang memerlukan kita menjual produk? atau kita menjadi affiliate untuk program tersebut? atau adakah ia perniagaan MLM?

Setelah dikaji, sahlah ia perniagaan berteraskan MLM. GDI adalah program MLM!

Jadi, mengapa saya memilih GDI?

Saya harus akui, faktor utama yang menarik minat saya menyertai GDI adalah kerana pelan pemasarannya yang sangat hebat!

Cuba anda bayangkan, saya hanya menonton video 7 minit GDI, saya terus sign up! Tiada ragu di dalam hati bahawa inilah perniagaan yang mampu membawa pulangan lumayan suatu hari nanti. SAYA TIDAK MAHU KETINGGALAN!

Kebiasaannya, jika pendapatan melibatkan MLM, saya akan tolak terus ke tepi. Saya sendiri sudah serik dengan pengalaman yang lalu. Tetapi, GDI mengubah persepsi saya. Saya seakan2 tidak percaya. Potensi, peluang dan masa depan yang cerah saya dapat rasakan.

Mengapa Saya memilih GDI sebagai peluang menggandakan pendapatan?

1)Prinsip perniagaan mereka – Menjual domain
Kita tahu domain sekarang semakin menjadi kegilaan semua orang. Asal sahaja bercakap mengenai perniagaan online, perlukan domain. Bercakap mengenai blog persendirian memerlukan domain, game? Masakan? Pakaian? semua sudah berasaskan internet pada masa sekarang. TIdak mustahil kita boleh menjana pendapatan lumayan dari GDI

2)Kuasa internet
Ramai rakan-rakan saya yang belajar di luar negara. Malah adik saya sendiri sekarang sedang melanjutkan pelajaran di jepun. Apa kata mereka? ?Internet adalah segalanya? Di negara-negara maju seperti jepun dan US, SEGALANYA boleh di beli di internet. Cakap sahaja. Nasi? Ayam siap sembelih? Kereta?

Satu fakta, di negara jepun, untuk membeli ayam halal, anda hanya perlu mengisi borang di internet dan sekejap sahaja, ayam proses akan berada di depan rumah! Jadi, nampak? Itu kuasa internet! dengan GDI, kita boleh pergi ke market GLOBAL!

3)Team yang kuat
Kebiasaanya, untuk maju di dalam perniagaan, kita memerlukan satu team yang kuat untuk menyokong satu sama lain. Sokongan ini boleh memberi kita inspirasi dan motivasi jika kita lari arah. Cuba bayangkan, tanpa bimbingan yang kuat, apabila ada masalah, pasti kita akan give up bukan? Ya! itulah datangnya sistem TEAM! dan di GDI, terutama team fathuri dan associate, kita ada satu team yang sangat2 supportive. Jangan risau:)

Anda tidak perlu lagi berseorangan jika menyertai GDI. Saya harus akui, team GDI yang di wujudkan oleh En Fathuri sangat luar biasa. Anda akan di ajar, di latih dan di beri bimbingan yang luar biasa untuk menjana impian anda. Kami di team fathuri and associate akan saling bantu membantu.

4)Hebatnya GDI
Hebat kah GDI? memang! itu saya akui. Tetapi dengan satu syarat. Simple, anda perlu juga berusaha. Bayangkan potensi pendapatan yang anda akan kecapi setahun, 2 tahun akan datang. Sangat berbaloi. Cakap sahaja, berapa anda inginkan, 100usd? 1,000usd? 10,000 usd sebulan? Bergantung kepada USAHA dan yang penting TEAM kita ada untuk sentiasa membantu dan mengajar.

Ingatlah, jika saya hanya dengan melihat video 7 MINIT susah mampu melihat pintu rezeki ini, masakan tidak anda. Tidak mengapa. Jika tidak yakin, ulang dan ulang. Sehingga keyakinan anda datang. Masih tidak percaya? Hubungi kami, team GDI. InsyaALLAH, anda akan di bantu.?:)

Mulakanlah langkah anda hari ini. Saya menulis di blog bukan lah hanya untuk tujuan promosi, tetapi saya dapat “MELIHAT’ keberkesanan dan realiti sumber income pasif yang dapat di jana oleh GDI. Saya tahu, anda seperti saya pada awalnya. tidak tahu jika ia pilihan yang benar atau salah. Tidak mengapa. Saya memahami. Tiada paksaan dalam menggapai kejayaan.

Jika anda mahukan kejayaan, klik di sini. Suka saya ingatkan, anda akan mendapat 7 hari tanpa bayaran (free trial dari pihak GDI)

Saya dan team fathuri and associate akan sentiasa membantu dan memberi galakan. InsyaALLAH.

Yakin boleh!

P/S: apa komen anda? Sila kemukakan di ruangan comment di bawah :)

Artikel lain untuk kepuasan anda

Pasukan F1 Pertama Malaysia – 1Malaysia 4

Posted on September 15, 2009 by fahdi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua! :)

Pada awalnya, saya mahu menulis mengenai satu perniagaan yang baru sahaja saya ceburi. Tetapi, secara tidak sengaja, status kawan saya di laman sesawang, facebook telah mengalih pandangan saya. Hampir tidak percaya dan terpegun, saya amati betul-betul tulisannya. Sekadar untuk mendapat kepastian.

“Malaysia has its own F1 Team”

Ya, itulah hakikatnya! Malaysia sudah ada team formula 1 sendiri. Serius atau main-main, anda nilai daripada penulisan saya dan berita yang akan terpampang di dada-dada akhbar esok hari. :D

Selepas melakukan sedikit research di internet, saya mendapati beberapa informasi yang berguna yang boleh saya kongsikan. Pasukan F1 malaysia pada dasarnya adalah pasukan hasil daripada usaha sama kerajaan dengan badan swasta yang ada di malaysia. Antaranya ialah, Air Asia, PROTON, NAZA dan SIC (Sepang International Circuit). ?Turut sama bergabung tenaga untuk memantapkan lagi bahagian kepakaran adalah universiti teknologi malaysia (UTM) dan juga universiti saya sendiri, Universiti Teknologi PETRONAS.

Memetik kata-kata Perdana Menteri semasa pelancaran Team 1Malaysia,

“Ini pasukan Malaysia. Kereta direka bentuk di SIC, dikeluarkan di SIC, diuji di SIC dan kereta buatan Malaysia. Kumpulan pitstop pun rakyat Malaysia,” katanya.

Apa yang menarik perhatian saya adalah, walaupun kita hanyalah negara yang sederhana dan kecil jika hendak di bandingkan dengan negara-negara yang kuat seperti USA, UK dan sebagainya. Tetapi kita memiliki satu will power yang jarang ada. Cuba katakan kepada saya, berapa negara di dalam dunia yang sanggup untuk melabur dengan begitu banyak di dalam formula 1, antara sukan yang paling berprestij dan di gilai selepas bola sepak?

Malaysia membazir!

Sabar dahulu, saya tahu perkataan ini akan muncul di mulut anda. Membazir sahaja. Baik di berikan kepada orang ramai untuk memajukan negara. Tidak ada gunanya. Lagipun kalau kita masuk, pasti akan kalah teruk!

Adakah anda tahu, bagaimana Air Asia di wujudkan? Bagaimana PROTON pada awalnya di kutuk, dan bagaimana PETRONAS membangun menjadi 500 global fortune company? Semua bermula dari langkah pertama! Percayalah. Walaupun pasukan 1Malaysia bakal kalah (atau tidak mustahil menang), tetapi ‘keuntungan’ jangka panjang yang akan kita peroleh adalah sangat banyak.

Cuba anda bayangkan, jika PROTON adalah pengerak utama nadi kereta F1 kita. Dan logo PROTON ada di mana-mana sahaja. Ia satu corak dan bentuk pengiklanan yang paling berkesan! (Terutama syarikat kenderaan). Anda bandingkan,kereta jenama PROTON- sebuah syarikat yang menyertai F1, dan syarikat B yang tidak menyertai F1. Mana satu produk yang bakal anda pilih?

Jika anda mengharapkan harga proton lebih murah, Ini mungkin salah satu caranya. Dengan penjenamaan yang di lakukan di F1 mampu menangkat jenama proton sebaris dengan nama-nama besar yang lain. Dan mungkin satu hari nanti kita boleh menembusi pasaran US yang dianggap mustahil. (USA mempunyai GPD-Gross Domestic Product melebihi 27% setahun, dan mempunyai purchasing power yang sangat tinggi. Amat susah bagi syarikat luar untuk menembusi pasaran US dan jika berjaya, ia bagai menebui satu lubuk emas)

Meningkatkan Motivasi

“Bila besar, saya nak jadi angkasawan mak!” itu kata-kata seorang budak lelaki selepas melihat angkasan pertama Malaysia ke luar dari atmosfera bumi.

“kalau nak, kena belajar rajin-rajin taw”, kata emaknya :)

Cuba kita tukar situasi di atas dengan F1

“Mak,bila besar, saya mahu jadi engineer F1. Saya mahu jadi engineer team 1Malaysia!”

Nah, dulu 1 (angkasawan). sekarang 2 (angkasawan+F1). Anak-anak semakin jelas impian mereka dan mereka tahu untuk berjaya memerlukan usaha. Budaya inilah boleh tercetus dengan adanya “pelaburan” yang dikatakan banyak. Ia adalah pelaburan masa depan!

Berbanggalah dengan Malaysia, kerana kita anak Malaysia. Apa yang di lakukan adalah untuk kebaikan bersama. Saya jujur akui. Saya sangat teruja dan sangat KAGUM dengan semangat tidak takut akan gagal ini! Kita hebat!

P/S: Saya ada satu tips perniagaan yang sangat menguntungkan. Saya akan kongsi sedikit masa lagi. Sebelum itu, lihat link ini dan nantikan post saya seterusnya. Saya pasti, anda mampu menjana lebih dari $4000 seminggu. Tunggu :D

Artikel lain untuk kepuasan anda

Pemburu Impian 7

Posted on September 11, 2009 by fahdi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca

Hari ni sudah masuk 21 hari kita berpuasa di bulan ramadhan. Saya harap sudah banyak perubahan ke arah yang lebih baik yang telah kita lakukan pada diri selaras dengan matlamat bulan yang mulia ini. Tidak mengapa, walaupun sedikit, asal kita sendiri mahu berubah dan biarlah perubahan itu kekal dan berpanjangan :)

Hari ini, saya telah menerima satu email daripada seorang sahabat baru saya. Fathuri . Beliau ada mengatakan mengenai satu bahagian di blog beliau tentang idea dan impian.Wah, teruja benar saya apabila ada seseorang yang memiliki impian sama dengan saya. Kelainannya hanya satu, impian beliau untuk berkahwin sudah tercapai, manakala saya tidak :D

Saya percaya, rata rata dari kita, kita mempunyai impian di dalam hidup. Mahu rumah yang besar, isteri besar, kehidupan yang mewah, memiliki segala yang dihajati, dll. Tetapi apa yang kita tidak miliki adalah kekuatan untuk mencapai impian yang kita garap sejak sekian lama. Kenapa? Apa yang kurang?

Kita mahu rumah yang besar dan kewangan yang stabil. Persoalannya, apa usaha kita untuk mendapatkannya? Ia tidak hadir dengan hanya duduk di rumah dan tidak berbuat apa-apa (kecuali anda menang power RM1 juta). Dan pernahkan kita semua berfikir, setiap yang berjaya hari ini. Adakah mereka yang baru bermula terus datang dengan pakej syarikat gergasi? atau memiliki rumah yang besar? atau kereta mewah? Tidak!

Saya ada impian! Kita semua boleh berimpian dan berjaya!

Kita ambil contoh president Amerika Barack Obama. Siapa beliau pada masa dahulu? Apa yang beliau lakukan. Jika anda seorang pengkaji, Barack Obama adalah bekas penagih dadah semasa ramajanya. Lagi, siapa Abraham Lincon semasa usia muda beliau? Hanya dengan kepercayaan “aku akan jadi president amerika”, beliau akhirnya berjaya.

Siapa Dr mahathir sebelum menjadi Perdana Menteri? Beliau pernah di buang parti dan di pulaukan. Tetapi semangat SUPER itu tidak tertinggal di situ. Langkah di teruskan meskipun ia sukar. Akhirnya, beliau yang menukar persekitaran Malaysia menjadi sebuah negara seperti sekarang.

Terlalu banyak untuk saya senaraikan. Apa yang penting bukan kisah mereka, tetapi kisah yang bakal kita lukis dan tulis sebagai lipatan sejarah hidup sebagai seorang yang berjaya.

Impian itu?seringkali ?bermula dari secebis idea. Dengan kekuatan kemahuan, idea mampu menjelma menjadi nyata. Anda mempunyai?idea? Tukarkan?idea itu menjadi impian untuk diburu! Boleh jadi kisah? anda pula akan?tersenarai di sini satu hari nanti. Ayuh teruskan memburu impian..!!! "You can get everything in life you want, if you will just help enough
other people to get what they want" zig-ziglar *Nota di ambil dari fathuri.com

p/s: Apakah impian anda? Tuliskan di bawah agar kita boleh berkongsi.

Artikel lain untuk kepuasan anda

Kebebasan Kewangan dengan GDI hari ini! 12

Posted on September 04, 2009 by fahdi

Salam dan selamat sejahtera kepada semua! :D

Sejak dari semalam, saya gelisah dan tidak senang duduk memikirkan tentang perihal website terbaru yang saya temui daripada laman forum terkenal Wangcyber. Ia berkaitan cara untuk membina ‘kebebasan kewangan’ yang semua orang idamkan. Saya hampir tidak percaya! tetapi ini reality!

Hampir beberapa kali saya menonton video yang di tayangkan. Tidak masuk akal pun ada, wujudnya bisnes seperti ini. Pada modal atau cost yang cukup rendah, kita boleh menghasilkan pulangan yang cukup lumayan. Ya, pastinya ia hasil daripada kecanggihan teknologi internet dan perkembangannya.

Klik untuk melihat video

GDI

Masukkan nama anda dan klik go! Anda akan di bawa kepada video yang di sediakan – Mungkin sedikit lambat kerana server terlalu ramai pengunjung.

(p/s: mulakan dengan senyuman :) )

Apa yang dapat saya gambarkan di sini, ia sememangnya 100% sistem yang membolehkan anda mendapat income pasif dengan mudah dengan adanya win-win situation yang diamalkan. Apa yang perlu anda lakukan, hanya tonton video yang di sediakan dan anda akan melihat sendiri kebenarannya.

Apa itu GDI?

GDI ialah singkatan kepada Global Domain International. Ia merupakan syarikat penyedia domain dan juga antara paling pantas sedang berkembang di dunia pada masa sekarang. Ia menawarkan sistem yang bukan sahaja mereka mendapat keuntungan, malah anda!

Saya tahu, anda semua teruja untuk ‘make money online‘ bukan? Jadi inilah peluang anda. No need untuk membeli buku-buku (ebook) yang kadang kala hanya manis kata, tetapi kurang serinya. (wah! :D )

Sebarang soalan boleh kemukakan kepada saya. Hanya sendkan emel ke fahdi.gz@gmail.com atau tinggalkan sahaja comment di bawah. Saya akan segara menjawabnya.

Membantu anda mencari pasif income yang anda idamkan.

Semoga berjaya dan success!

Artikel lain untuk kepuasan anda

Related Posts with Thumbnails
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes


↑ Top