Perniagaan Internet | Usahawan Muda Berjaya | Isu Semasa | SOHO | Motivasi Pelajar Malaysia

Perniagaan Internet | Usahawan Muda Berjaya | Isu Semasa | SOHO | Motivasi Pelajar Malaysia


Archive for October, 2009


New Look, New Spirit! 9

Posted on October 31, 2009 by fahdi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!

Pong pang, pong pang!

Dengar bunyi itu? Sebenarnya ia tanda blog fahdighazali.com sedang di baiki. Setelah 2 tahun tidak update dengan theme, hari ini alhamdulillah, ia telah berubah dan mendapat wajah yang lebih “fresh”.

Mungkin belum 100% lagi penambah baikan yang saya lakukan setakat ini, tetapi boleh di katakan upgrade ini hanya memakan masa kurang dari 2 jam! ya, dari selection theme, dan juga design header. Sebab itu saya katakan, pompang pompang! mana tidaknya, semua saya buat dengan cepat! :)

Untuk theme kali ini, saya lebih kepada ringkas tetapi menarik. Bukan apa, jika terlalu complicated, nanti mata pun serabut untuk membaca penulisan di blog. Lari orang nanti! :D

Sebenarnya process upgrading ini tidak di rancang. Pada awalnya, saya terlalu tension dengan kerja yang banyak, project, presentation dan test (Namun tidak menghakis semangat untuk mengejar dan memburu impian!) Saya hanya “bersiar-siar” ke blog-blog lain dan akhirnya, saya menjumpai satu theme yang menarik. “mungkin hari ini adalah hari perubahan blog” Bisik di dalam hati.

Alhamdulillah, ini lah hasilnya dalam 2 jam. Saya akan menambah lagi plugins yang baik. Mungkin sedikit masa lagi. Sekarang perlu menyambung kerja-kerja final year kembali.

Anda ada komen mengenai “new look” fahdighazali.com? Sila tinggalkan komen anda. Saya menantikan komen-komen dari sahabat dan rakan sekalian :)

p.s: ehem! gamba di atas tu pun saya gunakan “new look”. Tak adalah nampak seperti muda remaja sangat seperti sebelum ini.

p.s.s: Inilah jadi kalau dah terlalu tension buat kerja. Tipsnya, do something that you like. It will make u feel better. Fuh~ ringan sikit kepala :D

Artikel lain untuk kepuasan anda

Memberi Alasan 5

Posted on October 22, 2009 by fahdi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Post kali ini adalah sebagai ulasan kepada post sahabat saya Motivasi-Kerja.com. Post ini menarik dan saya rasa terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan. Sebelum kita bermula, kita ceriakan sedikit hari dengan kartun motivasi di bawah. Renung-renungkan dan selamat beramal :)

Memang tidak dinafikan, setiap orang akan hidup dengan beralasan. Tidak dapat tidak kita tidak boleh lari daripada memberi alasan. Ada sahaja yang menjadi buah fikiran jika kit tidak mahu melakukan sesuatu.?Bayangkanlah, jika anda terpaksa melakukan kerja yang membosankan. Dalam keadaan terpaksa, pasti ada sahaja helah yang akan terkeluar dari mulut.

“Alah.. aku buzy, ada banyak kerja yang perlu aku siapkan”

“Aku mahu berjaya, tapi aku tiada wang untuk bermula…?Dan sebagainya.

Cara berfikir sebegini lah yang sebenarnya merosakkan kita daripada mendapat rahmat dan ‘jalan keluar’ daripada kepompong kehidupan. Terasa diri boleh mengubah kehidupan, tetapi tiada kepercayaan diri untuk melakukan. Maka mula memberi alasan yang pelbagai. Kadang kala bukan kepada orang lain, tetapi kepada diri sendiri seolah “memujuk diri” utnuk tidak bermula walhal perkara itu boleh mendatangkan kejayaan kepada diri sendiri.

Sifat ini secara tidak langsung akan mengakibatkan seseorang lari dari matlamat sebenar hidup. Mereka pasti tidak dapat meneroka peluang dan chance yang telah ALLAH sediakan seluas-luas di dunia ini.

Hidup mereka akan di bayangi kejayaan orang lain. Tunggu dan lihat orang lain berjaya, walhal diri sebenarnya yang merana.

Cadangan saya, keluarlah dari kepompong itu. Mulakan azam baru dan beriltizam mahu melakukan sesuatu yang terbaik untuk diri dan stop beralasan! kerana alasan tidak akan membawa anda ke mana-mana. Percayalah!

Bangkit rakan ku bangkit! Buatlah dan teroka lah dunia! :)

“Setahun memburu impian”

Artikel lain untuk kepuasan anda

Saya wujudkan page GDI 2

Posted on October 20, 2009 by fahdi

Assalamualaikum kepada semua pembaca.

Alhamdulillah. saya tidak sangka saya akan menerima sambutan yang sangat menggalakkan dengan perniagaan GDI. Kalau orang putih cakap, sambutan yang TERLALU “overwhelming”.

Memandangkan masa saya yang cukup-cukup limited untuk menerangkan mengenai GDI kepada SEMUA orang. Saya telah mewujudkan satu page di dalam blog ini KHAS untuk menerangkan mengenai business GDI. Jangan risau, bukan bermakna saya tidak mahu jelaskan kepada anda, tetapi supaya anda mudah untuk memahami perjalanan perniagaan GDI. Lagi mudah bukan? ? :)

Saya paham dan saya akui, kadang-kadang informasi di website intelincome.com terlalu banyak. Sampai pening! (Biasalah, nama lagi sales latter). Namun anda tidak perlu lagi pening untuk memahami overall perniagaan GDI.

Anda pergi sahaja je ke tab GDI si sebelah atas (nampak kan?)

dan segala-galanya akan terjawab!

Jika ada pertanyaan, sila kemukakan kepada saya atau tinggal sahaja komen di bawah post ini.

Sehinggan kita bertemu lagi teman!

Saya terpaksa menyiapkan tugasan dan projek universiti tahun akhir sekarang. Penat dan letih tetapi masih bersemangat! Inilah yang dikatakan cabaran memburu impian.

Apa pun, saya mengalu-ngalukan kedatangan anda, dan berharap kita boleh menjadi sahabat di blog ini.

“setahun memburu impian”

Assalamualaikum!

Artikel lain untuk kepuasan anda

Saya Mendapat Downline dari California! 9

Posted on October 18, 2009 by fahdi

Assalamualaikum, pagi! :)

Alhamdulillah, saya masih di berikan oleh tuhan badan yang sihat dan minda yang positif hari ini. Masih lagi tidak padam hasrat dan target yang saya tetapkan “Setahun Memburu Impian”

Target masa yang saya tetapkan adalah setahun. Dan dalam masa setahun saya akan berusaha sebaik dan sekuat mungkin untuk mencapai apa yang saya inginkan, iaitu kebebasan kewangan. Sepertimana post saya sebelum ini, ia memerlukan satu sifat disiplin yang tinggi. Dan alhamdulillah, sekarang saya sedang menjalani training “mencabar disiplin” agar boleh berubah ke arah yang super baik!

Usah bercakap panjang, hanya untuk berkongsi detik manis saya bersama teman-teman pengunjung blog mengenai perkembangan perniagaan GDI yang saya ceburi hampir sebulan.

Jika masih belum melihat website bahasa melayu saya, Lihat di sini

Saya amat bersyukur kerana baru sahaja menerima downline daripada California. Ya, California

Jika anda terkejut, saya lagi terkejut. Tidak menyangka link dan webpage saya boleh dilayari oleh seorang daripada negara yang jauh dari malaysia.

Itulah kelebihan GDI, laman web berbahasa english yang telah di setup dan di sediakan oleh pihak GDI sendiri mampu dan membolehkan kita mencapai prospek daripada negara luar. Bayangkan, berapa ramai manusia di dunia ini. Berbilion! Dan dari berbilion ini, anda hasilkan pendapatan daripadanya. Sungguh menarik.

Ini buktinya, bersedia semua?. Istighfar dahulu :)

GDI.1st subcriber

Anda dapat lihat perkataan CA di country? Ia merujuk kepada California.

Semangat semakin berkobar. InsyaALLAH, “Setahun memburu impian” pasti akan tercapai. Saya percaya dan optimis! Tiada lagi toleh ke belakang selepas ini.

Jika teman-teman juga mahu,tiada siapa yang boleh menolong kecuali diri teman-teman yang ingin berubah. InsyaALLAH, jika mahu,saya boleh menolong anda semua.

“Setahun memburu impian”

Assalamualaikum.

Artikel lain untuk kepuasan anda

Disiplin:Kuasa Mutlak Seorang Manusia Untuk Berjaya 2

Posted on October 15, 2009 by fahdi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kebanyakan manusia berjaya di dalam dunia sebenarnya lahir dan hadir disebabkan satu perkara

“DISIPLIN”

Resah juga sebenarnya apabila kita bercakap dan berdiskusi mengenai soal disiplin. Saya sendiri agak tidak pasti untuk post/entri kali ini. Sama ada saya mempunyai ‘kredibiliti’ untuk bercakap soal disiplin atau tidak. Tetapi di sebabkan ‘cabaran kepada diri’ saya teruskan.

Secara terang dan ?jujur dapat saya katakan bahawa disiplin bukan hanya boleh di lihat pada zahir sahaja. Dengan kata lain, jangan terlalu cepat membuat konklusi dan andaian jika kita melihat dari segi luaran seseorang.

Sebagai contoh, berlandaskan pengalaman saya sebagai seorang pelajar, mahasiswa dan juga masyarakat malaysia, kita biasanya akan cuba mengaitkan cara berpakaian, gaya rambut, cara bercakap ?sebagai “bench mark” seseorang itu berdisiplin. Benar,tetapi mungkin tidak 100%.

Apa yang saya cuba sampaikan adalah, adakah dia seorang yang ‘total disiplin’?Persoalan yang sudah pasti sangat susah untuk dijawab.

Total disiplin

Total disiplin bermaksud seorang individu yang memiliki disiplin yang cukup tinggi dalam semua perkara. 100% dengan kata lain.

Bayangkan mahu berdisiplin bangun pada seawal jam 5 pagi pun sangat susah, inikan pula dalam hal lain”

Jadi bagaimana membawa diri ke arah total disiplin?

Caranya hanya ada satu sahaja.

“CABAR DIRI!”

Itu sahaja yang diperlukan. Cabar diri untuk melakukan setiap perkara mengikut apa yang anda rancangkan.Tinggalkan nafsu malas dan tidak mahu berubah.

Itu sahaja cara untuk kita berubah dan berdisiplin. Percayalah, dengan hanya disiplin boleh mengubah segalanya.

Bermula dari hari ini;

  • Usah lagi melukut di tepi gantang menagih simpati untuk mendapat kekayaan jika kita sendiri tidak mahu berdisiplin mengubah diri.
  • Usah lagi membeli produk-produk atau servis untuk memulakan perniagaan jika anda tidak berdisiplin untuk mempraktik kan ilmu yang ada.
  • Usah berangan untuk kaya jika anda tidak berdisiplin
  • Usaha mimpi untuk berjaya dalam hidup jika anda tidak berdisiplin
  • Usah SALAHKAN diri jika anda GAGAL kerana tidak berdisiplin.

Tip saya cukup mudah, bukan hanya beritahu diri “aku mahu berdisiplin”, tapi CABAR DIRI UNTUK BERDISIPLIN!

Dengan izin ALLAH, anda pasti berjaya! Percayalah.

Mulakan dengan perancangan yang ’solid’, dan lakukan secara istiqhamah dah DISIPLIN

Pesanan ini bukan hanya untuk anda, tetapi untuk saya dan kita semua. Ingatlah, tuhan memberi kita peluang seluas-luasnya semasa hidup di dunia. Gunakahlah ia dan capailah ia. Caranya pertama, disiplinkan diri.

Mulakan dengan basmallah… Ayuh! kejar disiplin lifestyle today!


Artikel lain untuk kepuasan anda

Related Posts with Thumbnails
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes


↑ Top