Perniagaan Internet | Usahawan Muda Berjaya | Isu Semasa | SOHO | Motivasi Pelajar Malaysia

Perniagaan Internet | Usahawan Muda Berjaya | Isu Semasa | SOHO | Motivasi Pelajar Malaysia


Archive for December, 2009


Senjata Paling Berkuasa Dalam Diri Anda 0

Posted on December 30, 2009 by fahdi

buku azizi ali

Terkejut saya menerima SMS daripada rakan seperjuangan pemburu impian, Fathuri pada jam 5.42 pagi. Dalam keadaan mata yang belum sempurna terbuka, saya memaksa diri membaca bait-bait SMS yang di hantar

“Makluman; Jumpa di (area) semalam (kedai sate) jam 7 am (tempoh 30 minit). Sila bawa buku (semalam) & impian fahdi&associates by april 2010″

Tiba-tiba saya teringat kembali akan buku tulisan Azizi Ali yang di berikan Pemburu Impian Fathuri semasa kami berdiskusi petang semalam. Beliau ada menyuruh saya menelaah satu buku yang nipis fizikalnya, tetapi besar maknanya dalam mengorak langkah memburu impian bersama team fahdi&associates.

Buku yang di maksudkan adalah buku karangan peceramah dan jutawan tersohor Malaysia Azizi Ali “Senjata Paling Berkuasa Dalam Diri Anda”

Sudah agak lama saya lihat buku ini di pasaran. Tetapi entah kenapa belum tergerak hati untuk membelinya. Mungkin kerana buku ini tidak cukup syarat (terlalu nipis dan designnya kurang menarik!)

Rupanya selama ini saya salah! Azizi sememangnya seorang yang walk the talk. Beliau bercerita daripada pengalaman sendiri. Beliau bercerita bagaimana untuk menjadi hebat. Beliau bercerita bagaimana untuk memanipulasi kelebihan yang ada dalam diri dengan sedikit ‘twist’ kepada amalam biasa yang kita lakukan dan yang menariknya, beliau bermula sama seperti saya, anda dan kita semua! Dari zero kepada seorang hero malaya dan dunia!

Buku setebal 40 muka surat yang di berikan pemburu impian fathuri saya habiskan dalam masa kurang dari sejam. Setiap ayat di susun dengan cukup cantik dan mudah di fahami. Contoh nya juga ringkas tetapi tepat.

Apakah yang di bicangkan?

Ia berkaitan kelebihan dalam diri yang boleh kita manipulasi untuk mencapai kejayaan. Aspek membina impian, halangan, bagaimana membina ‘paksaan’ untuk memburu impian di sentuh ringkas tetapi padat. Aspek-aspek yang di utarankan juga amat berkait rapat dengan sesiapa sahaja yang sedang membina impian, tidak kira, impian itu kecil atau besar.

Perjumpaan dengan pemburu impian fathuri akhirnya berlangsung tepat jam 7.15 pagi di Masjid Daerah Pasir Puteh. Suasana cukup nyaman dengan saudara islam yang lain baru selesai mengerjakan solat subuh.

p/s: Semalam saya telah berkesempatan untuk bertemu dengan salah seorang penulis buku best saller. Saudara Fadzli Fauzi. Saya akan ceritakan mengenai perbicangan kami di post selepas ini.

Artikel lain untuk kepuasan anda

Saya Kehilangan Mailing List! 1

Posted on December 28, 2009 by fahdi
Pada minggu lepas, saya menghadapi masalah yang cukup besar dan paling perit untuk di hadapi. Mailing list yang berjumlah sehingga 800++ lesap begitu sahaja tanpa ada sebarang berita dan amaran daripada penyedia autoresponder. Kejadian terjadi apabila saya cuba mengakses autoresponder norabots milik saya dan selepas sign in, paparan berkenaan timbul ” Your Account Has Been Suspended”.
Apa salah saya?
Saya terlalu berjimat dan berkira dalam soal memilih autoresponder berbayar. Bagi saya, autoresponder hanyalah alat untuk mengumpul mailing list, tidak perlu yang terlalu mahal. Sikap itu akhirnya memberi impak yang cukup besar. Walaupun jumlah mailing list norabots seramai 800++ ?tidaklah begitu besar, namum ia tetap memberi kesan moral dan meruntuhkan semangat sedikit sebanyak.
Akhirnya, saya akur dengan kehendak dan impian yang memerlukan saya memperuntukan sejumlah besar wang untuk membayar autoresponder yang lebih efisien dan lebih bagus dari segi support yang di berikan. Autoresponder yang menjadi pilihan kali ini adalah aweber.
Mengapa support dan kualiti autoresponder penting?
Autoresponder amat penting dalam membina sesebuah bisness internet. Ia ibarat nyawa seorang IM dan ia bukanlah sesuatu yang boleh di pandang ringan. Ia ibarat jantung dan otak. Tidak di nafikan, pada masa sekarang, dua syarikat penyedia autoresponder, aweber dan getresponse merupakan antara penyedia paling unggul. Boleh di katakan, servis mereka antara yang terbaik dan di gemari oleh ramai IM di dunia. Anda subscribe sahaja kepada mana-mana IM antarabangsa, saya boleh jamin, hampir 90% menggunakan servis samada aweber atau getresponse. (kebanyakannya aweber)
Dari segi support, ia pastinya sangat pantas (efficient) jika di bandingkan dengan penyedia autoresponder yang lain.Bayangkan, jika kita menghadapi masalah dan masalah itu masalah yang memerlukan perhatian yang kritikal, pasti mengharapkan penyelesaian pantas. Dengan melanggan autoresponder yang “murah”, hanya satu perkataan yang dapat di gambarkan -KECEWA.
Namun, dengan sedikit pelaburan tambahan, ia memungkin kan anda mempunyai mailing list yang selamat dan dapat membawa keuntungan yang lebih. Jangan terlalu berkira untuk kejayaan!
Percayalah, jika tersalah pilih, anda akan berhadapan dengan masalah yang saya hadapi – Kehilangan 800++ mailing list yang aktif!Jadikan pengalaman ini sebagai iktibar dan pengajaran kepada anda sebelum melangkah ke dunia IM. Ia penting jika anda serius untuk membina perniagaan ini.

autoresponder
autoresponder

Pada minggu lepas, saya menghadapi masalah yang cukup besar dan paling perit untuk di hadapi. Mailing list yang berjumlah sehingga 800++ lesap begitu sahaja tanpa ada sebarang berita dan amaran daripada penyedia autoresponder. Kejadian terjadi apabila saya cuba mengakses autoresponder norabots milik saya dan selepas sign in, paparan berkenaan timbul ” Your Account Has Been Suspended”.

Apa salah saya?

Saya terlalu berjimat dan berkira dalam soal memilih autoresponder berbayar. Bagi saya, autoresponder hanyalah alat untuk mengumpul mailing list, tidak perlu yang terlalu mahal. Sikap itu akhirnya memberi impak yang cukup hebat. Walaupun jumlah mailing list norabots seramai 800++ tidaklah begitu besar, namum ia tetap memberi kesan moral dan meruntuhkan semangat sedikit sebanyak.

Akhirnya, saya akur dengan kehendak dan impian yang memerlukan saya memperuntukan sejumlah wang untuk membayar autoresponder yang lebih efisien dan lebih bagus dari segi support yang di berikan. Autoresponder yang menjadi pilihan kali ini adalah aweber.

Mengapa support dan kualiti autoresponder penting?

I Heart AWeber.com

Autoresponder amat penting dalam membina sesebuah bisness internet. Ia ibarat nyawa seorang IM dan ia bukanlah sesuatu yang boleh di pandang ringan. Ia ibarat jantung dan otak. Tidak di nafikan, pada masa sekarang, dua syarikat penyedia autoresponder, aweber dan getresponse merupakan antara penyedia paling unggul. Boleh di katakan, servis mereka antara yang terbaik dan di gemari oleh ramai IM di dunia. Anda subscribe sahaja kepada mana-mana IM antarabangsa, saya boleh jamin, hampir 90% menggunakan servis samada aweber atau getresponse. (kebanyakannya aweber)

Dari segi support, ia pastinya sangat pantas (efficient) jika di bandingkan dengan penyedia autoresponder yang lain.Bayangkan, jika kita menghadapi masalah dan masalah itu masalah yang memerlukan perhatian yang kritikal, pasti mengharapkan penyelesaian pantas. Dengan melanggan autoresponder yang “murah”, hanya satu perkataan yang dapat di gambarkan -KECEWA.

Namun, dengan sedikit pelaburan tambahan, ia memungkin kan anda mempunyai mailing list yang selamat dan dapat membawa keuntungan yang lebih. Jangan terlalu berkira untuk kejayaan!

Percayalah, jika tersalah pilih, anda akan berhadapan dengan masalah yang saya hadapi – Kehilangan 800++ mailing list yang aktif!Jadikan pengalaman ini sebagai iktibar dan pengajaran kepada anda sebelum melangkah ke dunia IM. Ia penting jika anda serius untuk membina perniagaan ini.

Cadangan saya? Pilih AWEBER

Artikel lain untuk kepuasan anda

Bila Kita Berusaha, Akan Ada Hasilnya… 7

Posted on December 23, 2009 by fahdi

Setiap yang kita usahakan dengan semangat dan tekad, pasti akan ada hasilnya…

Lumrah dalam memburu impian, ia sangat sinonim dengan sifat “perlunya berusaha” dan apabila bercakap mengenai hasil, ia adalah apa yang diharapkan daripada setiap usaha yang di garapkan.

perlumbaan f1

Jika hendak di jadikan satu anologi, usaha kita ibaratkan satu perlumbaan. Jika baik perancangan dari sudut teknikal (kereta dan support team) dan dengan pemandu yang cekap, pasti perlumbaan untuk mendapat tempat pertama di podium litar sepang tidak menjadi masalah. Tetapi jika salah satu pincang, samada kereta mahupun pemandu, tekanlah pedal minyak sekuat manapun, ia tidak berhasil “menjengah pentas utama”.

Usaha tidak dapat tidak, ia memerlukan seorang pemandu yang cekap (diri sendiri), perancangan team yang kukuh (perincian cara kerja untuk mencapai impian) dan kereta yang mantap (persiapkan diri dengan segala ilmu yang di perlukan). Barulah perjalanan akan selamat, dan halangan boleh di minimakan.

Sama seperti di dalam melakukan bisnes. Walau apa jua yang di lakukan, ia perlukan semua aspek itu. Bayangkan jika tidak di cukupkan semua kelengkapan, impian mungkin berhenti di tengah jalan.

Tidak usah risau akan tanggapan orang lain, lakukan sahaja dengan hati yang tekad dan usaha yang berterusan, ia akan membuahkan hasil. InsyaALLAH..

Dan inilah hasil selepas berusaha selama beberapa bulan

GDI leaderboard

GDI leaderboard

Alhamdulillah syukur..

Artikel lain untuk kepuasan anda

Salam Maal Hijrah 1431 2

Posted on December 18, 2009 by fahdi

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, kita semua dapat bertemu lagi dengan tahun baru islam 1431. Sedar tidak sedar, kita telah tinggalkan 1430 jauh sekali dan tidak mungkin kita akan bertemu walau sesaat.

Namun yang menjadi persoalan dan tanda tanya, kemanakah masa yang telah ALLAH kurniakan kepada kita sepanjang tahun? Adakah ia dimanafaatkan sebetulnya atau di bazirkan. Tepuk dada tanya diri sendiri.

Kata-kata seorang teman;

“Hidup ini terlalu singkat untuk di bazirkan. Entah bila akan datangnya kematian”

QURAN

Al - Quran pegangan hidup sepanjang zaman

Hijrah ini adalah sejarah penghijrahan Nabi Muhammad saw ke Madinah pada tahun 622 masihi untuk menyebarkan agama Islam ke sana. Baginda dan para sahabat meninggalkan kota Mekah dan memulakan kembara di Madinah sebagai salah satu tempat untuk menguatkan pengaruh islam pada waktu itu.

Yang menariknya, hijrah bukan hanya bermaksud berpindah, tetapi ia merupakan satu proses transformasi diri dari baik ke arah yang lebih baik, dari tidak tahu kepada berilmu, dari miskin kepada lebih selesa, dari tidak berakhlak kepada seorang yang tinggi pekerti dan sebagainya.

Secara ringkas, ia menggambarkan kehendak islam itu sendiri yang mahukan perubahan yang lebih baik tanpa meninggalkan soal agama. Perubahan ke arah kebaikan agak susah jika tidak di sertakan dengan azam dan tekad yang padu. Tetapi percayalah, ia akan membuahkan hasil yang baik untuk dunia dan akhirat.

Mulakanlah perubahan diri hari ini sahabat. Semoga ia akan membawa kita ke nur cahaya yang lebih cemerlang. InsyaALLAH.

Selamat Maal Hijrah 1431.

Artikel lain untuk kepuasan anda

Luar Biasa Kejayaannya! 2

Posted on December 16, 2009 by fahdi


“Success does not come overnight. It takes work. I suggest you make a one-year commitment to your business. Accept the fact that there is a training period. Just like any job or occupation. “

“Network marketing requires learning new skills. It does not take years or cost thousands of dollars, but you do need to learn some new things. Of course, you will “earn as you learn”, but it’s still good idea to consider your first six months a learning experience.”

For the everage network marketer, working your business only seven to ten hours a week. One year commitment is realistic approach. I believe that if you follow this duplicatable system for that time, you will so pleased with the results you will be networking for the rest of your life!

“Don’t be afraid to have BIG dreams. When I was 17, I decided I was going to become millionaire. Nobody took me seriously.Be realistic,they said. And truth was, that looked like quite a stretch. I came from a poor family, a single mother who raised three kids, and I was a high school dropout. But I had a dream! When you dream is big enough, you mold the universe to your will.?

- Kata-kata pembina empayar networking terbesar dunia

Saya hampir tidak percaya, kata-kata ini terlalu benar jika di tafsirkan dengan keadaan yang sedang dihadapi sekarang. Setiap masa perlu di beri perhatian dan olahan kerja di lakukan demi mencapai Impian dan target dalam masa setahun dari sekarang.

Tidak mudah untuk mencapai sesuatu perkara. Saya akui. Tetapi dengan stategi mantap dan berstruktur, saya yakin “setahun memburu impian 5 angka sebulan” pasti akan berhasil dengan bisness ini.

Kepada semua pemburu impian di fahdi&associates, saya harap kita dapat bersama memaju dan memantapkan diri untuk mencabar kemampuan sehingga tahap tertinggi. Kita mahukan kejayaan yang LUAR BIASA dalam masa setahun!

Artikel lain untuk kepuasan anda

Related Posts with Thumbnails
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes


↑ Top