TANYA FAHDI : Bagaimana saya bermula bisnes? (Part 1)

Screen Shot 2015-02-23 at 12.08.35 PM

Alhamdulillah, saya ada menerima beberapa email bertanyakan soalan. InsyaALLAH, kalau menggalakkan saya akan buat satu slot di blog ini untuk saya menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Sama seperti apa yang dibuat oleh mentor saya PatFlynn.

Merujuk kepada email di atas, soalannya;

  1. Step-step mulakan perniagaan
  2. Bagaimana saya mulakan perniagaan
  3. Adakah kerja dulu baru start berniaga (kumpul modal)

Ok, saya akan jawab setiap satu. Harapnya boleh membantu. Perlu diingatkan saya hanya share mengikut pengalaman saya sahaja. 100%. Bukan teori. InsyaAllah.

Secara jujurnya saya memasang niat untuk berniaga ketika saya belajar di Universiti pada tahun 2005 selepas saya tidak berjaya melunaskan impian untuk jadi seorang doktor perubatan. Sebaliknya, saya jadi seorang jurutera.  Memang jauh menyimpang.

Jurutera bukanlah minat saya. Belajar ‘okay’, tapi hati bukan ke situ. Belajar sekadar untuk dapat pointer terbaik untuk gembirakan hati ibu. Hakikatnya, bukan kerja jurutera yang saya cari.

Minat berniaga timbul bila saya cuba jual air kotak. Dapatlah RM100-RM200 sebulan tambahan duit poket. Saya MULA DENGAN APA YANG ADA. Tidak terlalu ghairah nak mula dengan modal besar-besar. Sekadar suka-suka dan part time sahaja.

Selepas belajar, saya bekerja sebagai seorang jurutera di PROTON Shah Alam. Bukan untuk kumpul modal, tetapi untuk buat bisnes kecil-kecil di Kuala Lumpur sebagai permulaan langkah. Orang kata Kuala Lumpur ini lubuk duit.

Saya berniaga MLM dibawah payung SCORE A waktu itu. Sekali lagi, BERMULA DENGAN APA YANG ADA DI TANGAN. Jangan memilih. Apa yang datang di depan sambar dulu. Cuba dulu.

Disitu, saya tetapkan satu matlamat untuk meraih pendapatan dan pengalaman. Sepanjang 6 bulan bekerja dan berniaga, ia memang saya akui sangat mencabar. Kerja dari 8 pagi – 5 petang, balik terus mandi dan bersiap dengan baju kot, tie, kasut hitam kilat dan beg untuk berjumpa ‘prospek’. Ada kala di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur okeylah. Tetapi kadang-kadang saya perlu ke tempat lebih jauh seperti Melaka. Penatnya memang bukan kepalang. Esok paginya kerja lagi.

Saya mengharapkan satu. Pengalaman. Itu sahaja.

Disitu saya belajar banyak perkara. Networking, cara bercakap, public speaking, art of closing, bagaimana untuk ‘handle’ rejection, bagaimana memberi motivasi kepada diri sendiri dan kumpulan, merancang kaedah pengiklanan dan sebagainya. Ia satu bentuk kelas bisnes yang memang best. Bagi sayalah…

Saya tidak bermaksud MLM adalah bagus. Ada yang bagus, ada yang tidak bagus. Pilihlah yang terbaik. Ia untuk masa depan anda juga.

Saya berhenti dari PROTON selepas bekerja 6 bulan tepat. Waktu itu dalam simpanan ada hanya RM5000 sahaja. Saya ‘gamble’! Semua saya SERAHKAN KEPADA ALLAH. Kalau cacing pun Allah tak biarkan kelaparan, inikan pula manusia yang berakal dan berotak.

3 TAHUN saya bersama dalam perniagaan MLM, saya give juga akhirnya atas sebab-sebab tertentu. Duit habis licin. Kereta tak berbayar dan hampir ditarik. Paling parah, minda saya juga give dengan bisnes. Bagi saya bisnes karut. Tak mungkin boleh buat duit banyak.

Setahun saya menyepi tidak buat apa-apa. Saya jadi driver, jadi budak suruhan. Orang suruh buat itu saya buat. Buat ini pun saya buat. Tapi kebanyakan masa hanya di rumah. Makan tidur. Mental block yang saya alami memang parah. Bayangkan jika saya lihat buku motivasi pun saya katakan buku itu mengarut, menipu.

Saya terfikir untuk bekerja semula.

Tapi mujurlah ada saki baki nak buat bisnes itu masih berbekas. Saya batalkan niat itu.

Satu hari, saya masih ingat sewaktu di masjid Shah Alam, saya dicabar oleh mentor saya (saya jadi driver beliau waktu itu). Mungkin sebab menyampah tengok saya yang selalu tidak bersemangat, lemah dan otak tumpul, beliau naik angin. Marah betul beliau waktu itu. Merah muka.

Katanya;

“Tuan malukan diri tuan! Tuan ada potensi tapi tuan malas usaha dan taknak berubah! Tuan malukan ibu tuan!”

Saya hanya tunduk waktu itu.

“Saya cabar tuan, (sambil menyeluk poket). Ambil duit RM50 ini dan gandakannya jadi RM1000. Jika tidak kita tak akan pulang ke Kelantan!”

(To be continue)

Blueprint Online Marketing Yang Ramai Peniaga Tak Tahu

online-marketingIni adalah sambungan tentang blog post saya yang lepas, “Akaun Facebook Ads Saya Di Flagged! Apa Yang Saya Patut Buat?” Pertamanya, jangan menggelabah. Ada banyak cara marketing yang kita boleh guna untuk pastikan bisnes berjalan. Dan dalam post yang lepas pun saya ada kongsikan macam mana saya ‘back up’ perniagaan dengan 2 method. Email marketing dan menggunakan Google Adwords.

Alhamdulillah, kedua-duanya memberikan hasil yang superb dan fantastik. Justeru, saya nak berkongsi lagi step extra yang dah saya buat untuk marketingkan produk-produk saya di online. Latest sekali adalah untuk marketkan produk ASSEZ SLYMM kepada potential buyer. Sekali lagi, so far so good. Respon dari marketing ok dan dari customer yang dah guna produk pun dapat kesan positif dengan pengurangan berat badan.

Semua ‘blurprint’ cara marketing saya lakarkan di whiteboard di office saya. Ini adalah screenshotnya:

sifoo international sdn bhd fahdi ghazali

Ini adalah lakaran pertama cara marketing yang saya guna semenjak pelancaran produk. Seperti yang saya beritahu dalam post yang sebelum ini, Facebook, Google dan channel-channel marketing lain hanyalah alat untuk kita tarik trafik ke website kita dimana jualan berlaku. Website dalam konteks ini adalah surat jualan yang menceritakan mengenai produk dari A-Z lengkap dengan penerangan, testimoni, harga dan cara untuk hubungi.

Di dalam blueprint ini juga saya senaraikan beberapa channel marketing lain yang boleh menarik trafik ke website jualan kita. Antaranya adalah:

  1. Facebook
  2. Google
  3. Instagram
  4. Blog (SEO)
  5. Blog (Review dari blog popular dan ramai follower)
  6. JV partners (rakan niaga yang sudah ada database customer yang sama dengan niche produk kita)
  7. JV partners (Agen yang boleh buat jualan untuk produk)
  8. Taja event untuk mempamerkan logo dan branding produk kita
  9. Buat pertandingan di FB dan Instagram (LIKE, SHARE, KOMEN, HASHTAG)
  10. Beli banner di blog popular

Selepas trafik tiba di website jualan, pastikan anda dapatkan sesuatu dari mereka untuk proses ke dua iaitu ‘REMARKETING’. Remarketing adalah proses mengiklankan produk kita kepada pelanggan yang sama berkali kali (sehingga mereka muntah!). Teknik ini adalah sangat popular untuk syarikat-syarikat besar memasarkan produk mereka. (Syarikat kecil pun pandai, cuma tak ramai aplikasi)

Bayangkan, jika anda seorang yang mempunyai masalah berat badan, anda melihat iklan produk ASSEZ SLYMM berkali kali sehari, kemana sahaja anda pergi ada sahaja iklan, lambat laun setidak tidaknya anda akan ingat brand ini. Sama seperti apa yang dibuat di offline. Contohnya KFC. Anda baca surat khabar lihat gambar ayam, dengar radio dengar ayam KFC, tengok internet ada gambar peha ayam lagi, jalan-jalan dekat bandar nampak lagi billboard peha ayam…. dan list ini akan sentiasa bertambah. Inilah yang dinamakan remarketing.

JADI, MACAM MANA NAK BUAT REMARKETING?

Untuk google, mereka akan detect cookies dalam computer, kalau facebook dari pixel yang ditangkap dari computer anda. Set sahaja di FB ads, dan di google adwords, iklan itu akan terus menerus keluar kepada orang yang sama selama mana advertiser setkan. Contohnya 30 hari.

Aset kedua untuk remarketing selain google dan fb ads adalah email marketing. Dengan email, kita boleh terus menerus menghubungi bakal pelanggan melalui email tanpa perlu bayaran ekstra.

Semoga ini boleh membantu.

Sebaik baik manusia adalah manusia yang memberi manafaat kepada yang lain

1013647_10203882659571288_5455776151101267132_n

Negeri Kelantan dan Malaysia semalam dikejutkan dengan pemergian seorang Murabbi yang sangat dihormati dan dikasihi oleh ramai orang. Dato’Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.

Allahurabbi..

Secara jujurnya, saya tidak pernah melihat tok guru dari dekat walaupun saya tinggal di Kelantan. Rumah saya dan rumah beliau juga tidak terlalu jauh. Sekitar 5km-10km sahaja. Rasa sedikit kecewa. Yang biasa dilihat hanya gambar dan poster-poster tok guru yang banyak di tampal di sekitar negeri ini.

Saya bukanlah seorang yang taksub dan fanatik tentang politik atau terlalu mengikuti perkembangan tok guru. Cuma sebagai rakyat Kelantan, saya sangat suka berada di bawah pentadbiran beliau. Saya suka dengan cara beliau memimpin. Biarpun dari sudut kemodenan dan pembangunan, Kelantan agak tercicir, tetapi, bagi saya yang paling penting bukan pembangunan infranya pada peringkat ini. Yang penting adalah pembangunan sahsiahnya dulu.

Bila sahsiah sudah OK, maka infranya juga pasti akan mudah.

Saya akui, biarpun saya tidak mengenali dengan terlalu rapat sosok tubuh bernama tok guru Nik Aziz ini, sejak dari semalam setiap kali membaca berita, melihat video dan gambar-gambar beliau cukup membuat air mata saya jatuh. Entah kenapa ada rasa ‘kehilangan’ yang amat.

Benarlah… “Sebaik baik manusia adalah yang memberi manafaat kepada orang lain…”

Tok guru Nik Abdul Aziz banyak memberi manafaat. Terutama dari sisi seorang muslim. Senyum dan percakapannya sahaja cukup lembut yang boleh membuatkan hati yang marah menjadi tenang, yang tak kenal boleh jatuh cinta.

Selamat beristirehat Tok Guru Nik Abdul Aziz.

**************************

UPDATE CK40H

Berat Badan: 98.3kg

 

Akhirnya.. Anuar Ibrahim Bersalah!

Rakyat hakim negara

Selepas beberapa tahun, akhirnya hari ini mahkamah mengeluarkan result rasmi tentang sabitan bersalah meliwat Dato’ Seri Anuar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari

Sejujurnya saya bukan penyokong pembangkang. Ramai menanggap saya pro kerajaan. Bialah apa yang orang kata. Saya ada pendapat saya sendiri. Yang baik saya comfirm sokong, yang salah tetap salah walau warna hijau, biru gelap atau biru muda. Tak ada guna berbalah atas idologi politik. Yang menang mereka yang berada di atas. Rakyat marhean habiskan masa menyalahkan satu sama lain. Aku betul dan kau salah.

Saya memilih untuk releks dan memerhati. Seronok melihat, kesian bila difikirkan.

Untuk keputusan mahkamah kali ini, saya membayangkan betapa banyak drama yang bermain. Sebagai ‘pemerhati’ (tanpa hadir mendengar sendiri penghujahan di mahkamah dan melihat bukti-bukti), saya lihat dua-dua memainkan peranan yang sama rata.

Saiful dengan dramanya, dan Dato Seri Anuar dengan dramanya. Saya pun confius sapa yang bersalah dan siapa yang betul sebenarnya. Kedua-dua berkesan. Kedua-dua boleh gunakan agama untuk dilihat sebagai dipihak yang benar. Pun begitu, siapa salah hanya Allah yang tahu.

Jika Anuar bersalah, ia memang patut dihukum. Jika tidak, saya anggap dia akan lebih tenang di penjara dan Malaysia mungkin boleh jadi ‘aman’ sedikit. Anak muda boleh mula fokus kepada membangun ekonomi. Bukan asyik berpolitik sana sini tanpa diri dan keluarga tidak terjaga.

Dan jika Saiful benar, saya ucapkan tahniah sebab berani ke depan dan dah dapat apa yang diharapkan selama bertahun penantian. Tapi jika dia sebenarnya bersalah, susah nanti di akhirat. Kalau tak akhirat susah, di dunia pun Allah boleh menghukum.

Sebab itu kita tak perlu berteori, memekik melolong menyata siapa salah siapa benar.

Kalau betullah rakyat hakim negara, ada baki beberapa tahun lagi untuk parti politk bekerja untuk tentukan politik negara. Siapa power, dia menang.

Releks,

Barisan Nasional tak akan kekal berkuasa selamanya, dan PR tetap tak akan boleh menguasi Malaysia kalau masih guna konsep sama bertahun-tahun. Kami mahu RESULT, bukan teori dan kata mengata.

Sekadar pendapat 🙂

UPDATE CABARAN KURUS 40 HARI “CK40H”

*Saya tak dapat timbang berat pagi ni atas sebab tak dapat dielakkan. Hopefully hari ini berat turun lagi! Tapi…apa pun, Assez Slymm tak boleh tinggal. 

 

Cabaran Kurus 40 Hari (CK40H) Day #5

 

Nasi_Lemak,_Mamak,_Sydney

Alhamdulillah, hari ini hari ke 5 untuk Cabaran Kurus 40 Hari. Syukur! Selepas 5 hari berat dah turun 1kg.

Tadi baru sahaja timbang selepas solat subuh 98.8kg! 

Dalam masa 5 hari turun 1kg, oklah kan? Not bad at all. So far so good.

Update perkara yang dilakukan semalam (Untuk result penurunan hari ini)

  1. Minum air 3.5liter sehari
  2. Makan nasi lemak 2 kali (pagi dan tengah hari, tapi ambil nasi sikit, timun banyak untuk cover lapar)
  3. Banyak bergerak, pegi masjid. Bukan bersenam, tapi bergerak
  4. Minum air manis 2 kali. Satu milo 3 in 1, satu coffee latte (tak habis)
  5. Mimum OAT
  6. Assez Slymm tak boleh tinggal!

Semoga istikhomah untuk kuruskan badan dan hilangkan semua penyakit di badan. Yooshh!

p/s: Jangan ‘cair’ tengok nasi lemak tu

Cabaran kurus 40 hari (CK40H)

weight_loss_challenge_logo

Alhamdulillah, hari ini masuk hari ke 4 untuk cabaran kuruskan badan saya. Saya panggil cabaran ini CK40H.  

Hari pertama : 99.8kg

Hari kedua : 99.3kg

Hari ketiga : 99.1kg

Bacaan untuk hari ini akan diambil esok selepas solat subuh.

Cara yang diamalkan so far,

  1. Kurangkan karbohidrat dalam makanan seharian
  2. Minum 3-4liter air sehari. Saya wajibkan diri
  3. Solat di masjid disetiap waktu (supaya badan sentiasa bergerak)
  4. Minum Assez Slymm 

Overall, so far so good alhamdulillah. Kita usahakan dalam 40 hari lihat perubahan. InsyaALLAH.

Ada yang nak turut sama?

Jom!

 

Berniaga budu boleh jadi jutawan

jutawan budu
jutawan budu

Ok, hari ini kita cerita sikit mengenai budu. Kalau cerita soal kicap, sos tomato, sos cili sudah agak bosan dan ‘cliche’. Kita dah tak berapa minat untuk mendengarnya.

Budu adalah makanan tradisional orang Kelantan. Ada juga yang ketegorikan ia sebagai makanan ‘Wajib ada’ setiap kali waktu makan. Tak sah kalau botol budu tak wujud atas meja makan. Sekurang-kurangnya, sebuah rumah WAJIB ada sebotol budu. 1 Rumah 1 Budu.

Jadi, tidak hairan dan tak terkejut bila membaca mereka yang menjual budu dari rumah sahaja boleh menjana pendapatan lumayan. 5 angka hingga 6 angka sebulan. Dan ada perusahaan budu boleh mendapat pendapatan jualan 7 angka setahun. Contohnya budu cap ketereh.

Menariknya, dengan meniaga budu (Yang orang rasa tidak mungkin boleh kaya), boleh menggaji sehingga 80 orang satu-satu masa untuk membantu perusahaan. Bayangkan, jadi asbab rezeki kepada 80 orang pula dengan hanya berniaga budu yang RM0.80 sahaja sebotol.

Kelebihan budu lagi, walau tanpa marketing yang ‘bersungguh-sungguh’, transaksi jualan masih akan berlaku. Dengan kata lain, ‘the product sells it self”. Hebat!

Semalam, saya ada berkunjung ke sebuah kilang membuat budu di Bachok, Kelantan dan berjumpa sendiri dengan owner kilang tersebut. Katanya…

“Rumah akak ni akak buat CASH RM400,000 8 tahun dulu. 100% dengan jual budu!”

InsyaAllah, saya dalam proses mengeluarkan budu sendiri. “BUDU ABEDI”.

Sekadar projek 2015. Sasaran untuk memuaskan ‘nafsu berniaga’. Dapat banyak Alhamdulillah, dapat sedikit tak ada masalah. Yang penting kita boleh jadi asbab rezeki orang lain.

 

 

Syarikat Enterprise atau Sendirian Berhad (Sdn Bhd)?

ssm-logo

 

Saya dapat info ini daripada Facebook. Info ini saya juga pernah catat semasa menghadiri IMKK (Intensif Megnet Kekayaan & Kejayaan) anjuran Richwork Sdn Bhd tahun lalu.

Tips ini dikongsi oleh Tuan Haji Jerry Zafrul Rizal(Regional Director for Richworks International)

17 Kisah Enterprise Vs Sendirian Berhad (Sdn. Bhd)

Kita akan membuat lebih banyak duit dengan menubuhkan syarikat Sdn Bhd.

1. 2 director sekurang-kurangnya diperlukan untuk mengambil bahagian dalam share holder. Jika salah seorang blacklisted, seorang lagi boleh buka Akaun bank.

2. Check dengan CCRIS dan juga CTOS tentang rekod sebenar hutang kita di Bank Negara.
Ada apps dalam smart phone yang boleh muat Turun aplikasi. Sekiranya segala hutang sudah selesai dibayar,pastikan memiliki Release Letter. Bank bukan begitu cepat update tentang status kita.

3. Sediakan gaji untuk diri sendiri. Jangan jadi perompak dalam syarikat sendiri. Sekiranya ada keuntungan lebih, ambil hujung tahun selepas audit dalam bentuk Dividends.

4. 2 director tadi sebolehnya bukan suami isteri. Lebih baik Mak dan anak. Husband will lie to you. Moms not gonna lie to you.

5. Tax/Cukai. Contoh:
Sdn bhd> Profit 500k= cukai 20% saja
Enterprise> Profit 500k= cukai 26% saja-saja.

6. Syarikat Sdn Bhd adalah automatik menjadi syarikat SME. Small medium enterprise. Lebih banyak peluang untuk kita.

7. Hutang. Liability ditanggung oleh syarikat. Kalau ada hutang dengan supplier, supplier mahu Saman, hanya syarikat yang akan menanggung. Kita free man. Kita bebas.
Supplier boleh mengambil aset-aset syarikat untuk dilunaskan hutang. Pastikan asset juga dibawah nama syarikat.

8. Bank adalah capitalist.
Dalam syarikat Sdn Bhd,bank akan memberi loan kepada syarikat,bukan director. Contohnya dalam pembayaran asset property, andai suatu masa syarikat tak mampu bayar, bank akan ambil alih property,bukan directornya.

Contohnya, Moons Sdn Bhd membeli rumah dengan menggunakan loan dengan Bank ABC. Point disini,beli Rumah guna nama syarikat. Jika kita mahu lebih Selamat.

9. Beli Kereta guna nama syarikat. Jika Beli rm100,000 guna nama syarikat, selepas 3tahun,Kereta tersebut sudah tiada nilai dalam rekod. Jatuh harga. Selepas itu secara personal kita boleh memiliki kereta dengan harga RM20,000 sekalipun.

10. Pamerkan Borang A dalam frame dikedai.

11. Semasa kita menandatangani syarikat Sdn Bhd semasa bersetuju mahu menubuhkannya,pastikan baca setiap helaian agreement tersebut. Baca secara details walau banyak. Itu tugas kita, perlindungan kepada syarikat dan diri kita dimasa depan.

12. Pendaftaran Sdn. Bhd. Lalui mereka-mereka INI:
> Company Secretary
> Tax agent
> Auditor
The more you run away from responsibilities,you will gonna more damage.

13. Loan diberi sebagai tools untuk membantu kita. Bayar balik hutang kita bila bank sudah tolong.

14. Rekod! Rekod! Rekod! Dalam setiap transaksi. Pastikan ada Pengurusan yang sistematik. Duit yang keluar setiap Kali bayar supplier mesti rekod. Duit yang masuk jangan senang-senang keluarkan. Gunakan check book.

Contoh: perbelanjaan untuk restoran.
> keluarkan rm3000 dari bank untuk perbelanjaan selama seminggu.
> duit Masuk: masukkan dalam bank setiap hari selepas transaksi masuk terakhir.

15. Bayar cukai. Borang J LHDN. Kalau tiada sales sekalipun, borang J mesti dihantar untuk memastikan ada rekod. Hantar sebelum LHDN kejar kita.

16. Rekod,resit,document transaksi mesti disimpan selama 7tahun,sekiranya tidak bayar tax dan register dengan LHDN, LHDN will find and catch you.

17. Staff mesti dilayan seperti staff. Majikan harus dilayan seperti majikan. Pelanggan harus dilayan seperti pelanggan. Bukan guna perkataan Adik,Kakak,abang. Staff kena report pada Bos.

*Tuan Haji Jerry Zafrul Rizal(Regional Director for Richworks International) adalah orang yang bertanggujawab membawa Tesco ke Malaysia. Kata beliau, sales terbanyak didunia ialah di Tesco Kota Bharu yang membawa 85% cash kedalam Tesco.

Gaji Ceo Tesco Malaysia ialah rm370,000 sebulan. Ceo pun tak mahu pulang ke UK. Income Tax di UK ialah 50%.

2014 tahun yang sangat awesome!

Walaupun hari ini adalah 3 Febuari 2015. Saya rasa belum terlambat untuk saya update untuk 2014 (Tidak ada istilah terlambat untuk buat sesuatu kan?)

So far alhamdulillah, bagi saya tahun 2014 adalah sangat baik berbanding tahun 2013 dan tahun-tahun sebelumnya. Biarpun ada cabaran tentang kesihatan yang melanda, saya redha, dan saya anggap itu semua ‘concern’ Allah menjadikan saya lebih mengingatiNYA dalam setiap perbuatan.

Nak buat baik ingat Allah, nak buat jahat ingat Allah.

Apa yang saya capai sepanjang 2014? Mungkin saya boleh share sedikit disini (sekurang-kurang boleh compare bila 2015 berakhir):

BISNES

  1. Mengeluarkan produk sendiri dibawah brand ANUMAX (22 Jan 2014)
  2. Sudah mula ambil staff dengan confident
  3. Buat seminar sendiri dihadiri oleh hampir 150 orang (walaupun ini kali pertama untuk seminar internet marketing di Kota Bharu)
  4. Berjaya hasilkan 6 angka bersih pertama dalam sejarah hidup.
  5. Hasilkan produk ke 2 dan ke 3, ANUMAX RING dan ASSEZ SLYMM
  6. Dah cuba 3 niche produk, kesihatan, kecantikan dan pakaian (walaupun pakaian fail, ia adalah lesson learn yang bagus)
  7. Hadiri seminar-seminar yang power
  8. Belajar dan networking dengan orang yang sangat berpengaruh dalam dunia bisnes online. (Alhamdulillah)

PERSONAL

  1. Melancong ke Medan Indonesia
  2. Anak lelaki Muhammad Aqif dah makin membesar
  3. Boleh beri apa yang family mahu (sebelum ini sukar untuk tunaikan hajat mereka)

Dan banyak lagi list….

Mungkin ada yang dah lupa. Apapun, tahun 2015 baru sahaja bermula. Baru masuk Febuari. InsyaALLAH tahun ini akan sangat baik berbanding tahun sudah.

Amin.

Semoga Allah mudahkan semudah mudahnya, dan berikan rezeki semurah murahnya.