The “hidden block” dalam pemasaran online yang ramai peniaga online tidak tahu..

235H Pada bulan Disember 2014, saya memulakan satu projek online untuk menjual produk dalam satu niche yang antara yang “hot” di Malaysia -niche kurus.
Proses berjalan, dan akhirnya ia “kick off” pada bulan Januari sehingga sekarang. Tup-tup sudah 8 bulan berlalu. Sedar tidak sedar.

Secara hakikatnya, ia tidak memberi pulangan yang besar seperti yang diinginkan. Biarpun pada peringkat permulaan, saya rasakan ia satu pelaburan yang bagus, tetapi akhirnya saya terpaksa akui ia tidak semudah yang disangka.

Menjual produk “hot” bermakna kita memerlukan kekuatan dari sudut kewangan untuk beradu dengan jerung gergasi di alam facebook. Ke dua, ia lebih parah jika kita tidak memiliki USP (Unique Selling Point) yang boleh “kasi langgar” semua pesaing yang ada di pasaran.

USP merangkumi banyak aspek. Dari segi produk itu sendiri, cara marketing, presentation pakaging dan lain-lain. Majoriti penjual kalah awal bila bicara soal USP.

“produk saya lebih kurang aje macam yang ada di pasaran”.

Saya juga merasa tempiasnya. Apabila banyak masa dilabur dan teknik digunapakai tidak memberi hasil yang memberangsangkan.

Sehingga saya menemui “THE HIDDEN BLOCK” dalam online marketing.

Bagi saya, dengan cara ini… So far semua produk/servis boleh dijual. Keuntungan berlipat kali ganda!

Caranya adalah dengan menggunakan email marketing.

Antara kelebihan yang saya peroleh:

  1. Email ini akan bekerja 24 jam sehari tanpa perlu ada “manusia” melayan pelanggan
  2. Dengan email, kita boleh membina kredibiliti kita secara automatik tanpa perlu bersusah payah setiap hari. Hanya set up dan tinggal.
  3. Kerja follow up akan dilakukan oleh sistem. Tidak lagi bergantung harap kepada whatsapp dan follow up secara manual
  4. Kita boleh follow up semasa hari gaji tanpa perlu bersaing dengan jerung lain
  5. Kita ada padang kita sendiri – Tak ada orang boleh flagged atau tutup padang ini melainkan kita.
  6. Dan banyak lagi… Serius…

Saya sedang mengkaji bagaimana convertion rate jika saya boleh dapatkan 500 fresh prospek setiap hari, online.

Esok kita akan mulakan target ini. InsyaAllah akan update mengenainya.

p/s: Bulan lepas, saya buat satu experiment, hanya 100% menggunakan email, jualan boleh mencecah lebih dari 5 angka! 

Projek pasif income USD, day 1 

 Orait, post seminar, so far so good. Achievement untuk projek USD. Walaupun baru gain profit dalam 8 usd. (Adsense) Haha, better then nothing kan?
Semalam cuti sehari main dengan anak selepas balik dari KL, berseminar dengan Patrick Chan.  So hari ni start kerja balik insyaAllah. 

Baru je sampai ke pejabat selepas drive lebih kurang 45minit dari Pasir Puteh. 

Target hari ini untuk buat wake up call kepada 99 orang subscriber mailing list international dan beberapa kerja lain sebelum kita drive traffic international masuk.

To summarize today’s work:

  1. Wake up email untuk 99 orang subscriber
  2. Cari ebook/video untuk landing page 
  3. Siapkan landing page
  4. Siapkan 5 days SOAP OPERA email. 
  5. Pilih produk di clickbank.com untuk SLO and OTO. 
  6. Buy solo ads. 
  7. Kemaskan sales funnel 

Sound simple, but can i make it all under 24 hours? Hopefully yes. (Speaking sket, broken tak apa asal cuba haha)

Jom start! Bismillah…minum kopi dulu!  

Kene fluent english ke baru boleh buat duit USD (US DOLAR)?

Ok, now sedang tunggu monorail untuk ke bukit bintang hari ke 2 seminar marketing online, international market.
Alhamdulillah. So far so good. Faham apa yang Patrick Chan sampaikan (power, dia dah buat milllion USD online, semua dalam kepala) tunggu buat aje.

Semalam rasa macam power english plak. Dah lama tak cakap orang putih. Tiba-tiba masa seminar majoriti chinese dan they all talk in english. So i talk la.

Apa yang saya takut (sebenarnya tak perlu takut) untuk masuk dalam pasaran USD adalah english dah berkarat. Last guna paling efective dan hampir setiap masa adalah semasa di universiti. Assignment, cakap dengan lecturer, cakap dengan member (member chinese biasa cakap english) Itu last. Habis je belajar, 100% malay.

“My biggest problem is english. Language barrier” saya tanya patrick.

Nak tak apa dia jawab?

“Hang ingat aku power ke english? Aku pun mai tibai je. Aku cina, tapi bahasa melayu aku lagi bagus dari english dengan cina”

Habis loghat penang keluaq bak hang! Haha

Ok, got it! Tak perlu power english untuk makes money in USD. FAHAM!

And out of blue (betul ke out of blue tu) seorang uncle tegur.

“Your english is not that bad laaaa…ok what. Seriously”

Haha! Ok tiba-tiba rasa macam power english.

Dan tiba-tiba macam dapat “wahyu” yang kata, hantam je lah. Broken pun broken, janji USD! Haha.

Hari ini mengembara menuntut ilmu lagi

  Alhamdulillah, semalam dari Kota Bharu dengan flight air asia (yang bergegar tak ingat sebab cuaca tak bagus), saya sampai di Kuala Lumpur. Hari ini ada misi untuk buru impian next stage dalam bisnes. 
Untuk buat USD. 

Yup, sekarang ekonomi sangat tidak menentu. Nilai RM jatuh teruk sehingga 3.92 untuk 1USD. Dan… Saya rasa ia akan keep on jatuh selagi ehem, beberapa pemimpin Malaysia yang ada “darah pahlawan” tak turun dari tahta pemerintahan.

Majoriti kawan-kawan yang berniaga sekarang mengeluh disebabkan hal ekonomi ini. Jika tanya pendapat saya, ya, ia beri kesan. Tetapi, bukankah ada kebaikanya juga? 

Dalam setiap kesusahan, mesti ada kemudahan. InsyaAllah

Sewaktu orang lain sedang suffer, saya nampak ada beberapa golongan peniaga terutama dalam bidang online bisnes tidak terjejas langsung. Malah sangat suka dengan keadaan ekonomi sekarang. 

Mereka adalah golongan yang perniagaannya menggunakan matawang USD. Lagi jatuh, lagi mereka bersorak. 

Bayangkan jika dulu setiap pendapatan darab 3, sekarang darab 4! Hampir sekali ganda. 

Mudah kata, jika dulu 1000usd boleh dapat RM3000 duit Malaysia, sekarang RM4000 duit Malaysia! 

Banyak… 

Now saya dalam KLIA transit to KL sentral. Letak bag disana, dan terus ke tempat menuntu ilmu hari ni. 

Bismillah..