Kenapa B1RM tak membantu Malaysia? (Ini pendapat saya)

Saya tidak tahu apa kata pengikut kerajaan, dan saya juga tidak ambil tahu apa kata pembangkan.
Saya orang yang berada di tengah-tengah. Saya lihat kepada kebolehan, “kebagusan” seseorang atau satu-satu program. Jika saya rasa bagus, saya akan katakan ia bagus. Jika tidak, saya lebih suka diam.

Tetapi tidak kepada BR1M yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka yang memerlukan.

Saya tidak nafikan, ia satu bentuk bantuan untuk kumpulan yang betul-betul memerlukan. Kumpulan sasar katanya. Pun begitu, secara keseluruhan, saya tidak nampak kesan yang besar untuk negara.

Bayangkan jika seorang anak muda bujang, dapat duit. Apa yang mereka akan buat dengan duit tersebut. Adakah digunakan untuk jana lebih banyak pendapatan atau untuk dihabiskan? Continue reading “Kenapa B1RM tak membantu Malaysia? (Ini pendapat saya)”

Raikan penyakit

Pagi tadi hidung tiba-tiba berdarah. Tak banyak. Mungkin disebabkan platelet low ditambah dengan bersin di waktu pagi menyebabkan bahagian dalam hidung sedikit luka.

Minggu ini, kesihatan juga sedikit berkurang. Sakit kepala hampir setiap masa. Badan sentiasa letih dan kurang bermaya walaupun selepas bangun tidur.

Sakit dan badan letih sebenarnya sudah cukup untuk buat rasa diri berkata malas, baik tidur dari kerja, duduk dan tidak berbuat apa-apa. Itu lebih bagus dan lebih ‘menyamankan’ dari memaksa diri.

Continue reading “Raikan penyakit”

10 Tips Cari Pekerja Bagi Syarikat Start Up

238HSaya baru selesai menemuduga hampir 10 orang calon hari ini… aaahh.. ada yang menepati citarasa, tapi ramainya tidak. Kecewa.

Niat dihati memang saya mahu membantu anak Melayu sendiri untuk mendapat kerja. Walaupun gaji tidak banyak, sekurang-kurangnya dapat membantu mereka menyara kehidupan setelah ‘grad’ dari universiti. Continue reading “10 Tips Cari Pekerja Bagi Syarikat Start Up”