7 Sebab Kenapa Anda Tidak Berjaya Hasilkan Sale Kencang (Dan Cara Mengatasinya)

Marketing adalah jantung dan nadi untuk perniagaan. Tanpa marketing, tidak akan berlaku sales dan duit tidak boleh dijana. Jika boleh diibaratkan, marketing adalah umpama bubu yang dipasang disekitar sawah untuk menangkap ikan. Pasang sahaja dimana-mana, kena pada tempatnya, adalah ikan yang akan masuk perangkap dan jadi hidangan makan malam.

“Bisnes sekarang kalau tak online, rugi besar!”

Kata Cikgu Fadzli, salah seorang teman rapat saya yang juga seorang peniaga online tegar ketika kami sedang makan roti tempayan, ayam bakar di Jerteh, Terengganu baru-baru ini.

Bunyinya sedikit tidak masuk akal jika saya katakan kebanyakan peniaga membazir duit dengan pengiklanan di intenet. Tanpa teknik yang betul, iklan yang dibuat untuk menghasilkan sales tidak akan memberi kesan yang signifikan jika tidak kena caranya.

Berikut saya senaraikan 7 sebab kenapa anda tidak boleh menghasilkan sales yang banyak di online.  Continue reading “7 Sebab Kenapa Anda Tidak Berjaya Hasilkan Sale Kencang (Dan Cara Mengatasinya)”

Kajian Kes : RM75,000 Jualan Produk Yang Ramai Pesaing, Tanpa Memerlukan FB Ads & Follow Up Whatsapp

case study1

Tahun 2016 akan jadi tahun yang mencabar bagi mereka yang berniaga.

Betul ke? Bagi saya, saya terpaksa akuinya. Pada saya, ia bermula diawal pengenalan GST pada April 2015. Sale turun mendadak bermula Mac 2015 kerana sentimen ‘panik melampau’ orang ramai tentang kesan buruk ekonomi pasca GST.

Tahun 2015 juga menyaksikan orang yang berduit berduyun-duyun membuat produk jenama sendiri yang mengakibatkan persaingan yang sengit. Walaupun ia adalah persaingan sangat sihat, ia juga memberi impak yang besar. Continue reading “Kajian Kes : RM75,000 Jualan Produk Yang Ramai Pesaing, Tanpa Memerlukan FB Ads & Follow Up Whatsapp”