FahdiGhazali.com

3 Dosa Marketing Tahun 2017

1

Jika anda seorang usahawan, terutamanya yang memasarkan produk/service melalui kaedah ‘online’, anda harus berjaga-jaga sekiranya anda terus melakukan DOSA atau KESALAHAN dalam marketing.

Semakin hari semakin ramai pesaing kepada anda yang muncul. Malah mereka lagi hebat. Jangan tanya kenapa bisnes anda makin slow kalau anda masih tak sedar tentang hal ini.

Tapi, apa yang dikatakan dengan DOSA atau KESALAHAN dalam marketing tu?

TAK SIMPAN DATABASE

Ini benda yang paling asas. Tapi benda yang paling asas ini lah dosa yang paling ramai peniaga di luar sana buat!

Database ni kita boleh dapat dalam bentuk NO FON, EMAIL, NAMA & ALAMAT.. Majoriti peniaga bila dah dapat database pelanggan untuk kali pertama, akan terus menjual, pelanggan beli, settle..habis kat situ. Lepas tu buat marketing lagi, cari pelanggan baru lagi, jual lagi, ulang lagi step yang sama, lagi, lagi, lagi… Tapi semua database pelanggan tu anda letak mana?

Database pelanggan yang dah membeli produk/servis anda, AMAT PENTING untuk anda kumpul & simpan elok2!

Sebab apa? Semua database ni amat berguna untuk anda bila2 masa anda nak berhubung balik dengan mereka. Terutama sekali sekiranya ada masa anda nak buat PROMOSI ataupun LANCAR PRODUK/SERVIS BARU. Anda cuma perlu ‘blast’ satu mesej menggunakan sistem SMS BLASTER atau EMAIL MARKETING. Katakan anda ada 10,000 database, dengan mudah anda boleh berhubung balik dgn mereka. Kan dah JIMAT MASA anda!

TAK FOLLOW-UP CUSTOMER

Ini mungkin bagi anda adalah hal yang leceh ataupun buang masa. Tapi anda sedarkah, jika anda tidak buat dosa ini, anda boleh UNTUNG BESAR?

Follow up ataupun dalam maksud yang sama adalah CUSTOMER SERVICE. Sebagai seorang peniaga, anda WAJIB buat! Ini bertujuan untuk menjaga pelanggan yang sedia ada. Sebab setiap pelanggan yang dah beli produk/servis anda, mereka ini berpotensi tinggi untuk buat repeat order. Repeat order bermakna anda dapat buat jualan dengan zero cost marketing!

Tambah2 lagi sekarang ni dah makin ramai orang mula berniaga. Iklan makin banyak, persaingan pun makin sengit. Kalau ada peniaga lain yang jual produk/servis yg sama dengan anda, pernah tak anda terfikir pelanggan anda akan membeli dgn peniaga tersebut untuk kali kedua? Hanya sebab anda TAK BUAT FOLLOW UP dan jaga customer anda!

PEOPLE FOLLOW PEOPLE

Apa yang dimaksudkan dengan People Follow People ini?

Ok, sebagai seorang usahawan atau produk owner, anda mesti berani untuk tampilkan diri kepada bakal pelanggan anda.

Sebagai contoh di Fanpage Fb, letakkan gambar anda sendiri sebagai profile picture. Rajin-rajinkan buat sharing dalam bentuk inspirasi. Dengan cara sebegini, bakal pelanggan tahu akan kewujudan anda di sebalik perniagaan tersebut. Jadi mereka akan lebih TRUST dan yakin dengan kredilibiti anda sebagai seorang selller kepada produk/servis anda. Bila orang dah start TRUST, percayalah jualan anda akan meningkat!

KESIMPULAN

Secara ringkasnya, jika anda masih lagi selesa buat bisnes dengan cara lama, percayalah di tahun 2017 ini, anda akan hadapi masalah seperti kos marketing meningkat & jumlah jualan menurun.

Anda harus sentiasa bersedia untuk berubah mengikut cara terkini terutama untuk marketing. Tahun 2017 adalah tahun bisnes online bergerak setapak lagi. Siapa yang akan menang? Hanya mereka yang pandai untuk berubah dan sentiasa belajar cara berbisnes terkini.

• Meet the Author ➞ Fahdi Ghazali



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!