3 Sebab Utama Kenapa Marketing Tidak Berjaya

pexels-photo-171933

Marketing adalah jantung dalam perniagaan. Ramai usahawan baru hari ini, mereka bukan tidak ada produk atau servis yang bagus, tetapi mereka tidak ada plan pemasaran atau marketing yang bagus.

Produk atau servis paling teruk dalam dunia boleh jadi bagus jika menggunakan pakai strategi marketing yang bagus. Dan produk dan servis yang paling bagus dalam dunia, tanpa pelan marketing yang bagus akan menyebabkan ia langsung tidak akan dikenali dalam dunia.

Setuju?

Disebabkan itu, dalam artikel ini, saya akan senaraikan 3 sebab antara marketing yang dihasilkan tidak berjaya menarik pelanggan untuk membeli produk atau servis yang kita tawarkan.

1. Video dan gambar tidak menarik

Visual (gambar/video) adalah antara terpenting dalam marketing.

Kenapa?

Kerana gambar atau visual adalah perkara pertama yang akan dilihat pelanggan dan ia menjadi “penentu” mata mereka berhenti dari melihat perkara lain dan fokus kepada marketing yang anda ingin sampaikan atau tidak.

Cuba anda letakkan diri anda sendiri di tempat duduk pelanggan. Biasanya, kita sendiri, dalam masa beberapa saat selepas melihat gambar atau video, minda kita akan membuat keputusan samada mahu  teruskan membaca, membeli, bertanya lebih lanjut atau “skip” dan cari perkara lain. Setuju?

Begitulah.

Gambar atau video adalah sangat penting!

2. Tidak Konsisten

Cuba bayangkan, iklan KFC hanya keluar di TV sekali setahun. Adalah orang akan ingat KFC? Dan bagaimana jika McDonald’s keluarkan iklan kadang-kadang ada, kadang-kadang tak ada.

Orang akan ingat tak brand besar ini?

Sudah pasti tidak!

Ini adalah masalah ramai usahawan.

Saya ambil contoh mudah. Marketing tak semestinya buat terus jadi. Ada ramai usahawan perlu trial and error banyak kali untuk dapatkan marketing yang benar-benar solid dan boleh menarik ramai pelanggan untuk beli produk dan servis.

Cumanya, ramai usahawan yang buat pemasaran, bila iklan tak jadi terus give up  dan tak nak buat.

Marketing bukan isu buat atau tidak sahaja, ia juga merangkumi konsisten atau tidak.

Untuk sales, konsisten penting. Untuk branding, konsisten penting. Untuk bisnes kekal releven dan dikenali umum, konsisten adalah kunci.

Marketing tak jadi tu biasa, tapi bangkit dan konsisten itu luar biasa!

3. Terlalu obses dengan iklan berbayar

Ini penting kepada peniaga yang baru nak bemula atau yang ada budget pemasaran yang “limited”.

Kenapa kita terlalu fokus untuk bayar, bayar dan bayar? Pernah atau tidak kita “fully utilise” platform yang free tetapi efektif untuk lajukan jualan produk dan servis?

Contohnya Facebook Live.

Ramai orang tahu, dunia sekarang orang suka perkara “real” atau “live”. Tanpa perlu copywriting, tak perlu bersusah payah mencari gambar atau hasilkan video setaraf hollywood, anda masih boleh berjaya untuk bisnes.

Cumanya, mungkin marketing cara percuma ini kurang “seksi” dan memerlukan masa, sebab itu ramai yang “give up” di tengah jalan.

Apa channel pemasaran online yang bagus untuk digunakan tetapi menghasilkan kesan yang bagus untuk marketing produk dan servis?

  1. Facebook live
  2. Youtube Channel
  3. Youtube live
  4. Instagram profile
  5. Linkdin
  6. Blog (berbayar RM100 setahun atau jika anda mempunyai budget yang limited, guna sahaja blogspot).

Pokok pangkalnya adalah, untuk gunakan media percuma ini perlu ada seni.

Elakkan dari menjual secara direct, tetapi utamakan untuk berikan “content” atau kandungan yang memberi manafaat kepada follower.

Dari kandungan bermanafaat ini akan mambuatkan follower suka dan akhirnya beli dari anda.

Kesimpulan

“Marketing is a process”. Jangan terlalu nak cepat sehingga kita lupa frasa “Kelajuan membunuh”.

Orang yang terlalu gopoh membuat marketing tanpa ilmu yang betul akan kehilangan banyak duit.

Releks, dan fikir dari sudut perspektif pelanggan. Bantu pelanggan terlebih dahulu dengan “content” yang bermanafaat barulah pelanggan senang untuk membeli dari kita.

Beri fokus kepada cara penyampaian terutama video dan gambar, dan beri masa untuk bina content di platform percuma jika kita tidak memiliki budget yang banyak untuk pemasaran.

p/s : Nak belajar lebih tentang Integrated Online Marketing? Klik disini sekarang! 

 

Facebook
Google+
Twitter
LinkedIn
Pinterest
Fahdi Ghazali

Fahdi Ghazali

Fahdi Ghazali atau nama penuh Mohd Fahdi Bin Mohd Ghazali, merupakan chairman kepada SIFOO International Sdn Bhd dan FunnelEvo. Beliau mula aktif dalam pemasaran menggunakan internet sejak tahun 2008 sehinggalah sekarang. Bermula hanya dari rumah sahaja, pada tahun 2013, beliau mula menubuhkan syarikat sendiri yang 100% memfokuskan memasar produk dan servis di online.

All Posts »

Ada komen? Jom tulis dibawah!