5 Tips Menaikkan Follower Instagram Anda Secara Percuma

a2

1

Instagram pada masa kini telah menjadi satu trend atau platform pemasaran yang baru bagi usahawan-usahawan muda untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan online. Ini kerana perniaga online melalui instagram tidak memerlukan modal yang besar dan risiko yang rendah. Namun untuk menjana pendapatan perniagaan melalui Instagram ini bukannya senang. Untuk menjana pendapatan perniagaan yang lumayan melalui instagram ini pemilik akaun intagram itu sendiri perlu ada pengikut akaun yang ramai. Bagi usahawan online yang baru memulakan perniagaan online ini, untuk mengumpulkan jumlah follower yang mencecah ribuan follower memakan masa yang agak lama.

Pada penulisan kali ini saya ingin berkongsikan tips atau cara bagaimana anda dapat menaikkan follower tanpa perlu anda mengeluarkan modal yang besar.

1) Gambar Yang Dipost di Akaun Instagram

a2

Gambar yang dipost di akaun instagram memain peranan yang penting bagi menarik follower untuk follow akaun anda. Untuk mengetahui post yang bagaimana dapat menarik dan menaikkan pengikut akaun instagram anda, pertama sekali anda mestilah tahu target customer yang anda ingin fokuskan. Bila anda sudah tetapkan target customer anda, anda akan tahu gambar atau post yang sesuai untuk menarik ramai pelanggan yang berpotensi untuk follow akaun instagram anda. Sebagai contoh, kebanyakan pengguna instagram adalah golongan muda awal 18-30 tahun keatas dan kebanyakan daripada mereka adalah daripada golongan wanita. Kebiasaanya golongan wanita ini sangat obses terhadap kecantikan dan penampilan diri mereka. Jadi post atau gambar yang sesuai untuk dipostkan adalah berkaitan produk kecantikan diri dan pakaian trend terkini.

Selain itu gambar yang ingin dipostkan mestilah bertema dan konsisten. Sebagai contoh jika anda berniaga produk kecantikan anda mestilah post gambar-gambar berkaitan dengan produk kecantikan atau tips-tips kecantikan, jangan pulak anda serabutkan gambar di akaun instagram anda dengan pelbagai jenis produk yang tidak berkaitan dengan kecantikan seperti baju, kasut, beg dan sebagainya. Ini untuk memastikan akaunt instagram ada mempunyau identiti sendiri bagi memudahkan pengguna instagram lain mengenali akaun instagram anda. Kualiti gambar yang dipostkan juga memainkan peranan yang penting bagi menarik follower untuk follow akaun instagram anda. Gambar yang berkualiti, menarik, dan cantik boleh menarik pengguna instagram lain untuk menjengah atau berkunjung sebentar ke akaunt instagram anda. Kebarangkalian pengunjung-pengunjung instagram tersebut untuk follow akaun instagram anda amat tinggi apabila mereka sudah masuk dan melihat gambar-gambar yang menarik di akaunt instagram anda.

2) LIKE Gambar/Follow Akaun Instagram Target Customer Anda

a3

Salah satu lagi cara untuk menaikkan follower di instagram adalah anda mestilah merajinkan diri untuk like gambar-gambar atau follow pengguna instagram yang menjadi target customer anda. Tujuan kita untuk untuk follow atau like gambar-gambar di akaun pengguna instagram lain adalah untuk menarik perhatian mereka, tapi anda mesti ingat, anda hanya boleh like atau follow sejumlah bilang tertentu sahaja dalam satu-satu masa. Jadi itulah pentingnya kita perlu ada target customer yang kita hendak fokuskan bagi memudahkan kita untuk follow pengguna instagram yang berpotensi untuk membeli produk kita dimana gambar yang kita post akan selalu dilihat oleh pengguna akaun instagram tersebut.

Sebagai contoh anda boleh cuba lihat pengguna instagram yang aktif like atau komen di IG artis-artis popular seperti Nora Danish, Hanis Zalikha, Neelofa, Hafiz Roshdi dan lain-lain lagi, kemudian follow akaun instragram mereka. Kebanyakan mereka akan follow balik akaun Instagram anda. Anda juga boleh klik pada bahagian follower artis-artis terkenal tersebut dan follow setiap follower akaun instagram artis tersebut. Dalam masa beberapa jam jumlah pengikut instagram anda akan meningkat.

3) Guna Hashtag # Yang Betul Dan Menarik
Penggunaan hashtag yang betul dan menarik juga boleh membantu menaikkan jumlah follower instagram anda. Pertama sekali untuk menarik pengguna instagram yang lain melihat akaun instagram anda, penggunaan hashtag yang popular dan kerap dicari oleh pengguna akaun instagram lain pada setiap gambar yang anda post amat penting. Ini kerana penggunaan hashtag yang betul pada setiap gambar yang anda post membolehkan post anda tersebut dijumpai oleh beribu-ribu pengguna instagram.

Antara contoh hashtag selalu digunakan oleh perniaga-perniaga online seperti #igshopmalaysia, #instashop, #sayajual, #visitmyig, dan #instaniaga antara yang trending yang selalu digunakan oleh peniaga di instagram. Jadi untuk memudahkan cara anda untuk cari hashtag yang selalu dicari oleh pengguna-pengguna instagram anda boleh layari laman web ini https://websta.me/. Melalui website ini, dengan memasukkan hashtag yang anda ingin gunakan pada ruang carian, website ini akan menunjukan senarai hashtag yang berkaitan berserta dengan jumlah post sekali. Selain hashtag anda juga boleh tagging nama pemilik akaun instagram yang mempunyai ramai follower. Kebanyakan pemilik akaun tersebut adalah dikalangan artis-artis terkenal seperti Nora Danish, Lisa Surihani, Khai Bahar dan ramai lagi.

4) Selalu Upadate dan Post Instagram Pada Waktu Yang Sesuai

a4
Antara cara lain untuk menaikkan follower atau like di akaun instagram adalah anda mesti tahu waktu yang sesuai untuk update atau post di akaun instagram anda. Disini saya nak kongsikan dengan anda waktu yang ideal untuk anda post atau update akaun instagram anda.

7.00 pagi – 8.30 pagi
Hari minggu pada waktu sebegini kebiasaanya orang sedang bersarapan, tengah bersiap ke tempat kerja, atau sudah sampai ke tempat kerja. Mereka biasanya akan meluangkan masa mereka sebentar untuk meninjau-ninjau instagram mereka. Jadi waktu ini amat sesuai untuk update atau post sesuatu di akaun instagram anda. Pada hujung minggu pula kebiasanya waktu ini tidak begitu effective kerana kebiasaanya tidak ramai orang yang bangun pagi pada hujung minggu.

12.00 tengahhari – 2.00 petang
Kebiasaanya waktu sebegini pengguna instagram memang sedang aktif disebabkan pada waktu tersebut adalah waktu lunch hour atau waktu rehat. Jadi waktu sebegini amat-amatlah sesuai untuk peniaga online update barangan yang mereka jual di instagram kerana waktu ini mereka senang untuk mendapatkan perhatian dari rakan-rakan atau pengguna instagram yang lain. Pada waktu ini kebanyakan pengguna instagram amat aktif kerana mereka akan mengisi masa yang terluang untuk melihat instagram mereka.

6.00 petang – 10.00 malam
Waktu sebegini kebisaanya adalah waktu dimana orang sudah pulang bekerja dan sedang berehat dirumah. Jadi waktu ini adalah waktu keemasan anda untuk mengupdate atau post sesuatu di akaun instagram anda. Kebanyakan pengguna-pengguna laman sosial amat aktif pada masa tersebut untuk mengetahui perkembangan terkini di laman sosial. Jadi kebarangkalian anda untuk mendapat perhatian daripada mereka amat tinggi.

5) Linkkan Instagram Dengan Facebook, Website, Blog Anda

Cara lain yang boleh anda gunakan untuk menaikkan lagi follower instagram anda adalah dengan meletakkan link ke instagram anda di facebook website dan blog supaya pengunjung-pengunjung facebook/website/blog anda dapat follow anda di instagram. Oleh itu amat penting bagi anda untuk bina website atau blog untuk business anda supaya pengguna-pengguna sosial media lebih mengenali anda.

Kesimpulan
Itulah dia 5 tips bagaiman anda boleh guna untuk menaikkan follower instagram anda tanpa perlu mengeluarkan modal beratus-ratus ringgit. Diharapkan dengan perkongsian 5 tips di atas dapat membantu para usahawan-usahawan online menjana pendapatan yang lebih lumayan.

• Meet the Author ➞ Fahdi Ghazali



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!