FahdiGhazali.com

5 Cara Pasarkan Produk atau Servis Anda Ketika Ekonomi Meleset

cara pasarkan produk atau servis ketika ekonomi meleset

1

Jika dilihat pada hari ini, kuasa membeli semakin hari sudah semakin menurun. Perkara ini amat membimbangkan usahawan-usahawan di Malaysia. Penurunan kuasa membeli ini akan menyebabkan jualan para peniaga juga akan turut menurun.

Setiap peniaga perlu mencari jalan penyelesaian untuk memastikan bisnes mereka boleh bertahan dalam menghadapi kegawatan ekonomi pada tahun ini.

Ada beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk pasarkan produk atau servis anda ketika ekonomi meleset.

1 – Tekankan Keunikan Produk Anda (USP)

Walaupun dalam keadaan ekonomi meleset, produk atau servis anda masih diperlukan oleh pembeli tapi mereka akan menghadapi masalah untuk memilih yang terbaik untuk mereka. Mereka perlu dapatkan satu produk atau servis yang paling berkesan kepada mereka.

Jadi, sangatlah penting untuk anda menekankan keunikan produk atau servis anda agar bakal pembeli anda lebih percaya dan yakin bahawa produk atau servis mereka boleh membantu mereka.

Sebagai contoh, jika anda lihat di Facebook, berapa ramai internet marketer yang mengadakan seminar untuk bisnes online? Bagaimana cara saya membezakan seminar saya dengan seminar-seminar yang lain?

Salah satu cara yang saya buat adalah dengan menekankan kelebihan dan keunikkan seminar saya berbanding seminar-seminar lain.

2 – Banyakkan berkongsi informasi berguna

Satu cara terbaik untuk anda pasarkan produk anda adalah dengan berkongsi maklumat yang boleh membantu pembeli anda menyelesaikan masalah. Jika dilihat pada trend sekarang, antara post yang paling banyak di share di facebook adalah post perkongsian maklumat.

Contoh :

Contoh perkongsian Azie di facebook page beliau

Contoh yang saya gunakan adalah salah seorang pelajar seminar Funnel Evo dan beliau mengusahakan bisnes pakaian dengan nama Tempahan Pakaian Azie D’Closet

Anda boleh lihat sendiri jumlah share untuk post ni. Apa yang Azie buat hanyalah berkongsi sedikit maklumat mengenai jahitan baju di page beliau. Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana hendak menjual jika hanya membuat perkongsian.

Jangan risau. Setiap perkongsian anda di page akan meningkatkan kepercayaan dan keyakinan terhadap produk atau servis anda secara automatik.

Perkongsian anda itu sebenarnya akan menunjukkan anda adalah pakar kepada produk atau servis yang anda sediakan. Jadi, pembeli tidak akan teragak-agak untuk memilih anda untuk menyelesaikan masalah mereka.

Contoh gambar jualan buku Azie

Nak belajar lebih lanjut? Dapatkan maklumat mengenai Seminar Funnel Evo disini.

3 – Terangkan kepentingan produk anda kepada pelanggan anda

Ekonomi meleset atau tidak, pembeli masih lagi akan dapatkan produk atau servis yang memberi kepentingan kepada mereka. Setiap manusia mempunyai masalah dan mereka tidak akan teragak-agak untuk membelanjakan sedikit wang bagi menyelesaikan masalah mereka itu. Jadi, anda sebagai penjual perlu mengkaji apa kepentingan produk anda kepada bakal pembeli anda.

Ketika menjual, tekankan kepentingan produk atau servis anda kepada mereka. Tanya mereka beberapa soalan yang boleh dijadikan sebagai point penting untuk anda menjual produk atau servis anda. Kelebihan anda bertanya soalan kepada pembeli anda adalah untuk mencari jawapan yang tepat kepada kenapa mereka ingin dapatkan produk atau servis anda.

Bila anda dah dapat jawapan kepada soalan tersebut, gunakan jawapan tersebut dan kaitkan dengan kepentingan produk anda.

4 – Jaga pelanggan sedia ada anda

Tahukah anda, pembeli adalah aset terbesar kepada bisnes anda. Bagaimana anda nak wujudkan satu bisnes tanpa ada pembeli? Mengikut kajian pakar pemasaran, kos yang anda perlu keluarkan untuk dapatkan pelanggan baru adalah lebih tinggi berbanding anda menjual kepada pelanggan yang sedia ada.

Bagaimana anda menjaga pelanggan anda yang sedia ada?

Anda perlu pastikan hubungan anda dengan pembeli tidak terputus. Kenapa? Ketika anda sedang sibuk mencari pelanggan baru, pesaing anda juga sedang sibuk untuk mencari peluang untuk dapatkan pelanggan lama anda. Untuk mengelakkan perkara tersebut, anda perlu pastikan servis yang anda tawarkan adalah ditahap yang terbaik.

Pastikan pengalaman mereka membeli dengan anda adalah pilihan yang tepat. Ini penting untuk menggalakkan mereka menyebarkan kelebihan mendapatkan produk dan servis dengan anda.

5 – Gunakan website anda untuk dapatkan leads/bakal pelanggan

Ini adalah salah satu teknik email marketing. Untuk memastikan bisnes anda bertahan ketika kegawatan ekonomi, anda perlu menggunakan satu platform yang boleh mengurangkan kos pemasaran anda. Salah satu cara yang anda boleh lakukan adalah memasarkan produk atau bisnes anda melalui emel. Kepada siapa anda perlu emel?

Sebelum anda menghantar emel, anda perlu mengumpul database terlebih dahulu. Selain daripada facebook, anda juga boleh menulis blog di website sebagai platform perkongsian anda. Di blog anda boleh berkongsi segala maklumat yang anda suka. Kelebihan menggunakan blog adalah anda boleh mengumpul database mereka secara percuma.

Jadi apa tindakan anda bila ada pelawat yang memasuki website anda? Mereka adalah pelanggan yang berpotensi untuk membeli produk anda.

Anda perlu dapatkan maklumat mereka seramai yang mungkin supaya anda boleh memasarkan produk atau servis anda secara percuma. Dah ada maklumat mereka, anda hanya perlu emel untuk mempromosikan produk atau servis mereka.

Contoh :

Contoh gambar popup untuk menyimpan database pelawat website

Setiap kali ada pelawat yang memasuki blog saya, saya akan terus dapatkan maklumat mereka kerana mereka adalah antara prospek yang berkualiti untuk produk atau servis yang saya tawarkan.

Kesimpulan

Secara ringkas, ketika berada dalam kegawatan ekonomi, anda perlu mengurangkan kos pengeluaran untuk bisnes anda semaksimum yang boleh. Anda perlu cari satu langkah pemasaran yang paling jimat tapi memberi pulangan yang lumayan untuk bisnes anda.

Apakah langkah yang anda ambil untuk kekal bertahan ketika kegawatan ekonomi? Boleh kongsikan di bahagian komen dibawah.

 

• Meet the Author ➞ Fahdi Ghazali



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!