5 Sebab Mengapa Business Online Anda Tidak Mendatangkan Keuntungan

image-4

1

Pada hari ini, terdapat lebih kurang 3 bilion manusia menggunakan internet setiap hari dan jumlah tersebut meningkat 8% setiap tahun. Anda boleh mengambil peluang ini untuk mendedahkan dan mempromosikan produk dan services business online yang anda tawarkan kepada sejumlah besar pengguna-pengguna internet tersebut. Antara cara yang boleh anda gunakan untuk mendedahkan business online anda kepada pengguna-pengguna internet tersebut adalah melalui Facebook, Google, website, blog, video, podcasts dan pelbagai lagi platform-platform yang sedia ada.

Namun begitu terdapat sejumlah peniaga-peniaga online ini gagal untuk menggunakan peluang tersebut bagi menjana pendapatan yang lumayan melalui platform-platform pemasaran online ini. Antara sebabnya adalah;

1. Tidak Kembangkan Channel Marketing

Salah satu punca kenapa ramai gagal menjana pendapatan yang besar melalui bisnes online adalah kerana tidak agresif untuk meluaskan channel marketing.  Majoriti peniaga hanya bergantung pada 1 ataupun 2 platform sahaja dalam menjalankan urusan perniagaan online ini. Sebagai contoh, Facebook & Instagram.

Bagaimana cara untuk kembangkan channel marketing?

Pertama, jika anda belum bermula, saya amat sarankan anda untuk mula menggunakan Facebook sebagai jalan paling pantas untuk memperoleh pelanggan untuk perniagaan anda. Bina Fanpage yang ‘mesra media sosial’. Contohnya, selalu berkongsi tips dan idea berkaitan dengan perniagaan yang anda lakukan. Jika anda penjual produk kesihatan, kongsilah hal berkaitan dengan kesihatan. Jika anda peniaga barangan kosmetik, kongsilah hal berkaitan dengan kecantikan.

Jangan fokus menjual! Orang tidak suka.

Pada masa sama, wujudkan blog anda sendiri. Bayangkan, apabila anda berkongsi di Facebook semata-mata, posting anda yang ‘lama’ akan ke bawah dan ia sukar untuk didapati semula. Pelanggan atau prospek anda pun tidak akan ‘scroll’ sehingga ke bawah Facebook anda semata-mata untuk membaca sesuatu.

Jadi, untuk tidak ‘membazir’ usaha anda menghasilkan kandungan seperti video, bahan bacaan, adalah amat bijak jika anda letakkan ia di satu tempat yang boleh diakses berkali-kali seperti di blog untuk artikel dan youtube untuk video.

Secara tidak langsung, anda akan memperoleh trafik dari Google! Ya, trafik percuma dari Google.

 

2. Website Anda Mengelirukan

Website memainkan peranan penting untuk menghubungkan anda dengan pelanggan atau audience yang berpotensi. Apabila seseorang masuk ke website anda, anda mempunyai lebih kurang 7-11 saat bagi menyakinkan mereka untuk terus berada di website anda dan meninjau-ninjau halaman website tersebut. Jika halaman website anda terlalu kompleks dan mengelirukan, anda mungkin akan terlepas pelanggan yang berpotensi.  Ini mungkin kerana, apabila mereka memasuki website anda dan mendapati website anda mengelirukan, minat mereka untuk terus berada di website anda akan terbantut.

Perkara yang perlu anda tahu untuk memastikan website anda tidak telalu kompleks dan mengelirukan audience anda adalah;

  • Website anda mestilah simple dan jelas bagi memudahkan audience anda melihat isi kandungan website
  • Website tersebut mestilah tidak mengandungi terlalu banyak tab menu.
  • Layout design website perlulah yang simple dan tidak berserabut.

3. About Page (Tentang Kami) Anda Kurang Menarik

Ramai dikalangan pemilik-pemilik website tidak begitu mengambil berat apa yang terkandung dalam ‘About Page’ atau page Tentang Kami di website. Mungkin bagi mereka, About Page ini adalah tidak penting.

Pernah dapat ‘business card’ dari rakan perniagaan? Di website, ‘About page’ adalah umpama business card maya anda.

Di bahagian about page, anda boleh letakkan info seperti;

  • Info/biodata anda sendiri atau background perniagaan anda.
  • Kenapa pelanggan perlu membaca website anda
  • Bgaaimana blog/website anda boleh bantu selesaikan masalah pelanggan
  • Anda juga boleh senaraikan testimoni pelanggan yang sudah berjaya hasil dari membaca blog / website anda.

image-7

Ini adalah contoh about page diarikurus.com

4. Tidak Mempunyai Email List Yang Efficient

Walaupun media sosial seperti Facebook memainkan peranan yang penting khususnya untuk pemasaran dan perniagaan online, namun ianya bukanlah cara yang terbaik untuk membina audience online anda. Salah satu cara yang berkesan dan efektif untuk berhubung dengan audience-audience online ini adalah dengan membina email list.

Bagaimana cara untuk membina email list tersebut?

Caranya adalah dengan wujudkan Opt in Form & Email Sign-Up di blog. Pastikan anda letakkan kotak email sign-up pada setiap page website anda. Secara logiknya, pelawat website anda adalah mereka yang berminat dengan servis atau produk anda. Jadi, jangan sia-siakan peluang dengan ‘melepaskan’ sahaja trafik yang datang dan membaca blog. Sebaiknya, gunakan peluang ini untuk mengambil butiran peribadi visitor tersebut  seperti nama dan email supaya anda dapat berkomunikasi dengan mereka terutama untuk membina hubungan jangka panjang & jualan.

image-2

Contoh email sign-up di website diarikurus.com

5. Tidak Melakukan Pengiklanan Secara Agresif

Antara sebab kenapa ramai perniaga online gagal menghasilkan jualan business mereka berlipat kali ganda adalah disebabkan mereka kurang mengiklankan business mereka secara agresif. Anda harus ingat, audience akan melihat tawaran yang anda offer beberapa kali sebelum ia betul-betul menarik minat mereka untuk membeli. Jadi pastikan anda sentiasa kosisten dalam membuat promosi business anda, sekali gus mencuri tumpuan audience yang berpotensi untuk menjadi pelanggan anda.

Terdapat banyak kaedah yang boleh anda gunakan untuk melakukan pengiklanan tersebut. Salah satunya melalui iklan berbayar dimana anda perlu mengeluarkan modal untuk menyiarkan iklan. 2 platform yang popular adalah;

  • Facebooks Ads – Facebooks Ads merupakan salah satu ‘paid advertising’ yang sangat popular dimana anda membuat iklan berbayar untuk disiarkan di laman sosial facebook. Walaupun anda terpaksa mengeluarkan sedikit modal untuk Fb Ads ini, dengan cara marketing yang betul, anda akan memperoleh hasil yang mengagumkan.

 

  • Google AdsWords – Google AdsWords merupakan antara cara pengikalanan yang berkesan untuk membantu anda mencari pelanggan-pelanggan baru. Kelebihan menggunakan Google Adwords adalah, dengan cara pengiklanan yang betul, iklan anda akan berada di ranking teratas hasil carian google search & biasanya dengan keyword yang tepat, pelanggan lebih mudah membeli berbanding pengiklanan di Facebook.

 

Kesimpulan 

Kesimpulannya, untung rugi dalam perniagaan online semuanya bergantung kepada cara anda uruskan perniagan online tersebut. Paling penting, untuk mempercepatkan anda memperoleh hasil yang lumayan, anda perlu cepat-cepat tingkatkan ilmu berkaitan dengan pemasaran. Semakin tinggi ilmu, semakin tinggi pendapatan dan keuntungan perniagaan.

• Meet the Author ➞ Fahdi Ghazali



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!