5 Tips Simple Tapi Power Untuk Melonjakkan Jenama Produk Anda

 

b1

1

 

Dalam pasaran pada hari ini terdapat pelbagai jenis jenama produk yang semakin hari semakin meningkat. Bagi jenama-jenama produk yang baru sahaja memasuki pasaran yang luas ini, mereka harus bersaing secara sengit dengan jenama-jenama produk yang sedia ada dipasaran. Jenama produk amat penting kerana ia bukan sahaja menaikkan lagi nilai sesutu barang, malahan sebagai penentu sama ada produk tersebut laku dipasaran ataupun sebaliknya. Jenama produk bukan sahaja produk brand semata-mata tetapi dalam masa yang sama ia membantu membina identiti syarikat dan produk itu sendiri.

Jika anda sudah mempunyai jenama produk sendiri tidak memadai jika anda tidak tahu cara untuk menjadikan jenama produk anda lebih dikenali dipasaran.

Tips 1 : Cipta Identiti Produk Anda Sendiri

Salah satu tips yang boleh diambil oleh pengusaha-pengusaha produk baru yang baru menghasilkan jenama produk sendiri adalah anda boleh mulakan dengan mengfokuskan tujuan pemasaran untuk membina identiti produk anda sendiri. Bahasa mudanya adalah, apabila orang menyebut jenama produk anda orang akan tahu produk anda.

Untuk mencipta identiti produk, anda mestilah berbeza daripada pesaing-pesaing anda yang lain.

Perbezaan tersebut dinilai dari segi kelebihan dan kelainan yang produk anda ada berbeza dari pesaing-pesaing anda dan perbezaan tersebut mestilah sukar untuk ditiru oleh orang lain.

Dengan kata lain, produk atau servis anda perlu mempunyai keunikan tersendiri atau dalam bahasa merketing, USP (Unique Selling Proposition).

Bagaimana untuk mewujudkan USP?

USP atau keunikan itu boleh diperoleh dengan bermacam cara. Antaranya ialah:

  1. Pakaging produk – Kotak yang unik, warna, corak yang unik.
  2. Layanan kepada pelanggan – Customer service yang super mesra, penghantaran percuma, dll
  3. Tampil dengan personaliti sendiri (Contoh seperti Dato’ Aliff Syukri dan Dato Vida)

Tips 2 : Kumpulkan Ulasan dan Testimoni Pengguna Produk Anda Yang Telah Berjaya

Amat penting bagi anda untuk pastikan anda selalu mendekati pelanggan-pelanggan yang lepas untuk tahu feedback mereka terhadap produk anda. Feedback yang positif daripada pengguna menandakan jenama produk tersebut berkualiti, dan pengguna-pengguna lain akan teruja untuk mencuba produk anda. Dengan adanya testimoni-testimoni produk anda yang telah berjaya anda boleh gunakan testimoni-testimoni pengguna tersebut sebagai medium untuk menghangatkan lagi sambutan terhadap jenama produk anda. Jadi pastikan anda tidak terputus hubungan dengan pembeli-pembeli produk anda yang lepas kerana selain kita dapat mengetahui feedback mereka kita jaga dapat memastikan mereka menjadi pelanggan tetap kita.

Tips 3 : Buat Promosi Jenama Produk Anda Secara Extreme

Ada banyak cara yang boleh anda gunakan untuk mempromosikan produk anda. Terdapat dua cara untuk mempromosi jenama produk anda sama ada melalui promosi secara online atau offline. Kebiasaanya ramai dikalangan peniaga-peniaga gemar menggunakan promosi secara online kerana ia menjimatkan kos tetapi ada mesti tahu jika anda hanya menggunakan promosi secara online liputan pasaran mungkin terhad. Bagi memastikan mesej yang anda ingin sampaikan diterima oleh semua orang supaya ramai orang mengenali jenama produk anda, anda haruslah seimbangkan Promotion Tools yang anda gunakan diantara promosi secara online dan offline. Selain melakukan promosi secara Online dan offline, anda juga boleh gunakaan Salesperson untuk bantu mempromosikan produk anda

Tips 4 : Tetapkan Logo dan Jenama Produk Anda

Logo dan jenama produk anda itu sendiri memainkan peranan yang penting untuk membolehkan orang ramai mengenali  Brand produk anda. Oleh itu apabila anda ingin memutuskan logo dan jenama produk yang anda ingin gunakan pastikan anda yakin dengan keputusan anda tersebut bagi mengelakkan sebarang perubahan yang akan berlaku di kemudian hari. Jika kerap berlaku perubahan terhadap logo mahupun jenama produk anda akan membuatkan orang ramai keliru dan susah untuk mengingati produk anda tersebut. Jadi pastikan logo dan jenama produk yang anda guna pada hari pertama ia memasuki pasaran tetap sama sehinggalah produk tersebut dikenali dipasaran.

Jika anda perlulah design logo dan identiti koperat anda, saya cadangkan anda ke Sifu Design

Tips 5 : Lakukan Kajian Terhadap Pesaing-Pesaing Produk Anda

Antara tips lain yang anda boleh gunakan adalah dengan memantau pesiang-pesaing yang sedia ada di pasaran. Pastikan anda sentiasa peka dengan strategi yang mereka gunakan dan cuba jadikan strategi tersebut sebagai rujukan untuk anda mencari strategi yang lebih baik daripada pesaing-pesaing anda untuk kuasai pasaran. Jangan sesekali mengabaikan pesaing-pesiang anda kerana dengan mengkaji kekuatan dan kelemahan mereka anda akan dapat belajar sesuatu untuk jadi lebih baik daripada mereka.

Rumusan

Kesimpulan daripada tips-tips diatas, terdapat banyak cara yang boleh anda lakukan untuk menaikkan lagi jenama produk anda dipasaran sekali gus dapat bersaing dengan jenama-jenama produk lain yang sedia ada dalam pasaran. Jika jenama produk anda mempunyai daya saing yang tinggi tidak mustahil produk anda mampu bersaing dengan jenama-jenama produk besar yang ada di pasaran.

• Meet the Author ➞ Fahdi Ghazali



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!