FahdiGhazali.com

7 Cara Menggunakan Facebook Live Untuk Melariskan Jualan Produk Dan Servis (Step By Step)

1

 

Antara features terbaru yang disediakan oleh Facebook pada hari ini adalah Facebook Lives. Facebook Live dicipta kerana trend online video yang semakin meningkat dalam kalangan pengguna media sosial. Justeru, ramai peniaga online sekarang menggunakan Facebook Live untuk melariskan jualan produk dan servis mereka di online terutama Facebook.

Jika sebelum ini anda menggunakan status untuk berkongsi maklumat, tapi kini anda boleh bersiaran secara Live. Siaran anda ini boleh di tonton oleh semua orang.

Dan yang paling menarik adalah, jika Live anda menerima tontonan yang ramai, video anda akan disenaraikan di bahagian Popular Videos dimana video ini boleh ditonton oleh pengguna Facebook walaupun mereka tidak Like page anda.

Tapi bagaimana anda nak tarik penonton yang ramai untuk menonton Facebook Live anda?

7 Tips & Tricks Bersiaran Di Facebook Live

 

1- Maklumkan Lebih Awal Waktu Siaran Anda

 

 

Maklumkan waktu siaran anda lebih awal untuk membantu penonton anda bersiap sedia untuk mengikuti facebook live anda. Pastikan anda memaklumkan penonton anda sekurang-kurangnya sehari sebelum anda bersiaran.

Bila anda memaklumkan waktu siaran lebih awal, penonton yang berminat dengan Live anda akan mengosongkan jadual pada waktu itu untuk mengikuti siaran Live anda. Mereka juga akan lebih bersedia dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan topik Live anda.

 

2- Internet Yang Laju

 

Internet yang laju sangat penting sebelum anda mula bersiaran. Cuba bayangkan anda tengah bersiaran tiba-tiba internet terputus. Apa anda nak buat? Masalah ini akan mengganggu emosi penonton anda. Jadi pastikan internet yang anda guna mempunyai connection yang kuat.

Connection yang paling terbaik adalah Wifi, tapi jika anda tidak mempunyai Wifi dan ingin menggunakan line telefon anda, anda perlu pastikan line telefon adalah 4G.

Nak tahu kelajuan internet anda sebelum mula Live? Jika butang “Go Live” anda berwarna kelabu, itu bermakna internet anda tidak kuat.

 

3- Terangkan Sedikit Maklumat Mengenai Siaran Pada Bahagian Description

 

 

Anda perlu terangkan sedikit maklumat mengenai topik siaran anda untuk memudahkan penonton anda memahami apa yang anda ingin kongsikan.

Akan ada penonton yang tidak tahu anda sedang bersiaran, jadi untuk menarik perhatian mereka untuk berhenti dan menonton Facebook Live anda, anda perlu pastikan caption yang anda tulis adalah menarik.

 

4- Minta Penonton Untuk Klik Butang “Follow” Untuk Tidak Terlepas Live Yang Seterusnya

 

 

Bila penonton anda membuka Facebook Live anda, satu notis akan dipaparkan. Anda perlu maklumkan kepada penonton anda untuk klik pada bahagian “Turn On” supaya mereka menerima notifikasi setiap kali anda bersiaran di Facebook Live.

 

5- Sapa Pengikut Yang Komen Pada Live Anda

 

 

Bila anda Live, sapa nama-nama yang komen pada video Live anda. Ini pasti akan mengembirakan penonton anda. Ucap terima kasih kepada mereka kerana menonton siaran anda.

Kebiasaannya penonton juga akan bertanya soalan semasa anda sedang bersiaran jadi anda perlu menjawab soalan mereka. Pendek kata sesiapa sahaja yang komen, anda perlu memberi respon.

 

6- Waktu Siaran Lebih Lama

 

Semakin lama anda bersiaran, penonton juga akan bertambah dan bilangan share untuk Facebook Live anda juga akan meningkat. Anda perlu bersiaran sekurang-kurangnya 10 minit.

 

7- Tamatkan Siaran Dengan Kata-Kata Penutup

 

 

Pastikan anda tamatkan siaran dengan kata-kata penutup. Contohnya, “Terima kasih kerana menonton” atau “Jumpa lagi di Live seterusnya”. Tunggu beberapa saat sehingga anda dengar satu bunyi “Ping”. Bunyi itu menunjukkan Live anda sudah tamat.

Jadi apa lagi. Mulakan Facebook Live anda. Tapi sebelum mula pastikan anda ikut 7 tips bersiaran di Facebook Live ini tau.

• Meet the Author ➞ Fahdi Ghazali



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!