FahdiGhazali.com

7 Sebab Kenapa Anda Tidak Berjaya Hasilkan Sale Kencang (Dan Cara Mengatasinya)

1

Marketing adalah jantung dan nadi untuk perniagaan. Tanpa marketing, tidak akan berlaku sales dan duit tidak boleh dijana. Jika boleh diibaratkan, marketing adalah umpama bubu yang dipasang disekitar sawah untuk menangkap ikan. Pasang sahaja dimana-mana, kena pada tempatnya, adalah ikan yang akan masuk perangkap dan jadi hidangan makan malam.

“Bisnes sekarang kalau tak online, rugi besar!”

Kata Cikgu Fadzli, salah seorang teman rapat saya yang juga seorang peniaga online tegar ketika kami sedang makan roti tempayan, ayam bakar di Jerteh, Terengganu baru-baru ini.

Bunyinya sedikit tidak masuk akal jika saya katakan kebanyakan peniaga membazir duit dengan pengiklanan di intenet. Tanpa teknik yang betul, iklan yang dibuat untuk menghasilkan sales tidak akan memberi kesan yang signifikan jika tidak kena caranya.

Berikut saya senaraikan 7 sebab kenapa anda tidak boleh menghasilkan sales yang banyak di online. 

 

1. Terlalu Bergantung/Taksub Kepada FB Ads

Anda perlu memahami 1 perkara, yang FB ads hanyalah channel marketing sahaja. Ia tidak lebih dari itu. Ia ibarat sungai-sungai kecil yang mengalir dan akhirnya akan sampai di lautan. Sungai ini namanya Facebook. Ada lagi sungai lain namanya Google, sungai Instagram, sungai Twitter, sungai Google+, sungai Radio, sungai Majalah dan lain-lain.

Anda perlu faham 1 perkara. FB ads adalah salah satu medium pengiklanan.

Pun begitu, saya kita boleh ibaratkan FB ads sebagai sungai yang besar berbanding dengan sungai-sungai yang lain. Tidak dinafikan, ia juga boleh memberi hasil yang lumayan jika kena dengan caranya.

Namun, dunia berubah mengikut masa. Begitu juga dengan marketing.

Anda tidak boleh terlalu berharap Facebook boleh memberikan sales. Anda juga tidak boleh berharap Instagram kan hasilkan sale. Begitu juga dengan Google dan sebagainya.

Seorang peniaga yang sudah lama, seharusnya memiliki banyak channel marketing. Besarkan channel. Jangan terlalu taksub dengan FB Ads.

Seorang kawan yang pernah berkata, “Kalau FB Ads dan Facebook tutup, perniagaan kita pun lingkup!”

2. Terlalu banyak iklan di Facebook & Media Sosial Lain

Mengikut domo.com (anda boleh lihat gambar dibawah), social media terlalu ‘bising’ dengan terlalu banyak informasi. Jika kita lihat untuk Facebook sahaja, dalam masa 1 minit ada 4,166,667 LIKE di facebook post.

infographic

Itu belum termasuk dengan pengguna yang menggunakan lebih dari satu sosial media. Boleh jadi mereka gunakan Twitter, Google+, Youtube, Instagram, Pinterest dan lain-lain.

Cuba bayangkan, dalam masa 1 minit, prospek dan bakal pelanggan kita sudah ‘dihidangkan’ dengan beribu ‘hidangan lazat’ yang memukau mata dan telinga di newsfeed.

Jika itu terjadi, bagaimana dengan iklan anda di Facebook? Tenggelam?

Disebabkan itu iklan anda tidak mendapat respon yang positif seperti yang diharapkan.

3. Terus Menjual – Prospek tidak kenal anda

confused

Ini adalah fakta. Kita teruja untuk menggunakan Facebook untuk menjual produk atau servis yang kita ada. Kita laburkan sejumlah wang dengan harapan yang prospek kita akan membeli dari kita. Kadang kala beribu ringgit sehari kos pengiklanan di Facebook.

Perhatikan situasi ini,

Ali seorang peniaga online dan medium yang beliau gunakan adalah Facebook.

Ali menjual produk sama dengan orang lain. Produk kesihatan. Untuk dapat jualan yang banyak, Ali terpaksa bersaing dengan ramai orang yang menjual produk lebih kurang sama. Jadi untuk pastikan produknya laku dijual, Ali terpaksa menurunkan harga. Ditambah lagi dengan kegawatan ekonomi, kuasa membeli semakin berkurang.

Target Ali, belanja RM10 untuk dapat 1 prospek whatsapp.

Apabila masuk 1 whatsapp, Ali tak sabar-sabar untuk menjawab. Beliau bagi salam dan perkenalkan diri. Kemudian Ali terus berikan info produk, harga, kebaikan produk dan lain-lain. Kadang-kadang panjang berjela-jela.

Prospek senyap.

Esoknya Ali follow up lagi. Dan lagi. Hampa, prospek masih senyap.

Sounds familiar?

Ya, ini adalah antara mimpi ngeri pemain FB ads. Prospek Whatsapp, tetapi tidak membeli.

Kenapa terjadi? Jawapannya mudah, mereka tidak mengenali anda dan anda tidak ada ‘kredibilit’. Cuba bayangkan jika yang jawab whatsapp adalah Dato Vida Qu Puteh. RM1000 pun customer sanggup bank in tanpa banyak soal kan?

Paling kurang pun, whatsapp akan dibalas dengan baik.

4. Terlalu Banyak T.R.I.C.K Untuk Menipu

Ini boleh terkena dengan batang hidung sendiri.

Produk seperti ubat kuat lelaki, produk sexual wanita, produk kurus, produk kesihatan seperti kecing manis, darah tinggi, gout, kebanyakannya susah untuk di approve oleh Facebook dan sosial media lain.

Contoh TRICK yang dilakukan adalah QURUSS (Kurus), [email protected] [email protected] (kencing manis) dan lain-lain.

Produk seperti ini juga berisiko tidak lulus untuk beriklan terutama di Facebook kerana beberapa sebab. Sebab pertama adalah, terma dan syarat Facebook tidak membenarkan penjualan produk/service sexual dan kedua produk-produk kesihatan dan kecantikan terlibat dengan aktiviti ‘over claim’. Contoh over claim adalah ‘Kencing manis boleh hilang dalam masa 7 hari’.

Jika nasib baik, lepas, tapi tidak panjang ‘umur’ iklan tersebut. Paling parah, akaun terus kena ‘flagged’.

Jika ini terjadi, sales anda akan terus merudum!

5. Iklan Hanya Untuk Menjual – Touch & Go

Ini adalah salah satu lagi masalah yang dihadapi oleh ramai orang penjual atau peniaga online. Mereka sibut untuk menjual. Jual dan jual.

Mari kita ambil satu contoh.

Mana satu iklan yang anda suka lihat dan anda akan ingat sampai bila-bila. Iklan PETRONAS jual minyak RON 95 atau iklan hari raya PETRONAS?

Sudah tentu iklan hari raya. Sebab? Ini kerana ia memberi sudut pandang dan rasa insaf kepada kita yang menonton. Secara tidak langsung, ’emosi’ ini lahir bersama dengan brand PETRONAS dalam hati kita. Sedar atau tidak, sebenarnya PETRONAS sedang menjual imej mereka.

Paling best adalah, jika bakal pelanggan kita suka, mereka akan klik butang ‘share’. Jika 100 orang rakan mereka lihat, kita sudah dapat free advertising dari mereka.

Let’s do the math.

Jika 200 orang share, dan katakan setiap share akan dapat 100 viewer baru. Jadi anda dapat 20000 free traffic.

Contohnya yang saya buat di fanpage Diari Kurus

screenshot diarikurus

Ada 194 share, dan reach sehingga 38,591 orang.  Lagi menarik, Likers suggest kepada kawannya yang lain untuk baca dan follow fanpage Diari Kurus.

Iklan yang bagus adalah iklan yang membina. Touch and grow, bukan touch and go.

“Daging…Hati…. Limpa?  Agak-agak kalau video ‘touching’ macam ini orang akan klik ‘share’ tak?

6. Buyer is a buyer, is a buyer, is a buyer, is a buyer!

 

Pembeli yang sudah membeli, akan beli, beli, dan beli lagi.

Sebagai contoh, setiap 3 hari, ibu saya akan membeli ayam proses untuk dimasak. Yang menariknya, detinasi yang selalu dituju untuk tujuan tersebut adalah sebuah kedai berdekatan dengan rumah yang ibu saya yakini kebersihan dan ayam tersebut di sembelih oleh orang islam.

Purata harga untuk seekor ayam adalah RM15 seekor. Dalam masa sebulan ibu saya perlukan 10 ekor purata ayam.  Maknyanya, dalam masa sebulan ibu saya akan membelanjakan RM150 untuk ayam proses di kedai yang sama.

Saya amat yakin, kedai tersebut juga memiliki tidak kurang 1000-2000 orang tempatan yang membeli dengan mereka setiap hari.

Inilah yang dikatakan ‘buyer is a buyer, is a buyer, is a buyer’

Jika mereka suka, mereka akan sentiasa membeli dengan penjual yang disukai.

Sama juga dengan Milo, Nescafe, Susu cap junjung, ubat gigi dan lain, lain.

Persoalannya, adakah anda perlu mencari pelanggan baru setiap hari atau belian ulangan melebihi jualan baru?

Untuk peniaga online, anda perlukan satu ‘sales funnel’ untuk pastikan pelanggan sentiasa membeli. Sales funnel ini diguna pakai oleh ramai peniaga-peniaga otai seperti Dr Azizan Osman

Untuk pastikan beliau dapat pelanggan baru, beliau akan sentiasa buat program-program khas dan percuma seluruh Malaysia. Dan selepas itu, sales funnel kedua adalah program-program training seperti IMKK untuk ‘buyer’. Kemudian, ia akan diikuti oleh program yang lebih tinggi impak seperti MMM (Millionaire Marketing Mastery), MYB (Master Your Business) dan lain-lain.

Setiap training ada ‘flow’ dan aturan yang perlu dipatuhi. Setiap anak murid beliau amat faham sistem ini. Dan paling penting, setiap program meninggalkan impak yang tinggi dan kesan yang mendalam kepada setiap yang hadir. Pendek kata, hampir semua puas hati dengan training yang dihadiri. Mereka akan rasa tidak cukup dan mahu lagi dan lagi.

“A satisfied customer is the best business strategy of all,” – Michael LeBoeuf.

7. Database Is The New Currency

Yes, ini benar. Database adalah segalanya pada masa sekarang.

 

Jika seorang penyanyi baru, mahu pasarkan albumnya dipasaran, ia mungkin sedikit sukar. Tetapi, situasi ini amat berbeza dengan Siti Nurhaliza yang sudah ramai pengikut. Hasilkan sahaja album, ia pasti akan laris dipasaran. Siapa yang membelinya? Sudah pasti pengikut setia Dato’ Siti.

Begitu juga dengan peniaga online. Untuk hasilkan RM100,000 jualan setiap bulan, adalah amat sukar bagi mereka yang tidak ada database. Tetapi ia amat mudah bagi mereka yang sudah mempunyai pengikut.

Lets do the math.

Jika anda ada 1000 orang pengikut dan pembeli tegar. Setiap bulan anda perlu hanya pastikan mereka berbelanja RM100 dengan anda. Hasilnya, jualan RM100,000 boleh dihasilkan dalam sekelip mata!

Jaga betul-betul 1000 orang ini. Buat mereka jatuh cinta dan follow anda ‘gila-gila’. Jadikan anda atau perniagaan anda seperti seorang artis yang menjadi pujaan ramai dan mempunayi pengikut, fans database yang ramai.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, untuk hasilkan jualan di online, anda tidak boleh bergantung kepada satu medium pemasaran sahaja. Luaskanlah channel marketing anda supaya ia dapat mencapai matlamat pengiklanan.

Pastikan anda dapat tonjolkan diri anda sebagai perniagaan yang lain dari yang lain, dengan erti kata lain ‘be unique’ untuk dapatkan pelanggan baru. Pastikan juga anda jadikan pelanggan ‘kawan baik anda’, simpan database mereka, dan berbaik-baiklah dengan mereka dengan memberi banyak faedah dari ‘persahabatan’ anda itu. Jadikan pelanggan trust dan jatuh cinta dengan anda.

Salah satu cara untuk buat semua itu saya ada kongsikan di post sebelum ini

• Meet the Author ➞ fahdighazali



2 comments… add one
  • perkongsian yang sangat berguna…
    Terima kasih tuan…

    Reply
  • salam tuan,

    terima kasih kerana menyediakan post yang sangat berguna ini…very super duper..

    tq.

    Reply

Don’t Be Shy » Leave a Comment!