Nak Banyakkan Duit? Ada 3 Perkara Tentang Duit Yang Perlu Anda Tahu!

Sepanjang hampir 10 tahun dalam bisnes, bermula dari menjual air kotak dan pudding di universiti, sehingga sekarang, Alhamdulillah, Allah beri saya faham beberapa perkara yang penting terutama untuk bisnes.

Dulu, fokus utama bila buat bisnes hanyalah duit. Duit, duit dan duit. Itu tujuan mutlak. Tidak ada yang lain.

Ketika itu, saya faham yang duit akan sediakan segala yang saya inginkan. Boleh beli apa nak beli, boleh dapat apa yang dihajati hanya jika ada wang.

Buatlah apa sahaja asal kaya.

Sehinggalah pada tahun 2011, semua hilang sekelip mata!

Yang diusaha hilang, duit hilang, motivasi hilang, semua hilang! Hatta bayang pun tak nampak. Ketika itu saya faham beberapa perkara.

 

1. Duit tidak akan memberi kegembiraan, progress hidup yang akan beri kegembiraan.

 

Continue reading “Nak Banyakkan Duit? Ada 3 Perkara Tentang Duit Yang Perlu Anda Tahu!”

Kenapa Masih Belum Berjaya Dalam Hidup? Ada 3 Sebab Yang Wajib Anda Tahu!

Kita semua pasti pernah berada di satu tempat yang mana kita boleh buat sesuatu dengan lebih baik tetapi sebaliknya berlaku. Kita ada plan yang bagus untuk kehidupan, bisnes, tetapi akhirnya ia terjadi tidak seperti apa yang kita harapkan.

Setuju?

Allahdulillah, Allah izin dalam masa beberapa tahun ini, saya berjumpa dengan ramai usahawan. Dalam dan luar negara. Saya dapati ada beberapa corak orang berjaya yang seakan-akan sama antara satu dengan yang lain. Ia sangat berbeza dengan orang yang masih lagi mencari rentak dalam hidup mahupun bisnes.

Persoalannya, apa corak atau ‘pattern’ orang berjaya?

1. Orang Berjaya Sangat FOKUS

Continue reading “Kenapa Masih Belum Berjaya Dalam Hidup? Ada 3 Sebab Yang Wajib Anda Tahu!”

3 Sebab Utama Kenapa Marketing Tidak Berjaya

Marketing adalah jantung dalam perniagaan. Ramai usahawan baru hari ini, mereka bukan tidak ada produk atau servis yang bagus, tetapi mereka tidak ada plan pemasaran atau marketing yang bagus.

Produk atau servis paling teruk dalam dunia boleh jadi bagus jika menggunakan pakai strategi marketing yang bagus. Dan produk dan servis yang paling bagus dalam dunia, tanpa pelan marketing yang bagus akan menyebabkan ia langsung tidak akan dikenali dalam dunia.

Setuju?

Disebabkan itu, dalam artikel ini, saya akan senaraikan 3 sebab antara marketing yang dihasilkan tidak berjaya menarik pelanggan untuk membeli produk atau servis yang kita tawarkan.

1. Video dan gambar tidak menarik

Visual (gambar/video) adalah antara terpenting dalam marketing.

Kenapa?

Kerana gambar atau visual adalah perkara pertama yang akan dilihat pelanggan dan ia menjadi “penentu” mata mereka berhenti dari melihat perkara lain dan fokus kepada marketing yang anda ingin sampaikan atau tidak.

Cuba anda letakkan diri anda sendiri di tempat duduk pelanggan. Biasanya, kita sendiri, dalam masa beberapa saat selepas melihat gambar atau video, minda kita akan membuat keputusan samada mahu  teruskan membaca, membeli, bertanya lebih lanjut atau “skip” dan cari perkara lain. Setuju?

Begitulah.

Gambar atau video adalah sangat penting! Continue reading “3 Sebab Utama Kenapa Marketing Tidak Berjaya”

Mustahil Untuk Bina Sebuah Perniagaan Tanpa Risiko

Untuk bisnes, kita perlu mengambil risiko untuk berjaya

“Mustahil Untuk Bina Sebuah Perniagaan & Bisnes Tanpa Risiko”

Itu adalah azimat yang saya pegang sejak mula berniaga pada tahun 2010.

Ada satu nasihat yang diberikan oleh Richard Branson, pemilik Virgin Airlines dalam buku “Like A Virgin” kepada semua pemilik bisnes yang baru bermula tentang risiko perniagaan.

Pesan beliau,

“Impossible to run a business without taking risk”

FunnelEvo, jenama di bawah SIFOO International Sdn Bhd, saya mulakan dengan mengambil pelbagai risiko bersama dengan team pada tahun 2016. Continue reading “Mustahil Untuk Bina Sebuah Perniagaan Tanpa Risiko”

Akaun Facebook Ads Kena Flagged! Apa Yang Saya Patut Buat?

facebook-logo-spelledout

Facebook Ads kena flagged? Ya, baru-baru ini para peniaga online di Malaysia, terutamanya yang menggunakan Facebook sebagai platform pengiklanan sekali lagi dikejutkan apabila banyak akaun Facebook Ads kena flagged! Facebook secara besar-besaran melakukan operasi ‘pembersihan’ kepada penggunanya.

Mesti pening kan? Yelah.. sebelum kena flagged, jualan bisnes senang-senang boleh melonjak naik. Malah ada yang mampu buat jualan jutaan ringgit dalam tempoh masa yang singkat hanya dengan menggunakan Facebook Ads. Tapi kenapa akaun Facebook Ads boleh kena flaggedContinue reading “Akaun Facebook Ads Kena Flagged! Apa Yang Saya Patut Buat?”

Team Sale Atau Stokis Dan Agen? Mana Lagi Bagus?

m4

Baru-baru ini, saya sempat untuk berbincang dengan kawan-kawan berkenaan dengan topik hangat untuk ramai peniaga. Mana lagi bagus, team sale atau stokis dan agen?

Saya ada ‘rekod’ semua perbualan kami di dalam video di bawah. Anda boleh lihat. Video ini berdurasi hampir 1 jam. Setiap saat akan ada info yang best akan keluar. Jadi jika boleh, jangan skip-skip.

Ini adalah videonya :

 

Duit Adalah Motivator Paling Teruk! 2 Sebab Ini Lebih Penting Dari Duit.

Setiap hari, orang akan bertanya cara paling betul untuk cari duit, namun, mereka tidak tahu, duit adalah motivator paling teruk!

Setiap hari, orang akan bertanya cara paling betul untuk cari duit. Tetapi semua tidak sedar yang duit adalah motivator paling teruk! Ia akan menyebabkan orang putus asa, tidak semangat, cepat mati akal, cepat marah, dan pelbagai lagi perkara negatif.

Semalam, satu hari saya berjalan dengan keluarga. Beriadah bersama. Bawa anak-anak dan isteri makan, keluar berjalan walaupun hari sesak sebab cuti sekolah sudah bermula. Perjalanan dari rumah ke tempat tujuan pada hari kebiasaan maksimum pun mengambil masa 45 minit. Tetapi semalam ia cecah sehingga satu jam lebih.  Continue reading “Duit Adalah Motivator Paling Teruk! 2 Sebab Ini Lebih Penting Dari Duit.”

Nak Letupkan Sale Bisnes? Ini 4 Langkah ‘Super’ Yang Anda Perlu Buat! (Baca Sekarang)

334h

Tahun 2012, sewaktu Facebook baru mula berkembang, peniaga yang menggunakan media sosial ini untuk mempromosikan produk atau servis majoritinya akan memperoleh jumlah ‘sales’ yang sangat besar. Kos marketing pada ketika itu amatlah murah dan ‘convertion’ untuk pelanggan membeli adalah sangat tinggi.

Ramai jutawan muda, jutawan senyap muncul hasil dari marketing di Facebook semata-mata. Ini terutama yang fokus menjual produk kecantikan kesihatan, pakaian. Mereka kena dengan masa, kena dengan produk. “Timing” mereka yang bermula ketika itu sangat-sangat tepat.

Adakah anda juga salah seorang yang berniaga menggunakan mediaum online?

Jika ya, teruskan pembacaan kerana saya ada sesuatu yang penting untuk dikongsi.

Pada tahun 2016, persaingan semakin sengit dan keadaan ekonomi sudah semakin ‘tenat’ membuatkan sales majoriti orang semakin turun dan turun. Lihat sahaja luahan hati Dato’ Aliff Syukri.

Beliau saya anggap ‘pakar’ dalam memasarkan produk berkaitan kecantikan dan kesihatan. Jadi amat patut kita ambil berat tentang pandangan berkaitan dengan ekonomi Malaysia yang semakin meruncing. Continue reading “Nak Letupkan Sale Bisnes? Ini 4 Langkah ‘Super’ Yang Anda Perlu Buat! (Baca Sekarang)”

Bagaimana Royal Albert Hall, London Kutip £325,000,000 Juta Pound Sterling Jual Barang Tak Wujud?

2 hari lepas saya berpeluang pusing-pusing satu kota London. Back pack, suka hati nak ke mana. Tak ada pemandu pelancong. Yang ada saya, adik, mak & Google maps.

Dulu biasa tengok dalam movie dan baca dalam buku. Sekarang betul-betul ada depan mata. London!

Satu tempat yang dicatat dan wajib pergi adalah ke Royal Albert Hall. Tempat gah untuk para karyawan mempersembah hasil seni mereka. (Termasuk artis kegemaran mak saya, Siti Nurhaliza). Continue reading “Bagaimana Royal Albert Hall, London Kutip £325,000,000 Juta Pound Sterling Jual Barang Tak Wujud?”