Author: fahdighazali

Takut Ambil Pekerja? Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu

Satu hari, Ali si peniaga online berjumpa dengan sorang sahabat lamanya, Abu (juga peniaga online). Kata Ali, “Pening lah… Banyak benda nak kena buat. Akulah yang kena buat iklan, aku lah yang kene order stok, aku lah yang jawab mesej pelanggan, akulah check order, akulah yang bungkus barang, aku yang kena pos, aku kena buat itu, buat ini. Kadang-kadang kenduri orang pun tak boleh pegi. Sebab buzy bisnes!” “Aku buat bisnes ni sebab nak ada time freedom. Kalau macam ni, duit ada, masa tak ada, payah juga. Nak keluar dengan anak bini jauh la. Masa nak keluar tu lah...

Read More

Cara Jual Emosi Pelanggan Untuk Tingkatkan Sales Perniagaan Berkali Ganda

Cuba kita perhatikan 2 perbualan telefon ini… Situasi #1 “Hello, boleh saya bercakap dengan En Ali?” Satu call masuk ke dalam telefon Samsung Note 5 En Ali, betul-betul sewaktu dia ‘fokus’ sedang mahu suapkan nasi makan tengah hari. “Ya, saya Ali. Siapa ni?” “Saya Faizal En Ali, saya nak perkenalkan satu pakej insurans untuk En Ali & keluarga” “Owh… takpe, takpe, saya buzy. Call lain kali. Assalamualaikum” Situasi #2 “Hello, boleh saya bercakap dengan En Ali?” “Ya, saya Ali. Siapa ni?” “Saya Faizal En Ali, saya nak bantu en Ali selamatkan keluarga En Ali dari ditimpa masalah pada masa...

Read More

Cara Turunkan Kos Per Lead Customer Sehingga 0.50 Sen (Yang Peniaga Online Boleh Lakukan)

  Kos untuk dapatkan seorang pelanggan sebenarnya sangat ‘mahal’ terutama jika anda menjual produk yang mempunyai banyak pesaing. Contohnya anda jual kopi. Di Malaysia, berapa jenis jenama kopi yang wujud? Banyak! Banyak sehingga kita tidak ingat jenama yang jarang-jarang kita dengar. Yang kita betul-betul ingat seperti Nescafe, Kapal Api, Ali Cafe. Selebihnya? Itu jika saya bicara soal bisnes besar yang ada marketing budget yang besar. Berjuta setahun. Bagi mereka tidak mengapa kalau ‘spending’ untuk marketing besar. Untung juta-juta, rugi pun boleh sampai juta. Tetapi bagaimana dengan anda? Jika anda jual produk yang sama dengan orang lain jual, kemungkinan besar anda...

Read More

Zaman Kejatuhan ‘Brand’ & Perniagaan Di Instagram Bermula. Adakah Anda Bersedia?

Mungkin agak straight forward dan mengundang banyak persepsi negatif terutama dikalangan mereka yang menggunakan Instagram secara serius untuk membina brand dan perniagaan. Namun, lebih baik jika kita berterus terang agar kita masih sempat ‘bertaubat’ dan bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku. Ia melibatkan periuk nasi kita. Ia melibatkan sumber kewangan yang kita cari untuk diri, keluarga dan pekerja-pekerja di bawah jagaan kita. Seminggu yang lalu, pihak Instagram mengumumkan yang mereka akan menukar algorithm mereka kepada algorithm yang lebih menyerupai Facebook.  Mengikut laman web techcrunch.com: Posts will no longer appear in chronological order and instead be sorted “based on the...

Read More

Flow Untuk Bina Pelanggan Setia & Tingkatkan Sales 3x-5x Ganda Setiap Bulan

Beberapa kawan saya yang menceburi bidang perniagaan mengeluh… Mereka mengeluh kerana sudah tidak tahan lagi dengan kos marketing yang meningkat dan ketidak boleh pasaran produk mereka disebabkan persaingan. Saya ingat, bukan mereka sahaja yang mengalami masalah ini. Saya amat yakin majoriti orang mengalami masalah ini. Bayangkan jika keadaan ini berterusan, silap hari bulan kita boleh bungkus dan kembali ke dalam ‘gua’ macam dulu-dulu. Harapnya tidak…. Jadi, saya rasa saya perlu kongsi dengan anda cara sebenar untuk keep on survive dalam perniagan. Salah satu cara adalah dengan membina ‘tribe’ atau pengikut setia. Contohnya macam ‘apple boy’ vs ‘android guy’. Masing-masing...

Read More

Kajian Kes : 7 Langkah Bagaimana Meningkatkan Jualan 2 Kali Ganda Untuk Produk Mahal

Ramai peniaga amat takut untuk menaikkan harga barang yang mereka jual. Mereka takut yang produk yang mereka jual tidak akan mendapat perhatian dan orang tidak mahu membeli. Natijahnya, sale merudum, perlu lebih ‘lama’ masa ber whatsapp untuk meyakinkan pelanggan untuk membeli produk, dan kos ads akan melambung tinggi tanpa hasil yang memberangsangkan. Justeru, saya mengambil inisiatif untuk membuat kajian ini. Kajian kes ini hanya semata-mata untuk mencari jawapan kepada beberapa persoalan yang saya sendiri tertanya-tanya: Adakah benar, faktor harga memainkan peranan penting? Adakah hanya produk bernilai 2 angka yang mudah untuk dijual berbanding produk nilainya lebih RM100? Harga produk...

Read More

Bagaimana Mengurangkan Kos Iklan Sehingga 50% Menggunakan FB Ads

Majoriti peniaga hari ini akan menggunakan FB Ads sebagai tools paling berkuasa untuk memasarkan produk atau servis. Kelebihan FB ads berbanding dengan medium pengiklanan yang lain tidak boleh dinafikan. Ia mudah, mesra pengguna, senang untuk di set up, dan ditambah lagi dengan ramai penggiat FB Ads mula membuka kelas-kelas coaching untuk mengajar cara yang betul dan tepat untuk beriklan di Facebook menjadikan ia sebagai laman sosial paling berkuasa terutama di Malaysia. Namun, ini juga mengundang satu bentuk persaingan di kalangan penjual. Hanya mereka yang betul-betul unik dan mempunyai produk lain dari yang lain akan ‘menang’ di Facebook. Untuk peniaga...

Read More