Author: fahdighazali

Bagaimana Untuk Meningkatkan ‘Open Rate’ Email Sehingga 40%-50%

Baru-baru ini, selepas saya siapkan satu kajian kes ( Kajian Kes : RM75,000 Jualan Produk Yang Ramai Pesaing, Tanpa Memerlukan FB Ads & Follow Up Whatsapp ) ramai yang bertanya bagaimana untuk meningkatkan open rate email dan bagaimana cara menulis email supaya dibaca oleh subscriber/list anda. Untuk menjawab soalan tersebut, saya bagi 2 tips dalam video dibawah. Ini video pertama yang saya buat. (Sebelum ini susah nak selfie, walau wife paksa) Tapi disebabkan kekangan masa untuk menulis, saya buat video ini. Semoga 2 tips ini boleh membantu anda dan jadi pemurah rezeki perniagaan anda jadi asbab rezeki orang sekeliling anda. Insya-Allah...

Read More

7 Sebab Kenapa Anda Tidak Berjaya Hasilkan Sale Kencang (Dan Cara Mengatasinya)

Marketing adalah jantung dan nadi untuk perniagaan. Tanpa marketing, tidak akan berlaku sales dan duit tidak boleh dijana. Jika boleh diibaratkan, marketing adalah umpama bubu yang dipasang disekitar sawah untuk menangkap ikan. Pasang sahaja dimana-mana, kena pada tempatnya, adalah ikan yang akan masuk perangkap dan jadi hidangan makan malam. “Bisnes sekarang kalau tak online, rugi besar!” Kata Cikgu Fadzli, salah seorang teman rapat saya yang juga seorang peniaga online tegar ketika kami sedang makan roti tempayan, ayam bakar di Jerteh, Terengganu baru-baru ini. Bunyinya sedikit tidak masuk akal jika saya katakan kebanyakan peniaga membazir duit dengan pengiklanan di intenet....

Read More

Kajian Kes : RM75,000 Jualan Produk Yang Ramai Pesaing, Tanpa Memerlukan FB Ads & Follow Up Whatsapp

Tahun 2016 akan jadi tahun yang mencabar bagi mereka yang berniaga. Betul ke? Bagi saya, saya terpaksa akuinya. Pada saya, ia bermula diawal pengenalan GST pada April 2015. Sale turun mendadak bermula Mac 2015 kerana sentimen ‘panik melampau’ orang ramai tentang kesan buruk ekonomi pasca GST. Tahun 2015 juga menyaksikan orang yang berduit berduyun-duyun membuat produk jenama sendiri yang mengakibatkan persaingan yang sengit. Walaupun ia adalah persaingan sangat sihat, ia juga memberi impak yang besar. Keadaan lebih buruk jika produk yang dikeluarkan adalah hampir sama dengan jenama-jenama produk yang sudah ada dipasaran. Tidak ada USP (Unique Selling Point) yang...

Read More

Sindrom ‘Shiny Object’ boleh membunuh bisnes anda

“Abang buat bisnes hartanah, alhamdulillah! Dapat 1 juta setahun. Releks la. Jual 1 hartanah untung dah puluh-puluh ribu. Cukup makan beberapa bulan” Ali yang dengar ‘sembang’ juta-juta si abang mula teruja. Keluar air liurnya untuk dapat juta-juta. Fikirannya merewang memikirkan apa yang boleh dibeli bila dapat duit sebanyak itu. Rumah besar, kereta mewah dan melancong ke stadium bola sepak Manchester United di UK bersama orang rumah. “Engkau bisnes sen-sen Ali, jual barang penat tiap-tiap hari. Cukup bulan dapat 2-3 ribu aje sebulan. Jom, join abang jual tanah. Nanti kaya cepat siket!” Ali yang sudah termakan cerita abang Long Fadhil...

Read More

Kita belum mati walau ada banyak masalah!

Jam 4 petang 2 hari lepas, saya menerima satu panggilan  telefon dari seorang kawan yang sudah lama saya tak jumpa. Azlan namanya. Umur sama dengan saya, 28 tahun. Saya panggil beliau dengan panggilan ‘Dato Seri’ dan beliau panggil saya dengan panggilan ‘Dato’. “Hallo Dato, apa khabar?” “Baik Dato Seri. Ambo sihat, segar bugar. Apa plan?” “Jom Dato, keluar minum teh petang ni. Kawe belanja. Kedai dekat rumah Dato. Kedai oren sebelum restoran herba”. Agaknya sudah hampir setahun saya tidak berjumpa beliau. Masing-masing sibuk dengan urusan bisnes. Beliau dengan cara beliau, saya dengan cara saya. Kalau dulu hampir setiap hari...

Read More

Kenapa B1RM tak membantu Malaysia? (Ini pendapat saya)

Saya tidak tahu apa kata pengikut kerajaan, dan saya juga tidak ambil tahu apa kata pembangkan. Saya orang yang berada di tengah-tengah. Saya lihat kepada kebolehan, “kebagusan” seseorang atau satu-satu program. Jika saya rasa bagus, saya akan katakan ia bagus. Jika tidak, saya lebih suka diam. Tetapi tidak kepada BR1M yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka yang memerlukan. Saya tidak nafikan, ia satu bentuk bantuan untuk kumpulan yang betul-betul memerlukan. Kumpulan sasar katanya. Pun begitu, secara keseluruhan, saya tidak nampak kesan yang besar untuk negara. Bayangkan jika seorang anak muda bujang, dapat duit. Apa yang mereka akan buat dengan duit tersebut. Adakah digunakan untuk jana lebih banyak pendapatan atau untuk dihabiskan? Saya jamin, majoriti akan bersetuju duit itu akan dihabiskan. Tidak dapat dinafikan, ada yang simpan atau buat modal perniagaan. Tapi berapa kerat? Akhirnya, wang berbilion yang dibelanjakan tidak akan bertambah malah lebih teruk, dihabiskan untuk perkara yang sia-sia. Bagi saya, BR1M hanyalah alat untuk dapatkan sokongan rakyat. Full stop. Cadangan yang lebih bagus, setiap penerima diberi tunjuk ajar bagaimana untuk gunakan duit tersebut untuk kemajuan diri. Cuba bayangkan, jika ayah kita berikan RM500 (dengan tiba-tiba) dan tanpa berikan apa-apa syarat. Apa yang kita akan fikir? Kalau yang belum ada telefon, mungkin akan beli. Kalau yang dah ada mungkin upgrade. Itu ayah kita….. Kalau ia dari orang yang tak kita kenali? (Dalam hal ini kerajaan), mungkin lagi teruk jadinya....

Read More

Raikan penyakit

Pagi tadi hidung tiba-tiba berdarah. Tak banyak. Mungkin disebabkan platelet low ditambah dengan bersin di waktu pagi menyebabkan bahagian dalam hidung sedikit luka. Minggu ini, kesihatan juga sedikit berkurang. Sakit kepala hampir setiap masa. Badan sentiasa letih dan kurang bermaya walaupun selepas bangun tidur. Sakit dan badan letih sebenarnya sudah cukup untuk buat rasa diri berkata malas, baik tidur dari kerja, duduk dan tidak berbuat apa-apa. Itu lebih bagus dan lebih ‘menyamankan’ dari memaksa diri. Ahhh.. tapi itu soluso untuk orang yang cepat kalah. Orang yang kurang motivasi. Orang yang mudah dirasuk syaitan supaya lalai dan terus menyalahkan takdir. “Orang yang mahukan dunia, perlukan ilmu. Orang yang mahukan akhirat perlukan ilmu. Orang yang mahu kedua-duanya perlukan ilmu” Sedang saya melayan rasa pening dan keletihan, mama membuka siaran TV9 dan topik ketika itu dibincangkan host bersama dengan seorang doktor yang pernah didiagnos kanser usus tahap 4. Sekarang beliau bebas kanser. Beliau berikan ILMU yang boleh memadamkan rasa kecewa disebabkan sakit ini. Saya semangat mendengar celoteh Dr tersebut. Katanya, selepas didiagnos dengan kanser tahap 4, perkara pertama yang beliau lakukan adalah bertenang dan cuba untuk memujuk diri melihat natijah disebalik ujian yang Allah berikan. “Kalau kanser stage 4, biasanya 50-50” Saya boleh bayangkan perasaan beliau ketika mendapat khabar tentang penyakit itu. Saya sendiri pernah lalui saat diberitahu mengenai penyakit Idiopathic thrombocytopenic purpura  (ITP) yang saya hadapi hampir 3 tahun lalu. Apa yang...

Read More