Author: Fahdi Ghazali

Tutorial 4 – Buka Akaun GetResponse (Emel Marketing)

Untuk membantu anda membuat marketing melalui emel, anda perlu dapatkan satu sistem yang memudahkan anda menghantar emel kepada setiap pelanggan anda. Salah satu sistem yang menyediakan servis email marketing adalah GetResponse. GetResponse memberi anda peluang untuk mendapatkan servis mereka secara percuma selama sebulan. Jadi, selama sebulan ini, anda boleh nikmati kelebihan email marketing dengan menggunakan GetResponse secara percuma. Ikut tutorial ni satu per satu ye. #Cara Membuka Akaun GetResponse 1- Masuk ke link https://app.getresponse.com/login.html. Klik “Try it free for 30 Days” untuk membuka akaun baru. 2- Isi maklumat  dan Klik ” Create account”. Nota : Emel yang digunakan mestilah emel...

Read More

Tutorial 3 – Cara Menulis Copywriting

Copywriting adalah elemen penentu respon. Copywriting bertujuan menarik perhatian audience, menimbulkan minat, mencipta keinginan dan meyakinkan pelanggan untuk bertindak mendapatkan produk atau servis anda. Di bahagian copywriting inilah anda dapat terangkan segala maklumat mengenai produk atau servis anda. Apabila pelanggan mendapat maklumat yang cukup mengenai produk atau servis anda, potensi untuk mereka membeli produk atau servis anda adalah amat tinggi. Ada beberapa step yang anda perlu faham sebelum anda menulis ayat copywriting. Sebelum anda menulis ayat copywriting yang boleh memikat pelanggan, anda terlebih dahulu perlu tahu dan faham mengenai “STRUKTUR COPYWRITING”   1- HEADLINE   Kenapa headline sangat penting? HEADLINE adalah perkataan pertama yang pelanggan akan baca. Dalam penulisan ayat iklan, orang akan tertarik untuk membaca disebabkan headline. Jika headline menarik, seorang pelanggan atau prospek akan lebih cenderung untuk membaca ayat iklan copywriting sampai habis. Headline juga bertujuan mewujudkan awareness dan untuk menapis siapa pelanggan yang ingin anda target. Jika headline anda dapat memikat ramai pelanggan, peratus untuk anda hasilkan jualan sangat tinggi. 4 CARA TULIS HEADLINE 1- Guna huruf besar 2- Guna bahasa prospek (bahasa pasar,rojak,singkatan) 3- Masukkan EMOSI 4- Jarakkan dengan intro 3 JENIS HEADLINE POWER 1- Self interest a) BAGAIMANA SAYA BOLEH BANTU__________ b) RAHSIA ___________ DIDEDAHKAN! c) TERCARI-CARI ____________________? d) AFGAN DAH BOLEH ____________________ 2- New a) TERBARU! _________ DILANCARKAN! b) NEW ARRIVAL! _______ PERTAMA DI MALAYSIA c) FORMULA __________ TELAH DICIPTA! d) SOON! __________ BAKAL DILANCARKAN!...

Read More

Tutorial 2 – Bina Iklan PPE Di Facebook

Page Post Engagement (PPE) adalah iklan untuk berkongsi maklumat mengenai produk atau servis anda. Melalui iklan ini, maklumat produk atau servis anda dapat disampaikan kepada lebih ramai orang dan tidak terhad kepada Likers page anda sahaja. Iklan PPE boleh dibina dalam 3 bentuk iaitu gambar, video atau tulisan. Pastikan anda ikut satu per satu tau. #Cara Membina Iklan PPE Di Facebook Sebelum anda mulakan tutorial ini, pastikan ayat iklan produk atau servis anda sudah di post di page anda. 1- Login ke akaun FB anda dan klik “Create Adverts”. Anda akan dibawa ke page utama untuk FB Ads. 2- Tukar ‘Campaign Name’ dengan nama kempen yang bersesuaian dengan kempen iklan anda. Klik ‘Engagement’. Klik “Post Engagement” dan klik ‘Continue’. Contoh nama kempen – Iklan Sales : Januari 2017 3- Selepas anda klik ‘Continue’, anda akan dibawa ke page untuk setting maklumat mengenai prospek anda ataupun target pelanggan yang berpotensi untuk membeli produk atau servis anda. 4- Klik kotak ‘Everyone in this location’ untuk menukar setting tempat pelanggan anda. Nota : A- Kesemua orang yang berada di kawasan yang anda pilih akan dapat melihat iklan anda. B- Hanya yang tinggal di kawasan yang anda pilih akan dapat melihat iklan anda. C- Hanya yang masih baru di kawasan yang anda pilih akan dapat melihat iklan anda. D- Hanya yang bercuti/mengembara/melancong di kawasan yang anda pilih akan dapat melihat iklan anda. 5- Anda boleh memilih...

Read More

Tutorial 1 – Bina Iklan LIKE Di Facebook

Like Marketing adalah satu teknik iklan meningkatkan bilangan Likers facebook page anda. Banyak kelebihan yang anda akan dapat bila Likers page anda ramai. Salah satunya adalah untuk meningkatkan kepercayaan terhadap produk/servis anda. Kos iklan di Facebook semakin hari semakin tinggi. Jadi, anda perlu pastikan cara anda membina setiap iklan adalah betul dan tepat. Kali ini saya kongsikan tutorial membina Like Marketing di Facebook dengan cara yang betul step by step. Pastikan anda ikut satu per satu tau. #Cara Membina Iklan Like Di Facebook Login ke akaun FB anda, klik pada butang segi tiga (atas sebelah kanan skrin FB anda) dan klik “Create Adverts”. Anda akan dibawa ke page utama untuk “FB Ads”. Klik ‘Page Likes’. Tukar ‘Campaign Name’ dengan nama kempen yang bersesuaian dengan kempen iklan anda. Klik ‘Continue’.  Pastikan ‘Account Country’, ‘Currency’ dan ‘Time Zone’ disetkan seperti yang tertera dibawah. Klik ‘Continue’ selepas anda selesai menyemak maklumat tersebut. Selepas anda Klik ‘Continue’, anda akan dibawa ke page untuk setting maklumat mengenai prospek anda ataupun target pelanggan yang berpotensi untuk membeli produk atau servis anda. Pilih Page yang anda ingin promote. Klik kotak ‘Everyone in this location’ untuk menukar setting tempat pelanggan anda. Nota : A- Kesemua orang yang berada di kawasan yang anda pilih akan dapat melihat iklan anda. B- Hanya yang tinggal di kawasan yang anda pilih akan dapat melihat iklan anda. C- Hanya yang masih baru di...

Read More

3 Dosa Marketing Tahun 2017

Jika anda seorang usahawan, terutamanya yang memasarkan produk/service melalui kaedah ‘online’, anda harus berjaga-jaga sekiranya anda terus melakukan DOSA atau KESALAHAN dalam marketing. Semakin hari semakin ramai pesaing kepada anda yang muncul. Malah mereka lagi hebat. Jangan tanya kenapa bisnes anda makin slow kalau anda masih tak sedar tentang hal ini. Tapi, apa yang dikatakan dengan DOSA atau KESALAHAN dalam marketing tu? TAK SIMPAN DATABASE Ini benda yang paling asas. Tapi benda yang paling asas ini lah dosa yang paling ramai peniaga di luar sana buat! Database ni kita boleh dapat dalam bentuk NO FON, EMAIL, NAMA & ALAMAT.. Majoriti peniaga bila dah dapat database pelanggan untuk kali pertama, akan terus menjual, pelanggan beli, settle..habis kat situ. Lepas tu buat marketing lagi, cari pelanggan baru lagi, jual lagi, ulang lagi step yang sama, lagi, lagi, lagi… Tapi semua database pelanggan tu anda letak mana? Database pelanggan yang dah membeli produk/servis anda, AMAT PENTING untuk anda kumpul & simpan elok2! Sebab apa? Semua database ni amat berguna untuk anda bila2 masa anda nak berhubung balik dengan mereka. Terutama sekali sekiranya ada masa anda nak buat PROMOSI ataupun LANCAR PRODUK/SERVIS BARU. Anda cuma perlu ‘blast’ satu mesej menggunakan sistem SMS BLASTER atau EMAIL MARKETING. Katakan anda ada 10,000 database, dengan mudah anda boleh berhubung balik dgn mereka. Kan dah JIMAT MASA anda! TAK FOLLOW-UP CUSTOMER Ini mungkin bagi anda adalah hal...

Read More

5 Cara Mudah Memulakan Perniagaan Online Anda Sendiri

Perniagaan online telah menjadi satu trend di Malaysia kerana rata-rata individu pada hari ini merasakan membeli secara online bukan sahaja menjimatkan masa, malah banyak kos yang boleh dijimatkan jika membeli-belah secara online. Berikutan trend semasa inilah, ramai individu tekad untuk mencuba nasib dengan memulakan perniagaan online mereka sendiri. Terdapat banyak platform yang dapat digunakan bagi memulakan perniagaan melalui online ini, antaranya melalui Facebook, Instagram, twitter, Blog, Email, Minisite dan banyak lagi. Namun anda perlu tahu platform yang mana sesuai digunakan dan anda juga mestilah biasa dan tahu cara menggunakan platform tersebut. Terdapat beberapa langkah yang boleh anda jadikan sebagai...

Read More

5 Perkara Penting Yang Perlu Ditanam Diminda Sebelum Bergelar Usahawan

Sebelum anda mengambil keputusan untuk bergelar usahawan, tidak kiralah usahawan dalam apa-apa bidang sekalipun amat penting untuk anda mempersiapkan diri anda dengan ilmu-ilmu serta pengetahuan perniagaan yang secukupnya sebagai perisai untuk anda menempuh dunia perniagaan yang penuh cabaran ini. Selain mempersiapkan diri anda dengan ilmu-ilmu perniagaan, anda juga harus persiapkan minda anda dengan beberapa perkara ; 1) Bersedia Hadapi Cabaran Baru Apabila anda memasuki dunia perniagaan, sudah semestinya anda bakal berhadapan dengan pelbagai cabaran. Antara cabaran biasa yang perlu dihadapi seperti persaingan dari perniaga-perniaga lain, proses untuk mencipta nama anda, dan banyak lagi. Untuk menjadi usahawan yang berjaya anda harus...

Read More