Cara Menukar Password WordPress Menggunakan Cpanel

wordpress-bg-medblue

Jika anda terlupa password untuk log masuk ke WordPress anda boleh ikuti tutorial di bawah.

1- Log masuk ke akaun cPanel. Anda boleh dapatkan maklumat log masuk akaun cPanel anda di emel.

 

2- Skrol ke bahagian bawah dan klik phpMyAdmin.

 

3- Klik database untuk website anda.

 

4- Skrol ke bawah dan cari ‘wpxn_users’.

 

5- Seterusnya klik ‘Edit’.

6- Untuk reset password lama anda, anda perlu ubah dibahagian ‘user_pass’. Klik kotak ‘varchar(255)’ dan pilih MD5.

7- Untuk menukar password WordPress anda, masukkan password di kotak paling kanan. Pastikan password anda mempunyai gabungan:

– huruf kecil (cth : aa)

– huruf besar (cth : AA)

– simbol (cth : @!*)

– nombor (cth : 1412)

 

8- Klik ‘Go’ untuk save password anda tadi.

 

9- Sekarang password untuk WordPress anda sudah ditukar. Log masuk ke akaun WordPress anda menggunakan password yang anda tukar tadi.

 

Selamat berjaya!

Facebook
Google+
Twitter
LinkedIn
Pinterest
Fahdi Ghazali

Fahdi Ghazali

Fahdi Ghazali atau nama penuh Mohd Fahdi Bin Mohd Ghazali, merupakan chairman kepada SIFOO International Sdn Bhd dan FunnelEvo. Beliau mula aktif dalam pemasaran menggunakan internet sejak tahun 2008 sehinggalah sekarang. Bermula hanya dari rumah sahaja, pada tahun 2013, beliau mula menubuhkan syarikat sendiri yang 100% memfokuskan memasar produk dan servis di online.

All Posts »

Ada komen? Jom tulis dibawah!