Random header image... Refresh for more!

Category — Diari Memburu Impian

Diari Memburu Impian : Jika Doktor Menjadi Pilihanku Dulu….

Sudah hampir seminggu cuti pertengahan semester dan hari ini merupakan hari terakhir. (Ahad- 21 Mac 2010). Ini bermakna, tempoh pembelajaran di UTP semakin singkat dan UTP bakal menjadi kenangan hidup dalam masa 3 bulan dari sekarang.

Yang menarik bukanlah soal sesi belajar disini. Bukan disebabkan rekabentuk bangunan universiti yang hebat dan futuristik, dan bukan disebabkan ‘jenama’ petronas yang menjadi kebanggan, tetapi ia lebih kepada pembentukan parubahan dari remaja ke alam dewasa.

Tidak dapat dibayangkan, jika dahulu, cita-cita untuk menjadi seorang doktor sangat kuat. Sekuat besi waja jika mahu diberikan perumpamaan. Sedikit pun tidak goyah cita-cita tersebut yang terbit sejak umur 7 tahun. Bayangkan, 7 hingga 18 tahun (11 tahun lamanya) , cita-cita itu masih digenggam sehingga pada satu ketika, apa yang diimpi tidak dapat dicapai.

Berat hari untuk melepaskan “impian” menjadi seorang doktor, digagahi memburu impian baru. Mungkin jurutera adalah bidang yang sudah ditakdirkan…

4 tahun setengah sudah berlalu.. setelah dipujuk dan digagahi, akhirnya hampir ke penghujung. Tidak menjadi masalah, belajar apa pun masih boleh mendapat purata gred yang membanggakan. Cuma, “hati” tidak berada disitu.

Melihatkan rakan-rakan yang bakal bergelar doktor terpaksa bekerja keras menelaah pelajaran, memaksa diri untuk mengingati fakta-fakta dan penyakit-penyakit manusia memberi satu gambaran bahawa benarlah, takdir ALLAH itu sangat indah. Mungkin benar, doktor bukan satu kerjaya sesuai untuk diri. Benar ia berprestij, tetapi jika dahulu kaki ini melangkah ke “universiti itu”, adakah akan terbina fahdi hari ini?

Membaca buku hasil tulisan motivator terkenal Anthony Robinson sekali lagi menguatkan kepercayaan yang ALLAH maha mengetahui. Jika diawal perjalanan kehidupan, didalam berjuata-juta sel di dalam rahim ibu, ada satu yang berjaya, dan di dalam alam kandungan diberikan satu nikmat keselesaan sebelum lahir kedunia, dan di dunia ini mendapat pengalaman yang hebat.. pasti, ada satu perancangan hebat dari Si Pencipta!

Semua ada “chain effect”…

“Setiap orang ada peranan yang penting kepada setiap yang lain. Tuhan tidak akan membazirkan kehebatannya semata-mata untuk mencipta sesuatu/seseorang yang TIDAK BERGUNA!”

Memang benar, chain effect berlaku! Semua ini sudah diatur!

Dilihat kembali, Allah mencipta kawan-kawan disekeliling untuk membantu didalam pelajaran, ALLAH mencipta orang-orang yang mempunyai impian yang sama dan dipertemukan secara kebetulan untuk saling melengkapi satu sama lain, ALLAH menciptakan wanita dan lelaki untuk berpasangan! Semua di dunia ada pelengkapnya. “Mungkin fahdi ghazali juga adalah pelengkap kepada ekosistem yang sedang berjalan. Mungkin fahdi ghazali ditakdirkan untuk melakukan sesuatu yang hebat pada masa hadapan!”

Maka, cita-cita ku untuk menjadi doktor lebur pasti akan ada hikmah dan aku hadir untuk menjadi pelengkap kepada sesuatu di dalam perancangan ALLAH…Aku pasti!

p/s: Ini adalah luahan hati seorang yang sedang menunggu saat untuk bebas ke alam realiti sebenar kehidupan..

Artikel lain untuk kepuasan anda

March 21, 2010   5 Comments

Diari Memburu Impian: Mungkinkah ini “Law of Attraction”?

Seminar pertama yang bakal dikelolakan oleh team pemburu impian semakin menampakkan peluang cerah. Seminar ini adalah seminar pertama seumpamanya di Malaysia berkisar mengenai peluang menambah “income for life” melalui medium Global Domain International atau GDI.

Bak pucuk dicita ulam mendatang, idea yang pada awalnya diutarakan hampir 6 bulan lalu turut menarik minat beberapa ahli GDI yang sedang membina impian. Dua orang motivator, dan seorang pakar dalam bidang marketing di internet. Kombinasi yang hebat!

Sebentar tadi saya menerima panggilan seorang rakan,katanya;

“Fahdi, saya tidak ada masalah untuk mengelola bahagian logistik. Dewan, laptop, LCD serah kepada saya”.

Alhamdulillah, satu persatu urusan dipermudah olehNYA. Seolah ada satu kuasa positif yang menarik yang membuatkan kerja menjadi senang. Mungkin ini dinamakan “law of attraction”.Apabila kita mahukan sesuatu perkara, ia akan datang tanpa diduga!

Untuk merialisasikan seminar ini, ia pasti memerlukan perancangan dan strategi yang mantap.Perbicangan dan modul harus dibina jika mahu menjadikan seminar ini paling berjaya untuk network pemburu impian dan juga fahdi&associates.

Semoga segalanya berjalan lancar.

Artikel lain untuk kepuasan anda

March 21, 2010   5 Comments

Peluang Sudah Datang, Tetapi Dibiarkan Sahaja. Kenapa!

Peluang (opportunity)

Peluang (opportunity)

Seminar selama sehari yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) semalam memberi kesan yang cukup hebat. Peluang berjumpa dengan minda-minda yang positif dan percaya yang mereka boleh mengubah takdir dengan berusaha gigih cukup memberi makna yang sebuah kejayaan bukan mudah untuk dicapai.

Tertarik dengan kata-kata jutawan pada seminar tersebut;

“Kadang-kadang, kita tidak tahu bilakah peluang akan datang pada kita. Esok, lusa, tahun depan? Kita mencari-cari peluang untuk datang”

Tetapi yang buruk adalah, di dalam penantian,tatkala peluang itu sudah datang, dibiarkan berlalu sahaja kerana tidak sanggup untuk mengambil risiko untuk bertindak.

“Katakan kepada saya, siapa rugi? Anda atau saya?!”

Barangkali inilah sifat dan sikap orang kita orang melayu. Mereka lebih mengagungkan “keberjayaan” orang lain. Untuk mereka, mereka mahu lihat “hasil” dahulu baru mereka akan percaya.

Ia berlainan sekali dengan “kepercayaan” orang yang hebat. Mereka tahu yang sesuatu kejayaan hanya akan lahir dengan formula yang sama dalam apa jua bidang.

Matlamat + Semangat + Langkah PERTAMA + Usaha + Mengambil Risiko dengan Berstrategi = Kejayaan

Saya katakan pada diri;

“PETRONAS tidak akan sehebat hari ini jika Tun Razak tidak ada MATLAMAT dan SEMANGAT untuk memajukan negara, PROTON tidak akan berjaya mencipta engin dan kereta sendiri jika tidak ada LANGKAH PERTAMA dengan PROTON SAGA, Malaysia Airlines (MAS) akan kecundang di tengah jalan jika tiada USAHA untuk mengembalikan keuntungan, Air Asia tak akan bertapak dengan hebat jika Tony Fernandes takut mengambil RISIKO”

Ohh.. langkah memburu impian semakin menarik!

Artikel lain untuk kepuasan anda

March 21, 2010   5 Comments

Diari Memburu Impian 2: Aku Tak Mati Dek Keji, Aku Tak Hidup Dek Puji

Semalam, 3 orang rakan pemburu impian termasuk saya berkumpul di salah sebuah bilik di UTP. Kedua-dua mereka saya hanya kenal melalui online dan ini kali pertama kami berjumpa.

Kami berbicang mengenai banyak perkara dari skop IM (internet marketing) sehingga berkongsi cerita impian yang sedang diburu. Kedua-dua mereka mempunyai minat dan matlamat yang hampir sama. Jaws ada matlamat peribadi dengan penubuhan syarikat sendiri manakala jimmy (aka buzznajmi) merupakan seorang yang sedang mencari arah tuju dalam blog dan IM.

Hasil diskusi selama 4 jam telah melebarkan rangkaian rakan-rakan luar biasa. Memang benar-kata seorang motivator, apabila kita dikelilingi orang yang positif, kita akan bersemangat sama!

Saya memilih untuk berjumpa dengan orang-orang seperti ini. Ia ibarat satu pelaburan network yang cukup hebat. Kekuatan frekuansi semangat untuk memburu impian sangat tebal dan unik untuk setiap orang membolehkan ia secara tidak langsung meresap jauh membentuk peribadi yang lebih hebat.

Saya tahu, untuk memburu impian, saya tidak memerlukan rakan yang berfikiran negatif dan sentiasa memburukkan orang lain. Mereka tidak senang jika orang lain senang.

Teringat kata-kata pujangga;

“Aku tak mati dek keji, aku tak hidup dek puji”

perjalanan memburu impian pasti tidak akan ada penyudahnya.

Artikel lain untuk kepuasan anda

March 21, 2010   5 Comments

New Look, New Spirit!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!

Pong pang, pong pang!

Dengar bunyi itu? Sebenarnya ia tanda blog fahdighazali.com sedang di baiki. Setelah 2 tahun tidak update dengan theme, hari ini alhamdulillah, ia telah berubah dan mendapat wajah yang lebih “fresh”.

Mungkin belum 100% lagi penambah baikan yang saya lakukan setakat ini, tetapi boleh di katakan upgrade ini hanya memakan masa kurang dari 2 jam! ya, dari selection theme, dan juga design header. Sebab itu saya katakan, pompang pompang! mana tidaknya, semua saya buat dengan cepat! :)

Untuk theme kali ini, saya lebih kepada ringkas tetapi menarik. Bukan apa, jika terlalu complicated, nanti mata pun serabut untuk membaca penulisan di blog. Lari orang nanti! :D

Sebenarnya process upgrading ini tidak di rancang. Pada awalnya, saya terlalu tension dengan kerja yang banyak, project, presentation dan test (Namun tidak menghakis semangat untuk mengejar dan memburu impian!) Saya hanya “bersiar-siar” ke blog-blog lain dan akhirnya, saya menjumpai satu theme yang menarik. “mungkin hari ini adalah hari perubahan blog” Bisik di dalam hati.

Alhamdulillah, ini lah hasilnya dalam 2 jam. Saya akan menambah lagi plugins yang baik. Mungkin sedikit masa lagi. Sekarang perlu menyambung kerja-kerja final year kembali.

Anda ada komen mengenai “new look” fahdighazali.com? Sila tinggalkan komen anda. Saya menantikan komen-komen dari sahabat dan rakan sekalian :)

p.s: ehem! gamba di atas tu pun saya gunakan “new look”. Tak adalah nampak seperti muda remaja sangat seperti sebelum ini.

p.s.s: Inilah jadi kalau dah terlalu tension buat kerja. Tipsnya, do something that you like. It will make u feel better. Fuh~ ringan sikit kepala :D

Artikel lain untuk kepuasan anda

Related Posts with Thumbnails

March 21, 2010   5 Comments