Diari Memburu Impian » Diari Memburu Impian

Setahun Selepas Saya Berhenti Kerja
Jika dihitung dan dicongak 2011 berbaki dalam 10 hari sahaja lagi. Saya dapat rasa yang masa berlalu begitu cepat. Masih ingat lagi hari terakhir saya bekerja di PROTON tahun lepas. Sedar tidak sedar sudah setahun saya full time dalam melakukan perniagaan. Alhamdulillah.. biarpun ramai yang bercakap negatif semasa peringkal awal idea tidak mahu makan gaji, saya syukur saya dapat sampai ke peringkat ini.

Alhamdulillah..

Saya tertarik menulis post kali ini adalah selepas saya membaca sebuah blog yang ditulis oleh seorang IM terkenal Malaysia En Jamal tentang bagaimana beliau “bersara” awal daripada kerja kerajaan hampir setahun yang lepas.

Pada peringkat permulaan saya menerima tentanggan yang hebat daripada keluarga selepas saya menyuarakan hasrat untuk berhenti kerja. Tentangan paling hebat diterima daripada ibu saya sendiri. Ya, saya sudah jangkakan ia akan berlaku. Masakan tidak, agak kurang dalam keluarga saya sendiri mereka yang berjaya dalam perniagaan. Jadi susah untuk diterima apabila saya mahu menongkah arus memulakan sesuatu yang janggal dalam keluarga.

Alhamdulillah.. selepas setahun mencuba pelbagai cara untuk meyakinkan ibu, akhirnya saya mendapat green light! Saya tidak akan menoleh belakang lagi. Ini adalah keputusan saya yang paling besar pernah saya ambil sepanjang usia 24 tahun. Selalunya keadaan yang akan menolak saya untuk melakukan sesuatu, tetapi kali ini saya sendiri.

Apa yang ditakutkan oleh kebanyakan orang apabila mula melakukan perniagaan adalah, kita takut bila bicara soal kewangan. Dari mana akan kita dapatkan sumber pendapatan “back up” jika berlaku apa-apa kepada perniagaan yang kita lakukan? Siapa yang akan bayarkan pinjaman kereta kita? Siapa yang akan membiayai majlis kahwin nanti?

Dan… bermacam-macam lagi alasan yang keluar dari fikiran. Ia logik. Semamangnya kita dibesarkan dalam minda mahu makan gaji. Jadi segalanya kita berpegang kepada apa yang “biasa” orang disekeliling kita lakukan yakni takut akan sumber pendapatan yang tidak mementu. Setuju?

Pun begitu, selepas setahun saya dapat rasakan kebenaran sabda Nabi Muhammad Saw, 9/10 rezeki datang daripada perniagaan. Yakinlah, melalui perniagaan jika dilakukan dengan bersungguh anda tidak akan menghadapi masalah kewangan. Mungkin tahun pertama dan kedua perniagaan, sewaktu perniagaan masih diperingkat awal pembangunan, kita tidak boleh terlalu boros, berjimat, dan hidup biasa-biasa. Kalau ada lebihan duit sekalipun, kembalikan ia kepada business untuk menambah modal dengan tujuan memajukannya. Sabar untuk mewah.

InsyaALLAH, selepas itu, jika ada keinginan hati, boleh upgrade perlahan-perlahan, jangan terlalu gopoh. Sewaktu itu kita sudah ada pekerja yang perlu disara dan dibantu, kita perlu pastikan perniagaan secara autopilot dahulu.

Melakukan perniagaan umpana menyemai sebiji biji benih. Perlu dibaja dan disirim setiap hari. Pagarkan ia dari segala parasit jahat yang mahu memusnahkan. Tidak cukup dari itu, perlu pastikan segala nutrisi diberi supaya ia tumbuh dengan sihat. Dalam masa beberapa tahun, apabila ia menjadi sebuah pokok yang benar-benar besar umpama gergasi, anda boleh dengan senang hari melepaskan ia perlahan-lahan, cuma buat monitoring sekali sekala. Itulah hebatnya business.

Ambil positif, tidak ada perniagaan yang bermula terus menjadi besar dan gah. Semua bermula secara kecil-kecilan dahulu.

InsyaALLAH, saya doakan semua kita semua berjaya menjadi usahawan yang berjaya. Amin!

2011 Berbaki Beberapa Hari Sahaja Lagi. Siapa Kita Dalam Tempoh Setahun Perjalanan Usia?
Beberapa hari sahaja lagi tahun 2011 akan meninggalkan kita buat selamanya. Ya, buat selamanya dan tidak akan kembali lagi. Sudah akan berakhir umur 24 tahun yang Allah kurniakan. Masih berbaki beberapa hari sahaja lagi.

Itu adalah antara perkataan yang selalu bermain difikiran tatkala hari berginjak menghampiri ke tahun baru 2012. Awal Muharam yang lepas pun amat terasa, inikan pula tahun yang bakal merubah ‘hayat’ dimana-mana borang yang diisi, mengubah ucapan dimulut ketika ditanya mengenai umur. Pada saya umur 20-30 tahun adalah saat kritikal seseorang, terutama dalam menentukan soal kehidupan dunia dan akhirat. Ketika saat umur sebegini, seseorang akan mencuba mencari momentum baru keluar dari ‘comfort zone’ dengan tamat belajar dan mendapat pekerjaan pertama, mencari identiti diri sendiri, membentuk keluarga dengan berkahwin, membeli kereta pertama, rumah pertama, cahaya mata pertama dan banyak lagi.

Proses ini adalah satu proses normal seseorang. Kita mungkin berevolusi sedikit lambat berbanding masyarakat diluar sana terutama masyarakat di bahagian barat. Pun bagitu, perubahan semakin ketara apabila melihatkan rata-rata masyarakat semakin cepat bertindak dengan mencari hala tuju.

Kita masih punyai masa untuk melakukan perubahan untuk tahun 2011. Bagi yang masih mendapat rentak, usahakan untuk lakukan apa sahaja yang termampu supaya hari-hari terakhir untuk baki tahun yang Allah berikan lebih bermakna. Pesanan untuk diri saya sendiri, mungkin apa yang bakal dan akan kita lakukan esok walau kecil, ia akan memberi perubahan yang cukup besar kelak dalam proses memburu impian. “Domino effect” ini tidak akan diketahui dalam tempoh singkat.

Seperti contoh, bagaimana kehidupan seorang pelakon yang cacat, Sylvester Stallone yang pada peringkat awal tidak menyangka dengan satu skrip hasil tulisan beliau akan mengubah nasib beliau 360 darjah. Perhatikan Tan Sri Lim Goh Tong mula berniaga sayur pada usia 25 tahun dengan modal 2USD akhirnya memiliki perniagaan bernilai billion USD dan salah satu daripadanya adalah Genting Bhd. Lagi, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yang pada peringkat awal hanya berniaga bermula dengan jual beli lembu, sekarang beliau memiliki banyak cabang yang akhirnya membantu ramai orang seperti DRB-Hicom, Bank Muamalat, Gardenia dan MPH Bookstore.

Lihatlah betapa Allah memberi kejayaan disebalik setiap kesusahan yang dialami mereka. Hanya jangan kenal dengan erti sesal dan gagal.

Waktu ketika post ini ditulis adalah jam 5.00 pagi. Mata masih lagi belum mengantuk. “Apakah yang telah aku capai pada tahun 2011 ini dan apa yang akan aku ceritakan kepada generasiku kelak apa yang aku lakukan pada tahun 2012″. Moga-moga Allah permudahkan semua. InsyaALLAH…

p/s: Perjalanan memburu impian ini makin menarik.

Sudah bagi modal untuk perniagaan, tetapi minta balik. Salah siapa?
Assalamualaikum wbt

Sekejap tadi saya baru sahaja menerima satu panggilan telefon daripada seorang pemburu impian didalam kumpulan saya di Kota Bharu. Beliau bertanyakan pendapat mengenai seorang sahabat yang telahpun menceburi bidang perniagaan Score A beberapa bulan yang lepas tetapi hari ini menghubungi beliau dan mahu meminta wang yang telah diberikan sebagai modal.

Modal tidak banyak, hanya RM2488 sahaja.

Didalam perniagaan, modal dianggap sebagai pelaburan pertama. Saya pasti sebelum seseorang menyalurkan modal untuk melakukan sesuatu perniagaan, mereka akan mengkaji terlebih dahulu akan baik buruk dan potensi masa depan perniagaan yang akan diceburi. Bukan sekadar masuk dengan tanpa motif. Didalam hal perniagaan score A, ia sama dengan mana-mana perniagaan. Bezanya, anda mempunyai kumpulan yang sedia membantu.

Saya ibaratkan orang yang sudah memberikan modal, diberikan portal score A yang bernilai hampir RM4000 dengan harga pukal RM2488 sudah cukup memandai. Jika dijual semua keuntungan sudah mencecah RM1500! Bukan sedikit.

Pun begitu, ada sesetengah golongan ibaratkan perniagaan adalah sesuatu yang suka-suka dan mereka tidak mengambilnya secara serius. Bayangkan jika kita mahu membuka sebuah kedai makan. Kedai sudah dibeli, kerusi meja sudah siap sedia, bahan makanan untuk dimasak sudah dibeli, hanya perlu membuka kedai sahaja untuk menarik pelanggan masuk dan kita selaku peniaga mula berniaga dan mendapat keuntungan.

Tetapi, ada situasi, semua sudah tersedia, kedai tidak dibuka untuk orang ramai masuk. Tidakkah itu merugikan dan menyebabkan modal hangus begitu sahaja? Atau jika buka pun, sekadar buka 2,3 kali sahaja. Kemudian tutup terus! Jika berlaku sedemikuan rupa, adakah boleh kita meminta balik duit yang kita guna daripada pemaju kedai yang kita beli? atau kita boleh meminta kembali wang daripada penjual kerusi meja yang sudah kita bayar semuanya? Sudah tentu sekali tidak!

Bagi saya, dari membazir, elok sahaja dibuka sahaja kedai tersebut. Manalah tahu, dari situ kita akan belajar banyak perkara-perkara baru dan suatu hari nanti, kedai yang kita fikir tidak punyai potensi akan menjadi salah sebuah kedai terbesar di Malaysia khasnya dan dunia amnya.

Salah siapa jika kita gagal? Jika kita menunding satu jari kepada seseorang, ingat, ada 4 jari lagi menunjuk kearah KITA. Fikirkan sahabat.

“We do the best, let Allah do the rest”

Membantu lebih menjayakan.

Go the extra mile! Ia kunci kejayaan pertama
Biarlah post kali ini saya mulakan dengan bacaan bismillah…Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah dengan rezeki kurniaan yang tidak terhingga ini. Syukur!

Pagi ini saya agak sedikit “lost”, tidak tahu dari mana mahu bermula. Semalam satu hari saya berada di rumah, tidak larat untuk keluar memandangkan kesihatan tidak mengizinkan.  Berhari-hari tidur lewat, makan tidak menentu dan ditambah dengan resdung yang menekan. Benar, seharian tidak melakukan apa-apa akan mengakibatkan minda separuh sedar kurang bekerja keras dan ia juga memberi kesan kepada momentum diri menurun.

Disebabkan hal ini, saya mencari pemangkin untuk mencari semangat baru.

Usai solat subuh, saya mencari kembali buku-buku lama untuk dibaca. Dengan harapan ia dapat memberi suntikan semangat baru. Semangat untuk membangun diri sendiri dan kumpulan PIAA (Pemburu Impian and Associates) yang diilhamkan hampir seminggu yang lalu.

Terjumpa satu buku “Bagaimana saya boleh menjadi JUTAWAN” daripada penulis yang saya kagumi. Adam Khoo.

Dalam satu bab yang membincangkan sembilan tabiat jutawan, Adam Khoo ada menjelaskan salah satu “attribute” jutawan yang penting adalah sentiasa melakukan perkara lebih baik dari apa yang diharapkan.

“Go the extra mile” jika ingin berjaya.

Teringat pesanan sifu dan mentor jutawan saya Tuan Haji Imran b Hadi, beliau memperingatkan kepada semua penggiat score A dan juga ahli edata supaya sentiasa bekerja kuat. Apa indicator kita bekerja dengan kuat dan mengambil pendekatan buat perkara lebih baik dari apa yang diharapkan? Mudah sahaja katanya,

“Kita lupa bila masa tidur, kita lupa untuk makan dan kita lupa hari apa, itulah indikator atau petunjuk yang nyata. Apabila kita bertungkus lumus, kita hanya akan fokus kepada potensi kejayaan masa depan. Buang penat, buang malas untuk mencari titik kejayaan. Pengorbanan ini bukan sahaja untuk memberi kemanisan kejayaan kepada diri sendiri tetapi juga kepada kumpulan yang sedang kita bina. Jayakan mereka supaya kita Berjaya. Simpan matlamat kita, realisasikan matlamat mereka. InsyaALLAH!”

Teringat vision statement kumpulan PIAA, Pemburu Impian and Associates:

“Melahirkan 10 orang berpendapatan 5 angka sebulah (TIE), 4 orang Kenshido Elite Club (KEC), 2 orang Kenshido Millionaire Club (KMC) dan menjadi group terbesar dan teramai jumlah di Edata Eastern Region pada tahun 2012”

Adakah misi dan wawasan ini akan tercapai?

Semua bergantung kepada saya dan kumpulan sekarang. Jika asyik dengan dunia yang perlahan pergerakannya, mungkin agak susah untuk menunaikan target ini.

Go the extra mile!

Go the extra mile!

Go the extra mile!

Bismillah…

Mencari momentum dalam perniagaan networking
Sehari hari ini saya berada di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk mengadakan seminar usahawan wave-5 score A programme. Seminar ke-2 selepas sekian lama tidak diadakan.

Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa kekurangan. Jika inginkan kesemuanya sempurna, sampai bila-bila tidak akan berjaya. Tidak adil untuk di bandingkan dengan seminar di Kota Bharu yang jumlahnya berkali ganda daripada Terengganu.  Cukuplah untuk permulaan. Alhamdulillah!

Kehadiran ke seminar hari ini cuma berjumlah 15 orang. 2 orang peserta adalah dari kumpulan saya,pemburu impian and associates (PIAA). Peningkatan jumlah seorang berbanding minggu lepas. Alhamdulilah. Syukur. Walau belum hebat, syukur dulu, kemudian lihat kembali di mana silap yang menjadikan bilangan kehadiran ke suw5 dari kumpulan PIAA sedikit dari kumpulan lain. Minggu depan pasti akan bertambah! Saya akan realisasikan!

Tiba-tiba saya teringat, momentum is the bisnes!

Oh! Rupanya belum ada momentum selepas hari raya. Masing-masing masih dalam mood raya. Belum cukup ‘matang’ tempoh beraya. Masih berada dalam keadaan santai.

Jika momentum adalah bisnes, persoalannya, bagaimana untuk mencari momentum?

Mencari momentum adalah paling susah dalam melakukan perniagaan. Analoginya mudah. Seperti juga kereta, penggunaan minyak paling banyak adalah semasa dalam gear 1. Yang mana pada peringkat ini, kereta memerlukan tenaga yang cukup besar untuk mencari momentum. Sesudah memperolehinya, ia akan menjadi sedikit mudah. Gear 2, gear 3, empat dah seterusnya 5.

Manusia dan perniagaan juga sama. Mencari momentum sukar jika tidak kena dengan caranya. Ia akan melibatkan banyak faktor dan faktor itu sebolehnya cukup kuat yang akan menyebabkan “letupan” yang membolehkan diri kembali memburu impian.

Di dalam bisnes berbentuk networking seperti score A programme, group meeting atau di Edata di panggil SGM (Success Group Meeting) diaplikasi. SGM perlu dilakukan sekerap yang boleh. Sekurang-kurangnya minumum adalah sekali seminggu. Ini membolehkan setiap orang “recharge” momentum yang sedia ada.

Bagi kes kumpulan di Terengganu, ramai yang selalu mengatakan orang Terengganu agak sukar untuk dipecahkan minda mereka kearah melakukan perniagaan. Saya akui perkara ini. Kelihatan beberapa orang sudah “give up” atau berputus asa dengan bumi yang kaya dengan hasil bumi ini.

Namun, saya optimis, bahawa satu hari nanti, kumpulan saya akan menjadi kumpulan terbesar di Terengganu dan membawa Score A programme ke serata negeri. Secara tidak langsung ia akan membantu kumpulan score A yang lain. Beberapa hal perlu diselesaikan. Pastikan momentum ada, duplikasi terhasil, mantapkan “believe” setiap orang. InsyaALLAH, pasti kumpulan ini akan bertambah dan bercambah setahun dari sekarang. Ini sasaran saya.

Yan penting sekarang adalah momentum mereka perlu di mulakan. Jangan tunggu lagi!

Ayuh! Lawan tetap lawan, lawan sampai JUTAWAN!

Winners never quit, quitters never win!
Alhamdulillah, setelah sehari suntuk perjalanan semalam, saya dan 2 orang lagi sahabat telah sampai ke Kuala Lumpur atas beberapa urusan yang perlu diselesaikan. Mungkin akan berada disini lebih kurang 2 hari.

Usai solat subuh tadi, saya mencari-cari bahan bacaan yang berguna untuk dibaca dengan tujuan meningkatkan lagi motivasi diri dan secara tidak langsung ia boleh dijadikan sebagai modul pembagunan kumpulan pemburu impian. Bertemankan lagu-lagu dari seminar ESQ (Emotional Spritual Quotion) yang mendayu dan sedikit sebanyak memberi ketenangan, saya memulakan “journey”. Ia bermula dengan memcari blog-blog motivator terkenal. Moga-moga memperoleh input yang menarik.

Saya dahulukan dengan blog kegemaran saya, juga merangkap sahabat baik, ayah,kaunselor dan juga rakan seperjuangan pemburu impian, fathuri.com. Biarpun siri perkenalan kami hanya berumur 2 tahun, namun saya cukup mengagumi insan yang memiliki impian yang besar ini. Artikel- artikel beliau memberi impak yang luar biasa saya kira. Beliau memberi signal yang dalam proses memburu impian, biar lambat, keutamaan perlu diletak kepada Allah tuhan Rabbulalamin yang Maha mengetahui segalanya. Jangan diletakkan matlamat dunia menjadi yang teragung kerana lambat laun ia akan menghakis nilai diri fitrah seorang manusia.

Maka benarlah, point yang pertama dalam membina kumpulan dan rangkaian seperti mana yang saya pelajari dari rakan Al’ Israq’ sehari sebelum ini, orang yang berjaya adalah orang yang sentiasa mengutamakan Allah dalam setiap perkara.

Blog kedua yang saya dapat teroka adalah blog seorang warganegara negara yang berjiran dengan Malaysia yang bukunya menjadi salah satu inspirasi untuk saya berjaya. Beliau adalah Adam Khoo. Dalam penulisannya bertarikh 7 Jun 2011, dibawah tajuk “The Power Of Possibility” beliau mengandaikan setiap orang tidak berani untuk berimpian besar adalah hanya disebabkan kekurangan yang dimiliki. Mereka takutkan penolakan yang bakal dihadapi, mereka merasakan sumber yang mereka punya tidak cukup untuk menjadi penolak kearah kejayaan yang mereka inginkan. Mudah mahu berhenti jika melihatkan keadaan sesuatu itu luarbiasa dan mustahil untuk dicapai. Puas hati walau pun belum cuba melakukan tindakan. Disebabkan itulah, hampir 90% manusia hidup mereka hanya biasa-biasa kerana takut untuk mengambil risiko. Mereka mengambil keputusan mudah dan berhenti. Ingat, 10% orang yang berjaya mereka berhadapan dengan situasi yang buruk malah mungkin lebih teruk dari apa yang kita sangkakan tetapi mereka berhasil keluar dan berjaya. Winners never quit, quitters never win.

Sebagai contoh, Aimee Mullins, seorang yang kudung kaki, memberikan satu target yang luar biasa berbanding orang yang sempurna. Beliau mahu ke Olimpik, mahu menjadi seorang model dan juga pelakon. Kesemua impian ini susah untuk dilunaskan biarpun seseorang punyai anggota badan yang sempurna. Dan lihatlah, betapa kuasa impian sebenarnya akan memberi kita tenaga yang tidak ketahuan hebatnya jika di letakkan di tempat yang betul. Dari berimpian seorang gadis kecil, Aimee Mullins berjaya mencapai semuanya!

Jika beliau boleh, masakan kita tidak? Winners Never Quit, Quitters Never Win!

Takaful Prudential BSN dan ilmu untuk pembangunan kumpulan
Semalam saya berpeluang untuk bertemu dengan seorang kawan lama selepas selesai Seminar Usahawan Wave 5 di Edata Network Eastern Region (KB). Beliau merupakan seorang ejen takaful prudential BSN. Seorang yang saya kira benar-benar mahu berjaya sejak dari zaman universiti lagi.

Tepat jam 8.00 malam, saya berjumpa dengan beliau di Kemaman Kopitiam bersebelahan dengan pejabat urusan Edata. Tujuannya, tidak lain tidak bukan, pertama untuk berbincang dan mengambil polisi insuran dan paling penting untuk membincangkan satu “agenda mustahak”.

Serius bunyinya. Ya, memang.

Saya mahu menyedut ilmu bagaimana sebuah kompeni insurans dan takaful menguruskan pembangunan modal insan mereka. Bagaimana mereka menyediakan ramai ejen menjadi seorang yang “kalis rejection”. Atau dengan kata lain “they love rejection”. Adakah dengan sentiasa diberi motivasi? Atau dengan meeting yang berterusan? Atau sistem mereka yang lebih mudah?

Saya mahu membina kumpulan score A yang kukuh dan mapan. Itu matlamatnya. Saya mahu melahirkan seramai mungkin 5 figure earner, dan juga millionaire scoreA. Barangkali ilmu di Al-Isra’ and Associates boleh di guna pakai untuk kebaiikan bersama.

Perbincangan berlanjutan sehingga jam 1 pagi. Langsung tidak perasan masa berlalu dengan begitu cepat.

Apa yang boleh saya simpulkan adalah. Kebanyakan sistem yang diterapkan didalam syarikat insuran adalah lebih kurang sama dengan score A programme dan Edata. Cuma terdapat beberapa perbezaan sahaja.

Mereka punyai sistem yang lebih teratur dan semua ilmu dibukukan secara “standard”.

Meraka punyai sistem pemantauan berkala yang terancang (3 kali seminggu untuk weekly meeting)

Mempunyai misi dan visi yang jelas dan semua perlu mengingati visi dan misi yang ditetapkan

Setiap agen punyai medium komunikasi antara satu sama lain yang berkesan. Seperti contoh Blackberry Massenger. Jadi setiap orang yang berjaya close deal, akan segera update ke BBM. Jadi semua orang akan lebih teruja untuk bersaing antara satu sama lain.

Service after sale yang diajar supaya lebih mengutaman customer.

Yang lain, kebanyakannya adalah sama

Jika dilihatkan, bagi yang berkecimpung dalam bidang insuran dan takaful ini, ia sebenarnya beratus kali ganda lebih susah dari melakukan perniagaan score A. Pun begitu, ada yang berjaya menjadi seorang jutawan. Jika saya sendiri pun, saya akui, mungkin agak susah untuk berjaya jika saya dalam bidang insuran. Tabik kepada mereka yang selama ini “sustain”. InsyaALLAH, dengan adanya ilmu yang biarpun sedikit sekurang-kurang boleh membantu pembangunan kumpulan seterusnya melahirkan seberapa ramai orang yang akan bergelar jutawa ScoreA dalam kumpulan. InsyaALLAH! Ya Allah, permudahkanlah urusan ini. Amin!

Memburu Impian Ramadhan 1432
Assalamualaikum,

Post kali ini adalah yang pertama dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah, Allah masih membenarkan saya untuk bernafas dan menghirup udara tenang di bulan penuh barakah ini. Alhamdulillah.1000 kesyukuran dipanjatkan kepada Tuhan sekalian alam.

Perjalanan memburu impian pada bulan Ramadhan tahun ini amat berbeza dan insyaALLAH saya dapat rasakan ia akan lebih bermakna daripada tahun-tahun sebelumnya.

Pertama, dulu saya hanya berpuasa, berbuka dan menjalani ibadah di sekolah, dan selepas itu di Universiti, dan tahun lepas di Kuala Lumpur semasa masih lagi bekerja di Proton Sdn Bhd,jauh dari keluarga. Tetapi tahun ini amat berbeza. Tahun ini ibadah puasa di temani oleh keluarga. Bersama-sama bersahur, berbuka dan yang pasti bersolat jamaah bersama hampir untuk semua waktu. Kecuali Zohor dan Asar.

Kedua, tahun ini saya memiliki azam yang jelas berbanding tahun-tahun sudah. Dulu main hentam keromo. Ketika rajin buat, ketika malas tinggalkan. Tahun ini, saya memiliki azam, bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi saya juga mengajak rakan-rakan yang lain unutk turut serta. Azamnya adalah untuk menghabiskan 1 juzuk al-quran sehari dan untuk bangun tahajud setiap malam.

Setakat 4 hari Ramadhan, alhamdulillah, ia masih lagi tercapai.

Harapannya, ia akan tetap diteruskan walau apa jua yang berlaku. Moga-moga di beri kesihatan dan kemudahan dalam setiap tindakan.

Saya tahu ia tidak cukup jika dibanding dengan amalan orang lain. Umat islam yang lain saya pasti semua sedang berlumba-lumba untuk mengejar impian ramadhan masing-masing dalam corak dan pola yang ditentukan sendiri. Tidak ada paksaan. Hanya yang memiliki “hati” untuk Ramadhan sahaja yang akan bertungkus lumus.

Pun begitu, matlamat saya walau sekecil mana amalan yang terdaya dilakukan berbanding orang lain, keihklasan untuk memohon kemaafan dari Allah berhasil. Dialah yang mencipta langit dan bumi, penguasa setiap inci dunia dan Dialah yang hebat mencipta manusia hanya dari setitis air yang hina. Hanya Allah yang layak menilai.

“Ya Allah, semoga impian Ramadhan ku, keluargaku, sahabatku dan seluruh umat islam tahun tercapai. Temukanlah kami dengan malam 1000 bulan Lailatulqadar. InsyaALLAH”

“Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat kulalui dengan sempurna..”

Amin ya ALLAH atas nikmat ini! Thank you ALLAH!

BMW: Siapakah anda pada umur 65 tahun?
Beberapa hari yang lepas saya telah menghadiri satu seminar BMW, “Breakthrough Mind Workshop” di salah sebuah center terkenal Score A programme di Bandar Tasik Selatan.

Dalam seminar tersebut, hampir 155 peserta diberi kesempatan untuk mendengar dan menimba ilmu dengan salah seorang sifu dan juga MMC “Multi Millionaire Club” En Abdul Aziz Samad sehari suntuk. Tujuannya? Untuk memberi lebih keyakinan dan juga pendedahan yang menyeluruh akan tujuan dan matlamat melakukan perniagaan.

Sepanjang seminar, saya memperoleh banyak input. Dan antara yang terpenting yang dirasakan patut dikongsikan adalah mengenai satu fakta yang memeranjatkan, “siapa anda pada umur 65 tahun”

Ramai orang beranggapan, pada umur tersebut adalah masa ideal untuk hanya duduk di rumah, berehat bersama keluarga melayan kerenah cucu cicit, menunaikan ibadah sebanyak mungkin, disamping menikmati hasil kerja keras selamat berpuluh tahun mencari rezeki.

Wang pencen, KWSP, bonus-bonus dihitung dicongak umpama satu sinar yang menggambarkan kehidupan yang tenang boleh diteruskan tampa perlu bekerja lagi. Begitu indah dirasakan. Pada waktu itu, hutang-hutang sudah dilangsaikan, cuma tinggal wang untuk diri sendiri dan untuk keluarga sahaja.

Rupanya, tanggapan biasa itu meleset sama sekali..!

Ia bagaikan angan mat jenin yang dangkal tidak tahu akan apa yang bakal berlaku jika kesedaran diri tidak diperoleh diperngkat awal.

Statistik jelas menunjukkan, pada umur 65 tahun, kebanyakan orang akan:

54% – Miskin

36% – Meninggal

5%  -  Bermajikan

4%  -  Kewangan stabil

1%  -  Kaya Raya

Nombor dan angka tidak akan menipu. Inilah statistik yang sebenarnya adalah realiti kehidupan masa kini. Hanya 1% sahaja yang akan berakhirnya dengan kaya raya dan memiliki kehidupan yang cukup dari sudut kewangan. Golongan ini dinamakan sebagai one per center group.

Paling menyedihkan, separuh mereka yang berumur 65 tahun adalah miskin. Dengan kata lain, mereka tidak memiliki apa-apa walaupun sudah berusaha keras sepanjang hidup puluhan tahun. Bayangkan, jika ini terjadi kepada anda ataupun keluarga, ayah dan ibu.

Semoga kita semua tergolong dalam golongan 1% yang berjaya dan kaya raya. Dan insyaALLAH.. kita jadi orang kaya yang beriman.

Lawan tetap lawan, lawan sampai jutawan!

Alhamdulillah, blog sudah berumur 3 tahun!
Salam,

Alhamdulillah, akhirnya blog ini kembali online selepas beberapa ketika bermasalah.  Syukur, sudah 3 tahun blog ini diwujudkan. Dah banyak penambahan, perkongsian ilmu yang diharapkan memberi manafaat kepada semua.

Blog ini diwujudkan pada Jun 2008 semasa saya masih lagi belajar di Universiti Teknologi PETRONAS, pada awalnya bertujuan untuk berkongsi pendapat dan ilmu mengenai perniagaan internet, motivasi dan berita berita semasa, sekarang ia berevolusi menjadi wadah bagi saya berkongsi pendapat mengenai dunia perniagaan sebenar. Disini dirakam pelbagai cerita menarik sepanjang tempoh saya berada di dunia ini untuk memburu impian.

Mungkin  disini adalah tempat untuk saya melihat kembali selepas mendapat kejayaan kelak. Mungkin juga anak-anak nanti boleh melihat siapa ayahnya semasa muda. Ehem! InsyaALLAH

Kalau dibaca kembali post pertama blog ini, agak lucu bunyinya. Seolah-olah langsung tak pandai berbahasa Melayu dengan baik. Tulis ikut suka barangkali pada masa itu. Almaklum, baru berjinak-jinak. Jalan perlahan-lahan.

Apapun, InsyaALLAH, saya akan manafaatkan blog ini sebagai tempat berkarya, menambah kenalan dan juga catatatan peribadi, “Siapa aku dulu, kini dan siapa aku akan datang”.

Sejarah 2008, 2009, 2010 sudah terlakar dengan banyak deretan kejayaan. Sekarang masanya untuk memburu impian 2011 agar ia bukan satu catatan mengecewakan!

Berhenti berharap, agresifkan tindakan.

Lawan tetap lawan, lawan sampai JUTAWAN! Hebat!