Perniagaan Internet | Usahawan Muda Berjaya | Isu Semasa | SOHO | Motivasi Pelajar Malaysia

Perniagaan Internet | Usahawan Muda Berjaya | Isu Semasa | SOHO | Motivasi Pelajar Malaysia


Archive for the ‘Featured Articles’


Bukan Senang Untuk Membina Impian 0

Posted on December 01, 2009 by fahdi

Hari ini saya belajar sesuatu dari seseorang yang saya kagumi…

making impossible possible
making impossible possible

Senang untuk kita bermimpi untuk mencapai sesuatu. Senang juga kita berkata-kata yang kita boleh mendapat apa jua di dunia. Cukup mudah untuk melafazkan angan-angan mat jenin tatkala kita bercakap dengan seseorang, dan memang ringan mulut bermadah janji manis kepada sesiapa yang masih terkapai-kapai untuk menuruti setiap apa yang kita cakapkan.

Namun, bukan semua dari kita dapat melaksanakan mimpinya, bukan semua yang berimpian mampu melawan badai menongkah arus untuk menggapai cita-cita dan tidak ramai yang mengotakan janji apabila memberi harapan.

Itu adalah pelajaran yang saya dapat daripada seorang guru yang saya kagumi hari ini. Setiap hari, saban hari, setiap daripada kita berimpian untuk melakukan sesuatu. Samada kecil atau besar. Tetapi bukan berimpian yang menjadi titik pegangan, tetapi bagaimana “MEMBINA” impian itu yang menjadi persoalan.

Saya tahu, kebanyakan daripada kita selalu mengungkap perkataan yang manis dengan harapan untuk “menyakinkan” diri dan “menyenangkan” hati yang sedang resah memikirkan hidup yang tidak keruan. Mungkin boleh di buat contoh, saban hari, kita berjanji kepada diri yang kita mungkin akan menjadi seorang jutawan, kita akan jadi seorang pemilik syarikat besar, kita akan jadi itu.. dan ini, tetapi mana USAHA yang di perlukan!

Benar kata pepatah,

“berakit-rakit ke hulu, berenang-renang kemudian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”

the power of dream

the power of dream

Bukan senang untuk membina impian, kerana ia perlukan keazaman, fokus dan matlamat yang jitu,?barulah sesuatu akan tercapai. Jika hari ini kita berjanji pada diri, bukan janji semata-mata di perlukan, tetapi USAHA tidak tahu putus asa. Guna semua kekuatan untuk membina sesuatu, guna segala source yang boleh, lakukan apa sahaja yang possible dan tidak terfikir akal, asalkan ia jalan yang benar.

“memburu impian itu payah, tetapi ia mudah apabila ada usaha dan semangat. Peganglah pepatah melayu kita! – berakit-rakit ke hulu, berenang-renang kemudian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”

p/s: aku akan teruskan usaha ini, kerana ia jalan yang aku pilih!

Artikel lain untuk kepuasan anda

Perodua ALZA; Pencapaian atau Sebaliknya? 8

Posted on November 25, 2009 by fahdi

Salam dan selamat sejahtera kepada semua.

Sudah lama tidak menulis, hampir 10 hari, dan sekarang saya kembali! (Final exam sudah berakhir semalam). Alhamdulillah, seperti semester-semester sudah, ada paper yang boleh di jawab dengan baik, ada yang sederhana. Padanlah, lain yang di ajar dan di buat latihan, lain pula yang keluar. Rakan-rakan saya di universiti pasti faham kenapa :)

Kita tinggalkan exam dahulu, kerana masih banyak perancangan dan impian yang perlu di olah semasa cuti ini. Banyak saya mahu capai. Semua sudah tersedia di dalam dada dan kotak fikiran. Cuma tunggu masa untuk di keluarkan dan menerjah ke titik hati manusia yang lain. InsyaALLAH, saya akan senaraikan apa yang akan berlaku sepanjang disember dan januari tahun depan dalam perjalanan business, dan perjalanan fahdi&associates. Kita gempur satu malaya!

Sudah banyak off topic

********************************************************************************************************

Pada 23 hb November 2009, Perodua telah melancarkan kereta terbaru mereka. ALZA. Tahniah!

perodua ALZA

perodua ALZA

Namun persoalannya, adakah ia sebenarnya mencerminkan kredibiliti perodua selaku pengeluar kereta jenama nasional selepas proton? Ramai yang beranggapan bahawa perodua adalah kereta keluaran nasional, tetapi ramai yang tidak mengetahui, bahawa sebenarnya ia bukanlah 100% air tangan kejuruteraan yang mereka miliki.

Sejak sekian lama,perodua telah bekerjasaya dengan daihatsu untuk membina kereta mereka. Bermula dari kancil (MIRA), kenari,kembara, Myvi (PASSO), Nautica(RUSH) dan ALZA,ia sebenarnya adalah hasil daripada associates yang mantap di antara perodua dan TOYOTA/Daihatsu. Jadi,ALZA yang kita lihat hari ini sebenarnya based daripada Passo Sette, (Maknanya, base dan mold yang digunapakai oleh perodua adalah berasal dari PASSO SETTE) kejuruteraan daripada daihatsu. Namun, ada sedikit kelainan. Mungkin untuk lebih menarik dan kena dengan mood dan gaya orang Malaysia, (atau untuk nampak lain sedikit dari SETTE) perodua telah menukar sedikit muka depan sette kepada lebih muncung. Yang lain, saya boleh simpulkan ia sama. (Dan logo semestinya perodua)

Passo Sette

Passo Sette

Komen dari rakan saya: Alah, sama macam budak U tiru assignment. “Copy” dan ubah nama. :D

Colloboration antara perodua dan daihatsu mungkin boleh meminima kan cost untuk mengeluarkan satu model kereta. Saya percaya, dengan kerjasama ini secara tidak langsung ada “teknologi” yang di pindahkan. Kepakaran yang di miliki oleh daihatsu secara tidak langsung di sedut oleh perodua.

Seperti juga di dalam dunia perniagaan, jika kita tidak dapat berdiri sendiri atau untuk memendekkan “learning curve”, kita memerlukan batu loncatan atau pun kerjasama dengan orang yang lebih berpengalaman atau lebih advance. Jangan sombong untuk melakukan sesuatu.

Jika dahulu perodua teragak-agak untuk mengadakan kerjasama atau associate dengan daihatsu, mungkin proton masih lagi menjadi janama nombor satu malaysia, dan mungkin proton dapat mengekalkan pengusaan 50-60% industri automotif negara. Tetapi dengan kehadiran perodua, mungkin ada sedikit cabaran yang timbul. “Apabila ada cabaran dan tekanan, kita akan bekerja untuk lebih baik. Setuju? :)

Sebelum post ini berakhir, saya ada satu projek yang akan di rangka. Iaitu saya namakan under codename revive14. Tunggu details dari saya ;)


Artikel lain untuk kepuasan anda

Peperisaan Akhir Semester, Antara Impian dan Dua Belenggu 4

Posted on November 14, 2009 by fahdi

Post hari ini saya akan “keep it short and sweet” (Banyak perlu di hafal dan latihan perlu di ulang)

Exam
Exam

Setiap hari, kalender di meja saya menunjukkan bilangan hari yang berkurang sebelum bermulanya final exam.?Memang tidak dinafikan, final exam kali ini cukup berlainan. Perasaan dan semangat yang kadang-kadang turun naik (untuk belajar) sedikit sebanyak menyebabkan focus lari dan matlamat kurang tercapai.

Setelah di renung dan muhasabah diri, hanya dua sahaja belenggu yang menyebabkan semangat berkurangan; Nafsu dan syaitan.

Ini adalah dua pengkhianat yang selalu cuba untuk menyingkirkan dan mengubah impian seseorang untuk berjaya terhenti di tengah jalan. Tidak tertahan rasanya tanggungan jihad melawan ke dua belenggu ini. Kadang – kala begitu, dan kadang kala begini di perlaku.Seolah olah mereka bersuka ria melihat kita kalah, dan kita pula ikutkan sahaja ‘nasihat’ mereka.

“Sudah-sudah lah tu, KAU TAK AKAN BERJAYA MERACUNI AKU! “

Itu kata hati yang sentiasa bermain di fikiran setiap kali nafsu dan syaitan menerjah masuk. Istighfar dan zikir saya yakin boleh melawan setiap godaan dan pelawaan mereka. Sekali terjerumus, pasti susah mahu kembali ke pangkal jalan!

Bukan sahaja pass, tapi untuk mengejar 4.0

Bukan sahaja pass, tapi untuk mengejar 4.0

Perkara ini bukan sahaja berlaku pada diri, tatapi sentiasa dan keep on happening kepada semua kita. Memang sejak di lahirkan kita ada sifat nafsu dan syaitan yang menemani. Tetapi persoalannya adalah, adakah kita mampu untuk melawannya?

Pernah seorang sahabat bercerita kepada saya;

Sahabat nabi, apabila nafsu dan syaitan cuba meresap dalam diri, mereka akan berjihad melawan sekeras mungkin. Jika tak tertanggung, cara yang digunakan adalah, mereka pergi ke padang pasir yang panas, buka baju. ” Nah, rasakan nafsu! Panas ini panas dunia”

Doakan kejayaan saya untuk menempuh final exam (17 november – 24 november 2009)

Selepas ini hanya tinggal satu lagi semesta sebelum bergelar graduan. InsyaALLAH

Assalamualaikum :)


Artikel lain untuk kepuasan anda

RM2,Kuala Lumpur dan… 3

Posted on November 07, 2009 by fahdi

Pernahkah anda terfikir anda akan ke Kuala Lumpur berbekalkan RM2 di dalam poket seluar dan RM0 di dalam bank?

RM2. Sikit atau banyak?
RM2. Sikit atau banyak?

Saya pasti ramai antara kita tidak sanggup akan cabaran itu dan tidak mampu untuk berhadapan dengan masalah apabila memikirkan ibu kota Malaysia itu pasti menelan perbelanjaan yang banyak. walaupun hanya untuk sehari di sana. Makan, minum dan juga tambang untuk pengangkutan semua memerlukan wang yang banyak. RM2 terlalu jauh dari jumlah minimum yang sepatutnya ada di tangan.

Tetapi subhanallah… itu yang terjadi kepada seorang pakcik demi anaknya yang sedang terlantar di hospital.Kejadian ini terjadi semasa saya menghantar dua orang sahabat untuk pulang ke kampung semalam. Seorang Kelantan dan seorang lagi Negeri Sembilan. Sambil berehat setelah selesai solat maghrib, saya duduk di satu kerusi yang kebetulan di sebelahnya ada seorang lelaki tua. Pakainya biasa sahaja, berkemeja, berseluar, berkopiah dan berkasut kilat ala-ala askar.

“Dari kampung barangkali pakcik ni”

Perbualan saya mulakan dengan salam dan di sambut baik dengan senyuman. Sedang berbica, beliau katakan yang beliau akan ke Kuala Lumpur dan bas adalah pada jam 10 malam. Waktu itu sekitar jam 8.

Kuala Lumpur
Kuala Lumpur

Setelah di selidiki, barulah saya tahu yang sebab utama beliau ke Kuala Lumpur adalah kerana menerima panggilan daripada doktor yang memaklumkan anaknya terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Oleh itu, pihak hospital memerlukan tandatangan si ayah untuk memulakan beberapa pembedahan. Jika tidak, mungkin nyawa anaknya dalam bahaya dan perlindungan insuran tidak boleh di tuntut.

Tambah malang, pemergian pakcik ini ke Kuala Lumpur hanya berbekal baju sehelai, dan kain pelikat serta RM2!

Saya dapat rasakan betapa perit di hati dari raut wajahnya.

“Terpaksalah nak.. Pakcik dah cuba pinjam dengan jiran-jiran. Mereka dapat bagi RM30 sahaja. Lepaslah nak beli tiket pergi KL. Duit gaji lagi 4 hari. Terpaksa pakcik serah pada ALLAH. Rezeki itu dia tentukan…”

Walaupun usia sudah agak lanjut dan badan sudah tidak nampak sihat, namun beliau gagahi. Untuk sampai ke medan gopeng (stesen bas utama perak) sahaja sudah memakan masa yang agak lama. Bertukar-tukar bas, tambang dan sebagainya, sudah pasti cukup memenatkan. Namun, di atas nama sayang kepada anak, dia tetap dengan pendirian, “Aku boleh survive dengan RM2″.

Survival hidup susah jika kita mahu tentukan. Dan kita hidup bukan dengan duit. Tetapi dengan ihsan dan kasih ALLAH kepada kita.

Kata pakcik lagi,

“Duit walau berjuta, kalau belajar tinggi langit, pasti kan yang 5 ini jangan tinggal! (solat) Ini kunci hidup. Tak lengkap makna tidak ada guna nak..”

Sahabat sekalian, apa yang terjadi ini sebenarnya ada hikmah dan pengajaran di dalam kehidupan. Jangan kita boros dan jangan kita angkuh jika kita memiliki kelebihan dan darjat. Tidak ada makna jika orang di sekeliling kita masih susah dan kita hanya pekakkan telinga tidak mahu mendengar rintihan yang di luahkan. Ingatlah, rezeki yang ALLAH kurniakan tidak luak. Kita sahaja yang terlalu ‘over’ dan terlalu memikirkan diri sendiri walhal orang lain sedang dalam kepayahan.

Jika kita berada tinggi menggapai kejayaan, ingatlah untuk melihat ke bawah. Jika kaya, bersedekahlah, jika pandai manafaatkanlah dengan baik, jika cukup anggota badan mu, tolonglah yang memerlukan, dan jika kuat bantulah yang lemah. Tiada siapa yang lebih di sisi ALLAH melainkan hati yang bersih dan jiwa yang suci.

Fikir dan renungkan sahabat.

Assalamualaikum.

Artikel lain untuk kepuasan anda

Inilah stereotype Melayu 7

Posted on November 03, 2009 by fahdi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kapada semua :)

Sekali pandang tajuk kali ini “panas”. Mana tidaknya, orang kita amat marah jika dikaitkan dengan sesuatu terutama selepas perumpamaan Dr Mahathir “melayu mudah lupa” 2,3 tahun lepas. Ia pada awalnya hanya ungkapan sinis seorang bekas perdana menteri kepada rakyat, kononnya ?mahu melihat perubahan, tetapi di salah tafsir sebagai menghina bangsa sendiri!

Jika itu namanya menghina, jika kritikan itu terkena pada kita dan jika kutukan itu diwar-war ada tujuannya, kenapa kita tidak mahu berubah?

wah, seolah saya pula yang marah! :D

Sepanjang perjalanan saya selama 22 tahun mengembara, ada dua pendapat yang saya boleh utarakan mengenai orang Melayu kita, yakni bangsa saya sendiri. Saya simpulkan pertama sikap mahu kaya cepat, tak mahu berusaha, kedua, mengkritik pandai, buatnya tidak!

Ya, itu dua faktor yang melemahkan umat melayu. Ayuh, kita bincang satu persatu.

1) mahu kaya cepat tetapi tak mahu berusaha

Ini bukan auta! Ini kisah benar dan dari pengalaman saya sendiri. perkara ini saya dapat lihat dengan jelas, terutama selepas saya memiliki blog sendiri dan mula melakukan business. Ya, memang ada yang bertanya bagaimana mahu mulakan busines, apa yang di perlukan, semua saya jawab dengan baik, alhamdulillah. Tetapi apabila tiba part “action”, jawapan hanya satu, MALAS!

Satu lagi virus apabila disogokkan dengan “wang cepat” atau “kaya cepat”, terus berkobar-bobar. Tidak berfikir baik buruk sesuatu perkara. Senang cerita, apa sahaja yang diinginkan oleh si “pengiklan”, terus di baginya. Bagai terkena ubat guna-guna. RM20 ribu? 30? Bisa di urus. Asalkan dapat untung cepat.

Orang nogori kata, “torgolak bosar den!” :D

2) mengkritik pandai, buatnya tidak!

Ini satu lagi masalah besar yang dihadapi. suka tidak suka, ini yang perlu kita ambil perhatian. Sebagai contoh, parti politik, usah kata Malaysia, kita narrow skop ke peringkat IPTA/IPTS. Jika tiba saat pilihanraya, ada sahaja mulut-mulut besar yang mengkritik dasar itu, dasar ini. Tetapi, apa yang mereka buat? Kritik berapi, buat sendiri nya tidak. Itulah orang kita. Betulkan? Ish2 :D

Ada lagi satu perkara, berbalik soal dalam business. Bayangkan, pasti banyak pandangan sinis dan kata-kata kesat yang akan di lemparkan jika seseorang sedang mula bangkit dan mahu mengubah taraf hidup keluarga dengan berbisnes.

Pernah lihat iklan Hi-O? saya pasti pernah. Soalan saya, pernah anda mengutuk mereka? Sekali lagi saya pasti anda pernah bukan? Soalan kedua saya, anda mahu kekayaan “Inilah keluarga HI-O? saya tolong jawab, pasti mahu. Benar? :D

Apa yang cuba saya utarakan adalah, kita pandai mengkritik apabila seseorang melakukan sesuatu. Tetapi jika di suruh buat, mereka tak mahu. Sama dalam kes HI-O, mengkritik iklan pandai, jika kita suruh ambil peluang dan risiko macam orang dalam iklan itu, dia pasti melarikan diri!

Tinggalkan komen anda jika anda rasa anda bukan seorang yang stereotype :)

Assalamualaikum

Artikel lain untuk kepuasan anda

Related Posts with Thumbnails
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes


↑ Top