Dec
6th

KB Mall Runtuh,Kereta Terjunam dan 3 Kematian!

Posted by fahdi
Di! Kb Mall Runtuh!

Itu SMS yang saya terima daripada adik sewaktu saya khusyuk berbincang dengan supervisor FYP mengenai projek akhir tahun.

Mungkin blog ini bukan blog buletin semasa, tetapi ia berkaitan dengan satu tempat “famous” yang saya sendiri akui amat terkenal di Kelantan. Bukan saya sahaja, tetapi semua yang datang ke kelantan, pasti datang bertandang. Kejadian sebegini mengingatkan kepada kita bahawa maut dan malang tidak pernah mengira masa. Hanya persoalannya, adakah kita bersedia menghadapinya? Subhanallah! Ia peringatan kepada semua!

Kejadian berlaku apabila sebuah kenderaan merempuh bahagian di atas bumbung (paking bumbung) KB Mall dan mengakibatkan ia terjunam ke bawah. Gambar yang anda akan lihat adalah ground floor KB Mall (Berhadapan Kyros Kebab). Makanya, kereta telah menjunam dari tingkat paling atas ke tingkat paling bawah. Setakat ini di laporkan 3 kematian.

Picture speaks for itself;

KB Mall accident
KB Mall accident

KB Mall accident

KB Mall accident

KB Mall accident

KB Mall accident

KB Mall accident

KB Mall Runtuh

KB Mall Runtuh

KB Mall Runtuh

KB Mall Runtuh

KB Mall Runtuh

KB Mall Runtuh

Baca Update ini – source dari http://ntvirus.wordpress.com

DI KOTA BHARU, KELANTAN, DUA ORANG PELAJAR PEREMPUAN MASTERSKILL MAUT DAN SEORANG LAGI PARAH SELEPAS SEBUAH KERETA DARI TINGKAT TIGA SEBUAH PASARAYA KB-MALL TERJUNAM SEBELUM MENGHEMPAP MANGSA.

KEJADIAN BERLAKU JAM 5.40 PETANG TADI.

MENURUT SAKSI YANG MELIHAT KEJADIAN ITU BERKATA, KETIKA KEJADIAN, PEMANDU KERETA JENIS MAZDA DAN DUA LAGI PENUMPANG KESEMUA-NYA DIPERCAYAI WANITA, SEDANG BELAJAR MEMANDU DI TEMPAT LETAK KERETA ATAS BANGUNAN PASARAYA ITU.

KEMUDIAN, KERETA YANG DIPANDU ITU GAGAL DIKAWAL DAN MEREMPUH BUMBUNG PASARAYA BERKENAAN SEBELUM TERJUNAM KE ESKALATOR YANG BERADA DITINGKAT DUA.

PADA KETIKA ITU, MANGSA, SITI NOR AMIRA SAMSUDDIN 19, SITI NOR DIANA AZMAN 18 DAN RASHIDAH AHMAD LUTFI 24, BERADA DI-ESKALATOR BERKENAAN.

MANGSA, SITI NOR AMIRA YANG CEDERA PARAH DIKEPALA MATI DITEMPAT KEJADIAN, MANAKALA SITI NOR DIANA MATI DALAM PERJALANAN KE HOSPITAL SETELAH PENDARAHAN TERUK DI KEPALA.

MANAKALA RASHIDAH CEDERA PARAH,DAN MASIH BERADA DI UNIT RAWATAN RAPI,I-C-U, HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB DUA KOTA BHARU.

BAGAIMANAPUN, PEMANDU DAN PENUMPANG KERETA BERKENAAN DIPERCAYAI MELARIKAN DIRI.

KEJADIAN ITU TURUT MENGGEMPARKAN PENGUNGJUNG DI PASARAYA BERKENAAN.

KETUA POLIS DAERAH KOTA BHARU, A-C-P ZAHRUDDIN ABDULLAH KETIKA DIHUBUNGI MENGESAHKAN KEJADIAN ITU.

BAGAIMANAPUN POLIS MASIH MENYIASAT KES ITU DAN MEMINTA PEMANDU DAN PEMUNPANG KERETA BERKENAAN TAMPIL DAN MEMBUAT LAPORAN POLIS BAGI MEMBANTU SIASATAN.

BUAT SEMENTARA WAKTU PASARAYA KB-MALL DI TUTUP KEPADA ORANG RAMAI SEHINGGA SIASATAN SELESAI DAN IA DISAHKAN SELAMAT UNTUK DIKUNJUNGI.

Nasihat saya, beringat sebelum kena, dan jangan tinggal doa sebelum memandu (pesan ibu kepada saya dan saya sentiasa amalkan)

Take care!

Artikel lain untuk kepuasan anda

Nov
14th

Peperisaan Akhir Semester, Antara Impian dan Dua Belenggu

Posted by fahdi

Post hari ini saya akan “keep it short and sweet” (Banyak perlu di hafal dan latihan perlu di ulang)

Exam
Exam

Setiap hari, kalender di meja saya menunjukkan bilangan hari yang berkurang sebelum bermulanya final exam.?Memang tidak dinafikan, final exam kali ini cukup berlainan. Perasaan dan semangat yang kadang-kadang turun naik (untuk belajar) sedikit sebanyak menyebabkan focus lari dan matlamat kurang tercapai.

Setelah di renung dan muhasabah diri, hanya dua sahaja belenggu yang menyebabkan semangat berkurangan; Nafsu dan syaitan.

Ini adalah dua pengkhianat yang selalu cuba untuk menyingkirkan dan mengubah impian seseorang untuk berjaya terhenti di tengah jalan. Tidak tertahan rasanya tanggungan jihad melawan ke dua belenggu ini. Kadang – kala begitu, dan kadang kala begini di perlaku.Seolah olah mereka bersuka ria melihat kita kalah, dan kita pula ikutkan sahaja ‘nasihat’ mereka.

“Sudah-sudah lah tu, KAU TAK AKAN BERJAYA MERACUNI AKU! “

Itu kata hati yang sentiasa bermain di fikiran setiap kali nafsu dan syaitan menerjah masuk. Istighfar dan zikir saya yakin boleh melawan setiap godaan dan pelawaan mereka. Sekali terjerumus, pasti susah mahu kembali ke pangkal jalan!

Bukan sahaja pass, tapi untuk mengejar 4.0

Bukan sahaja pass, tapi untuk mengejar 4.0

Perkara ini bukan sahaja berlaku pada diri, tatapi sentiasa dan keep on happening kepada semua kita. Memang sejak di lahirkan kita ada sifat nafsu dan syaitan yang menemani. Tetapi persoalannya adalah, adakah kita mampu untuk melawannya?

Pernah seorang sahabat bercerita kepada saya;

Sahabat nabi, apabila nafsu dan syaitan cuba meresap dalam diri, mereka akan berjihad melawan sekeras mungkin. Jika tak tertanggung, cara yang digunakan adalah, mereka pergi ke padang pasir yang panas, buka baju. ” Nah, rasakan nafsu! Panas ini panas dunia”

Doakan kejayaan saya untuk menempuh final exam (17 november – 24 november 2009)

Selepas ini hanya tinggal satu lagi semesta sebelum bergelar graduan. InsyaALLAH

Assalamualaikum :)


Artikel lain untuk kepuasan anda

Nov
3rd

Inilah stereotype Melayu

Posted by fahdi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kapada semua :)

Sekali pandang tajuk kali ini “panas”. Mana tidaknya, orang kita amat marah jika dikaitkan dengan sesuatu terutama selepas perumpamaan Dr Mahathir “melayu mudah lupa” 2,3 tahun lepas. Ia pada awalnya hanya ungkapan sinis seorang bekas perdana menteri kepada rakyat, kononnya ?mahu melihat perubahan, tetapi di salah tafsir sebagai menghina bangsa sendiri!

Jika itu namanya menghina, jika kritikan itu terkena pada kita dan jika kutukan itu diwar-war ada tujuannya, kenapa kita tidak mahu berubah?

wah, seolah saya pula yang marah! :D

Sepanjang perjalanan saya selama 22 tahun mengembara, ada dua pendapat yang saya boleh utarakan mengenai orang Melayu kita, yakni bangsa saya sendiri. Saya simpulkan pertama sikap mahu kaya cepat, tak mahu berusaha, kedua, mengkritik pandai, buatnya tidak!

Ya, itu dua faktor yang melemahkan umat melayu. Ayuh, kita bincang satu persatu.

1) mahu kaya cepat tetapi tak mahu berusaha

Ini bukan auta! Ini kisah benar dan dari pengalaman saya sendiri. perkara ini saya dapat lihat dengan jelas, terutama selepas saya memiliki blog sendiri dan mula melakukan business. Ya, memang ada yang bertanya bagaimana mahu mulakan busines, apa yang di perlukan, semua saya jawab dengan baik, alhamdulillah. Tetapi apabila tiba part “action”, jawapan hanya satu, MALAS!

Satu lagi virus apabila disogokkan dengan “wang cepat” atau “kaya cepat”, terus berkobar-bobar. Tidak berfikir baik buruk sesuatu perkara. Senang cerita, apa sahaja yang diinginkan oleh si “pengiklan”, terus di baginya. Bagai terkena ubat guna-guna. RM20 ribu? 30? Bisa di urus. Asalkan dapat untung cepat.

Orang nogori kata, “torgolak bosar den!” :D

2) mengkritik pandai, buatnya tidak!

Ini satu lagi masalah besar yang dihadapi. suka tidak suka, ini yang perlu kita ambil perhatian. Sebagai contoh, parti politik, usah kata Malaysia, kita narrow skop ke peringkat IPTA/IPTS. Jika tiba saat pilihanraya, ada sahaja mulut-mulut besar yang mengkritik dasar itu, dasar ini. Tetapi, apa yang mereka buat? Kritik berapi, buat sendiri nya tidak. Itulah orang kita. Betulkan? Ish2 :D

Ada lagi satu perkara, berbalik soal dalam business. Bayangkan, pasti banyak pandangan sinis dan kata-kata kesat yang akan di lemparkan jika seseorang sedang mula bangkit dan mahu mengubah taraf hidup keluarga dengan berbisnes.

Pernah lihat iklan Hi-O? saya pasti pernah. Soalan saya, pernah anda mengutuk mereka? Sekali lagi saya pasti anda pernah bukan? Soalan kedua saya, anda mahu kekayaan “Inilah keluarga HI-O? saya tolong jawab, pasti mahu. Benar? :D

Apa yang cuba saya utarakan adalah, kita pandai mengkritik apabila seseorang melakukan sesuatu. Tetapi jika di suruh buat, mereka tak mahu. Sama dalam kes HI-O, mengkritik iklan pandai, jika kita suruh ambil peluang dan risiko macam orang dalam iklan itu, dia pasti melarikan diri!

Tinggalkan komen anda jika anda rasa anda bukan seorang yang stereotype :)

Assalamualaikum

Artikel lain untuk kepuasan anda

Jun
11th

Alhamdulillah.. selamat ulang tahun FG.COM!

Posted by fahdi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua! :)

Untuk post kali ini, saya just akan make it short and sweet

Alhamdulillah.. segalanya bermula pada pertengahan 2008 dan sekarang blog FG.com sudah berusia setahun. Walaupun di usia yang muda. Saya rasa pencapaiannya sudah cukup baik dan boleh dibanggakan. Melalui FG.com inilah saya mula menceburkan diri dalam bidang bisnes internet ini dan seterusnya mengenali apa itu perniagaan yang mampu memberi pulangan yang lumayan. Samada online atau offline, saya semakin ‘mesra’ dengan bidang ini.

Alhamdulillah juga saya ucapkan, sepanjang setahun blog ini beroperasi, pelawatnya boleh dikatakan membanggakan. Paling tidak boleh di lupakan, semasa harga isu harga minyak dan perdebatan antara anuar dan shabery cheek. Setiap jam ada sahaja komen-komen yang diutarakan oleh pembaca. Tidak hairan, topic atau niche untuk politik memang popular! tidak boleh tidak, pasti ada yang mahu bertengkar mengenainya! :)

Alhamdulillah.. saya juga mengucapkan syukur kerana setelah hampir seminggu blog ini tidak beroperasi kerana masalah hosting dan domain. Untuk makluman semua, saya baru sahaja memindahkan blog ini kepada hosting yang baru. Almaklumlah, umur baru, kenelah hosting yang baru. Betul tak? hee.. Hosting yang baru saya tukar adalah webhostingpad.com. Alhamdulillah, nasib baik saya mempunyai debit card, maka bolehlah digunakan untuk membeli hosting berkenaan. Webhostingpad adalah hosting international. Harap-harap, no more server down selepas ini.

Alhamdulillah..saya juga sedang merangka satu projek sekarang. Sedang menulis sesuatu untuk di jadikan ebook. Masih dalam proses. Saya harap akan berjaya di siapkan sebelum saya mengakhiri zaman bujang praktikal saya di Petronas Gas, kerteh ini (promote2).

Alhamdulillah… syukur juga sepanjang hidup ini, walau pun banyak perkara baik buruk dihadapi, saya masih lagi tabah dalam menempuhinya dan harap semangat ini sentiasa akan bertahan dalam diri.

Semoga fahdighazali.com akan berkekalan

Teruskan usaha! Aja aja fighting!

Yang benar,

fahdi :)

Artikel lain untuk kepuasan anda

Dec
25th

Siapa Kata Melayu Melayu Mudah Lupa?

Posted by fahdi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!

wah, tajuk blog yang kontroversi! panas-panas….

“melayu mudah lupa”

itu ungkapan bekas perdana menteri kita yang kita sanjungi, Tun Mahathir Mohamad. Satu ungkapan yang sinonim ditujukan kepada bangsa Melayu di malaysia. 

sememangnya, di malaysia khususnya, kebanyakan bisness dan perniagaan, dipelopori oleh kaum cina dan hanya segelintir orang melayu yang mempunyai kesedaran untuk melakukannya. 

Apa yang FG nampak, kebanyakkan, suka dengan comfort zon yang mereka ada. Apa itu erti ‘comfort zon’? 

“alah.. x pelah. aku dah suka keje ni. makan, pakai cukup dah la. buat ape nk wat bisness-bisness ni?menyusahkan diri.penat nk mula. xpe-xpe, ajak orang lain”

ataupun…

“haha.. wat bisnes ape ni? aih, boleh ke maju bisness ni? macam tak ada orang nak beli je dari kau. baik kau stay je dengan keje sekarang. ok ape?”

sound familiar ayat-ayat diatas? :D (mungkin anda sendiri selalu menyebutnya)

yup, itu yang selalu di ucapkan oleh ‘orang-orang’ kita hal yang berkaitan dengan perniagaan terutamanya. ish..bila kita mahu maju kalau begini ceritanya?

Tapi, di sebalik melayu mudah lupa, saya nampak satu spirit yang segelintir melayu ada. ya, ‘spirit’ ini sukar diterjemah ke dalam bahasa atau karangan semata-mata. tetapi, ia memerlukan pemerhatian kepada alam sekeliling yang mana mampu mengajar kita erti sebenar senario yang berlaku. 

janganlah dijatuhkan hukum jika hanya setengah pihak sahaja yang bersifat ‘agak pelupa’. Sebaliknya, perhatikan kumpulan minoriti yang mampu untuk berjaya dan jadikan ia sebagai bench mark kita untuk mulakan apa yang telah kita ketinggalan. 

Saksi paling ‘exclusive’ untuk kita jadikan perantara bahawa bangsa melayu sememangnya berkebolehan adalah syarikat malaysia yang kita banggakan. PETRONAS.

Saya bukan omong kosong. sejak saya mengikuti program praktikal ni petronas, saya dapat melihat satu suasana kerja orang-orang yang diaggap lemah dan ‘cepat nyanyuk’ ini.

Rupanya, ‘mereka’ adalah bangsa yang kuat . boleh dikatakan hampir 80% pekerja di tempat saya merupakan bangsa melayu. Engineer, kontraktor, pihak pengurusan,mereka bekerja, berfikir, dan menyelesaikan masalah selaku seorang yang professional dan bukan seperti yang kita slalu uangkapkan. Melayu mudah lupa…

masakan, jika tidak diusahakan dengan baik dan betul, PETRONAS tidak akan setanding dengan entiti konglemerat minyak dunia seperti sekarang. 

jadi, ayuh, marilah bangsa ku. keluar dari belenggu yang kita sendiri cipta sejak berpuluh tahun yang dulu. kita cuba lepaskan dan mulakan dengan langkah baru. jangan jadikan ia sebagai sisi gelap yang meranapkan seluruh perjuangan orang terdahulu dan yang paling penting anak cucu masa hadapan.

fahdi ghazali

yang sedang bangkit dari sisi gelap!

p/s: supervisor saya is a chinese women dan saya suka beliau. really hardworking! (and baik giler) plus, shes also a utp student sebelum ini. please give me 4 flat miss wee :D

Artikel lain untuk kepuasan anda

Related Posts with Thumbnails