Category — Artikel Umum
Misteri Hari Esok
Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat sekalian
Nampaknya saya sudah beberapa hari sudah tidak menulis di blog. Almaklum lah, apabila tibanya syawal, masing-masing sibuk dengan persiapan hari raya. Masalah biasa timbul pada musim ini adalah kesesakan yang melampau terutama jalan-jalan yang melibatkan perjalanan ke pantai timur. Alhamdulillah, saya sempat mengelak dari menjadi mangsa?traffic jam.
Apa pun selamat hari raya, maaf zahir dan batin saya ucapkan
jika ada terkasar bahasa terlanjur kata samada saya sedari atau tidak. Saya sendiri merupakan manusia biasa yang tidak akan lari dari melakukan kesilapan. InsyaALLAH, saya sendiri tidak menyimpan dendam atau perasaan marah kepada sesiapa. Harap-harap, jika berlaku, kita boleh saling bermaafan di lebaran ini.
“Misteri hari esok”
Sedang dalam perjalanan pulang ke universiti selepas pulang beraya, semasa di dalam kereta berseorangan, saya terlihat kesan-kesan kemalangan sepanjang lebuh raya plus (laluan KL-Ipoh). Ada yang seperti kesan terbakar, ada besi penghadang di tepi jalan bengkok dan rosak teruk dll.

“Hal seperti ini tidak sepatutnya berlaku”
Perjalanan di teruskan lagi, dan saya terus berfikir, adakah pengguna jalan raya yang terlibat dalam kemalangan akan tahu yang mereka akan berhadapan dengan kecelakaan… ?lagi 1 minit? atau 30 saat? atau mungkin hari esok mereka akan kehilangan nyawa? Kita tidak langsung mengetahui apakah yang akan terjadi kepada kita.
Cuba anda bayangkan, bolehkan kita tentukan apa yang akan terjadi selepas 30 minit anda membaca post saya pada kali ini? Mungkin anda akan mendapat penggilan dari seseorang? atau seorang rakan muncul di bilik anda?atau anda akan terjumpa satu lubuk emas??Atau… anda akan di panggil ilahi menghadapNYA?
Ya, kita boleh merancang, tetapi ada PERANCANG yang lebih hebat daripada kita.
Tenanglah wahai hati yang sentiasa bercelaru memikirkan masa depan. Sesungguhnya masa depan itu ada, cuma kita yang bakal mencoraknya. Jika buruk perancangan, maka buruklah, dan jika baik, mintalah moga di permudah urusan kita sepanjang perjalanan untuk memburu impian. Jangan takutkan misteri hari esok, kerana ia belum tercatat, tetapi takutlah kehilangan hari ini yang sudah di tentukan kita masih boleh mengecapinya.
Destinasi
Saya sedikit terkesan dengan pemikiran ini. Mungkin ia adalah petunjuk bahawa kita jangan terlalu sombong dan angkuh dalam menjalani kehidupan sebagai sorang hamba. Ingatlah, kita ada DESTINASI yang bakal kita tuju.
Bagaimana dengan Bisness GDI saya? Sudah lama tidak mendengar khabar berita.Alhamdulillah, sekarang saya sudah sampai ke peringkat menyiapkan website untuk team intelincome. Saya sudah upload ke webhosting. Sekarang hanya memerlukan promosi dan mengajak mereka yang mempunyai impian yang sama untuk mengubah kehidupan. Tidak lama lagi harapan saya, team intelincome akan dapat mula bergerak. InsyaALLAH.
Sehingga berjumpa lagi.
p/s: Post kali ini lain sedikit dari yang lain. Saya harap ia ?boleh memberi sedikit kesan ke dalam hati. Ingatlah, masa tidak menunggu kita. Ia terus bergerak walau kita berjalan dan tidur, dan perjalanan masa membawa kepada satu misteri yang kita sendiri tidak dapat menjawabnya… apa akan berlaku kepada anda dalam masa 1 minit? ?30 saat? … fikirkan..
September 30, 2009 2 Comments
Pemburu Impian
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca
Hari ni sudah masuk 21 hari kita berpuasa di bulan ramadhan. Saya harap sudah banyak perubahan ke arah yang lebih baik yang telah kita lakukan pada diri selaras dengan matlamat bulan yang mulia ini. Tidak mengapa, walaupun sedikit, asal kita sendiri mahu berubah dan biarlah perubahan itu kekal dan berpanjangan
Hari ini, saya telah menerima satu email daripada seorang sahabat baru saya. Fathuri . Beliau ada mengatakan mengenai satu bahagian di blog beliau tentang idea dan impian.Wah, teruja benar saya apabila ada seseorang yang memiliki impian sama dengan saya. Kelainannya hanya satu, impian beliau untuk berkahwin sudah tercapai, manakala saya tidak
Saya percaya, rata rata dari kita, kita mempunyai impian di dalam hidup. Mahu rumah yang besar, isteri besar, kehidupan yang mewah, memiliki segala yang dihajati, dll. Tetapi apa yang kita tidak miliki adalah kekuatan untuk mencapai impian yang kita garap sejak sekian lama. Kenapa? Apa yang kurang?
Kita mahu rumah yang besar dan kewangan yang stabil. Persoalannya, apa usaha kita untuk mendapatkannya? Ia tidak hadir dengan hanya duduk di rumah dan tidak berbuat apa-apa (kecuali anda menang power RM1 juta). Dan pernahkan kita semua berfikir, setiap yang berjaya hari ini. Adakah mereka yang baru bermula terus datang dengan pakej syarikat gergasi? atau memiliki rumah yang besar? atau kereta mewah? Tidak!

Saya ada impian! Kita semua boleh berimpian dan berjaya!
Kita ambil contoh president Amerika Barack Obama. Siapa beliau pada masa dahulu? Apa yang beliau lakukan. Jika anda seorang pengkaji, Barack Obama adalah bekas penagih dadah semasa ramajanya. Lagi, siapa Abraham Lincon semasa usia muda beliau? Hanya dengan kepercayaan “aku akan jadi president amerika”, beliau akhirnya berjaya.
Siapa Dr mahathir sebelum menjadi Perdana Menteri? Beliau pernah di buang parti dan di pulaukan. Tetapi semangat SUPER itu tidak tertinggal di situ. Langkah di teruskan meskipun ia sukar. Akhirnya, beliau yang menukar persekitaran Malaysia menjadi sebuah negara seperti sekarang.
Terlalu banyak untuk saya senaraikan. Apa yang penting bukan kisah mereka, tetapi kisah yang bakal kita lukis dan tulis sebagai lipatan sejarah hidup sebagai seorang yang berjaya.
Impian itu?seringkali ?bermula dari secebis idea. Dengan kekuatan kemahuan, idea mampu menjelma menjadi nyata. Anda mempunyai?idea? Tukarkan?idea itu menjadi impian untuk diburu! Boleh jadi kisah? anda pula akan?tersenarai di sini satu hari nanti. Ayuh teruskan memburu impian..!!! "You can get everything in life you want, if you will just help enoughother people to get what they want" zig-ziglar *Nota di ambil dari fathuri.com
p/s: Apakah impian anda? Tuliskan di bawah agar kita boleh berkongsi.
September 30, 2009 2 Comments
Harga minyak naik lagi! – RON95 RM1.80/liter
Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca fahdighazali.com!
Diharap anda semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera di bulan puasa ini. Almaklum sajalah, bulan ramadhan biasanya kita berhadapan dengan banyak dugaan dan cabaran. Dugaan dari segi hati, penglihatan, perbuatan dan sebagainya. Moga-moga kita semua mendapat manafaat daripadanya.
Harga minyak naik lagi!

Itu fakta sahih yang perlu kita terima. Jika dulu, kita menyahut dengan gembira pengumuman kerajaan untuk memperkenalkan minyak jenis RON95 bertujuan untuk menurunkan harga minyak ke tahap yang lebih rendah, tetapi sekarang kita terpaksa menarik nafas kecewa semula. Rupanya langkah ini masih ‘tidak berjaya’.
Sebelum dinaikkan pada 1 September yang lepas, harga RON95 adalah ?0.05sen lebih rendah daripada harga lama RON97 – Harga semasa RON97 adalah RM2.05 per liter. Bagi Shell V-Power, masih belum ada berita terbaru mengenainya. Tetapi, ada pendapat mengatakan ia akan di ‘buang’ sedikit demi sedikit dari stesen-stesen minyak shell kerana mungkin di sebabkan harganya yang terlampau mahal.
Saya percaya, ramai yang marah dengan hal ini. Sabar dahulu. Cuba kita kaji situasi sebenar dan cuba elakkan dari membuat spekulasi tidak bermoral dan menuduh sesiapa. Harga minyak biasanya berlandaskan harga semasa dunia. Pada masa sekarang, tidak hairan, kerana harga minyak dunia semasa adalah hampir US$72.75 per barrel yang mana meningkat lebih 20% daripada harga pada July 2009.
Faktor lain yang menyebabkan berlaku peningkatan harga adalah peningkatan ekonomi global ?(ekonomi dunia sedang pulih) dan juga penurunan nilai matawang US dollar- semakin rendah nilai USD, semakin banyak perlu di bayar untuk setiap barrel minyak.
Nasihat saya, jangan mudah melatah dan terima keadaan ini dengan sebaik mungkin. Apa yang penting, kita fikirkan bagaimana untuk meningkatkan potensi diri kita dan mendapat kecemerlangan dalam hidup (bukan bergaduh di sebabkan kepentingan orang lain. anda pahamkan maksud saya?
)
Sekian.
September 30, 2009 2 Comments
Alhamdulillah.. selamat ulang tahun FG.COM!
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!
Untuk post kali ini, saya just akan make it short and sweet
Alhamdulillah.. segalanya bermula pada pertengahan 2008 dan sekarang blog FG.com sudah berusia setahun. Walaupun di usia yang muda. Saya rasa pencapaiannya sudah cukup baik dan boleh dibanggakan. Melalui FG.com inilah saya mula menceburkan diri dalam bidang bisnes internet ini dan seterusnya mengenali apa itu perniagaan yang mampu memberi pulangan yang lumayan. Samada online atau offline, saya semakin ‘mesra’ dengan bidang ini.
Alhamdulillah juga saya ucapkan, sepanjang setahun blog ini beroperasi, pelawatnya boleh dikatakan membanggakan. Paling tidak boleh di lupakan, semasa harga isu harga minyak dan perdebatan antara anuar dan shabery cheek. Setiap jam ada sahaja komen-komen yang diutarakan oleh pembaca. Tidak hairan, topic atau niche untuk politik memang popular! tidak boleh tidak, pasti ada yang mahu bertengkar mengenainya!
Alhamdulillah.. saya juga mengucapkan syukur kerana setelah hampir seminggu blog ini tidak beroperasi kerana masalah hosting dan domain. Untuk makluman semua, saya baru sahaja memindahkan blog ini kepada hosting yang baru. Almaklumlah, umur baru, kenelah hosting yang baru. Betul tak? hee.. Hosting yang baru saya tukar adalah webhostingpad.com. Alhamdulillah, nasib baik saya mempunyai debit card, maka bolehlah digunakan untuk membeli hosting berkenaan. Webhostingpad adalah hosting international. Harap-harap, no more server down selepas ini.
Alhamdulillah..saya juga sedang merangka satu projek sekarang. Sedang menulis sesuatu untuk di jadikan ebook. Masih dalam proses. Saya harap akan berjaya di siapkan sebelum saya mengakhiri zaman bujang praktikal saya di Petronas Gas, kerteh ini (promote2).
Alhamdulillah… syukur juga sepanjang hidup ini, walau pun banyak perkara baik buruk dihadapi, saya masih lagi tabah dalam menempuhinya dan harap semangat ini sentiasa akan bertahan dalam diri.
Semoga fahdighazali.com akan berkekalan
Teruskan usaha! Aja aja fighting!
Yang benar,
fahdi
September 30, 2009 2 Comments
Set your priority!
Assalamualaikum dan dalam sejahtera kepada semua!
Mungkin tidak ramai antara kita yang tahu bagaimana untuk menukar diri anda menjadi seorang yang komited dalam kerja dan memastikan setiap pekerjaan berhasil. Mungkin juga ramai antara kita hanya tahu melakukan kerja tanpa ada perancangan yang teliti dan hanya mengikut gerak hati. Aku mahu buat itu, aku mahu buat ini. Akhirnya, semua kerja tidak menjadi.
Saya ada satu tips yang boleh anda gunakan. Tidak kira dalam menguruskan kerja-kerja anda di pejabat atau menguruskan kehidupan peribadi anda sendiri. Tip ini di berikan oleh seorang manager di tempat saya praktikal dan dia sendiri menasihati kami (para trainess) supaya patuh dan akur pada term ini.Satu term yang bakal mengubah kehidupan jika di jadikan amalan.
Ia adalah, “Set your Priority! “
Yes, that?s the word!
Tetapkan keutamaan anda. Misalkata, anda mempunyai kerja yang sangat banyak dan anda sendiri tidak tahu, yang mana perlu di siapkan dahulu. Jadi ketika ini, set you priority! Tetapkan keutamaan, kerja manakah yang memerlukan perhatian lebih. Kerja mana yang due datenya makin hapir. Kerja mana yang memerlukan lebih kajian dan masa untuk disiapkan. Pilih kerja tersebut, mulakannya dan cuba siapkannya secepat yang boleh. Tetapkan matlamat, anda perlu menyiapkan kerja yang satu ini sebelum ?menyentuh? kerja yang lain.
Begitu juga dengan keputusan harian yang anda lakukan. Setiap perkara yang anda mahu lakukan perlukan perancangan dan perancangan itu perlulah berlandaskan sesuatu yang membawa kebaikan kepada anda.
Seperti contoh, dalam perniagaan, di awal penubuhan nya, sudah pasti ia memerlukan perhatian lebih daripada anda. Utamakannya lebih daripada perkara-perkara remeh yang lain seperti keluar menonton wayang, melepak bersama kawan-kawan di kedai mamak dan sebagainya. Ini kerana, your priority now is your business and it needs your full attention. Ketepikan yang lain. Saya mesti pilih!
Di harap tips yang ringkas ini dapat menolong anda untuk menguruskan perjalanan kehidupan agar lebih teratur dan terancang. Walaupun penulisan ini pendek, saya harap ia membantu!
p/s: Saya pun sedang menetapkan priority saya sekarang ?:)
September 30, 2009 2 Comments
“Aku dulu student flop sama dengan En X.Tetapi sekarang….”
Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Sudah begitu lama saya tidak update blog ini. Mungkin kadang-kadang terlepas pandang tugas yang perlu saya lakukan untuk sentiasa memastikan blog ini terupdate. Salah yang agak besar! Jika saya katakan, saya agak sibuk semasa sedang berpraktika, itu pasti alasan yang langsung tidak munasabah. Ada orang yang sudah berkeluarga dan bekerja mampu untuk update blog hampir setiap hari, tetapi di mana anda fahdi! (saya memarahi diri sendiri. hoho. sungguh tidak cool)
Tidak ada cerita menarik yang boleh disampaikan. Ini kerana sejak akhir-akhir ini saya hanya melakukan kerja-kerja di plant dan di pejabat.Kadang kala rasa seperti minda kurang berfikir dan digunakan. Hanya fikirkan bagaimana untuk ‘merawat plant yang sudah agak usang’ hampir setiap hari. tidak mengapa, kita contribute kepada pembangunan negara! (wah, luahan perasaan)
Namun, setiap hari, ada ‘keistemewaan’ dan kelainan. Semalam saya berpeluang untuk berborak bersama seorang engineer di tempat saya. Seorang yang saya fikir luas pengalaman, bukan sahaja dari segi teknikal, malah dari segi management.
“aku dulu, student flop je, sama ngan en X… dekat department depan’. Itu ayat yang memulakan cerita kami.
“tapi, itu dulu, sekarang…”
memang tidak saya nafikan, beliau sekarang bukan seperti student flop yang di gambarkan semasa zaman universiti. begitu juga dengan En X. Kenapa? Ini kerana, mereka sekarang adalah antara orang penting di petronas gas.
Apa yang saya mahu keutarakan disini adalah, Setiap orang mempunyai ‘masa’ mereka sendiri, ada yang agak cepat, yang agak lambat, dan ada pula yang perlukan sesuatu catalyst untuk mereka melangkah.
Jangan disalahkan jika mereka terkebelakang, dan jangan sesekali menjeling memandang serong kepada meraka jika mereka tidak dapat ‘pick up’ dengan cepat. Jangan mencemuh jika mereka memerlukan pertolongan. Mungkin, satu hari nanti. mereka akan berada di atas anda, dan anda akan melihat mereka sambil melambai dan berkata, ‘eh, dulu slow sangat, nk cakap depan orang takut, sekarang dah jadi menteri dah? tidak pelik bukan?
Begitu juga dalam pelajaran di peringkat sekolah, universiti, jangan memandang ‘pointer’ sebagai kayu pengukur jarak yang memisah antara kita. Bukan memandang serong, tetapi, kadang kala, mungkin seseorang yang lambat, bila tiba masa sesuai, macam roket dia akan naik meninggalkan kita.
apa yang penting, kita sama tolong menolong, hormat menghormati, sayang menyayangi dan saling bekerjasama tidak mengira status ‘kebijaksanaan’. Ingatlah, rezeki hebat berfikir dan bijak pandai semua datang dari ALLAH, tidak mustahil, sekelip mata yang bodoh boleh menjadi cendiakiawan, yang bijak, menjadi sang kerdil peminta kasihan.
Aja aja fighting!
September 30, 2009 2 Comments
Kisah 3up,4up,5up,6up,7UP!
Assalamualakum pembaca sekali!
Semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa ceria-ceria dalam melakukan aktiviti harian.
Di post yang lalu, saya ada menceritakan sedikit mengenai buku yang sedang saya baca sekarang. ‘Why We Want You To Be Rich’ atau dalam bahasa melayu nya, mengapa saya mahu anda jadi kaya.
Pandangan pertama pasti, saya mahu jadi kaya kerana;
- Saya mahu kebebasan kewangan
- Saya mahu rumah besar
- Saya mahu kereta besar
- Saya mahu isteri cantik (model siap
) - Saya mahu berikan kepada ibu bapa saya
- Saya mahu itu ….. Saya mahu ini…
List senarai yang saya tulis pasti akan sampai beratus-ratus malah beribu-ribu jika kita tanya, kenapa anda mahu jadi kaya? Manakan tidak, pemikiran ini adalah normal bagi orang seperti kita yang rata-rata tidak pernah merasa ‘being rich’ (termasuk saya sendiri) Namun yang pasti, reason di sebalik itu, ada yang lebih besar. Apa reason nya? tunggu di post yang akan tulis kemudian nanti (wah, dah pandai psycho sekarang
)
Apa yang pasti, saya akan ceritakan satu cerita yang diceritakan oleh ayah donald trump semasa beliau kecil. Tidak kenal donald trump? beliau adalah salah seorang penulis buku ’Why We Want You To Be Rich” dan merupakan seorang billionaire. Senang cerita,yang terkenal dengan apperentice, ‘your fired!’
apakah ceritanya?

Saya pasti, anda kenal dengan logo di atas. Sejak kita kecil, sahingga sekarang, saya boleh katakan yang logo ini setanding dengan logo-logo air berjenama lain di pasaraan seperti coca cola, pepsi dll.
Namun, apa yang menarik perhatian saya, cerita di sebalik ‘air’ ini.
Wujudnya jenama air ini adalah berasal daripada seorang pemuda. Beliau yang juga merupakan penggemar minuman soda berhasrat ingin menubuhkan syarikat minuman sendiri dan diberi nama, 3up!
Kelakar bila kita mendengar 3Up. Semacam ada yang tidak kena. Dan sperti namanya,ia berkesudahan, GAGAL!
Tidak gentar dengan kegagalan kali pertama, jenama di ubah, nama di tukar ganti. 4Up! dan seperti nasib sebelumnya, ia GAGAL lagi!
Kegagalan yang nyata juga berlaku kepada 5Up dan 6Up. Serik dengan kegagalan, pemuda itu BERHENTI dari berusaha.
Nah, pada masa inilah, muncul seorang pemuda lain, yang mampu melihat potensi dan memandang jauh kehadapan, memulakan perniagaan minummannya dan ia diberi nama, 7Up! bersempena kegagalan ‘nama-nama’ sebelum ini. Dan hasilnya.. ia sampai ke hari ini.
Motifnya, walau sepayah mana hidup, setinggi mana cita-cita hendak dikejar, sebanyak mana tenaga di perlukan, ia bermula dengan SIFAT YANG TIDAK KENAL ERTI GAGAL. Ambil contoh cerita tadi, hanya selangkah lagi untuk berjaya, ubahkan satu nombor sahaja lagi, ia akan menjadi HUGE SUCCESS, tetapi pemuda pertama menolak dah berkata tidak dan akhirnya, dia hanya mampu tersenyum dan berkata, ‘kalaulah aku tidak berhenti disitu..’
September 30, 2009 2 Comments
Siapa Kata Melayu Melayu Mudah Lupa?
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!
wah, tajuk blog yang kontroversi! panas-panas….
“melayu mudah lupa”
itu ungkapan bekas perdana menteri kita yang kita sanjungi, Tun Mahathir Mohamad. Satu ungkapan yang sinonim ditujukan kepada bangsa Melayu di malaysia.
sememangnya, di malaysia khususnya, kebanyakan bisness dan perniagaan, dipelopori oleh kaum cina dan hanya segelintir orang melayu yang mempunyai kesedaran untuk melakukannya.
Apa yang FG nampak, kebanyakkan, suka dengan comfort zon yang mereka ada. Apa itu erti ‘comfort zon’?
“alah.. x pelah. aku dah suka keje ni. makan, pakai cukup dah la. buat ape nk wat bisness-bisness ni?menyusahkan diri.penat nk mula. xpe-xpe, ajak orang lain”
ataupun…
“haha.. wat bisnes ape ni? aih, boleh ke maju bisness ni? macam tak ada orang nak beli je dari kau. baik kau stay je dengan keje sekarang. ok ape?”
sound familiar ayat-ayat diatas?
(mungkin anda sendiri selalu menyebutnya)
yup, itu yang selalu di ucapkan oleh ‘orang-orang’ kita hal yang berkaitan dengan perniagaan terutamanya. ish..bila kita mahu maju kalau begini ceritanya?
Tapi, di sebalik melayu mudah lupa, saya nampak satu spirit yang segelintir melayu ada. ya, ‘spirit’ ini sukar diterjemah ke dalam bahasa atau karangan semata-mata. tetapi, ia memerlukan pemerhatian kepada alam sekeliling yang mana mampu mengajar kita erti sebenar senario yang berlaku.
janganlah dijatuhkan hukum jika hanya setengah pihak sahaja yang bersifat ‘agak pelupa’. Sebaliknya, perhatikan kumpulan minoriti yang mampu untuk berjaya dan jadikan ia sebagai bench mark kita untuk mulakan apa yang telah kita ketinggalan.
Saksi paling ‘exclusive’ untuk kita jadikan perantara bahawa bangsa melayu sememangnya berkebolehan adalah syarikat malaysia yang kita banggakan. PETRONAS.
Saya bukan omong kosong. sejak saya mengikuti program praktikal ni petronas, saya dapat melihat satu suasana kerja orang-orang yang diaggap lemah dan ‘cepat nyanyuk’ ini.
Rupanya, ‘mereka’ adalah bangsa yang kuat . boleh dikatakan hampir 80% pekerja di tempat saya merupakan bangsa melayu. Engineer, kontraktor, pihak pengurusan,mereka bekerja, berfikir, dan menyelesaikan masalah selaku seorang yang professional dan bukan seperti yang kita slalu uangkapkan. Melayu mudah lupa…
masakan, jika tidak diusahakan dengan baik dan betul, PETRONAS tidak akan setanding dengan entiti konglemerat minyak dunia seperti sekarang.
jadi, ayuh, marilah bangsa ku. keluar dari belenggu yang kita sendiri cipta sejak berpuluh tahun yang dulu. kita cuba lepaskan dan mulakan dengan langkah baru. jangan jadikan ia sebagai sisi gelap yang meranapkan seluruh perjuangan orang terdahulu dan yang paling penting anak cucu masa hadapan.
fahdi ghazali
yang sedang bangkit dari sisi gelap!
p/s: supervisor saya is a chinese women dan saya suka beliau. really hardworking! (and baik giler) plus, shes also a utp student sebelum ini. please give me 4 flat miss wee
September 30, 2009 2 Comments
Mencuba Sesuatu yang Lain Dari Yang Lain!
Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca budiman FG.com
Semalam merupakan minggu ke tiga saya berada di kerteh untuk program praktikal. masih ada 7 bulan lagi untuk menghabiskan sisa hidup di kerteh. (amat bosan disini. haha)
walaupun begitu, saya sempat meluangkan masa untuk menonton satu filem melayu yang sedang galak di tayangkan di pawagam seluruh m’sia yang juga merupakan filem yang mencetuskan perubahan dalam dunia perfileman melayu dan yang pastinya, filem ini boleh buat duit!
cuba bayangkan, pada sekual pertama sahaja filem ini mampu meraih sehingga RM 6 juta dan merupakan antara filem melayu yang paling berjaya dan mengatasi kutipan pecah panggung setanding dengan filem-filem antarabangsa yang lain.
CICAKMAN, filem yang digarap oleh seorang pemuda yang pada kita, file ini impossible untuk dilakukan kerana ‘it is beyond our limit’. mana limitation nya? kekuatannya adalah pada genre cerita yang berbeza. bukan kisah cinta yang mati sana, putus sini, bukan juga cerita sosial kebanyakan masyarakat malaysia, tetapi, superhero yang bertimbang rasa, dan sanggup berkorban untuk orang lain walaupun diri sendiri terkorban.
ada lagi, teknik CGI. setahun lepas, semasa cicakman1, FG sempat mengikuti sesi taklimat oleh KRU production mengenai teknik CGI yang di adaptasi di dalam filem ini. apa yang FG tertarik, yusri yang tanpa sebarang ‘background’ di dalam area CGI, mampu untuk menghasilkan sesuatu yang di luar ‘rakyat MALAYSIA’ mampu.
memang di akui, masih banyak kelemahan yang ada di dalam filem ini, tetapi, apa yang kita harapakan, biar ia bermula dari zero, lama-lama, ia mampu di garap menjadi sesuatu yang kita dapat banggakan.
cuba bayangkan, jika dulu, kita fikirkan kita tidak mampu menghasilkan kereta nasional sendiri, pastinya, sekarang, tidak ada pesona yang anda semua banggakan. jika dulu, kita asyik mengkritik hasil usaha orang lain, tidak akan wujud petronas yang mampu menyumbang kepada hampir 40% ekonomi negara. dan jika dulu, kita asyik mempertikai felda yang di ilham oleh dato’ abdul razak, mana mungkin kita menjadi salah sebuah negara pengeluar minyak sawit dunia.
fikirkanlah.. segala nya bermula dari setapak langkah yang lain dari yang lain dan tanpa menghiraukan komen orang yang ‘super jelous’ dengan apa yang kita lakukan. Nasihat FG, go for it dan biar mereka saksikan, siapa diri anda sebenarnya tatkala di mercu kejayaan.
fahdi ghazali,
superFG (haha)
September 30, 2009 2 Comments
1 December 2008 – Perubahan ke Arah Dunia Baru!
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
alhamdulillah… akhirnya ada jugak masa untuk FG update blog ni selepas da berapa lama x beraupdate. sori kepada semua. Bukan tidak tidak mahu, tetapi, setiap kali masa di peruntuk kan untuk update, ada saja halangan. semester ini cukup memenatkan. dan ia bakal TAMMAT (tamat) selepas paper exm terakhir pada jumaat 21hb ni. (clap2x
)
1 December 2008 – Perubahan ke arah dunia baru!
bunyi macam manifesto pilihanraya bukan? macam sesuatu fenomena besar akan berlaku. dan akan ada perubahan yang ketara. Tetapi apakah itu?
Pada 1 December nnti, internship (program praktikal) akan bermula dan mengikut perancangan, FG akan pergi ke sebuah company kebanggaan malaysia di kerteh. PETRONAS GAS. Program ini akan di jalankan selama 8 bulan sehingga july 2009.
Jadi, apa yang manarik pasal internship ini?
Ya, mamang part bekerja kita boleh dapatkan pengalaman hand-on orang kata. Tetapi, apa yang menarik, harapnya, FG akan dapat lebih banyak masa untuk menjalankan business dan dapat menyambung kembali perjalanan kerja yang terganggu lebih dari dua bulan yang lepas. tiada lagi test, exam, assignment, project , quiz dll dalam masa 8 bulan. sunguh menarik bukan?!
( nampak sangat nk habiskan belajar cepat2)
Apa projek business yang akan di lakukan? akan di update kemudian.
Semoga berjumpa lagi!
Salam perubahan!
September 30, 2009 2 Comments
