Archive for the ‘ Idea perniagaan ’ Category

Kehancuran Program Reseller [Penting!]

Salam dan hello semua!

Akhir-akhir ini banyak betul website-website skim cepat kaya yang tumbuh dan menggunakan perkataan “program reseller” sebagai nama samaran bagi “skim cepat kaya” anjuran mereka.

Kebanyakkan website-website program reseller ini, menawarkan satu peluang “pendapatan mudah”.  Kononnya, dengan hanya perlu membayar sedikit “yuran keahlian” (RM10- RM50) , mereka akan menjadi kaya raya.

Setiap ahli akan mendapat produk “sampah” & juga sebuah website reseller. Untuk mendapatkan wang yang banyak , ahli tersebut perlu mempromosikan website reseller mereka. Lagi banyak mangsa yang mereka perolehi untuk sertai dibawah mereka.. lagi banyak wang yang akan diperolehi.

Hakikat sebenar, program-program resseler ini sebenarnya, adalah merupakan skim piramid dan program skim cepat kaya versi terkini.

Mengapa saya katakan program reseller ini adalah sebuah program skim cepat kaya?

Ramai yang terkeliru dan mengatakan program reseller ini adalah sama seperti program affiliate, tetapi hakikatnya tidak.

1) Program reseller berbilang tingkat, duit yang diperolehi akan digunakan untuk membayar orang atas yang bertingkat-tingkat. Berbeza dengan program affiliate, maksimun hanyalah 2 level sahaja.

2) Ahli yang ingin dapat komisyen, perlulah menjadi ahli berbayar. Berbeza dengan program affiliate, ahli tidak perlu membayar/membeli produk untuk memperolehi komisyen mereka.

3) Produk sampah, produk yang ditawarkan pula hanyalah produk-produk yang tidak berkualiti. Ianya wujud hanyalah untuk mengelirukan dan menutup hakikat sebenar skim piramid yang mereka anjurkan. Ini kerana, jika anda mengkaji asal usul skim piramid, pada asalnya skim piramid hanyalah melibatkan wang, tiada sebarang produk yang terlibat. Namun begitu, pada hari ini, penganjur2 skim piramid ini sudah sedikit bijak, kini, mereka menggunakan “produk” di dalam urusniaga mereka.. ianya hanyalah sebagai alasan untuk mereka mengatakan, kononnya mereka bukanlah penganjur skim cepat kaya.. sebabnya, mereka ada produk. “Wang yang dibayar oleh ahli adalah untuk membeli produk”.. kata mereka.. hakikatnya.. produk tersebut hanyalah sampah dan langsung tidak bernilai. Ianya lebih bermotifkan wang (itulah tulang belakang skim piramid).

Program reseller juga tidak akan berthan lama, malahan ianya juga merugikan ramai orang.

Ini kerana program reseller menggunapakai konsep skim piramid sebagai “model bisnes” mereka. Dan seeprti yang diketahui, skim piramid adalah merupakan satu program yang rapuh dan tidak akan bertahan lama. Mengapa skim piramid tidak bertahan lama?

Kerana model skim piramid mempunyai kekangan dan ianya bergantung kepada bilangan manusia. Anda boleh lihat bagaimana program reseller/skim piramid yang menggunapakai “5 orang bawah” sebagai orang bawah akan menjadi tepu pada suatu hari nanti.

Gambarajah berikut menunjukkan, skim piramid akan tepu pada peringkat ke 13, ini kerana, pada peringkat ke-13, bilangan orang yang diperlukan untuk menyertai skim tersebut adalah bersamaan dengan bilangan penduduk dunia. Selepas itu, jika mahu cari orang lain untuk sertaiprogram tersebut, ahli-ahli di level ke-13, perlu mencari lembu, katak, monyet dan alien sebagai orang bawah mereka. Jika mereka tidak berjaya mencari orang bawah.. mereka akan rugi!.

Hakikatnya.. lembu, katak dan monyet tidak boleh menyertai mereka!. maka.. jadilah mereka orang-orang yang rugi!. Duit dah bayar jadi ahli.. tapi satu sen pun tak dapat (sebab dah tak ada orang di dunia ini yang boleh daftar dibawah mereka)

Sekarang kita lihat semula program reseller, program reseller yang sering kita jumpa pada hari ini pula kebanyakkannya adalah website yang berbahasa melayu. Secara logiknya, ianya hanyalah ditargetkan kepada orang-orang malaysia.

Dan tahukah anda? berapakah bilangan penduduk malaysia?.. Ianya adalah 24 juta orang.

Dan memandagkan program reseller ini adalah merupakan sebuah website, maka, potensi marketnya hanyalah orang-orang yang masuk internet sahaja bukan? Jadi kini.. berapakah pula bilangan penduduk malaysia yang mempunyai akses ke internet? Ianya.. adalah 4 juta.

Sekarang mari kita lihat pula gambarajah piramid di atas.
Katakanlah jika semua orang yang masuk internet di malaysia ini menyertai program reseller tersebut. Maka, program tersebut akan mula menjadi tepu apabila memasuki level ke -9.

Pada level tersebut, seramai lebih kurang 3.8 juta orang akanmengalami masalah untuk mendapatkan orang bawah. Sekali lagi, lembu, katak dan monyet tidak boleh diajak untuk menjadi “orang bawah” mereka. Kesimpulannya.. rugilah mereka.! Hangus duit yuran sebanyak RM10-RM50 yang dibayar untuk menjadi ahli.

Hakikat sebenar!

Hakikat yang sebenarnya, dari 4 juta rakyat malaysia yang online, setelah ditolak budak-budak yang hanya tahu main games di internet dan juga pakcik-makcik yang hanya sebulan sekali masuk internet untuk check resepi kuih raya. Bakinya hanyalah sekitar 2 juta orang.

Dan dari 2 juta orang itu pula, tidak ramai sebenarnya rakyat malaysia yang “bodoh” untuk menyertai program reseller ini. Dari permerhatian saya terhadap program-program reseller ini sebelum ini, saya mendapati, bilangan mangsa yang paling ramai sesebuah program reseller dapat tipu untuk menyertai program mereka ialah sekitar 1-2 ribu orang sahaja. Pendek kata, program mereka ini akan mengalami masalah kekurangan mangsa dan akan menjadi tepu pada level ke-4 atau ke-5. Dan ini, menyebabkan, hanya 36 orang sahaja (pada level 1-2) yang sempat dapat untung . Baki seribu ahli yang lain? Terlopong dan ternganga sahajalah jawapnya..

Tak percaya? Tanyalah mereka yang “kononnya” dapat beratus-ratus RM (ratus2 je.. bukannya puluh ribu pun! oh!) dari program reseller ini.. tanya mereka, mereka ahli no berapa? Kemudian, tanya pula ahli yang ke 100 atau 300, berapa RM yang meraka dapat? Pasti mereka segan nak cakap.. oh!

Kesimpulan..

Lengkapkanlah diri anda dengan ilmu supaya tidak mudah tertipu dan menjadi mangsa pihak-pihak yang tidak bertanggungjawap. Jauhilah program-program mengarut  seperti program reseller ini. Banyakan membaca dan banyakkan bertanya kepada mereka yang lebih arif jika anda kurang pasti mengenai sesuatu itu. Sekian, selamat maju jaya!.

p/s:- Mungkin artikel ini akan menimbulkan sedikit kontroversi. Pasti ramai yang tidak akan berpuas hati.. tapi bagi saya.. ianya adalah perkara biasa. Ianya mengingatkan saya semula sewaktu zaman program autosurf, hyip dan siwisscash suatu masa dahulu. Ramai yang tidak berpuas hati apabila saya meneluarkan artikel dan mengatakan semua program itu adalah program skim cepat kaya dan piramid. Kita tunggu dan lihat.. masa akan menentukan…

Artikel ini ditulis oleh MohdSuhaimy.com dan anda dibenarkan untuk mengcopy paste keseluruhan artikel ini tanpa mengubah mana-mana bahagian.

VideoUsahawan Cara Baru Industri IM Malaysia!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Parah-parah…..da hampir 15 hari blog FG tidak di update! tidak! sungguh haru mcm ni kan? agak keterlaluan.Terlalu lama dan membuatkan semua tertunggu dan menunggu. FG sendiri tidak sedap hati. Maafkan lah eh. Hope lepas ni ada sedikit kelapngan untuk menulis. insyaALLAH..

yup! Walaubagaimanapun, dalam diam, ada jugak kerja2 disebalik tabir yang disiapkan bersama team2 FG. (disampaing esaimen dan projek yang, fuh, sangat lebat! tambah lagi 3rd year ni :D )  projek nya? insyaALLAH.. masih dalam development. (take note sape terlibat. kerja keras! kerja keras! hee )

ok, kali ini, seperti biasa, FG mahu memperkenalkan satu produk terbaru IM malaysia dan ia baru saja dilancarkan. FG antara orang terawal mendapatkannya. Alhamdulillah… dan produk ini sangat2 berkualiti tinggi dan im sure, kalau kita dapatkannya, kita akan totally satisfied ngan produk ini. apakah dia? ia adalah videousahawan.com!

Basically, kesemua video yang terkandung didalam produk ini adalah cara2 dan taktik2 yang slalu digunakan oleh IM2. tetapi kelainannya dalam edisi ini adalah, cara penyampaian yang sangat2 santai (ala2 kedai kopi nyer discussion). kita yang melihat dan menonton pun tidak tertekan. boleh fowward, nk cepatkan, nk rewind. up to u! :D

pakej yang ditawarkan juga menarik beserta bonus2 yang bernilai. anda boleh start ur business online almost immediately! no doubt! heee…tp, kene la tau salok belok dahulu.

apa pun, saya berani membuat sedikit review disini bukan kerana apa. kerana produk ini boleh dikatakan yang paling bagus setakat ini dan ia mencerminkan ‘keupayaan’ dan ‘keunikan’ dalam perniagaan internet di malaysia khusunya.

selamat membeli. cepat2. harganya makin naik mencanak2 disebabkan permintaan tinggi. dapatkan segara!

p/s: kalau sapa2 tau company mana yang boleh apply intern, boleh inform FG? mau intern sem depan. heee.. :D

Panduan Menjadi Blogger Terhebat Dilancarkan!!

Salam dan Hello semua pembaca budiman! :)

Hari ini FG tidak berhasrat untuk menulis panjang. Tetapi hanya mahu mengumumkan satu ebook terbaru yang FG baru hasilkan. “Panduan Menjadi Blogger Terhebat”.

Nampak tak ecover yang terpampang tu?  itu adalah rupa ‘kulit’ depan panduan menjadi blogger terhebat. menarik bukan? (belajar sendiri buat. Rupanya ada bakat!)  :D

Panduan ini FG hasilkan bertujuan untuk memberi bimbingan kepada rakan-rakan blogger baru atau lama untuk sama2 menghayati dunia blogging (wah, menghayati ke? ) Step by step yang di tonjolkan adalah besesuaian dan mudah untuk di fahami.

Bagaimana untuk mendapatkannya? Mudah sahaja. Cuma isikan nama dan alamat emel anda di dalam kotak yang disediakan. (pastikan emel anda valid ya. kalau tidak melepas :D ) Selepas itu, satu kotak download akan muncul. Hanya klik dan ebook ini akan menjadi kepunyaan anda. FREE OF CHARGE!! tidak perlu bayaran walau sesen. :) (itu yang bestnya)

Tambah lagi, anda diberikan 100% kebenaran daripada FG untuk menyebarkan laporan ebook ini kepada sesiapa sahaja yang anda rasakan berminat. No restriction. FG tidak akan saman anda jika anda menyebarkan buku ini!  :) Jika anda berhasrat untuk copy ebook ini, boleh dengan syarat, sertakan sekali URL ke website ini iaitu www.fahdighazali.com

Segala usaha yang FG lakukan selama 2,3 hari nampaknya membuahkan hasil. Diharap ia dapat membantu kita semua! Selamat membaca! :)

Business Partner, Siapa dan Bagaimana

Salam dan Hello dari FG! :)

Masih mencari2 partner untuk business anda? :) bagus2, itu menunjukkan anda komited untuk melakukan business internet. Tapi, apa significat ada businees partner kalau kita nk memaksimumkan profit kita? baik kita buat seorang, so, semua keuntungan kita kaut sendiri 100%

Itu, bg FG salah satu tanggapan salah dalam dunia perniagaan. mmg tidak dapat dinafikan, ada orang ‘boleh’ melakukan semua nya sendiri. tetapi, FG boleh katakan, proses business nya akan jadi sedikit lambat atau lagging.Cuba bayangkan, satu kerja, kita lakukan seorang, berbaning lakukannya berdua atau by group. sure lagi cepat kan?senang kata, kita boleh cut banyak proses. devide keje kepada beberapa part. seperti contoh, bahagian kerja2 mereka dan menulis dan satu devision lagi bahagian pemasaran dan promotion. ha, kan senang tu. kalau lakukan seorang, dari A to Z, FG rasa, dalam setahun pun belum tentu siap! tambah lagi dengan keje2 peribadi yang lain. agak memenatkan bukan? :D

pasti kita kadang2 merasa putus semangat kan? aaaahh, ssh betul nk buat benda ni. lastly, kita end up jadi malas dan projek tersebut tidak menjadi. cuba bayangkan, partner anda ni jenis yg motivated, suka wat kerja2 business, dia pasti akan jadi booster anda untuk lebih maju rather than, putus angin dalam melakukan sesuatu benda di tengah jalan! ‘booster’ orang putih kata :D

Satu cadangan yang FG ingin beritahu, dalam memilih business partner, cari lah yang betul2 berminat dalam perkara yang sedang anda usahakan.  jika tidak, kesungguhannya hanya separuh jalan. kejap je. ‘hangat2 tahi ayam’ jadinya. awal2 nk buat itu, nk buat ini, last2, semua tidak menjadi.

Ada contoh seorang member FG, (sesiapa yg berkenaan jgn marah ye.hehe) dier mempunyai seorang business partner. Bila projek tu dah hampir menjadi, dier tarik diri. Sakit bukan kalau mcm tu. kita sendiri tidak senang hati. awal2 beria, biler website dah siap, product dah ada, tarik diri meninggalkan kita. ish2…

Business partner juga, bg pendapat FG, tidak terhad bg seorang sahaja. mungkin anda boleh mencari seorang, 2 orang, terpulang. Sebagai contoh, jika kita mahu menerbitkan satu ebook mengenai adsense, kita cari seorang yg mahir dalam adsense, dan buat JV dengannya. dan pada masa sama, kita mahu menjual iphone di ebay, cari seorang rakan yg mahir dan tahu mengenai dunia ebay. mudah saja bukan? :)

Tp, incase anda masih mencari partner dan masih belum menjumpai, FG ada tawaran hebat! jika anda mahu kan partner, FG tidak keberatan. just come out with a brilliant idea, then, kita discuss!  tak ada masalah :D

chance will not come twice! hehe..

selamat mencari partner business anda!!

sorakkan emosi!! :D

Ada Apa Dengan Hosting Dan Domain?

Salam dan hello semua! :)

Fuh, minggu yang sangat memenatkan bg FG. Biasalah, 1st, 2nd week of study mmg agak kelam kabut and kepenatan.  (’nama lagi budak sekolah’ :D )

Tetapi, sedang FG sibuk, ada seorang rakan bertanya. Macam mana nk setup blog (dot) com sendiri? Biasanya, kebanyakan orang hanya mahu menggunakan servis blog free seperti blogspot, wordpress dan lain2. Blog free ini kita bleh simplified dengan, seperti contoh, url yang akan kita dapat untuk blog kita adalah (fahdighazali.blogspot.com) nampak tak? (dot)blogsport.com. itu menunjukkan yang blog itu adalah blog free yang kita sign up dengan blogger. dan steps untuk hasilkan blog free ini juga amat mudah. kalau tidak silap, ada 4 langkah sahaja. Namum berbeza dengan blog berbayar seperti fahdigahzali(dot)com.

Baik2, untuk memudahkan anda dan untuk simplify things, blog berbayar, anda memerlukan hosting dan domain anda sendiri. apa itu domain dan apa itu hosting? Domain : kita ibaratkan sebagai alamat rumah Hosting : Kita ibaratkan sebagai rumah ok, basically, kita memerlukan kedua2nya. tidak boleh tidak. domain adalah nama website/blog kita dan hosting pula adalah tempat dimana kita menyimpan data2, script2 dan sebagainya. Kebiasaanya, kebanyakan blog berbayar menggunakan script wordpress yang sudah di install di dalam hosting anda (pre-install). walau bagaimana pun, terdapat lagi beberapa jenis script blog yang ada untuk anda pilih mengikut keselesaan. dan biasanya, wordpress lebih di prefer kerana penggunaanya lebih meluas.

Tips untuk memilih hosting:

  • anda digalakkan membeli hosting mengikut keperluan sahaja. takut membazir nanti :) for blogging, start hosting dalam 400-500mb. tu pun dah d kira banyak!
  • Penyedia hosting mempunyai support 24/7 supaya senang untuk anda menghubungi jika terdapat masalah
  • uptime (ataupan masa server up) adalah 99.9%. ini sangat2 penting agar business/blog anda succes. Cuba bayangkan jika server selalu down. potential pembaca akan bosan dan tidak akan datang lagi ke blog anda.
  • hosting menggunakan cpanel- ia amat memudahkan kerana ia banyak function dan amat mudah untuk digunakan.
  • Harga yang berpatutan
  • Cara pembayaran yang senang. Seperti contoh, jika anda membeli dengan penyedia hosting atau domain antarabangsa, anda memerlukan kad kredit/debit card/paypal untuk membayar. jika tidak, anda boleh membeli dengan hosting provider m’sia. Read the rest of this entry »