Diari Memburu Impian » Idea perniagaan

Siapa Kita Pada 1 Januari 2013?
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, sedar tidak sedar sudah berakhir tahun 2011 dua hari yang lepas. 12 bulan bersama adalah satu tempoh yang cukup panjang dan banyak pengalaman baru, cerita baru yang tercipta pada tahun lepas. Alhamdulillah.. semua adalah anugerah yang diberikan oleh Allah. Tidak akan berlaku walau satu pun perkara tanpa keizinan dariNYA.

Saya masih teringat pertanyaan kepada diri sendiri pada 1 January 2011 yakni setahun yang lepas. “Siapa saya pada 1 Januari 2012 dan apa yang akan saya capai setahun selepas ini?”. Dan sekarang saya memiliki jawapan tersebut. Biarpun ia tidak seperti yang digambarkan, namun ia tetap meninggalkan kesan yang hebat. Ya, jawapannya saya peroleh 2 hari yang lepas.

Untuk diri sendiri, pada tahun 2011, saya dari Kuala Lumpur, berhijrah pulang ke Kelantan untuk bermula dari “ZERO” kembali membina rangkaian di pantai timur, daripada tidak punyai kumpulan sekarang memiliki sahabat seperjuangan pemburu impian yang benar-benar hebat memiliki impian yang menggunung. InsyaALLAH mereka adalah team yang hebat dan  mereka jugalah yang akan menjadi salah seorang JUTAWAN pantai timur sebelum atau pada 31 Disember 2013!

Buat Edata Network tercinta, perkembangannya saya dapat rasakan cukup hebat. Daripada seminar yang berlangsung hanya di Kuala Lumpur sekarang sudah di bawa masuk ke peringkat “regional” masing-masing (KB dan KT), dari melakukan program-program di hotel-hotel berkembang menjadi sebuah pejabat sendiri di Kota Bharu, daripada tiada yang tempat untuk berkumpul, sekarang sudah ada di dua lokasi, daripada terlalu bergantung kepada leader sekarang sudah lahir beberapa leader baru yang sama-sama memegang panji kebanggan untuk membawa satu suara keaarah kejayaan dan pelbagai lagi . Syukur alhamdulillah atas nikmat Allah. 2011 cukup menguji tetapi memberi 1001 kenangan yang tidak akan dilupakan.

Teringat kata-kata Sifu Tn Haji Imran Hadi, setiap perkara yang datang ia bukan MASALAH, tetapi CABARAN. Ya, ia hanya cabaran dan cabaran ini adalah rempah ratus kejayaan.

Persoalan yang lebih penting bukan lagi melihat tahun 2011, bukan juga melihat 2012, tetapi melihat adakah biji benih yang bakal disemai pada tahun 2012, dapat dituai hasilnya setahun dari sekarang yakni 2013?

“Siapa aku setahun dari sekarang?,siapa kita setahun dari sekarang?”

Segalanya bermula hari ini. “It is NOW or NEVER, It Is NOW for FOREVER”.

Siapa kita pada 1 Januari 2013?

STAYING POWER!- Satu kemestian dalam perniagaan
Assalamualaikum!

Semoga anda sentiasa berada didalam keadaan yang malar segar dan bermotivasi untuk memburu impian diri. Hebat!

Dalam post kali ini suka untuk saya berkongsi mengenai satu perkataan yang boleh memberi impak kepada sesiapa sahaja yang melakukan perniagaan tidak kira walau apa sahaja jenis bisnes yang mereka jalankan. Ia adalah hasil perkongsian mentor-mentor dan juga pemerhatian saya sendiri apabila terlibat dengan perniagaan.

Sepanjang saya melakukan perniagaan score A bersama dengan Edata (sudah hampir 2 tahun), saya melihatkan ramai yang datang dan pergi dalam perniagaan. Rata-rata yang “mahu” menceburi bidang ini bukanlah sepenuh hati tetapi disebabkan ‘TERUJA’. Mereka mungkin teruja melihat duit yang bakal diperoleh, melihat rakan-rakan berjaya, suasana yang positif sepanjang seminar berlangsung, berangan-angan mencapai impian yang mereka idamkan dan sebagainya.

Pun begitu, selepas mereka melakukan perniagaan, tidak berapa lama selepas itu, mereka give up dan keterujaan itu hilang begitu sahaja. Umpama air coca-cola yang digoncang, buih membuak-buak naik untuk seketika selang waktu sebelum ia hilang begitu sahaja. “Semangat coca-cola”, ia sememangnya ‘famous’ dikalangan orang Melayu.

Jadi, apakah perkataan yang boleh kita gunakan untuk mengangkat martabat perniagaan yang sedang kita lakukan. Tidak lain tidak bukan adalah “STAYING POWER” –  Kebolehan seseorang untuk kekal dalam sesuatu perniagaan.

Perniagaan bukan dibina hanya atas dasar keterujaan semata mata biarpun tidak dinafikan teruja itu penting supaya momentum boleh dicari. Pun begitu usaha yang akan membuatkan apa yang difikir menjadi realiti. Bayangkan jika tidak ada kebolehan untuk kekal dalam perniagaan, seseorang peniagan yang menghadapi masalah akan cepat-cepat membuat kesimpulan yang perniagaan akan jatuh sedangkan dia baru sahaja bermula. Pernah anda lihat kedai-kedai yang baru dibuka beberapa bulan dan akhirnya tutup?

Staying power bukan perkara baru untuk kita sebenarnya. Ia sebenarnya sudahpun kita adaptasi dalam kehidupan bermula sejak kecil sehingga meningkat dewasa. Sebut sahaja asal pernah kita bergelar manusia, kita pasti akan melalui fasa “kebolehan untuk kekal”.

Bayangkan sewaktu disekolah, kita dimarah oleh guru, didenda di luar bilik darjah, tidak tidur malam untuk menyiapkan tugasan dan projek-projek universiti, kita masih lagi kekal tidak berganjak untuk mendapatkan segulung ijazah. Itu yang dinamakan “staying power”. Kebolehan untuk kekal.

Dan bayangkan juga jika rata-rata pelajar tidak memiliki sifat dan kebolehan ini, sudah pasti negara akan kurang maju dan agak sukar untuk kita keluar dari belenggu ekonomi yang mencengkam negara suatu ketika dahulu diwaktu zaman penjajahan.

Ingatlah, perniagaan memerlukan komitmen yang tinggi bukan untuk seminggu dua, bukan sebulan, malah ia mungkin akan mengambil masa bertahun untuk dibina. Sabar dan teruskan walau apa sahaja terjadi. Jadilah manusia yang kreatif untuk mengubah strategi demi strategi perniagaan jika ia tidak berhasil memberi apa yang kita mahu. InsyaALLAH, jika betul dengan caranya, perniagaan tersebut akan maju dan terus maju hinggakan kita sendiri tidak boleh menghalang perkembangannya.  InsyaAllah!

Staying power rulez!

p/s: Jom hayati video The Secret ini. Moga bermanafaat.

Nikmat Allah yang mana yang telah engkau dustakan?
Alhamdulillah.. permulaan hari ini saya mulakan dengan muhasabah untuk diri sendiri.. dan saya mahu berkongsi dengan rakan-rakan pemburu impian sekalian. InsyaALLAH.. semoga perkongsian ini memberi manafaat dan moga-moga kita menjadi orang yang berhasil di dunia dan akhirat. Amin ya ALLAH.

p/s: Mohon kongsikan bersama dengan sahabat-sahabat yang lain.

Amalan Solat Sunat Dhuha; Perlu Di Amal Oleh Pemburu Impian
“Tuan sudah solat dhuha belum?”

Soal seorang sahabat dan juga pemburu impian yang saya sangat kagumi. “Jika belum, paip untuk ambil air sembahyang ada dibawah, saya siapkan sejadah, tuan solat dulu”.

Begitulah setiap kali kalau saya pergi ke rumah beliau untuk berbincang. Solat dhuha perlu diutamakan. Benar, setiap rezeki itu datang daripada Allah.

Firman Allah s.w.t :

Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka. (Surah al-Dhuha : 1-5 )

Rasulullah bersabda yang bermaksud,

“Siapa saja yang dapat mengerjakan sholat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.”

Rasulullah bersabda lagi, “Sholat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara sholat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat.”

Dari Nuwas bin Sama’an, Rasulullah bersabda: “Allah berfirman: Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (yakni sholat Dhuha), nanti pastiakan Kucukupkan keperluanmu pada petang harinya.”

Sementara itu di dalam hadits yang lain Rasulullah bersabda: “Hendaklah masing-masing tiap-tiap pagi bersedekah untuk persediaan badannya. Maka tiap kali bacaan tasbih itu sedekah, setiap tahmid, setiap takbir juga sedekah, menyuruh kebaikan dan melarang kejahatan itu sedekah dan sebagai ganti itu semua, cukuplah mengerjakan sholat Dhuda dua rakaat.” (Ahmad Muslim danAbu Daud)

Doa selepas solat sunat Dhuha;

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Justeru, saya ingin mengajak semua orang untuk melakukan solat sunat dhuha. Terus terang saya katakan, kadang kala kita agak malas untuk melakukannya. Tetapi insyaALLAH, jika diamalkan ia akan menjadi mudah.

Memburu impian ini benar-benar menarik terutama soal mencari kesempurnaan hubungan dengan Allah

p/s: PIAA (Pemburu Impian And Associates), perlu ada meeting susulan, bila agak-agak boleh diadakan. Saya akan carikan masa insyaALLAH. Sebelum mula meeting, kita solat Dhuha dulu ya.

Anda perlu membuat KEPUTUSAN hari ini
Assalamualaikum dan salam sejahtera, post kali ini ringkas sahaja. Saya sekadar ingin berkongsi satu video yang insyaALLAH boleh memotivasikan kita. Hayati ia dengan mata hati anda. Moga-moga beroleh semangat baru untuk memburu impian. Segalanya bermula dengan sebuah DECISION.

Semoga bertemu kembali! InsyaALLAH. Hebat hey!

Winners never quit, quitters never win!
Alhamdulillah, setelah sehari suntuk perjalanan semalam, saya dan 2 orang lagi sahabat telah sampai ke Kuala Lumpur atas beberapa urusan yang perlu diselesaikan. Mungkin akan berada disini lebih kurang 2 hari.

Usai solat subuh tadi, saya mencari-cari bahan bacaan yang berguna untuk dibaca dengan tujuan meningkatkan lagi motivasi diri dan secara tidak langsung ia boleh dijadikan sebagai modul pembagunan kumpulan pemburu impian. Bertemankan lagu-lagu dari seminar ESQ (Emotional Spritual Quotion) yang mendayu dan sedikit sebanyak memberi ketenangan, saya memulakan “journey”. Ia bermula dengan memcari blog-blog motivator terkenal. Moga-moga memperoleh input yang menarik.

Saya dahulukan dengan blog kegemaran saya, juga merangkap sahabat baik, ayah,kaunselor dan juga rakan seperjuangan pemburu impian, fathuri.com. Biarpun siri perkenalan kami hanya berumur 2 tahun, namun saya cukup mengagumi insan yang memiliki impian yang besar ini. Artikel- artikel beliau memberi impak yang luar biasa saya kira. Beliau memberi signal yang dalam proses memburu impian, biar lambat, keutamaan perlu diletak kepada Allah tuhan Rabbulalamin yang Maha mengetahui segalanya. Jangan diletakkan matlamat dunia menjadi yang teragung kerana lambat laun ia akan menghakis nilai diri fitrah seorang manusia.

Maka benarlah, point yang pertama dalam membina kumpulan dan rangkaian seperti mana yang saya pelajari dari rakan Al’ Israq’ sehari sebelum ini, orang yang berjaya adalah orang yang sentiasa mengutamakan Allah dalam setiap perkara.

Blog kedua yang saya dapat teroka adalah blog seorang warganegara negara yang berjiran dengan Malaysia yang bukunya menjadi salah satu inspirasi untuk saya berjaya. Beliau adalah Adam Khoo. Dalam penulisannya bertarikh 7 Jun 2011, dibawah tajuk “The Power Of Possibility” beliau mengandaikan setiap orang tidak berani untuk berimpian besar adalah hanya disebabkan kekurangan yang dimiliki. Mereka takutkan penolakan yang bakal dihadapi, mereka merasakan sumber yang mereka punya tidak cukup untuk menjadi penolak kearah kejayaan yang mereka inginkan. Mudah mahu berhenti jika melihatkan keadaan sesuatu itu luarbiasa dan mustahil untuk dicapai. Puas hati walau pun belum cuba melakukan tindakan. Disebabkan itulah, hampir 90% manusia hidup mereka hanya biasa-biasa kerana takut untuk mengambil risiko. Mereka mengambil keputusan mudah dan berhenti. Ingat, 10% orang yang berjaya mereka berhadapan dengan situasi yang buruk malah mungkin lebih teruk dari apa yang kita sangkakan tetapi mereka berhasil keluar dan berjaya. Winners never quit, quitters never win.

Sebagai contoh, Aimee Mullins, seorang yang kudung kaki, memberikan satu target yang luar biasa berbanding orang yang sempurna. Beliau mahu ke Olimpik, mahu menjadi seorang model dan juga pelakon. Kesemua impian ini susah untuk dilunaskan biarpun seseorang punyai anggota badan yang sempurna. Dan lihatlah, betapa kuasa impian sebenarnya akan memberi kita tenaga yang tidak ketahuan hebatnya jika di letakkan di tempat yang betul. Dari berimpian seorang gadis kecil, Aimee Mullins berjaya mencapai semuanya!

Jika beliau boleh, masakan kita tidak? Winners Never Quit, Quitters Never Win!

Takaful Prudential BSN dan ilmu untuk pembangunan kumpulan
Semalam saya berpeluang untuk bertemu dengan seorang kawan lama selepas selesai Seminar Usahawan Wave 5 di Edata Network Eastern Region (KB). Beliau merupakan seorang ejen takaful prudential BSN. Seorang yang saya kira benar-benar mahu berjaya sejak dari zaman universiti lagi.

Tepat jam 8.00 malam, saya berjumpa dengan beliau di Kemaman Kopitiam bersebelahan dengan pejabat urusan Edata. Tujuannya, tidak lain tidak bukan, pertama untuk berbincang dan mengambil polisi insuran dan paling penting untuk membincangkan satu “agenda mustahak”.

Serius bunyinya. Ya, memang.

Saya mahu menyedut ilmu bagaimana sebuah kompeni insurans dan takaful menguruskan pembangunan modal insan mereka. Bagaimana mereka menyediakan ramai ejen menjadi seorang yang “kalis rejection”. Atau dengan kata lain “they love rejection”. Adakah dengan sentiasa diberi motivasi? Atau dengan meeting yang berterusan? Atau sistem mereka yang lebih mudah?

Saya mahu membina kumpulan score A yang kukuh dan mapan. Itu matlamatnya. Saya mahu melahirkan seramai mungkin 5 figure earner, dan juga millionaire scoreA. Barangkali ilmu di Al-Isra’ and Associates boleh di guna pakai untuk kebaiikan bersama.

Perbincangan berlanjutan sehingga jam 1 pagi. Langsung tidak perasan masa berlalu dengan begitu cepat.

Apa yang boleh saya simpulkan adalah. Kebanyakan sistem yang diterapkan didalam syarikat insuran adalah lebih kurang sama dengan score A programme dan Edata. Cuma terdapat beberapa perbezaan sahaja.

Mereka punyai sistem yang lebih teratur dan semua ilmu dibukukan secara “standard”.

Meraka punyai sistem pemantauan berkala yang terancang (3 kali seminggu untuk weekly meeting)

Mempunyai misi dan visi yang jelas dan semua perlu mengingati visi dan misi yang ditetapkan

Setiap agen punyai medium komunikasi antara satu sama lain yang berkesan. Seperti contoh Blackberry Massenger. Jadi setiap orang yang berjaya close deal, akan segera update ke BBM. Jadi semua orang akan lebih teruja untuk bersaing antara satu sama lain.

Service after sale yang diajar supaya lebih mengutaman customer.

Yang lain, kebanyakannya adalah sama

Jika dilihatkan, bagi yang berkecimpung dalam bidang insuran dan takaful ini, ia sebenarnya beratus kali ganda lebih susah dari melakukan perniagaan score A. Pun begitu, ada yang berjaya menjadi seorang jutawan. Jika saya sendiri pun, saya akui, mungkin agak susah untuk berjaya jika saya dalam bidang insuran. Tabik kepada mereka yang selama ini “sustain”. InsyaALLAH, dengan adanya ilmu yang biarpun sedikit sekurang-kurang boleh membantu pembangunan kumpulan seterusnya melahirkan seberapa ramai orang yang akan bergelar jutawa ScoreA dalam kumpulan. InsyaALLAH! Ya Allah, permudahkanlah urusan ini. Amin!

Makcik dapat RM10 sahaja sehari. Ya Allah, aku syukur!
Saya menulis post kali ini dengan penuh rasa syukur atas nikmat yang diberikan oleh Allah. Alhamdulillah.. tidak terhitung rasanya jika hendak dicongak rezeki yang telah diberikan yang maha pencipta. Rezeki yang tidak pernah diminta-minta tetapi masih lagi berikan.

Semalam berlaku dua kejadian yang memberikan impak yang besar dalam diri soal erti bersyukur.

Pada jam lebih kurang 2 petang, saya telah ke tempat pusat perkhidmatan digi untuk membayar bil telefon. Sudah 2 hari talian telefon saya tidak berfungsi disebabkan ada bil yang tertunggak yang tidak dibayar. Saya kira terlepas pandang sebelum ini. Asyik ke hulu ke hilir, bil telefon pun tidak sempat untuk dilangsaikan.

Bersebelahan dengan pusat perkhidmatan Digi Kota Bharu, terdapat bank CIMB, dan seperti biasa, saya mengambil wang dan seterusnya membuat pembayaran RM300 bil tunggakan. Sewaktu lalu berjalan di hadapan bank, saya dapati seorang wanita yang berumur, sedang duduk bersimpuh bersama dengan beberapa bakul telur penyu untuk dijual kepada pelanggan yang lalu lalang. Mungkin barangkali beliau berpendapat orang yang pergi ke bank ada punyai wang sedikit maka dapatlah membeli telur-telur penyu yang dijual.

Peringkat awal, hati saya berbelah bahagi.

“Mahu beli atau tidak. Kesian makcik tu, semua orang dia senyum, tapi tak ada seorang pun yang berhenti atau sekurang-kurang membelek-belek bungkusan telur penyu yang dijual. Oh! Tak boleh jadi.”

Setelah berfikir, dan usai urusan di bank dan pembayaran bil, akhirnya keputusan yang dicapai untuk singgah dan menyapa makcik si penjual telur.

“Assalamualaikum makcik, berapa satu bungkus ni makcik?”

“Waalaikumussalam, 4 biji RM10 dik, 8 biji RM20″

Itu penerangan yang diberikan.

“Mahalnya! Kalau macam tu sehari banyaklah dapat untung makcik?”

“Tak adalah mahal dik, cukup makan untuk makcik sahaja. Sehari untung kalau dapat jual 100 biji, boleh la untung RM10. Dari pagi lagi jam 9 pagi makcik duduk kat sini, ni pun masih ada baki berpuluh biji lagi”

Ya Allah.. maka benarlah, saya sudah di takdirkan Allah untuk hadir ke bank, membayar bil pada waktu tersebut. Sudah tercapat di Luh Mahfuz, semalam saya adalah salah seorang pelanggan yang membeli telur. Setelah dibayar, dengan senyuman yang cukup ikhlas, makcik menyatakan rasa terima kasih yang amat sangat. “Alhamdulillah.. terima kasih dik”

Biarpun telur yang dibeli hanya 4 biji, sekurang-kurang dapat meringakan beban makcik untuk menjual lagi beberapa puluh biji. Berkurang 4 pun sudah kira baik. InsyaALLAH.

Saya berjalan pulang ke pejabat dengan hati yang cukup sayu. “Bayangkan, jika makcik dapat untung RM10 sehari, sebulan pendapatannya RM300 sahaja! Sedangkan aku sendiri, bayaran bil telefon tadi RM300, sama dengan gaji sebulan makcik. Itu belum ditolak cuti umum yang belum tentu ada pelanggan untuk membeli 100 biji sehari dan makcik tersebut sakit”

Ya Allah.. syukur dengan nikmat pendapat dengan perniagaan ini yang langsung tidak terlintas difikiran…

“Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?” (QS Ar-Rahman 13)

Kejadian kedua adalah lebih kurang jam 10 malam di pejabat. Kami didatangi oleh sepasang suami isteri yang sedang mencari peluang perniagaan. Kedua-dua masih bekerja dan baru sahaja 3 bulan mendirikan rumah tangga.

Di akhir perbulan kami, saya ada bertanya tentang gaji yang mereka berdua peroleh dengan pekerjaan sekarang dengan kelulusan Ijazah yang mereka miliki. Tidak cukupkah gaji yang ada sekarang dicampur dua?

Bayangkan.. jawapan keduanya cukup menyayat hati dan memberi impak yang besar dalam benak fikiran saya semalam.

“Tuan gaji sebulan dengan lulusan degree berapa ya?”

“Tak banyak, RM1,000 sahaja sebulan”

“Puan gaji berapa?” Saya bertanya dengan penuh rasa keterujaan.

“Saya pun RM1,000 sebulan”

Ya Allah.. betapa nikmat yang besar yang Allah berikan. Gaji semasa di PROTON dulu RM2400 seorang itu pun belum mencukupi. Apatah lagi dengan perniagaan?

“Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?” (QS Ar-Rahman 13)

Ampunkan kami manusia yang tidak nampak nikmat mu ini ya ALLAH. Saya bertekad akan membantu semua yang mahu mengubah kehidupan mereka. Saya tidak mampu, kerana yang memberi rezeki itu Al Rozzak itu Allah, Dia yang berhak. Hak saya hanyalah berusaha sekuat mampu, sekuat mahu menolong sesiapa yang berkeinginan.

Berkatilah usaha ini Allah!

Happy Independence Day Malaysia!
Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Alhamdulillah.. selepas sehari merayakan 1 Syawal Hari Raya Aidulfitri, kita dihidangkan dengan satu lagi nikmat.

Syukur kepada nikmat kemerdekaan yang telah dikurnia oleh Allah kepada kita sepanjang 54 tahun Malaysia ditubuhkan. Terlalu cantik nikmat kebebasan ini. Kebebasan mentadbir, kebebasan untuk berkembang, berkarya menjadi sebuah negara yang maju dan hebat. Bak kata Maher Zain, “freedom”.

Biarpun kita mendapat kemerdekaan berlainan dengan negara jiran kita Indonesia iaitu dengan cara damai dan demokrasi, kita masih lagi berdiri sebagai bangsa dan negara yang sangat stabil. Keharmonian sosial, ekonomi, masih dapat dikekalkan sehingga hari ini. Sekali lagi syukur! Moga kita akan kekal begini sehingga akhir.

Sungguhpun begitu, sebagai seorang yang menjadi pemerhati kepada pembangunan Malaysia, disebalik kejayaan yang kita dapat lakar, masih ada beberapa kelemahan yang perlu segera diperbaiki agar ia tidak akan memudaratkan kejayaan 54 yang kita peroleh. Ia boleh mencacat dan lebih berat mengakibatkan “freedom” ini terjejas.

Antaranya adalah dari segi kestabilan politik. Jika kita dapat selesaikan, insyaALLAH, semua pasti akan kembali rancak!

Apapun, sebagai mengambil makna disebalik kemerdekaan Malaysia, ia bukan hanya bermakna negara sahaja yang berubah. Kita sebagai rakyat yang menjadi tulang belakang juga harus berubah. Change. “That’s the word” Sejauh mana kita berubah kearah yang lebih baik, kita pasti akan menjadi bangsa dan negara yang lebih maju.

Jika kita mampu memajukan masyarakat, jika kita mampu merubah dan memajukan bangsa, jika kita tidak diberikan kuasa untuk memajukan negara, cukuplah dengan kita merubah diri sendiri menjadi yang lebih baik. Seperti yang disaran oleh Islam, “Hari ini lebih baik dari semalam”.  Jika kesemua rakyat mengamalkan perkara ini, saya yakin dan percaya, Malaysia akan menjadi kuasa besar dunia satu hari nanti.

Apapun, jangan biarkan makna kemerdekaan ini berakhir disini, ayuh jadikan ia sebagai transit perubahan jitu dalam diri.

Sebelum berakhir, mari kita hayati satu video yang saya rasa sangat ikhlas dan menyentuh hati “Made by Malaysian”. enjoy!

p/s: Happy Independence Day Malaysia!

Sehari sebelum Syawal dan Jigsaw Puzzle
Hari ini agak berlainan kisah memburu impian dari hari-hari biasa bulan Ramadhan.

Hari ini terasa amat berat untuk meninggalkan Ramadhan. Solat tahajud malam tadi terasa sungguh susah. Seolah-olah tidak mahu bangun dari tempat solat. Benarlah kata-kata Allah, demi masa, sesungguhnya manusia di dalam kerugian. Rugi benar rasanya tidak memanafaatkan Ramadhan dengan cara yang betul sebelum ini.

Sebelum bermula Ramadhan, bersungguh-sungguh menetapkan matlamat, tetapi bila tiba saat diuji oleh kesibukan (dan kadang-kadang buat-buat sibuk) saya lupa. Lupa akan target ibadah yang sudah di atur pada peringkat permulaan.

“Adakah aku akan berjumpa dengan Ramadhan pada tahun hadapan?”

Seorang sahabat dan juga mentor ada memberitahu saya, hidup ini umpama sebuah “jigsaw puzzle”. Semua bertaburan, sedang mencari satu point atau ceraian yang boleh menjadi titik point rujukan untuk mencantumkan “jigsaw puzzle” menjadi sebuah imej yang lengkap.

Di awal usia 24 tahun, barangkali masih terlalu banyak “jigsaw puzzle” yang bercerai dan diminta supaya lekas-lekas disatukan. Dirujuk, diselidiki, mungkin ada beberapa jawapan bagi persoalan ini. Ada yang memberitahu “Anda patut berkahwin!”, ada juga memberitahu “Anda perlu ada strategi memburu impian”, tidak kurang memberitahu “Carilah mentor!”.

Saya tidak mengatakan semua itu tidak betul dan tidak juga mengatakan semua itu benar. Ya, nikah dan beristeri itu satu fitrah, strategi memburu impian sesiapa boleh buat (dengan syarat betul caranya), dan mentor sudahpun lebih dari mencukupi. Persoalannya adalah, jika berjaya di selesaikan, adakah  jigsaw puzzle yang berselerak akan boleh diselesaikan? Pasti?

Kembali kepada fitrah. Akhirnya hanya Allah tujuan hidup…

Siapa sebenarnya yang boleh memberi kelapangan disebalik kesempitan, Dia adalah Allah

Siapa Al-Jami’ yang boleh menemukan seseorang dan memberi cinta seorang isteri? Dia adalah Allah

Siapa Al-Rozzak, maha memberi rezeki dari impian ini? Dia adalah Allah

Siapa yang sebenarnya mentor dan penunjuk arah paling hebat? Dia adalah Allah

Allahhuakhbar! Rupanya titik yang bakal menghubungkan semua jigsaw puzzle yang selama ini susah, ada terlalu dekat dengan saya.

“Di, kalau kita ada matlamat tempat yang perlu dituju, carilah alat GPS yang boleh membantu. Dengan syarat signal boleh diterima” Beritahu seorang sahabat. “Apa maknanya?” Tanya saya kembali. “Maknanya, jika kita ada matlamat yang ingin diburu, kita dah nampak target (jutawan) , kita sudah ada jalan dan alat (perniagaan) untuk ke destinasi, tetapi jika kita tidak menjaga hubungan dan signal dengan Allah, sudah pasti kita akan sesat jua akhirnya”

“La Tahzan, Innallahamaana…(Jangan Bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!)”

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin