Random header image... Refresh for more!

Category — Idea perniagaan

Bina Strategi Untuk Capai Matlamat

“Buat lebih banyak duit”, “Hilangkan berat badan”, “Memiliki Ramai kawan”, “Tambah Networking”……

Dan banyak lagi impian yang setiap orang senaraikan setiap kali menjelma tahun baru. (Sudah 7 hari berlalu). Impian itu di canai dan ia nampak seperti ‘real’ dan ia seolah-olah bakal berlaku ‘soon’ tidak lama lagi. Dalam masa 12 bulan. (katanya)

Impian 2010

Impian 2010

Yang peliknya,tidak semua hasrat dan harapan itu berjaya di capai apabila tiba saat penghujung 31 Disember. Antara kecewa dan tidak berpuas hati dengan diri sendiri, proses membina impian di teruskan lagi sama seperti tahun-tahun sudah. Hanya kerana untuk “cukup syarat”. Awal tahun baru perlu ada impian. Itu orang kata!

Kenapa ia sering terjadi bukan sahaja kepada saya, tetapi hampir 90% penduduk yang bergelar manusia waras. Ya, memiliki keupayaan untuk memiliki cita-cita adalah biasa. Semua orang berimpian, tetapi yang menjadikan ia luar biasa itu bukan mudah.

Walaupun sudah masuk hari ke-7 tahun 2010, boleh di katakan tidak ramai yang menunaikan tanggungjawab kepada diri untuk mencapai target dan Azam tahun baru. Alah, baru 7 hari, masih berbaki 358 hari lagi. Masih banyak masa! -Itu kata mereka!

Bayangkan, jika hari ini sudah masuk hari ke tujuh, mungkinkah angka ini akan berkurangan? Tidak bukan? Mungkinkah angka ini akan berhenti di sini sehingga kita mula melangkah membina dan mengatur strategi memburu impian 2010? Tidak! Adakah masa 7hb Januari ini akan kembali selepas ini? Juga tidak!

Tetapkan matlamat anda hari ini dan bina strategi untuk mencapainya

Hidup memerlukan strategi

Hidup memerlukan strategi

“Saya mahukan RM5,000 sebulan dalam masa 5 bulan”.

Jelas targetnya. Angka 5,000 adalah matlamat yang perlu di capai dan 5 bulan adalah time frame. Jika di congak dan di kira, pada 7hb Mei 2010, RM5,000 sebulan perlu ada di dalam tangan. Tetapi bagaimana?

Adam Khoo di dalam bukunya ada menyebut, jadikan cita-cita sebagai matlamat dan untuk meraih matlamat itu memerlukan strategi. Katakan untuk mendapat RM5,000 sebulan, strategi yang boleh di gunakan mungkin dari blogging (RM500),internet marketing (RM500) dan MLM (RM4000). Begitu mudah jika kita tahu caranya.

Strategi amat penting dan boleh di katakan sebagai kunci kepada kejayaan untuk meraih sesuatu. Untuk ringkasan, suka saya memberikan satu analogi mudah.

Kuala Lumpur adalah destinasi yang perlu saya capai sebelum jam 12 tengah hari 8hb Januari.Jelas, kuala lumpur adalah matlamat, dan 8 hb Januari (12 tengah hari) adalah time frame.Untuk mencapai matlamat (Kuala Lumpur), memerlukan kenderaan (Strategi). Kenderaan apa?Boleh di pilih sahaja. Bas, kereta, Kapal terbang. Yang pasti, anda perlu sampai ke destinasi!

Set your goal, dan bina strategi hari ini

“Setahun memburu impian”

Artikel lain untuk kepuasan anda

January 8, 2010   6 Comments

Lakaran Pertama 2010

2 kejayaan awal tahun 2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!
Salam tahun baru 2010 saya ucapkan kepada semua yang membaca fahdighazali.com.Alhamdulillah, akhirnya 2009 telah melabuhkan tirainya pada jam 12 malam semalam. Banyak coretan dan kenangan yang di tinggalkan di tahun ini. Ada suka, ada duka, ada menarik, ada menyakitkan. Segalanya sekarang tercatat dalam lipatan sejarah hidup kita selaku seorang umat manusia yang sedang berjalan dan mengharungi kehidupan di dunia tuhan. Segala yang tercatat di buku diary, di blog, di dalam lembaran, di dinding-dinding atau di mana sahaja menggambarkan apa yang telah kita lakukan dan manafaatkan masa yang telah di berikan kepada kita. Samada kita sedar atau tidak, kita telah mencuba sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab. (saya harap). Kepada yang masih lagi mencari nilai diri dan potensi, ayuh! kita jadikan 2010 sebagai platform perubahan dan pengubahsuaian diri yang “solid”
Di awal tahun, ramai yang menyimpan azam. Pelbagai yang mahu di capai. Seperti mana saya. Setiap tahun saya akan berazam. Mahu lakukan itu, mahu lakukan ini. Hampir setiap kali solat saya akan mendoakan akan “muncul” satu peluang menarik untuk saya cuba dan mula mengubah takdir. Namun, perancangan saya yang saya lakukan hampir setiap tahun, rupanya adalah langkah yang salah! Apa yang salah? Berazam tahun baru itu salah?
“Salah” bukan bermaksud cara tidak betul. Azam itu sendiri menggambarkan matlamat yang bakal kita capai dalam masa 365 hari bermula 1 Januari setiap tahun. Tetapi ada satu lagi yang lebih besar dari itu yakni tindakan yang perlu kita buat supaya cita-cita yang sering kita war-warkan akan menjadi satu kenyataan. Jadi, kesalahan saya selama ini, saya hanya “bermimpi” untuk mencipta kejayaan di minda tanpa ada tindakan agresif untuk mencapainya.
Namun, segala semakin nampak sinar dan semakin berubah. Corak pemikiran sudah semakin menunjukkan anjakan yang sepatutnya. Ilham datang bak seperti mahu “pecah” dari ruyung, dan ia sekata dengan tindakan! Ya, ia sudah bermula dan saya tahu, untuk jadikan fatasi satu realiti, memerlukan kita “bekerja” merempuh tembok, memotong pagar halangan, mendaki cerun susah dan membina pintu yang masih belum terbuka. Dari hanya menunggu peluang, saya perlu mencipta peluang! Dari hanya bermimpi untuk menuai azam, saya belajar untuk mula mencari benih, menyemai, membajai tanah supaya saya berpeluang menikmati hasilnya pada akhir tahun 2010 nanti.
Dan alhamdulillah, awal tahun ini cukup bermakna dengan kehadiran 2 kejayaan yang dulu hanya “MIMPI” tetapi dengan sedikit strategi, ia datang tanpa di duga!
1) Peluang menulis buku bersama publisher terkenal (PTS/Alaf 21). Terima kasih atas tunjuk ajar seorang penulis buku best seller saudara Fadzli Fauzi
2) Muncul secara “LIVE” di stesen radio internet. Fuhyoo FM bersama dengan IM dan blogger yang lain.
3) Mendapat 100usd daripada pihak Global Domain International
Ia bukan kejayaan saya sahaja, tetapi saya mahu mengajak semua untuk mengorak langkah lebih agresif untuk memburu impian. Ingatlah kata-kata ini;
“Kejayaan sebenarnya lahir dua kali. Pertama di minda dan kedua di alam nyata selepas kita BERUSAHA!”
Jadi ayuh sahabat, jangan hanya berazam, LAKUKANNYA! 2010 pasti menjanjikan 1001 buah kejayaan jika kita mula sekarang (1 Januari 2010)
Berhenti berharap, agresifkan tindakan!
“Setahun Memburu Impian”

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua! :)

Salam tahun baru 2010 saya ucapkan kepada semua yang membaca fahdighazali.com.Alhamdulillah, akhirnya 2009 telah melabuhkan tirainya pada jam 12 malam semalam. Banyak coretan dan kenangan yang di tinggalkan di tahun ini. Ada suka, ada duka, ada menarik, ada menyakitkan. Segalanya sekarang tercatat dalam lipatan sejarah hidup kita selaku seorang umat manusia yang sedang berjalan dan mengharungi kehidupan di dunia tuhan. Segala yang tercatat di buku diary, di blog, di dalam lembaran, di dinding-dinding atau di mana sahaja menggambarkan apa yang telah kita lakukan dan manafaatkan masa yang telah di berikan kepada kita. Samada kita sedar atau tidak, kita telah mencuba sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab. (saya harap). Kepada yang masih lagi mencari nilai diri dan potensi, ayuh! kita jadikan 2010 sebagai platform perubahan dan pengubahsuaian diri yang “solid”

Di awal tahun, ramai yang menyimpan azam. Pelbagai yang mahu di capai. Seperti mana saya. Setiap tahun saya akan berazam. Mahu lakukan itu, mahu lakukan ini. Hampir setiap kali solat saya akan mendoakan akan “muncul” satu peluang menarik untuk saya cuba dan mula mengubah takdir. Namun, perancangan saya yang saya lakukan hampir setiap tahun, rupanya adalah langkah yang salah! Apa yang salah? Berazam tahun baru itu salah?

“Salah” bukan bermaksud cara tidak betul. Azam itu sendiri menggambarkan matlamat yang bakal kita capai dalam masa 365 hari bermula 1 Januari setiap tahun. Tetapi ada satu lagi yang lebih besar dari itu yakni tindakan yang perlu kita buat supaya cita-cita yang sering kita war-warkan akan menjadi satu kenyataan. Jadi, kesalahan saya selama ini, saya hanya “bermimpi” untuk mencipta kejayaan di minda tanpa ada tindakan agresif untuk mencapainya.

Namun, segala semakin nampak sinar dan semakin berubah. Corak pemikiran sudah semakin menunjukkan anjakan yang sepatutnya. Ilham datang bak seperti mahu “pecah” dari ruyung, dan ia sekata dengan tindakan! Ya, ia sudah bermula dan saya tahu, untuk jadikan fatasi satu realiti, memerlukan kita “bekerja” merempuh tembok, memotong pagar halangan, mendaki cerun susah dan membina pintu yang masih belum terbuka. Dari hanya menunggu peluang, saya perlu mencipta peluang! Dari hanya bermimpi untuk menuai azam, saya belajar untuk mula mencari benih, menyemai, membajai tanah supaya saya berpeluang menikmati hasilnya pada akhir tahun 2010 nanti.

Dan alhamdulillah, awal tahun ini cukup bermakna dengan kehadiran 2 kejayaan yang dulu hanya “MIMPI” tetapi dengan sedikit strategi, ia datang tanpa di duga!

1) Peluang menulis buku bersama publisher terkenal (PTS/Alaf 21). Terima kasih atas tunjuk ajar seorang penulis buku best seller saudara Fadzli Fauzi

fahdighazali.com bersama Fadzli Fauzi

fahdighazali.com bersama Fadzli Fauzi

2) Muncul secara “LIVE” di stesen radio internet. Fuhyoo FM bersama dengan IM dan blogger yang lain.

Fuhyoo FM

Fuhyoo FM

3) Mendapat 100usd daripada pihak Global Domain International

payment from GDI

payment from GDI

Ia bukan kejayaan saya sahaja, tetapi saya mahu mengajak semua untuk mengorak langkah lebih agresif untuk memburu impian. Ingatlah kata-kata ini;

“Kejayaan sebenarnya lahir dua kali. Pertama di minda dan kedua di alam nyata selepas kita BERUSAHA!”

Jadi ayuh sahabat, jangan hanya berazam, LAKUKANNYA! 2010 pasti menjanjikan 1001 buah kejayaan jika kita mula sekarang (1 Januari 2010)

Berhenti berharap, agresifkan tindakan!

“Setahun Memburu Impian”

Artikel lain untuk kepuasan anda

January 8, 2010   6 Comments

Senjata Paling Berkuasa Dalam Diri Anda

buku azizi ali

Terkejut saya menerima SMS daripada rakan seperjuangan pemburu impian, Fathuri pada jam 5.42 pagi. Dalam keadaan mata yang belum sempurna terbuka, saya memaksa diri membaca bait-bait SMS yang di hantar

“Makluman; Jumpa di (area) semalam (kedai sate) jam 7 am (tempoh 30 minit). Sila bawa buku (semalam) & impian fahdi&associates by april 2010″

Tiba-tiba saya teringat kembali akan buku tulisan Azizi Ali yang di berikan Pemburu Impian Fathuri semasa kami berdiskusi petang semalam. Beliau ada menyuruh saya menelaah satu buku yang nipis fizikalnya, tetapi besar maknanya dalam mengorak langkah memburu impian bersama team fahdi&associates.

Buku yang di maksudkan adalah buku karangan peceramah dan jutawan tersohor Malaysia Azizi Ali “Senjata Paling Berkuasa Dalam Diri Anda”

Sudah agak lama saya lihat buku ini di pasaran. Tetapi entah kenapa belum tergerak hati untuk membelinya. Mungkin kerana buku ini tidak cukup syarat (terlalu nipis dan designnya kurang menarik!)

Rupanya selama ini saya salah! Azizi sememangnya seorang yang walk the talk. Beliau bercerita daripada pengalaman sendiri. Beliau bercerita bagaimana untuk menjadi hebat. Beliau bercerita bagaimana untuk memanipulasi kelebihan yang ada dalam diri dengan sedikit ‘twist’ kepada amalam biasa yang kita lakukan dan yang menariknya, beliau bermula sama seperti saya, anda dan kita semua! Dari zero kepada seorang hero malaya dan dunia!

Buku setebal 40 muka surat yang di berikan pemburu impian fathuri saya habiskan dalam masa kurang dari sejam. Setiap ayat di susun dengan cukup cantik dan mudah di fahami. Contoh nya juga ringkas tetapi tepat.

Apakah yang di bicangkan?

Ia berkaitan kelebihan dalam diri yang boleh kita manipulasi untuk mencapai kejayaan. Aspek membina impian, halangan, bagaimana membina ‘paksaan’ untuk memburu impian di sentuh ringkas tetapi padat. Aspek-aspek yang di utarankan juga amat berkait rapat dengan sesiapa sahaja yang sedang membina impian, tidak kira, impian itu kecil atau besar.

Perjumpaan dengan pemburu impian fathuri akhirnya berlangsung tepat jam 7.15 pagi di Masjid Daerah Pasir Puteh. Suasana cukup nyaman dengan saudara islam yang lain baru selesai mengerjakan solat subuh.

p/s: Semalam saya telah berkesempatan untuk bertemu dengan salah seorang penulis buku best saller. Saudara Fadzli Fauzi. Saya akan ceritakan mengenai perbicangan kami di post selepas ini.

Artikel lain untuk kepuasan anda

January 8, 2010   6 Comments

Salam Maal Hijrah 1431

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, kita semua dapat bertemu lagi dengan tahun baru islam 1431. Sedar tidak sedar, kita telah tinggalkan 1430 jauh sekali dan tidak mungkin kita akan bertemu walau sesaat.

Namun yang menjadi persoalan dan tanda tanya, kemanakah masa yang telah ALLAH kurniakan kepada kita sepanjang tahun? Adakah ia dimanafaatkan sebetulnya atau di bazirkan. Tepuk dada tanya diri sendiri.

Kata-kata seorang teman;

“Hidup ini terlalu singkat untuk di bazirkan. Entah bila akan datangnya kematian”

QURAN

Al - Quran pegangan hidup sepanjang zaman

Hijrah ini adalah sejarah penghijrahan Nabi Muhammad saw ke Madinah pada tahun 622 masihi untuk menyebarkan agama Islam ke sana. Baginda dan para sahabat meninggalkan kota Mekah dan memulakan kembara di Madinah sebagai salah satu tempat untuk menguatkan pengaruh islam pada waktu itu.

Yang menariknya, hijrah bukan hanya bermaksud berpindah, tetapi ia merupakan satu proses transformasi diri dari baik ke arah yang lebih baik, dari tidak tahu kepada berilmu, dari miskin kepada lebih selesa, dari tidak berakhlak kepada seorang yang tinggi pekerti dan sebagainya.

Secara ringkas, ia menggambarkan kehendak islam itu sendiri yang mahukan perubahan yang lebih baik tanpa meninggalkan soal agama. Perubahan ke arah kebaikan agak susah jika tidak di sertakan dengan azam dan tekad yang padu. Tetapi percayalah, ia akan membuahkan hasil yang baik untuk dunia dan akhirat.

Mulakanlah perubahan diri hari ini sahabat. Semoga ia akan membawa kita ke nur cahaya yang lebih cemerlang. InsyaALLAH.

Selamat Maal Hijrah 1431.

Artikel lain untuk kepuasan anda

January 8, 2010   6 Comments

Luar Biasa Kejayaannya!


“Success does not come overnight. It takes work. I suggest you make a one-year commitment to your business. Accept the fact that there is a training period. Just like any job or occupation. “

“Network marketing requires learning new skills. It does not take years or cost thousands of dollars, but you do need to learn some new things. Of course, you will “earn as you learn”, but it’s still good idea to consider your first six months a learning experience.”

For the everage network marketer, working your business only seven to ten hours a week. One year commitment is realistic approach. I believe that if you follow this duplicatable system for that time, you will so pleased with the results you will be networking for the rest of your life!

“Don’t be afraid to have BIG dreams. When I was 17, I decided I was going to become millionaire. Nobody took me seriously.Be realistic,they said. And truth was, that looked like quite a stretch. I came from a poor family, a single mother who raised three kids, and I was a high school dropout. But I had a dream! When you dream is big enough, you mold the universe to your will.?

- Kata-kata pembina empayar networking terbesar dunia

Saya hampir tidak percaya, kata-kata ini terlalu benar jika di tafsirkan dengan keadaan yang sedang dihadapi sekarang. Setiap masa perlu di beri perhatian dan olahan kerja di lakukan demi mencapai Impian dan target dalam masa setahun dari sekarang.

Tidak mudah untuk mencapai sesuatu perkara. Saya akui. Tetapi dengan stategi mantap dan berstruktur, saya yakin “setahun memburu impian 5 angka sebulan” pasti akan berhasil dengan bisness ini.

Kepada semua pemburu impian di fahdi&associates, saya harap kita dapat bersama memaju dan memantapkan diri untuk mencabar kemampuan sehingga tahap tertinggi. Kita mahukan kejayaan yang LUAR BIASA dalam masa setahun!

Artikel lain untuk kepuasan anda

January 8, 2010   6 Comments

Pertandingan Review Twitter Infiniti!

Saya ingin membuka tawaran KHAS kepada anda untuk membuat “review” mengenai Twitter Infiniti: “Rahsia Twitter Terbongkar” bersama dengan gempaknewbie.com

twitterinfiniti

Hadiah – hadiah;

  1. Tempat pertama : RM100+ Cara menjana $100 dalam seminggu
  2. Tempat kedua : RM 50 + Cara menjana $100 dalam seminggu
  3. Tempat ketiga : RM20+ Cara menjana $100 dalam seminggu
  4. Tempat keempat : RM 10+ Cara menjana $100 dalam seminggu
  5. Tempat ke lima : Cara menjana $100 dalam seminggu

Syarat-syarat pertandingan

  • Anda perlu membuat review mengenai “twitter Infiniti; Rahsia twitter terbongkar” secara kreatif di blog anda. Masukkan review untuk setiap video
  • Anda perlu membuat review mengenai FahdiGhazali.com secara “Ikhlas” – perpandukan yang anda baca dan lihat di FahdiGhazali.com
  • Letakkan video promosi yang telah di siapkan oleh FahdiGhazali.com

Bagaimana pertandingan diadili?

  1. Berdasarkan kretiviti anda mengolah ayat di blog untuk mempromosi twitter infiniti di gempaknewbie (direct orang ramai untuk download twitter infiniti di gempaknewbie.com)
  2. Post yang padat, menyeluruh dan “ikhlas” akan di beri perhatian
  3. PERLU letakkan komen beserta dengan link ke blog di post ini supaya fahdighazali.com dapat keep track blog yang membuat review.

Harap ramai yang akan mencuba! Sekian terima kasih! Di bawah adalah video promosi dari fahdighazali.com

Artikel lain untuk kepuasan anda

January 8, 2010   6 Comments

Gempaknewbie Dilancarkan!

Alhamdulillah..

Setelah berusaha keras selama sebulan, GempakNewbie.com akhirnya dilancarkan! Ia menempatkan hasil karya mereka yang terpilih. Yang menariknya, ia FREE of Charge!

Di dalam pekej gempak newbie, sebanyak 16 produk yang merangkumi ebook, video dan script daripada mereka yang terpilih dan ia wajib dimiliki oleh semua orang. Saya fikir, anda pasti tidak tidak akan lepaskan peluang sebegini. Cadangan saya, untuk memaksimumkan manafaat yang bakal anda peroleh, anda download ke semua video, ebook dan script yang berharga lebih RM800++ ini.

bundle3

Ini produk yang saya hasilkan dan sumbangkan bersama gempaknewbie. “Twitter Infiniti:Rahsia Twitter Terbongkar!” Download ya! Ia adalah video pengenalan twitter. Di dalam pakej ini, ada enam video total up. Saya ada menerangkan perkara-perkara asas yang penting yang perlu anda tahu di dalam twitter.

twitterinfiniti

Owh ya, gempak newbie juga adakan cabaran PPL (pay per lead) dengan kadar bayaran 50sen untuk setiap download. Lumayan! Jadi sesiapa yang berminat mahu menjana income, anda boleh berbuat demikian di gempaknewbie.com. Semua produk sangat menarik dan ia dah jadi macam goreng pisang panas! :)

Artikel lain untuk kepuasan anda

January 8, 2010   6 Comments

Blue Ocean Strategy

Setiap business atau perniagaan, pasti akan ada pencabar dan pesaing yang masing-masing sama berlumba untuk mencapai target tertentu. Tidak kira ia target sales, target market seperti customers ataupun dari segi kualiti produk yang di hasilkan. Tidak di nafikan, setiap bisness ada kelebihan dan ada kekurangan. Ada yang berjaya dengan hebat, ada yang kecundang rebah di tengah jalan sehingga tidak mampu untuk mendongak ke langit lagi.

Yang menjadi persoalan pokok adalah, jika niche bisness sudah terlalu tepu, bagaimana sebuah bisness mahu meneruskan survival? Jika salah langkah pasti malang dan kemusnahan akan berlaku. Modal lesap, letih dapat dan seksaan mental yang hebat. Kadang kala, ayat yang biasa yang di anggap pemusnah akan keluar di minda orang-orang yang kalah ini.

“Masakan tidak kecundang. Setiap pesaing yang ada di pasaran, mereka sudah “established” dan tidak mampu di ganggu gugat oleh sesiapa. Kita tak boleh masuk dalam?league (kumpulan) mereka. Jika tidak we’ll be dead in no time”

Blue ocean

Pendapat seperti ini merupakan pendapat yang sangat salah dan rentetan daripada inilah munculnya blue ocean strategy atau strategi lautan biru

Apakah strategi lautan biru ini?

“Blue ocean strategy promotes creating new market space or “Blue Ocean” rather than competing in an existing industry” – strategi lautan biru mengenengahkan kaedah untuk mencipta market baru daripada bersaing di dalam industri yang sedia wujud.

Maksudnya, “existing market” atau pasaran yang sedia wujud sekarang (red ocean – laut merah) sudah terlalu tepu. Dan untuk berjaya dengan cemerlang, anda perlu “wujudkan” pasaran baru.

Untuk memudahkan pemahaman, antara syarikat yang mengambil jalan blue ocean adalah syarikat Malaysia, air asia. Jika fikir secara logik, apabila Tony Fernandas membeli/acquire air asia yang sedang dalam kerugian berjuta ringgit, pasti tidak akan bertahan lama. Namun langkah “blue ocean’ yang di cipta – penerbangan tambang murah, membawanya ke satu level yang cukup hebat. Pada ketika itu MAS (Malaysia Airlines) menggunakan strategi yang sama dengan syarikat penerbangan antarabangsa yang lain. Hasilnya,MAS kalah dalam persaingan! Cuba bayang jika air asia menggunakan sistem yang lebih kurang sama dengan MAS sewaktu awal penubuhan? anda dapat agak apa hasilnya kan?

Namun, tidak lama selepas itu, MAS bangkit dan mula menghasilkan margin keuntungan yang besar selepas mengaplikasi stategi blue ocean (sekali lagi, ia adalah pakej tambang murah)

Malaysia juga antara negara yang menggunakan strategi blue ocean. Masih ingat krisis kewangan asia pada beberapa tahun lepas? Malaysia menggunakan strategi blue ocean dengan tidak meminjam wang dari world bank. Sesuatu yang orang katakan sebagai “gila”. Lihat hasilnya, “we are among the best nation economically in asia” sekarang.

Jadi untuk berjaya, setiap bisness tidak boleh lagi menggunakan cara lama. Ya, ia sememangnya di sahkah berkesan, tetapi untuk masa lalu. Pada masa sekarang, kita perlu jadi lain dari yang lain. Signifikannya, lautan biru terlalu luas untuk di teroka dan kita akan menjadi “major player” tetapi di laut merah (laut mati), kita tak akan kemana.

Artikel lain untuk kepuasan anda

January 8, 2010   6 Comments

Ketahui Bagaimana Menjana Sejuta dengan GDI!

Salam sejahtera kepada semua!

Kita semua sudah mengetahui dan pernah mendengar bagaimana GDI mampu untuk anda gunakan sebagai platform untuk menjana sumber kewangan yang menakjubkan! Dan di sebabkan itu, saya menerima email dan pertanyaan yang tidak putus-putus.

Jadi untuk itu, saya telah menyiapkan satu video yang mana video 9 minit ini bakal menerangkan kepada anda secara MENYELURUH “How to make money using GDI”. Ia applicable ataupun sesuai untuk semua tidak mengira siapa untuk mula menjana kewangan malah mungkin berjaya menjadi jutawan dalam masa 24 bulan! (itu target fahdi&associates!)

Jadi tonton video ini sehingga tamat. Saya berharap, ia akan dapat memberi gambaran jelas kepada anda bagaimana GDI dapat memberi sumber kewangan stabil setiap bulan.

Penting: Jika video slow, sila biarkan ia loading sehingga habis (tekan butang silent). Ia bagi memudahkan anda melihat video tersebut :) Sila tonton dan dengar setiap penjelasan sehingga tamat dan jika berminat, klik link di bawah

Klik Di Sini Untuk Register

-

-

-

Pengumuman: Kepada semua fahdi&associates! – terima kasih kerana mendaftar. InsyaALLAH, saya akan kongsikan tip-tips berkaitan cara untuk anda mula menjana sumber kewangan di internet melalui email masing-masing. Tunggu ya :) Dan kepada yang masih belum register, anda boleh register sekarang di form di sebelah kanan. Hanya masukkan email dan nama and you are good to go :)

Artikel lain untuk kepuasan anda

January 8, 2010   6 Comments

Keahlian Memburu Impian “Menjana Sejuta”; Dilancarkan!

Dengan ini dimaklumkan.. …Keahlian Memburu Impian “Menjana Sejuta Cara Fahdi&Associates” dilancarkan! :)

Kad Keahlian

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!

Hari ini bakal menjadi satu sejarah baru dalam fahdi&associates! Satu keahlian yang saya cipta sebagai platform untuk mengumpulkan ramai pemburu impian untuk memburu cita-cita telah tiba! Tagline yang saya garapkan, “Menjana sejuta cara fahdi&associates”. Ia tidak lain tidak bukan, kita akan menjana sejuta ringgit dengan berpandukan module fahdi&associates!

Apa yang perlu anda lakukan sangat mudah. Hanya masukkan nama dan email anda di form sebelah kanan blog ini. Ia akan membolehkan anda menerima informasi terkini dan teknik yang saya gunakan untuk mencapai target income impian saya selama setahun dari sekarang. Saya tahu, anda juga mahu bersama-sama saya meneroka “every possibility” yang ada. Jadi ayuh! Mari kita bergabung tenaga mencipta sejarah!

Saya jumpa anda sebagai salah seorang fahdi&associates!

Salam memburu impian :)

p/s: Tak sabar menanti anda di mercu kejayaan. InsyaALLAH

Artikel lain untuk kepuasan anda

Related Posts with Thumbnails

January 8, 2010   6 Comments