Perniagaan Internet | Usahawan Muda Berjaya | Isu Semasa | SOHO | Motivasi Pelajar Malaysia

Perniagaan Internet | Usahawan Muda Berjaya | Isu Semasa | SOHO | Motivasi Pelajar Malaysia


Archive for the ‘Motivasi’


Liabiliti Yang Memotivasi 2

Posted on March 08, 2010 by fahdi

“Liabiliti yang memotivasi”

Tidak pernah rasanya kita semua mendengar frasa diatas. Masakan liabiliti yang jelas negatif dan tidak bagus menjadi sesuatu yang memberi kesan yang baik kepada kita malah ia boleh memotivasi? Pelik.

Jika semua pakar-pakar kewangan sibuk mencanai fakta apabila kita mempunyai sesuatu yang mengakibatkan pengaliran wang keluar, itu dinamakan liabiliti dan perlu jalan penyelesaian untuk memperbaiki keadaan agar kebocoran wang boleh dibendung.

Jadi dimana motivasi disebalik liabiliti ini? Bagaimana ia boleh dipositifkan? Dan dari sisi mana ia boleh memberi kesan baik kepada kita?

Mengikut robert kiyosaki (pakar kewangan dunia), apabila kita membeli sebuah rumah ramai beranggapan yang ia adalah sebuah aset. Tetapi hakikatnya tidak! Ramai yang beranggapan yang kereta itu aset, sebenarnya ia tidak!

Sesuatu perkara yang dibeli dengan harga kos yang tinggi dan kita perlu membayarnya pada setiap bulan itu dianggap liabiliti (wang keluar).

Untuk lebih penjelasan,sebagai contoh, rumah dibeli dengan kos pembayaran setiap bulan RM400 dan pembeli menjadikan rumah tersebut sebagai tempat tinggal. Jadi,rumah ini dianggap liabiliti! Ia bukan aset. Ini kerana setiap bulan pembeli terpaksa membayar  RM400 kepada pihak bank (wang keluar).

Tetapi berlainan dengan kes jika rumah itu diberi sewa kepada orang lain. Katakan sewa dikenakan sebanyak RM500. Pembeli atau penyewa mendapat keuntungan RM100 daripada modal RM400 yang perlu dibayar setiap bulan. Inilah yang dianggap sebagai aset.

Bagaimana pula liabiliti yang memotivasi?

Liabiliti yang memotivasi adalah apabila sesuatu liabiliti yang boleh memberikan kita motivasi kepada pemiliknya.

Sebagai contoh, dengam membeli sebuah kereta, ia memberi kita semangat untuk lebih kuat bekerja. Dengan melihat kereta yang dibeli kita tahu yang kita akan mendapat sesuatu dengan hanya berusaha gigih, dengan membeli kereta baru kita mendapat perasaan baru yang lebih segar untuk memburu impian. Ini contoh liabiliti yang memotivasi.

Liabiliti yang memotivasi inilah yang sering digunapakai oleh kebanyakan syarikat. Sebagai contoh, sesetengah syarikat akan memberi para pekerjanya sebuah laptop untuk bekerja dengan lebih efisien. Ia sebenarnya menambah lagi kos operasi syarikat, tetapi pada masa sama, mereka boleh meningkatkan produktiviti pekerja.

Jadi jelas, kadang kala, sesuatu yang negatif kita boleh tukarkan sudut pandang menjadi sesuatu yang positif.

Namun, jangan jadikan “motivasi” sebagai alasan untuk membeli sesuatu yang kita tidak perlu! Bertambah liabiliti, hutang juga akan naik.

Artikel lain untuk kepuasan anda

Peluang Sudah Datang, Tetapi Dibiarkan Sahaja. Kenapa! 4

Posted on March 07, 2010 by fahdi

Peluang (opportunity)

Peluang (opportunity)

Seminar selama sehari yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) semalam memberi kesan yang cukup hebat. Peluang berjumpa dengan minda-minda yang positif dan percaya yang mereka boleh mengubah takdir dengan berusaha gigih cukup memberi makna yang sebuah kejayaan bukan mudah untuk dicapai.

Tertarik dengan kata-kata jutawan pada seminar tersebut;

“Kadang-kadang, kita tidak tahu bilakah peluang akan datang pada kita. Esok, lusa, tahun depan? Kita mencari-cari peluang untuk datang”

Tetapi yang buruk adalah, di dalam penantian,tatkala peluang itu sudah datang, dibiarkan berlalu sahaja kerana tidak sanggup untuk mengambil risiko untuk bertindak.

“Katakan kepada saya, siapa rugi? Anda atau saya?!”

Barangkali inilah sifat dan sikap orang kita orang melayu. Mereka lebih mengagungkan “keberjayaan” orang lain. Untuk mereka, mereka mahu lihat “hasil” dahulu baru mereka akan percaya.

Ia berlainan sekali dengan “kepercayaan” orang yang hebat. Mereka tahu yang sesuatu kejayaan hanya akan lahir dengan formula yang sama dalam apa jua bidang.

Matlamat + Semangat + Langkah PERTAMA + Usaha + Mengambil Risiko dengan Berstrategi = Kejayaan

Saya katakan pada diri;

“PETRONAS tidak akan sehebat hari ini jika Tun Razak tidak ada MATLAMAT dan SEMANGAT untuk memajukan negara, PROTON tidak akan berjaya mencipta engin dan kereta sendiri jika tidak ada LANGKAH PERTAMA dengan PROTON SAGA, Malaysia Airlines (MAS) akan kecundang di tengah jalan jika tiada USAHA untuk mengembalikan keuntungan, Air Asia tak akan bertapak dengan hebat jika Tony Fernandes takut mengambil RISIKO”

Ohh.. langkah memburu impian semakin menarik!

Artikel lain untuk kepuasan anda

Steve Jobs – Man With Full of Ideas 1

Posted on March 04, 2010 by fahdi
Steve Jobs

Steve Jobs

Saya sudah lama mendengar nama “Steve Jobs” – Man with full of ideas. Saya pernah mendengar audio ceramahnya dan saya pernah membaca cerita mengenainya secara ringkas. Rata-rata mengagumi kehebatan lelaki ini bagaimana dia boleh mencipta inovasi yang boleh menggerakkan dunia kepada satu level yang lebih hebat.

Sebut sahaja produk keluaran syarikatnya Apple Inc,Iphone, ipod, mac book dan sebagainya semua pasti kenal akan kehebatan dan populariti produk yang lain dari yang lain.

Yang pasti, saya mengagumi steve jobs. Beliau daripada nasibnya hampir serupa dengan semua orang. Dia bermula dari bawah. Dia tidak ada apa-apa kelebihan berupa wang ringgit, keluarga yang senang dan pelajaran yang tinggi. Dia hanya seorang yang biasa yang mempunyai idea dan cita-cita sahaja!

Sepanjang pembacaan mengenai kisah steve jobs ini saya cuba mencari apakah kelemahan manusia yang berjaya membawa saingan kepada Bill Gates lelaki terkaya dunia. Melihatkan usia nya yang semakin tua dan serangan cancer tidak berapa lama dahulu, dia seolah-olah tidak mahu mengalah dan tidak sesekali terasa yang sesuatu akan berakhir jika dia tidak berjaya. Kenapa dia langsung tidak putus asa?

Rentetan kegagalan, dia pernah di pecat daripada syarikatnya sendiri Apple, dia menubuhkan syarikat selepas itu NExt yang tidak membawa hasil malah kerugian, dia menghadapi masalah dengan mengembangkan populariti pixar,menghidap barah pankreas dan bermacam-macam lagi. Kenapa dia tidak putus asa?

Bagi saya,ia kerana dia memiliki nilai inovasi dan cita-cita yang lebih tinggi daripada orang lain.

P:S: -Salah satu video ucapan Steve Jobs yang terkenal.

Artikel lain untuk kepuasan anda

Diari Memburu Impian 1: Life is Too Short to be Ordinary 4

Posted on March 02, 2010 by fahdi

Semalaman saya berfikir bagaimana saya boleh mencipta sejuta dalam masa setahun. “Agaknya tidak mungkin berjaya”. Bentak hati.

Tatkala berfikir, teringat kembali kepada kata-kata dua orang pemburu impian yang saya temui dua hari yang lepas.  Kedua-dua mereka memiliki potensi yang cukup besar. Karekter motivator dan juga sahabat yang mengagumkan. Mereka mengingatkan saya mengenai satu frasa;

Life is too short to be ordinary. Hidup terlalu singkat untuk menjadi biasa. Terlalu lemah jika seseorang hanya menggunakan hidup untuk tujuan yang “biasa-biasa sahaja”. Cuba bina di dalam hati, “Aku harus menjadi luar biasa!Aku harus mencipta sejuta! “

Mencipta sejuta perlukan satu pengorbanan yang kuat dan semangat yang tidak luntur.

Mendengar perkhabaran pencapaian dua orang rakan pemburu impian saya telah membentuk satu aura “cemburu” yang teramat sangat. Seorang sudah mengorak langkah mendaftar nama syarikatnya semalam dan seorang lagi sudah memiliki sebuah buku bestseller dan berkemungkinan besar merancangan untuk membeli sebuah toyota Camry buat dirinya!

Perancangan awal mereka yang berusia berbulan-bulan malah bertahun sudah mula menampakkan hasil.

Masing-masing bersaing untuk “menang” tiket dalam misi memburu impian. Ada yang pernah naik nun jauh ke atas, jatuh merudum ke bawah dan sekarang sedang membina semula impian. Ada juga yang bertatih perlahan mencari makna hidup dan sekarang sudah perlahan-lahan memperolehnya.

Walau apa pun terjadi, strategi akan disemak semula dan pelaksanaannya bakal menggegar dunia!

p/s: Stategi seminar pertama sedang giat di jalankan

Artikel lain untuk kepuasan anda

Ada Apa Pada Kereta Yang Rosak? 4

Posted on February 27, 2010 by fahdi

Semalam merupakan hari cuti umum seluruh Malaysia kerana menyambut hari keputeraan nabi Muhammad SAW. Ramai yang mengambil peluang sempena dengan cuti ini untuk berkongsi kegembiraan meluangkan masa bersama dengan keluarga. Bagitu juga saya. Saya mengambil peluang ini untuk kembali ke tanah kelahiran Kelantan untuk “bercuti” tiga hari. Mengambil sedikit angin sambil mencari ilham baru untuk memburu impian.

Dua hari sebelum pulang, saya sempat menghantar kereta ke satu bengkel di tronoh. Tujuannya untuk membaiki kerosakan di bahagian clutch (gear sukar diubah) dan setelah di periksa barulah saya tahu yang kerosakan ini terjadi di sebabkan oleh clutch plate yang sudah pecah. Mungkin terlalu agresif membawa kereta sebelum ini.

Proses pembaikian mengambil masa selama 2 hari dan kereta terpaksa saya tinggal di bengkel. Keadaan bengkel tidaklah begitu sempurna berbanding bengkel-bengkel lain yang terdapat di bandar-bandar besar seperti Ipoh. Tetapi cukuplah. Ia sekadar bengkel cawangan tronoh yang populasi penduduk tidak begitu besar.

Pandangan pertama agak skeptikal apabila memikirkan yang pemilik kedai ini adalah Melayu. Kebiasaannya kalau bercakap soal kereta, kita mahukan kedai atau bengkel yang dimiliki orang cina. Lebih baik servis dan harganya.

Namun, atas desakan keadaan dan hasil konsulasi bersama rakan, saya akur, yang bengkel ini mempunyai aura dan stail tersendiri. Ya, pemiliknya melayu, tetapi hasilnya boleh di berikan pujian.

Pandangan dan persepsi “membunuh” ini akhirnya semakin pudar apabila saya sendiri bertemu dengan Abang Am si pemilik kedai.Lagaknya peramah dan dia seolah-olah tahu apa masalah yang dihadapi dengan satu ayat penyata sahaja “kereta tak boleh tukar gear bang”.

Dua hari berlalu, kereta nampaknya sudah boleh beroperasi kembali. Memecut selepas traffic light sudah tidak menjadi masalah lagi.

Satu masalah selesai.. dan masalah lain akan timbul. Tetapi inilah yang di katakan hidup. Seperti juga kenderaan, memburu impian pasti ada masalahnya. Jika sekarang perjalanan memburu impian tidak bermasalah, mungkin sedikit masa lagi, gear tidak dapat ditukar, tayar akan botak, minyak habis di tengah jalan dan bateri tidak dapat lagi memberikan tenaga kepada kereta.

Satu penyelesaian adalah, cari orang yang berpengalaman dan yang boleh cuba untuk mengubatinya. Dalam kes kita selaku manusia, carilah yang bermotivasi agar kita turut sama kena tempias semangatnya!

Salam memburu impian!

p/s: Best motivational video ever! (If i fail, I try again and again and again.  It matters how you gonna finished. Are going to finish strong?)

Artikel lain untuk kepuasan anda

Related Posts with Thumbnails
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes


↑ Top