Nak Banyakkan Duit? Ada 3 Perkara Tentang Duit Yang Perlu Anda Tahu!

Sepanjang hampir 10 tahun dalam bisnes, bermula dari menjual air kotak dan pudding di universiti, sehingga sekarang, Alhamdulillah, Allah beri saya faham beberapa perkara yang penting terutama untuk bisnes.

Dulu, fokus utama bila buat bisnes hanyalah duit. Duit, duit dan duit. Itu tujuan mutlak. Tidak ada yang lain.

Ketika itu, saya faham yang duit akan sediakan segala yang saya inginkan. Boleh beli apa nak beli, boleh dapat apa yang dihajati hanya jika ada wang.

Buatlah apa sahaja asal kaya.

Sehinggalah pada tahun 2011, semua hilang sekelip mata!

Yang diusaha hilang, duit hilang, motivasi hilang, semua hilang! Hatta bayang pun tak nampak. Ketika itu saya faham beberapa perkara.

 

1. Duit tidak akan memberi kegembiraan, progress hidup yang akan beri kegembiraan.

 

Continue reading “Nak Banyakkan Duit? Ada 3 Perkara Tentang Duit Yang Perlu Anda Tahu!”

Kenapa Masih Belum Berjaya Dalam Hidup? Ada 3 Sebab Yang Wajib Anda Tahu!

Kita semua pasti pernah berada di satu tempat yang mana kita boleh buat sesuatu dengan lebih baik tetapi sebaliknya berlaku. Kita ada plan yang bagus untuk kehidupan, bisnes, tetapi akhirnya ia terjadi tidak seperti apa yang kita harapkan.

Setuju?

Allahdulillah, Allah izin dalam masa beberapa tahun ini, saya berjumpa dengan ramai usahawan. Dalam dan luar negara. Saya dapati ada beberapa corak orang berjaya yang seakan-akan sama antara satu dengan yang lain. Ia sangat berbeza dengan orang yang masih lagi mencari rentak dalam hidup mahupun bisnes.

Persoalannya, apa corak atau ‘pattern’ orang berjaya?

1. Orang Berjaya Sangat FOKUS

Continue reading “Kenapa Masih Belum Berjaya Dalam Hidup? Ada 3 Sebab Yang Wajib Anda Tahu!”

3 Cara Mudah Letupkan Jualan Anda Pada Bulan Puasa

Setiap kali musim perayaan, pelanggan ‘terpaksa’ untuk membeli barang-barang yang menjadi keperluan mereka sendiri atau keluarga mereka. Contohnya, nak atau tidak mereka ‘terpaksa’ membeli biskut raya yang perlu dibawa pulang ke kampung walaupun mereka sendiri tak suka pada biskut tersebut.

Karpet-karpet di rumah juga perlu dihantar ke dobi untuk dibersihkan bila tiba musim perayaan. Ada banyak peluang yang terbuka untuk anda letupkan jualan pada bulan puasa.

Ada beberapa cara untuk letupkan jualan pada bulan puasa. Antaranya adalah, anda perlu menjual produk laku keras, strategi marketing yang sesuai dan menghantar kad hari raya kepada senarai database pelanggan anda.

Continue reading “3 Cara Mudah Letupkan Jualan Anda Pada Bulan Puasa”

5 Perkara Penting Yang Perlu Ditanam Diminda Sebelum Bergelar Usahawan

bakal usahawan

Sebelum anda mengambil keputusan untuk bergelar usahawan, tidak kiralah usahawan dalam apa-apa bidang sekalipun amat penting untuk anda mempersiapkan diri anda dengan ilmu-ilmu serta pengetahuan perniagaan yang secukupnya sebagai perisai untuk anda menempuh dunia perniagaan yang penuh cabaran ini.

Selain mempersiapkan diri anda dengan ilmu-ilmu perniagaan, anda juga harus persiapkan minda anda dengan beberapa perkara ;

Continue reading “5 Perkara Penting Yang Perlu Ditanam Diminda Sebelum Bergelar Usahawan”

11 Tabiat Kecil Yang Hebat Untuk Dilaksanakan Setiap Hari

Tabiat adalah suatu perkara yang kita lakukan setiap masa, setiap hari, dan kadang-kadang kita boleh melakukan suatu aktiviti tersebut secara tak sedar kerana sudah terbiasa sangat melakukannya.

Ia seperti suatu kelakuan yang telah diprogramkan ke dalam otak kita untuk melakukannya sejak dari kita bangun pagi hinggalah tidur semula pada waktu malam. Kebiasaannya, amat sukar untuk meninggalkan sesuatu tabiat dan mungkin memerlukan masa yang sangat lama untuknya keluar dari diri kita.

Woman reading a book

Terdapat 2 jenis tabiat yang sering kita buat iaitu tabiat baik dan tabiat buruk.

Senang cerita, tabiat baik adalah perkara yang kita rasakan baik dan orang lain dapat menerimanya sebagai perkara yang baik. Contohnya, membaca buku ketika berada di dalam pengangkutan awam seperti bas atau LRT.

Continue reading “11 Tabiat Kecil Yang Hebat Untuk Dilaksanakan Setiap Hari”