Random header image... Refresh for more!

Diari Memburu Impian 2: Aku Tak Mati Dek Keji, Aku Tak Hidup Dek Puji

Semalam, 3 orang rakan pemburu impian termasuk saya berkumpul di salah sebuah bilik di UTP. Kedua-dua mereka saya hanya kenal melalui online dan ini kali pertama kami berjumpa.

Kami berbicang mengenai banyak perkara dari skop IM (internet marketing) sehingga berkongsi cerita impian yang sedang diburu. Kedua-dua mereka mempunyai minat dan matlamat yang hampir sama. Jaws ada matlamat peribadi dengan penubuhan syarikat sendiri manakala jimmy (aka buzznajmi) merupakan seorang yang sedang mencari arah tuju dalam blog dan IM.

Hasil diskusi selama 4 jam telah melebarkan rangkaian rakan-rakan luar biasa. Memang benar-kata seorang motivator, apabila kita dikelilingi orang yang positif, kita akan bersemangat sama!

Saya memilih untuk berjumpa dengan orang-orang seperti ini. Ia ibarat satu pelaburan network yang cukup hebat. Kekuatan frekuansi semangat untuk memburu impian sangat tebal dan unik untuk setiap orang membolehkan ia secara tidak langsung meresap jauh membentuk peribadi yang lebih hebat.

Saya tahu, untuk memburu impian, saya tidak memerlukan rakan yang berfikiran negatif dan sentiasa memburukkan orang lain. Mereka tidak senang jika orang lain senang.

Teringat kata-kata pujangga;

“Aku tak mati dek keji, aku tak hidup dek puji”

perjalanan memburu impian pasti tidak akan ada penyudahnya.

Artikel lain untuk kepuasan anda

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel ini:
  • YahooMyWeb
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • Digg
  • Furl
  • del.icio.us
  • Live
  • NewsVine
  • Reddit
  • TailRank
  • Technorati
  • Smarking
  • Ma.gnolia

2 comments

1 pemburu impian { 03.03.10 at 8:16 am }

Assalamualaikum Tuan Rumah,

Entri di atas menarik untuk diberi komentar, khususnya pada petikan ini,

“Hasil diskusi selama 4 jam telah melebarkan rangkaian rakan-rakan luar biasa. Memang benar-kata seorang motivator, apabila kita dikelilingi orang yang positif, kita akan bersemangat sama!”

Melabur 16% dari 24 jam? Tentu ada agenda luar biasa yang dirancang.

Benar, kawan yang positif adalah makanan jiwa yang menyihatkan. Manakala cabarannya adalah bagaimana mengekalkan rangkaian kawan-kawan yang positif itu.

Salam ceria & inspirasi
“Pray Hard, Work Smart & Creative”

Assalamualaikum

2 Jaws { 03.04.10 at 5:41 am }

haha…
aku rasa aku seorang yang tiada impian..
aku cuma tahu buat jer kerja yang diberikan pada aku..
dan merancang sebaik mungkin setiap projek diberi..

motivasi aku datang dari ape yg aku baca..
dan motivasi terbaik bagi aku adalah diri sendiri..
duduk termenung dan cakap semula pada diri sendiri..

paperpon, nice to see u..
len kali leh ajak sesiapa lagi utk lepak bersama..
mungkin kat luar plak..
ko mesti bosan dalam bilik aku jer..
haha…

btw, sorilaa kalo malam tu aku cam melawan cakap ko byk..
aku memang suka rebel dalam sesutu perkara..
supaya orang boleh rebel semula..

Leave a Comment