Diari Memburu Impian : Jika Doktor Menjadi Pilihanku Dulu….

by fahdi on March 21, 2010

Sudah hampir seminggu cuti pertengahan semester dan hari ini merupakan hari terakhir. (Ahad- 21 Mac 2010). Ini bermakna, tempoh pembelajaran di UTP semakin singkat dan UTP bakal menjadi kenangan hidup dalam masa 3 bulan dari sekarang.

Yang menarik bukanlah soal sesi belajar disini. Bukan disebabkan rekabentuk bangunan universiti yang hebat dan futuristik, dan bukan disebabkan ‘jenama’ petronas yang menjadi kebanggan, tetapi ia lebih kepada pembentukan parubahan dari remaja ke alam dewasa.

Tidak dapat dibayangkan, jika dahulu, cita-cita untuk menjadi seorang doktor sangat kuat. Sekuat besi waja jika mahu diberikan perumpamaan. Sedikit pun tidak goyah cita-cita tersebut yang terbit sejak umur 7 tahun. Bayangkan, 7 hingga 18 tahun (11 tahun lamanya) , cita-cita itu masih digenggam sehingga pada satu ketika, apa yang diimpi tidak dapat dicapai.

Berat hari untuk melepaskan “impian” menjadi seorang doktor, digagahi memburu impian baru. Mungkin jurutera adalah bidang yang sudah ditakdirkan…

4 tahun setengah sudah berlalu.. setelah dipujuk dan digagahi, akhirnya hampir ke penghujung. Tidak menjadi masalah, belajar apa pun masih boleh mendapat purata gred yang membanggakan. Cuma, “hati” tidak berada disitu.

Melihatkan rakan-rakan yang bakal bergelar doktor terpaksa bekerja keras menelaah pelajaran, memaksa diri untuk mengingati fakta-fakta dan penyakit-penyakit manusia memberi satu gambaran bahawa benarlah, takdir ALLAH itu sangat indah. Mungkin benar, doktor bukan satu kerjaya sesuai untuk diri. Benar ia berprestij, tetapi jika dahulu kaki ini melangkah ke “universiti itu”, adakah akan terbina fahdi hari ini?

Membaca buku hasil tulisan motivator terkenal Anthony Robinson sekali lagi menguatkan kepercayaan yang ALLAH maha mengetahui. Jika diawal perjalanan kehidupan, didalam berjuata-juta sel di dalam rahim ibu, ada satu yang berjaya, dan di dalam alam kandungan diberikan satu nikmat keselesaan sebelum lahir kedunia, dan di dunia ini mendapat pengalaman yang hebat.. pasti, ada satu perancangan hebat dari Si Pencipta!

Semua ada “chain effect”…

“Setiap orang ada peranan yang penting kepada setiap yang lain. Tuhan tidak akan membazirkan kehebatannya semata-mata untuk mencipta sesuatu/seseorang yang TIDAK BERGUNA!”

Memang benar, chain effect berlaku! Semua ini sudah diatur!

Dilihat kembali, Allah mencipta kawan-kawan disekeliling untuk membantu didalam pelajaran, ALLAH mencipta orang-orang yang mempunyai impian yang sama dan dipertemukan secara kebetulan untuk saling melengkapi satu sama lain, ALLAH menciptakan wanita dan lelaki untuk berpasangan! Semua di dunia ada pelengkapnya. “Mungkin fahdi ghazali juga adalah pelengkap kepada ekosistem yang sedang berjalan. Mungkin fahdi ghazali ditakdirkan untuk melakukan sesuatu yang hebat pada masa hadapan!”

Maka, cita-cita ku untuk menjadi doktor lebur pasti akan ada hikmah dan aku hadir untuk menjadi pelengkap kepada sesuatu di dalam perancangan ALLAH…Aku pasti!

p/s: Ini adalah luahan hati seorang yang sedang menunggu saat untuk bebas ke alam realiti sebenar kehidupan..

Related Posts with Thumbnails

{ 5 comments… read them below or add one }

nurul farhana March 21, 2010 at 1:17 pm

8 weeks more to go. InsyaAllah.

Reply

fahdi March 21, 2010 at 2:13 pm

InsyaALLAH :)

Reply

Jaws March 21, 2010 at 7:45 pm

kau dah nak jadi engineer pon..
kisah lalu usah dikenang..
all is welll…….

Reply

nurul farhana March 22, 2010 at 12:14 am

All is well.. totally agreed!

Reply

pemburu impian March 22, 2010 at 11:00 am

Assalamualaikum Tuan Rumah,

Wah! Entri kali ini, kelihatannya banyak yang tersirat…

..dan petikan ini menarik untuk diberi komentar,
“Maka, cita-cita ku untuk menjadi doktor lebur pasti akan ada hikmah dan aku hadir untuk menjadi pelengkap kepada sesuatu di dalam perancangan ALLAH…Aku pasti!”

(minta izin) sedikit tambahan

…dan ramai orang diluar sana sedang “sakit” malah bakal sakit…Menariknya bukan sakit kerana penyakit…tapi kerana tekanan emosi dek tidak tahu ke mana hidup ini harus diarahkan. Keliru modal 24 jam sehari itu harus dibelanjakan kemana…? Tidak mampu mengenal bakat dan potensi diri? Takut hatta membina impian…belum lagi memburunya…

Soalan: Siapakah “doktor” yang mampu mengubati kesakitan yang bukan berpunca dari penyakit itu?

psss..Selalu termotivasi bila mengenangkan kisah seorang ulama yang mula memburu impian menjadi hafiz pada usia 40 tahun.

Salam ceria & inspirasi
“Pray Hard, work smart & creative”

Assalamualaikum

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: