Duit Adalah Motivator Paling Teruk! 2 Sebab Ini Lebih Penting Dari Duit.

Setiap hari, orang akan bertanya cara paling betul untuk cari duit, namun, mereka tidak tahu, duit adalah motivator paling teruk!

1

Setiap hari, orang akan bertanya cara paling betul untuk cari duit. Tetapi semua tidak sedar yang duit adalah motivator paling teruk! Ia akan menyebabkan orang putus asa, tidak semangat, cepat mati akal, cepat marah, dan pelbagai lagi perkara negatif.

Semalam, satu hari saya berjalan dengan keluarga. Beriadah bersama. Bawa anak-anak dan isteri makan, keluar berjalan walaupun hari sesak sebab cuti sekolah sudah bermula. Perjalanan dari rumah ke tempat tujuan pada hari kebiasaan maksimum pun mengambil masa 45 minit. Tetapi semalam ia cecah sehingga satu jam lebih. 

Sepanjang perjalanan, saya bertanya kenapa saya sentiasa mudah terkesan dengan situasa dalam bisnes, walhal saya minat dengan apa yang saya buat. Saya suka bisnes. Tapi bila ia tak jadi seperti yang saya harap, saya akan mula rasa tidak keruan.

Saya akan rasa tidak tentu arah.

Ya, saya buat apa yang saya suka buat. Tapi kenapa masih lagi tidak membantu? Orang kata buat apa yang kita suka, kita akan happy dan dapat naik ke ‘level’ yang lebih tinggi. Dengan kata lain, tahap kewangan perniagaan yang lebih besar.

Tetapi kenapa? Kenapa rasanya tidak tenang dan rasa ada ‘stuck’ di hati yang semua ini tidak betul?

Apa yang saya tertinggal?

Saya membawa soalan ini bersama dalam tidur.  Saya tidak berpuas hati jika ia tidak dijawab. Saya memohon agar Allah berikan hidayah dan petunjuk untuk hilangkan segala kekusutan.

Agar Allah berikan ‘rasa’ yang diperoleh Nabi Muhammad semasa berperang. Tidak rasa sakit, tidak rasa putus asa, tidak rasa kecewa. Agar Allah berikan ‘rasa’ para sahabat untuk mempercayai apa yang mereka buat itu betul tanpa sekelumit rasa menyesal. Saat pedang menghunus ke tubuh mereka pun, mereka masih senyum tanpa rasa takut untuk tinggalkan sisa di dunia.

Saya mahu rasa itu.

Saya mahu rasa nikmat itu. Walau sekadar seketika. Saya mahu ‘selfish’ dalam hal ini. Saya mahu rasainya.

Jam 4 pagi, saya bangun dek ‘alarm’ telefon berbunyi deras. Di ‘screen’ telefon jelas menunjukkan nota ‘Makan Antibiotics’.

Sambil tarik selimut untuk mengambil bungkusan ubat, saya sempat menjenguk Facebook. Tengok jika ada info-info menarik.

Namun, saya terhenti di satu video yang pernah saya lihat sebelum ini. Video ini di kongsi sekali lagi oleh kawan saya.

Dalam video tersebut seorang wanita bertanya dengan seorang lelaki. (Video ini dalam bahasa english)

“Saya bagus dalam matematik, saya bagus dalam kira-kira. Saya boleh beli rumah di mana-mana untuk dijual dan buat duit. Saya boleh hasilkan duit dan saya suka bisnes. Tetapi saya rasa kosong. Saya tak tahu apa yang saya buat. Tolong bantu saya”.

Lelaki yang ditanya tadi dengan tenang menjawab dengan 2 point penting. Dan poin inilah yang saya cari dan inilah jawapannya!

“Untuk jawab soalan anda, saya ada 2 jawapan. Tetapi sebelum itu, jawapan ini akan berikan anda unlimited power. Disaat orang lain sudah lelah dengan apa yang dilakukan, jawapan ini akan berikan anda tenaga luar biasa. Disaat orang lain sudah sudah merasa diri tua untuk berjaya, anda masih lagi boleh bekerja dengan hati gembira. Di saat orang lain sudah memikirkan soal kematian, anda masih lagi dengan tenang mahu membina legasi”

Saya yang mendengar dan melihat ini pun teruja! Mata yang mengantuk terus celik!

Lelaki itu menyambung

“Anda perlu bertanya 2 soalan. Soalan pertama, adakah apa yang anda buat ini betul-betul anda suka? Dan soalan kedua, KENAPA kita ada disini (didunia ini)? Jika sebab duit, bayangkan, anda capai apa yang anda mahu, so whats next? Set KENAPA yang lebih besar. Set PURPOSE yang lebih tinggi. Selepas itu baru anda akan dapat the unlimited power. Kuasa yang tidak ada tolok banding”.

Saya ulangi soalan yang lelaki itu tanya kepada wanita tadi;

  1. Apa yang kita suka lakukan?
  2. Kenapa kita disini (didunia ini)

MasyaAllah!

Rupanya inilah tenaga yang nabi dan sahabat ada. Mereka jelas sejelas jelasnya soalan ‘Kenapa mereka di dunia ini”. Ini PURPOSE besar yang lebih besar dari diri mereka sendiri. PURPOSE ini yang memberi mereka tenaga luar biasa yang menjangkaui akal dan minda seorang manusia.

Tenaga ini yang menyebabkan mereka tidak takut mati!

Mereka ada sebab yang lebih besar! Bukan semata-mata untuk diri sendiri.

Saya faham sekarang. Tujuan, sebab, purpose untuk kita buat sesuatu perlu lebih besar dari diri kita sendiri. Barulah bisnes boleh berjaya.

Bukan FB Ads yang menentukan kejayaan. Bukan juga Google. Bukan juga email database. Bukan… bukan! Ia semua bermula dari ‘WHY’!

Kali ini saya akan terus pahat di hati, minda.

Saya buat bisnes kerana 2 perkara ini (InsyaAllah)

  1. Menolong membina ekonomi orang lain melalui ‘Education’ (Seminar, talk, buku, blog, vblog, #askfahdi, tulisan)
  2. Menolong orang melalui ‘Health’ (Melalui brand Diari Kurus, Pronergi)

Ya, itu matlamat saya sekarang. Menolong orang lain melebihi diri sendiri. Duit? Ia akan ‘flow’ masuk dengan sendiri. Insya-Allah.

 

 

• Meet the Author ➞ fahdighazali



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!