Faktor “Husna” Untuk Naikkan Bisnes?

husna gambar
Alhamdulillah, Sabtu lepas, 28 Julai 2018 saya dan team FunnelEvo baru sahaja selesai mengadakan seminar Kuasa Marketing X yang dihadiri oleh hampir 1500 orang.

 
Superb aura dan semangat yang sangat luar biasa positif.
 
 
Pagi! Lawan tetap lawan! Itu laungan dari jam 8 pagi sampai hampir jam 11 malam.
 
Memang luar biasa!

 
Dalam seminar, saya ada sentuh 1 topik iaitu teknik marketing “Ombak”. Tumpang atau cipta ombak.

 
Teknik marketing ini sangat efektif.

 
Secara jujurnya, saya sendiri mengagak beberapa “public figure” juga menggunakan method ini secara “super efisyen” untuk memasarkan diri dan produk/servis mereka.

 
Contoh mereka yang menggunakan teknik ini adalah Datuk Seri Alif Syukri.

 
Saya pernah mendengar sendiri pengakuan Datuk Alif yang kos pengiklanan perniagaan beliau setahun adalah 15juta setahun.

 
Dengan erti kata lain, hampir RM40,000 sehari!

 
Bayangkan jika beliau tidak menggunakan cara lain untuk memastikan brand beliau sentiasa diingati dan menjadi buah mulut orang, sudah pasti kos marketing tersebut akan meningkat setiap tahun.

 
15 juta mungkin akan meningkat kepada 20juta ke 30 juta. Paling memeningkan, kos pengiklanan meningkat mendadak, sedangkan kuasa beli  pelanggan sekarang di tahap yang membimbangkan.

 
Bagaimana perniagaan mahu “survive” jika ini berlaku?

 
Disebabkan itu saya percaya, teknik Ombak a.k.a “Viral” amat penting.

 
Jika Datuk Alif, Nur Sajat, Syafie Ilyas boleh mencipta “Ombak” mereka sendiri, bagaimana kita orang biasa mahu viralkan bisnes kita?

 
Pasti ada cara! Setuju?

 
Sebelum kita pergi lebih jauh, kita perlu faham 1 perkara.

 
“Good marketing is a marketing”
“Bad marketing is still a marketing”

 
Maksudnya, dalam viral, tidak kira baik atau buruk, kalau ia viral, ia tetap baik (baik untuk bisnes)

 
Contohnya, bagaimana Neelofa menggunakan teknik ini untuk mencipta “Havoc” satu Malaysia. Beliau mengadakan “launching” tudung Neelofar di Zouk, salah satu pusat hiburan di Kuala Lumpur.
 
 
 
Saya sendiri tidak pernah sampai di Zouk, malah tidak pernah dengar nama Zouk.
 
Namun, disebabkan isu ini, sensetiviti umat Islam dicabar. Hampir semua terlibat, netizen (comfirm), yang bekerja dipejabat (a.k.a membawang kononya mengupas topik ini), ustaz-ustaz termasuk mufti memberi komen menyebabkan isu ini menjadi sangat panas.
 
Natijahnya? Tudung Neelofar sold out keesokan harinya!
 
Ya, sold out!
 
Tidak ada marketing, tidak keluarkan budget yang banyak. Hanya buat launching di Zouk, ajak wartawan dan boom!
 
Ingat, bad marketing is still a marketing.
 
Saya sendiri “strongly against” atau tidak menyokong marketing sebegini. Menggunakan isu agama, kaum, tukar jantina (LGBT) untuk meraih populariti.
 
Namun itulah hakikat yang berlaku.
 
Persoalannya, adakah kita perlu buat begitu?
 
Sabar, kita tidak perlu tiru yang kurang disenangi (terutama agama) untuk meraih keuntungan.
 
Pasti ada jalan lain.
 
Nah… sekarang. Cuba guna method “tumpang” ombak.
 
Tumpang ombak bermaksud, anda lihat isu yang tengah viral, kupas atau buat parodi isu tersebut.
 
“Ride on the wave”
 
Apa isu yang sedang belaku sekarang?
 
Antara paling latest adalah “Sila duduk dan jangan lari”, isu KJ (YB Khairy Jamaluddin) tak nak keluar dewan semasa semua pembangkan keluar dewan dan lain-lain.
 
Ini adalah contoh bagaimana Domino menumpang ombak isu YB Khairy Jamaluddin.
 
[gambar dominos]
 
Ini pula adalah video yang Kokom hasilkan ketika isu “Guru Tampar Budak”. Viral isu tersebut.
 
 
Itu isu lepas.
 
Persoalannya, apa isu sekarang?
 
Ya, isu sekarang tengah trending isu “Husna”.
 
Drama cerita jam 7 malam.
 
 
Dimana sahaja orang akan bercakap tentang Husna, Husna, Husna.
 
Justeru, cuba anda hasilkan material marketing menggunakan “Husna”. Buatlah video, penulisan (copywriting), cerita, gambar yang ada kaitan dengan Husna.
 
Saya yakin, ia sedikit sebanyak akan membantu marketing anda. Jika kena caranya, ia akan VIRAL dan kurangkan kos pemasaran anda berkali ganda.
 
Dah ada faktor “Husna” dalam marketing anda?
 
Tepuk dada tanya diri! 😄
 
 
 
Facebook
Google+
Twitter
LinkedIn
Pinterest
Fahdi Ghazali

Fahdi Ghazali

Fahdi Ghazali atau nama penuh Mohd Fahdi Bin Mohd Ghazali, merupakan chairman kepada SIFOO International Sdn Bhd dan FunnelEvo. Beliau mula aktif dalam pemasaran menggunakan internet sejak tahun 2008 sehinggalah sekarang. Bermula hanya dari rumah sahaja, pada tahun 2013, beliau mula menubuhkan syarikat sendiri yang 100% memfokuskan memasar produk dan servis di online.

All Posts »

Ada komen? Jom tulis dibawah!