And The Winner IS………
Salam dan Hello pembaca FG.com!
p/s: sebelum anda meneruskan pembacaan. FG ingin tegaskan, post ini tidak berkaitan dengan dunia perniagaan dan ia berbaur politik. Tetapi atas sebab diminta oleh ramai pihak, FG akan menulis ulasan perdebatan sahaja. (pandangan peribadi ye dan ia juga under topic isu semasa, sbb itu FG ‘consider’ untuk menulisnya).Perlu ditegaskan, FG tidak menyebelahi mana2 parti politik! Dan kalau boleh, tinggalkan komen anda dibawah agar semua boleh melihatnya. jom kita bincang!
![]()
Semalam topic paling hangat m’sia pastinya adalah debat perdana yang telah disiarkan secara langsung di TV9. Ya, sememangnya ia pertama seumpamanya di malaysia! Perdebatan antara menteri kewangan Shabery vs Anuar Ibrahim yang mana merupakan penasihat PKR.
Satu perkara yang FG takut sebelum pukul 9 semalam ialah, “boleh ke shabery cheek ni lawan anuar yang terkenal dengan kelantangan bersuara beliau?’ pada pukul 10, wah, hebat menteri penerangan kita! maksudnya sekarang, dua2 sama hebat. Sama ‘terrer’ untuk bersemuka. Baru lah adil.
Tetapi, tidak keterlaluan jika FG memberi satu tepukan kepada shabery atas keberanian beliau bersemuka dengan anuar dalam keadaan politik malaysia yang goyah. Ya, mana tidak nya, dengan keputusan ‘tidak popular’ kerajaan menaikkan harga petrol sebanyak 41% dan harga diesel 63%, mana mungkin orang2 BN sanggup bersemuka dengan parti lawan. Tapi, berlalinan dengan shabery. Tahniah menteri penerangan kita, baru nampak kredibiliti!Even tepukan daripada orang2 BN sendiri kurang berbanding orang2 PKR, namun, saya dapat katakan, setiap info dan percakapan YB, dapat difahami dan sampai.
Pada masa yang sama, anuar juga banyak melakukan ‘counter attack’ kepada ‘orang kerajaan’ disebelahnya. Perdebatan ala2 president US ini sedikit sebanyak membolehkan beliau memberi tahu rakyat bahawa pemberian subsidi 50sen jika esok beliau dapat mewujudkan kerajaan esok pasti akan berlaku. To be honest, kadang2 FG tidak dapat tangkap apa yang anuar cuba sampaikan. kejap ke sana, kejap ke sini ( tidak bermakna saya orang kerajaan ya! ) Terutama berhubung dengan IPP dll. Namun apa yang FG faham, adalah, kadar inflasi yang teruk akan berlaku jika kita tidak menurunkan harga minyak. hurm.. mungkin juga. Tidak dapat kita pastikan betul atau salah, sebab kita mesti melihat dulu ‘performence’ negara dalam 2,3 bulan lagi, baru boleh say YES!
Dan mungkin, ramai yang mengatakan, shabery banyak attack peribadi anuar dalam perdebatan semalam. Sebagai contoh, shabery mengingatkan anuar,pada tahun 1997, semasa menjadi menteri kewangan, anuar telah telah subscribe pada perskripsi IMF seperti kadar bunga yang banyak yang mana akan ‘menyakitkan’ rakyat pada masa depan. Tidak dapat tidak FG menafikan fakta attact peribadi. Tetapi mungkin, ia dapat menguatkan hujah. TIdak ada guidlines yang mengatakan attact peribadi tidak dibolehkan.
Walaubagaimanapun, Kedua2 speaker kita pada malam semalam adalah sangat2 bagus. (even saya sendiri tidak berapa kenal siapa shabery chekk sebelum ini.sekarang baru tahu, ok jugak menteri penerangan kita!
) hujah2 yang diutarakan adalah bernas dan menampakkan kredibiliti masing2 selaku menteri dan penasihat PKR. Perdebatan yang dijalankan dengan suasana yang tenang, dan tiada pertengkaran adalah sesuatu yang sehat! dan yang paling hebat, mereka mampu tersenyum dan bersalaman selepas debate berlangsung. (kan bagus kalau semua macam tu) Penganjuran debate ala US ini yang dicanang oleh Agenda Daily pada hemat saya patut diteruskan!
Akhir kata, FG tidak menyebelahi mana2 parti politik. Artikel ini ditulis atas pemerhatian debate semalam tanpa menyebelahi mana2 pihak dan hanya berlandaskan performance kedua2 speaker. Tidak lebih dari itu. Jangan lupa tinggalkan komen ya!




By chabery chikus on Jul 16, 2008 | Reply
nak kne ke fahd ni..hahaha..xde2, ko kene sokong anwar gak.
meluat dah ngan kerajaan dan isu yang ntah hape2..
By fahdi on Jul 16, 2008 | Reply
@chabery chikus
hehe.. kan aku da cakap, aku x sokong mana2 pihak. just aku impress dengan menteri penerangan. itu aja. kalau tgok menteri2 laen, mana ade yang berani nk lawan face to face dengan anuar. just tahu cakap kat media itu ini, tapi, nk cakap depan2 lari. aku orang bebas. tidak sokong mana2 parti. yang baik kita ambil, yang buruk kita cuba selesaikan. mcm tu.
(no offence ye!)
By alamwalker on Jul 16, 2008 | Reply
hahaha.pandangan peribadi,sedikit kecewa dgn peformance anwar smlam. dulu mmg menyanjung tinggi tokoh ini.tp perdebatan berlaku secara bukan 2 hala.byk jawapan yg x menjawab soalan mcm isu tabung wawasan & minyak(cara pemikiran).tp cukup kagum dgn menteri penerangan.mmg patut jd menteri penerangan.sgt terang & jelas hujah beliau!respect la!! so we just wait n see..anwar kene tangkap dh.hmmm.x tau laa
By fahdi on Jul 16, 2008 | Reply
@alamwalker
wah, dduk kat jepun pun tgok jugak? mmg mengikuti perkembangan malaysia. bagus2. bukan macam sesetengah pelajar, pegi sane, negara ditinggalkan.
sebagai makluman alamwalker, malaysia sekarang agak kelam kabut. suasana tidak berapa stabil dan rakyat semakin berpecah. terutama orang2 melayu yang rata2 tidak bersepakat. hope mahasiswa dan mahasiswi sekarang yang bakal mengubah persepsi masyarakat sekarang. mmg ssh, tapi, tidak mustahil! sorakkan emosi!!
By rakyat yg mncari kebenaran on Jul 16, 2008 | Reply
ni mnde yg sy nk ke-tghkan arr sket utk dkongsi bersama..
1. yg mnghmpakan sy ialah Tan Sri Dr.Nordin Kardi, asstnt moderator yg sprti ingin mengisi slot utk dirinya dan x mlmbngkan “taraf” akademiknya. Beliau seperti Anwar bgtau, sprti x ingin menynkan soklan tp ingin “mnnjukkn kepandaian” dgn mnerangkn isu-isu yg org ramai tahu sbnrnya. Cth ialah IPP dan Oil&Gas pun x bleh dhubungkaitkan.( Anak Kematian Bapa- Bhgi harta..What the hell is this??!!…)
2. yg mnghmpakan sy lg ialah Datuk Ahmad Shabery yg bnyk menyerang Anwar dan bukan menanyakan mekanisme yg Datuk Sri Anwar akn wat utk trunkan harga. Habis sume sejarah lame d’ulangi dan ini mnmpkkn “kecetekan” idea beliau yg mne rkyat akn menganggap tuduhan kpd Anwar adlh satu isu lame, kire cam tertmbak diri sendri arrr..
3. yg ketiga mnghmpakan sy lg ..terlalu bnyk PETRONAS dsebutkan oleh Datuk Hmad Shabery kerana PETRONAS kurang relevan(minima) dlm isu perdebatan ini kerna PETRONAS tlah menunaikn tanggungjwb dgn mmberi pulangn besar kpd kerajaan. YG perlu dterangkan ialah apa kerajaan tlah bwat trhdp duit PETRONAS yg dtrima kerna Datuk Seri Anwar juga de berkagta pengurangn beban rakyat akn dlakukan dgn gune duit royalti drpd PETRONAS juga.
YG MENGARUTNYA dsini plak: Isu demonstrasi dbangkitkan…isu konsert perhimpunn protes tmpoh hari, isu harga dgn TNB(Zaman Tan Sri Ani) ~~xde plak bnkit isu “traffic jam” kat key ell…
YG HEBAYNYE PLAK: Datuk Sri Anwar tlah menemplak..isu perkataan subsidi yg d’anggp SUSAH oleh kerajaan skunk (utk kebaikkn rakyat sume sbnrnye) ttpi senangnya prkataan “bail out” “menolong syarikat2 “, “menyelamat” syarikat GLC yg mngkn hnya mmbntu sebilngn yg kecik jew..
YG KEDUA HEBATNYA: Anwar msh dpt bersbr dgn tohmahan Shabery trhdp dirinya dan x mmbls(ada, ttp indirect arr sprti Shabery prnah mendukung Semngt 46 dulu)
YG KETIGA HEBATNYA: pngtahuan dan penjlasan Anwar trhdp mekanisme ekonomi MLYSIA yg djangka smakin parah dlm tempoh 2 bulan lg skiranya x de pape yg dlakukan trhdp dasar2 ekonomi negara…
YG KEEMPAT HEBATNYA: DSAI yg pergi bersalam dgn Datuk Ahmad Shabey dan tidak sebaliknya.(nmpk sgt ‘humanity’ in DSAI lorrrr)
Kesimpulanny: MAAF, Datuk Ahmad Shabery bukan lawan Datuk Seri Anwar, DSAI menang tanpa kiraaan semula dan sy kire tiada sape yg meraguinyer..hehehe….
ni sy nye pndangn stlah bborak ngn mmbr sy arr…sy harap akn dtg de lg perdebatan secara face to face arr..pastu klu bleh dharap pemimpin2 utama BN tlg arr branikan diri berdbt ngn wakil2 dr pembangkang…stakat ckp kat media bolehlaaa…
By pemerhati dr jauh on Jul 16, 2008 | Reply
Salam ..fuhh debat terbaik psl trun minyak dari DSAI, Shabery pihak kerajaan terbukti tidak mahu dgr pape alasan dan cadangn bernas dr DSAI. Hujah2 DSAI mantap dan menjurus kpd bagaimana harga minyak dpt dikurangkan tanpa meminta mggunakan duit Petronas dan cadangn trun 50 sen kpd RM2.20 adalah logik dn mampu dlaksanakan sbgi pilihan permulaan sekiranya PR memerintah dan Anwar mengumumkan utk bertanding dlm msa terdekat…Hujah Shabery bnyk yg mmbantah hujahnya sendri dn bnyk kpd serangn peribadi kpd DSAI..Hujah Shabery tidak mnjawab dan menyangkal logikal rancangn DSAI yg pratikal ttpi lebih berhujah kpd habisnya minyak dan tinggi nye inflasi negara lain wlupun harga minyak rendah. Anwar mmbalas dgn bersahaja gayanya dgn memberikan formula –minyak rendah inflasi tinggi, minyak naik inflasinya lg arr melampau naik sambil mmberikan maklumat terkini kajian berkenaan inflasidan menyatakan unjuran inflasi kerajaan tidak tepat dgn keadaan semasa, smbil beseloroh menyuruh Shabery membeli ikan dan sayur dpasar…Hujah Shabery yg mmberitahu beras kite lebih murah dr Thailand begitu menggelikan hati, org cter minyak die cter beras. Panel Shabery pun pelik kerna cube mengalihkan perhatian berkenaan IP bebas yg dikatanya tidak ade kaitan dgn gas dan gas ada kaitan dgn minyak, sungguh memalukan..isk3x..Secara ringkas debat tadi 1 DSAI 0 Shabery…Shabery letak jawatan arr!!!ringkas dr sy.Wsslm……
By fuzzy 1 on Jul 16, 2008 | Reply
bukan stakat Shabery je kne letak jawatan…..tu wakil dia org kuat universiti tu yg jadi wakil dia tu ptt letak jawatan gak..kelulusan dan jawatan je tinggi tp bod*h..bg soklan ntah pape ntah…..xde kualiti lngsng…..
By Wan kEKWA on Jul 16, 2008 | Reply
Terkedu Ahabery kne jwpn Anwar. Balik balik Shabery ckp psl nk mintak lebih dr PETRONAS..padahal kite ckp psl x nak membazir duit yg PETRONAS dh bagi kat kerajaan daaa…
By dr J***** on Jul 16, 2008 | Reply
aku nmpk Shabery bnyk lari arrr….inilah masalahnye ble berdebat dgn fakta..bg aku, segala hujah Shabery, lebih kpd serangan peribadi…cuma aku harapkan..golongn totok umno bn sedar arr……adoyai..itu pn x phm2
By malaysian news on Jul 16, 2008 | Reply
wlupun sprti yg djangka shabery mngmbil langkah serangan peribadi, tapi anwar dgn bijak telah mengenepikan segala emosi dlm dan mengambil langkah utk tidak menjawab balik serangan peribadi, perbuatan ini dpuji demi mnjaga keharmonian dan matlamat debat itu, kalaulah mahu djawab serangan peribadi, pasti shabery akn tunggang langgang kerna anwar bukan calang2 pemidato, juga debat akn lari dr topik….namun ini adalah langkah baik dan harus dtruskan dr semasa ke semasa , bukan hanya meraih populariti waktu bn sedang mengalamai kemerosotan =)
By hayati kandungan ni on Jul 17, 2008 | Reply
Saya ucap syabas kpd Agenda Daily kerna berjaya menganjurkan debat hari ini, juga sekalung penghargaan buat saudara Datuk Johan Jaafar selaku moderator serta Datuk Shabery Cheek. Tidak lupa juga ucapan tahniah buat pihak Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) kerna kesediaan menyediakan ruang utk perdebatan td.
Saya terkejut taktala tiba d bangunan DBP kerna terdpt polis dan pasukan pencegah rusuhan. Saya sedikit hiba melihat mereka terpaksa bertugas sehingga lewat malam demi menutup pembohongan yg dcipta oleh para penguasa yg rakus dan tamak.
Debat ttp berlngsng ketika sy mgkn ditahan oleh pihak polis bila2 masa shj. Sudah tentu sy merasakan tekanan yg berat akn ttpi ini pluang terbaik sy utk menympaikn mesej kpd rakyat MLYSIA bahawa adlh tidak mustahil utk menurunkan harga minyak!
Mekanisme yg kite tawarkan ternyata bukanlah satu yg mustahil sbnrnya:
1. Utk menurunkan harga petrol sebanyk 50 sen kita hanya memerlukan tambahan RM5 billion shja ke ats subsidi yg telahpun dperuntukan oleh kerajaan bg tahun ini.
2. Kita mmpunyai maklumat bahawa Tenaga Nasional Berhad(TNB) mempunyai “excess capacity yg melebihi 1000 MW. Ini adalah bekalan simpanan yg tidak dgunakan. Ia boleh kita turunkan dan akn menjimatkan kos kpd TNB dan juga mengurangkan penggunaan bahan bakar utk menjana elektrik. Penjimatan kos TNB ini memungkinkan kita menyemak kembali tarif elektrik. Pengurangan penggunaan bahan bakar pula membolehkan kita menyalurkan subsidi bahan bakar yg dperuntukkan utk syarikat penjana kuasa bebas(IPP) bg menjana elektrik kpd subsidi minyak rakyat jelata.
3. Pembanterasan korupsi dan rasuah juga memastikan tiada lg ketirisan berlaku. (Morgan Stanley menunjukkan RM330 bilion(USD90 bilion) telah lesap kerna amalan rasuah yg berleluasa).
Pendirian pakatan Rakyat adalah jelas iaitu sebuah kerajaan yg bertanggunjwb adalah sebuah kerajaan yg cuba sedaya upaya utk meringankan beban rakyat seluruhnya. Negara kita berhadapan dgn kadar inflasi yg tinggi akibat kenaikkan harga minyak secara mendadak. ini menyebabkan pertumbuhan ekonomi merencat sekaligus menyusahkan rakyat kerna harga barang seperti gula,tepung ,minyak masak dan beras naik.
oleh itu, kita berpendapat sgt penting utk menurunkan harga minyak agar tidak membebankan rakyat terbanyak. Pendirian kita jelas iaitu korupsi harus dperangi, ketelusan harus mnjadi amalan dan ketirisan wajib segera dibaiki!
By 2 thumbs up for Shabery Cheek on Jul 17, 2008 | Reply
Sesungguhnya keberanian yang ditunjukkan oleh Menteri Penerangn Malaysia adalah wajar mendapat pujian. Hujah-hujah yang diberikannya lebih kepada fakta dan bukannya berdasarkan tuduhan semata-semata seperti yang di canang oleh Anwar Ibrahim. Tuduhan Anwar mengatakan yang kenaikan harga minyak negara adalah langkah yg diambil kerajaan kerana berlaku byk ketirisan dan kebocoran dalam pentadbiran negara. Seolah-olah dia menidakkan yang harga pasaran global minyak adlh meningkat sngt tinggi ke stu thp yang menakutkan.Sememangnya DSC tidaklah sempurna dlm perdebatan tersebut krn tdpt beberapa fakta yg diterangkan hny scr ringkas. Mungkin kerana kesuntukan masa. Ada kelemahan dr segi DSC yang mngkn boleh diperbaiki lg. 2 thumps up ats kebranian nya bersemuka dgn Anwar yg sememangnya hebat dan pndai berckp, namun tumpas krn tiada lngkh konkrit yg diberikan olehnya.
Betulkah Datuk Shabery Cheek menggunakan serangan peribadi seperti yang dicanangkan oleh sesetengah pihak?
Jikalah benar DSC menggunakan serangan peribadi terhadap Anwar,mngp tdk dibongkarkn shj ttg akuan bersumpah oleh Timbln Gabenor Bank Negara pd ms Anwar msh lg mnjd Timbalan Perdana Menteri bhw aset Anwar bernilai 3 biliion.Namun,akuan bersumpah trsebut tlh ditarik blk dn pada mse itu beliau msh lg dlm kerajaan.Itu barulah disifatkan peribadi.Dan itu ada kaitan juga dgn ketirisan dan kebocoran yang ingin diatasi oleh Anwar jika dia memerintah. Dan juga kenapa tdk shj DSC memalukan Anwar dgn kes liwat yg dihadapinya?Bukankah itu lebih bersifat peribadi?
Tetapi apa yang ditekankan oleh DSC adlh ntk mnnjukkan kredibiliti bhw dasar yg diambil kerajaan adlh skrng brd pada landasan yang benar ntk memajukan negara. Hujahnya ke atas Anwar bhw Anwarlah yg menggerakkan reformasi pd 1974 mnntg cdgn Tun Razak ntk mnubuhkan Petronas, adlh ntk menguatkan lagi bukti bahawa Anwar bknlah seorang pejuang sebenar rakyat krn dia hnylah mengambil kesempatan drpd kesempitan rakyat ntuk mencapai cita-cita nya mnjd PM.Jika reformasi nya berjaya pada masa itu, sudah tentu Petronas yang kononnya disanjung oleh DSAI xkn wujud. Negara papa kedana.Dan sdh tentu itu adlh bukti yg benar dan bukanlah hny tuduhan seperti yang dilemparkan oleh Anwar krn dia tdk berckp brdsrkn sejarah dn fakta. Langkah popular Awar dahulu pn ingin mndptkn bantuan IMF, beerti campur tgn asing dlm negara kite seolah-olah Anwar lupa yg kejatuhan sejarah penjajahan Tanah Melayu dahulu pn adlh krn ketamakn pembesar pada masa itu untuk medapatkn bantuan/nasihat drpd British atau pn kuasa luar. Itulah yg cuba ditekankan oleh DSC. Langkah populis Anwar hnylah ntuk menang pilihanraya, bknlah berjuang sbnr ntuk kepentingan rakyat, malah membawa kehancuran terhadap negara dgn mengambil kesempatan dr keperitan rakyat Malaysia. Krisis kenaikan harga barang makanan dan harga minyak adalah isu GLOBAL, bukanlah isu terpencil yg berlaku di Malaysia krn byknye berlaku ketirisan seperti yg didakwa Anwar.
Di bawah adalah sedikit ulasan dr seorang blogger ttg debat semalam, untuk dikongsi bersama :
Yang menjadi tumpuan adalah serangan bersifat peribadi Shabery Cheek. Isu ini banyak dibangkitkan di alam siber sebagai sesuatu yang tidak profesional. Penulis bersetuju, tetapi mungkin sebabnya adalah premis hujah Anwar sendiri bersifat peribadi, yakni menyalahkan rasuah dan kebolehan kerajaan Barisan sebagai punca harga minyak naik.
Bukankah menyebut sejarah Perwaja, MAS juga mengungkit kisah lampau?
Penulis menganggap bahawa anjuran debat itu satu sukses, tetapi debat itu sendiri tidak sukses kerana menyimpang daripada isu-isu utama yang seharusnya dibangkitkan.
Tajuknya amat mudah – Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak. Sebagai bekas wakil universiti dalam pertandingan moot antarabangsa, penulis berpendapat bahawa mana-mana pihak harus bermula dengan mengkaji premis tajuk perdebatan.
Dari Debat ke Debat (Agenda Daily)
Persoalan pertama yang harus dianalisa adalah – adakah penurunan harga minyak sesuatu yang mustahil dilakukan kerajaan? Tidak sama sekali. Malah kerajaan, kalau diikutkan fokus kepada harga minyak sahaja, boleh rendahkan sehingga ke tahap sebelum PRU 12!
Datuk Shabery harus menyedari hakikat ini. Jika beliau mengakui hakikat ini, maka persoalan seterusnya yang harus dipertimbangkan adalah bagaimana. Seribu satu jawapan boleh diberikan DS Anwar. Dengan menghentikan Program Khidmat Negara sahaja sudah menyelamatkan RM500 JUTA setahun.
Jadi jelas dari awal lagi bahawa menurunkan harga minyak itu bukan sesuatu yang mustahil, dan pasti ada cara untuk melakukannya. Dengan mengakui dua hakikat ini, Datuk Shabery boleh memfokuskan kepada persoalan sebenar – haruskah rakyat terus disogok dengan harga minyak palsu? Apakah yang harus dikorbankan demi menjaga cara hidup pembaziran oleh rakyat jelata? Sampai bilakah kita harus bersenang lenang dalam alam maya ciptaan harga minyak yang rendah? Adakah harga minyak dan tenaga yang rendah penyumbang kepada pendapatan purata yang rendah?
Berdasarkan premis sebegini, penulis ingin mencuba menjawab beberapa isu dibangkitkan DS Anwar Ibrahim.
Menurunkan Kapasiti Simpanan TNB Daripada 40% kepada 20%, kerana IPP banyak keuntungan.
Ya, kerajaan mengakui bahawa IPP kini merekod keuntungan yang berlebihan. Kerajaan sudah mula mengambil langkah awal yakni mengenakan cukai lebihan ke atas IPP-IPP. Dengan ini dijangkakan lebih RM 600 juta akan diperolehi tahun ini.
Kerajaan juga dalam proses menilai kontrak-kontrak IPP. DS harus sedar bahawa kontrak-kontrak dengan IPP, yang termeterai sewaktu DS bertindak sebagai Menteri Kewangan, adalah kontrak yang sah.
Maka proses untuk menilai semula kontrak tersebut memakan masa. Kerajaan harus bertindak secara berhati-hati, kerana akujanji kerajaan terhadap sektor korporat akan dinilai bukan sahaja oleh pelabur dalam negeri tetapi juga luar negara. Jika kerajaan terus mengabaikan komitmen terhadap sektor korporat, maka di masa hadapan akan berlaku ketidak percayaan terhadap kata-kata kerajaan.
Mungkin DS tidak sedar bahawa dengan menurunkan kapasiti berlebihan, simpanan dari segi kewangan akan sampai ke Tenaga Nasional, dan bukan terus kepada kerajaan. Persoalan seterusnya adalah – bagaimana hendak menurunkan kapasiti simpanan? Siapakah yang akan mendapat kesan daripada penurunan kapasiti ini? Apakah implikasi sampingan daripada penurunan kapasiti? Adakah ianya langkah sementara sahaja? Ini harus dihuraikan dengan lebih lanjut oleh DS.
Tetapi penulis sebenarnya terkejut dengan cadangan DS untuk turunkan harga minyak hanya sebanyak 50 sen. Pada harga RM 2.20, ianya tetap satu peningkatan sebanyak 0.30. Tetapi bukankah DS pernah berjanji bahawa kalau Pakatan Rakyat menjadi kerajaan pada PRU 12, harga minyak bukan setakat kekal 1.92, malah turun ke paras 90-an? Jadi dengan meletakkan RM 2.20 sebagai langkah awal, DS telah mengakui bahawa harga minyak harus naik, dan jika Pakatan Rakyat menang PRU 12, ada kemungkinan harga minyak tetap akan naik dari paras 1.92!
Rasuah, Penyelewangan dan Ketidakcekapan Punca Harga Minyak Naik
Di sini penulis bersetuju dengan hujah Shabery. Pada pendapat penulis, kalau masalah harga minyak naik di Malaysia sahaja, maka boleh dikatakan faktor rasuah dan ketidakcekapan puncanya.
Tetapi masalah ini masalah global, dan adakah kerana harga minyak naik di negara-negara lain, setiap parti pembangkang harus mengambil alih kuasa dari kerajaan pemerintah di negara-negara tersebut?
Tidak perlu DS mengungkit bailout-bailout lama seperti MAS dan Perwaja. Umum diketahui bahawa masalah kewangan dan ketidakcekapan yang melanda syarikat GLCs bermula sejak zaman DS berada di dalam kerajaan. Di bawah pemerintahan Barisan sekarang, dan langkah modernisasi yang dimulakan sejak beberapa tahun lalu, GLCs telah menunjukkan peningkatan prestasi yang amat baik.
Jadi untuk menyalahkan kerajaan Barisan Nasional sekarang, atas beberapa kesilapan yang berlaku pada waktu DS berada dalam kerajaan dahulu, adalah tidak betul. Ya, masih banyak yang boleh dilakukan untuk mengurangkan pembaziran, dan kerajaan sentiasa berwaspada untuk mengekalkan kos pada tahap yang rendah. Ini adalah satu proses yang berterusan dan memakan masa yang lama.
Kerana itu penulis khuatir penurunan harga minyak, yakni memotong perbelanjaan lain untuk subsidi, seperti disarankan DS, hanya bersifat sementara.
Di Venezuela dan Iran, harga minyak rendah, inflasi tinggi. Di Malaysia, harga minyak tinggi, inflasi pun tinggi.
Pada pendapat penulis, adalah satu kesilapan menggunakan Venezuela dan Iran sebagai perbandingan kerana embargo perdagangan yang dikenakan ke atas mereka. TETAPI harus diingatkan juga bahawa Pakatan Rakyat telah menggunakan negara-negara ini sebagai perbandingan di dalam hujah-hujah mereka, malah dijadikan sandaran dalam hujah-hujah di Internet. Datuk Shabery seharusnya lebih peka terhadap perkara ini dan menggunakannya dalam hujah balas.
Inflasi boleh disebabkan beberapa faktor. Biasanya adalah kerana permintaan meningkat. Tetapi ianya juga boleh disebabkan kerana harga kos bahan mentah meningkat tanpa peningkatan penggunaan domestik. Betul kenaikan harga minyak akan membawa kesan kepada kadar inflasi. Ini harus diakui.
Tetapi pada masa yang sama harga kos bahan-bahan lain, seperti bahan pembinaan dan bahan makanan asas, telah meningkat sejak awal tahun walaupun harga minyak dikekalkan. Apabila kesemua bahan mentah ini meningkat kos secara mendadak, maka inflasi akan berlaku walaupun permintaan domestik tidak bertambah.
Jadi kerajaan harus membuat pilihan, sama ada untuk menggunakan dana yang sedia ada untuk mengekalkan harga makanan kepada paras yang masih boleh diterima, untuk mengekalkan projek-projek infrastruktur yang kosnya semakin bertambah atau untuk mengekalkan cara hidup rakyat.
Selepas pertimbangan, adalah jelas bahawa kos infrastruktur dan kos makanan harus ditampung kerana ianya memberi kesan kepada rakyat secara amnya. Harga minyak juga begitu, tetapi subsidi bulat-bulat juga akan membawa faedah kepada mereka yang sudah berpendapatan tinggi.
Adalah wajar untuk menarik subsidi bulat-bulat, dan kemudian mengembalikan dana yang berjaya disimpan kepada mereka yang betul-betul memerlukannya. Itulah yang dilakukan kerajaan melalui langkah awal rebate yang diberikan. Malangnya, harga minyak terus meningkat sehingga apa-apa penjimatan yang dirancang, semakin berkurangan!
Petronas Terus Menjumpai Sumber Minyak Baru, Minyak Tidak Akan Habis Pada 2015
Soalan Datuk Shabery seharusnya lebih lengkap. Tidak perlu menyebut tarikh. Timbulkan sahaja persoalan JIKA minyak akhirnya habis, dan ini adalah satu kepastian saintifik, bagaimanakah kerajaan PR kemudian akan menampung jumlah subsidi yang besar setelah bertahun-tahun memberikan rakyat subsidi sedangkan harga minyak dunia terus meningkat? Atau adakah DS juga memperlekehkan hakikat bahawa satu hari nanti, minyak akan habis?
Jika betul harga minyak sudah mencapai satu paras tinggi dan akan turun selepas ini, maka Alhamdulillah! Harga minyak sekarang patut terus dikekalkan, tetapi penjimatan berlipat ganda hasil penurunan harga minyak dunia akan disalurkan semula kepada mereka yang berpendapatan rendah dan industri-industri kritikal. Dalam jangka masa panjang, sistem ini akan melahirkan ekonomi yang lebih efisyen dan praktikal, daripada terus mengurangkan harga minyak bulat-bulat.
Kenapa perlu kerajaan membayar kos kepada pengeluar luar negara yang mengawal 60% pasaran runcit domestik? Kenapa perlu kerajaan terus menampung kehidupan mewah 20% rakyat Malaysia yang mampu membayar minyak pada harga pasaran?
Bukankah lebih elok kalau harga minyak di pasaran dikekalkan atau subsidi terus dikurangkan, sementara sebarang penjimatan diberikan kepada rakyat melalui sistem rebate, kupon atau disalurkan terus ke EPF. Mekanisme-mekanisme ini harus dipertimbangkan sebelum implementasi, tetapi penulis percaya kalau ada cadangan komprehensif dan realistik, bukannya sekadar kurangkan belanja untuk tambah subsidi, sudah tentu akan kami pertimbangkan!
DS Hadir di Debat ini Untuk Berkongsi Ide, Kerajaan Harus Lebih Terbuka dengan Ide
Pendirian ini diutarakan sebagai jawapan kepada soalan moderator Johan Jaafar – kenapa perlu ambil alih kerajaan, kenapa tidak berkongsi ide?
Jawapan DS Anwar sebenarnya bersifat sekarang, masa kini, sedangkan topik perdebatan bersifat masa depan atau hipothetical. Tetapi, tidak mengapa, kerana walaupun bersifat sekarang, jawapan beliau menimbulkan persoalan.
Adakah dengan Debat sahaja ide ini boleh dikongsi? Kenapakah cadangan kurangkan kapasiti tenaga tidak diutarakan sebelum ini dalam mana-mana forum, ceramah dan wawancara? Kenapa tidak dinaikkan di Parlimen oleh wakil Pakatan Rakyat? Jika DS benar-benar jujur ingin membantu, sudah tentu DS boleh sampaikan kertas kerja kepada pihak yang berkenaan.
Media-media di Internet bebas untuk mengutarakan strategi dan ide DS. Tetapi setiap kali disoal bagaimana, DS hanya ingin berdalih. Adakah benar DS telus untuk berkongsi ide, atau adakah ide itu datang hanya kerana debat ini? Kalau debat ini tidak dilaksanakan, maka rakyat Malaysia terus tidak akan berpeluang mendengar cadangan DS, sehinggalah mereka memberontak dan melantik DS menjadi PM. Adilkah rakyat dipermainkan sedemikian?
By nisa on Jul 17, 2008 | Reply
tahniah bg FG kerana tlh mengwarkan isu2 semasa br2 nie..
sgt menarik dan hangat utk dibincngkan…=)
kite tggu kesan nye 2 3bulan akan dtg..
mgkn juga dalam tempoh bbrp thn dr skrg..
ape yg akan berlaku..?
stp individu patt memikirkannye..~~
By chabery chikus on Jul 17, 2008 | Reply
alamwalker org kerajaan. boley blah.
By EDiG on Jul 22, 2008 | Reply
hmm..
salam.. sy x la sokong mne2 pihak, tp brkenaan hrga mnyak. sprti yg sumer taw, 1 dnia mngalami pningkatan hrga mnyak.. n ni bole dkire masalah global. so, x hairan la hrga mnyak mlaysia bole mningkat. so, x spatutnye, in my opinion la, untk mmprtikaikn soal2 hrga mnyak ni. ini untk mnstabilkn ekonomi mlaysia gak. n skali gus mngajar kte supaya brjimat cermat. look at the bright side k.. peace~
By bantingboy on Jul 23, 2008 | Reply
ntah. rasa bosan pun ada. Sebab still takde solution gak.
By wow power leveling on Aug 1, 2009 | Reply
Looks like your question thing at the end of the post worked. Also not having to sign in is nice too. Good job. Nice list. Thanks.