Post hari ini saya akan “keep it short and sweet” (Banyak perlu di hafal dan latihan perlu di ulang)

- Exam
Setiap hari, kalender di meja saya menunjukkan bilangan hari yang berkurang sebelum bermulanya final exam.?Memang tidak dinafikan, final exam kali ini cukup berlainan. Perasaan dan semangat yang kadang-kadang turun naik (untuk belajar) sedikit sebanyak menyebabkan focus lari dan matlamat kurang tercapai.
Setelah di renung dan muhasabah diri, hanya dua sahaja belenggu yang menyebabkan semangat berkurangan; Nafsu dan syaitan.
Ini adalah dua pengkhianat yang selalu cuba untuk menyingkirkan dan mengubah impian seseorang untuk berjaya terhenti di tengah jalan. Tidak tertahan rasanya tanggungan jihad melawan ke dua belenggu ini. Kadang – kala begitu, dan kadang kala begini di perlaku.Seolah olah mereka bersuka ria melihat kita kalah, dan kita pula ikutkan sahaja ‘nasihat’ mereka.
“Sudah-sudah lah tu, KAU TAK AKAN BERJAYA MERACUNI AKU! “
Itu kata hati yang sentiasa bermain di fikiran setiap kali nafsu dan syaitan menerjah masuk. Istighfar dan zikir saya yakin boleh melawan setiap godaan dan pelawaan mereka. Sekali terjerumus, pasti susah mahu kembali ke pangkal jalan!
Bukan sahaja pass, tapi untuk mengejar 4.0
Perkara ini bukan sahaja berlaku pada diri, tatapi sentiasa dan keep on happening kepada semua kita. Memang sejak di lahirkan kita ada sifat nafsu dan syaitan yang menemani. Tetapi persoalannya adalah, adakah kita mampu untuk melawannya?
Pernah seorang sahabat bercerita kepada saya;
Sahabat nabi, apabila nafsu dan syaitan cuba meresap dalam diri, mereka akan berjihad melawan sekeras mungkin. Jika tak tertanggung, cara yang digunakan adalah, mereka pergi ke padang pasir yang panas, buka baju. ” Nah, rasakan nafsu! Panas ini panas dunia”
Doakan kejayaan saya untuk menempuh final exam (17 november – 24 november 2009)
Selepas ini hanya tinggal satu lagi semesta sebelum bergelar graduan. InsyaALLAH
Assalamualaikum

{ 4 comments… read them below or add one }
Assalamualaikum Tuan Rumah.
Teringat satu kata-kata dari seorang yang hebat.
Semakin tinggi pohon semakin terdedah pada tiupan angin yang kencang.
semakin tinggi impian, semakin tinggi cabarannya.
Namun……….
Jadilah seperti helang, apabila hujan mula turun, sang helang akan terbang lebih tinggi melepasi awan hujan itu.
Jadilah seperti inai, semakin “dilanyak” semakin menyala merahnya!!!!
Salam ceria & inspirasi
Assalmualaikum
Fahdi..selamat menduduki peperiksaan. All The Best To U My Fren.
ASSALAAMU’ALAIKUM..
KEPADA SAHABATKU… SAMBUTLAH UCAPAN DARIKU. SERANGKAI KATA PENGGANTI DIRI. UNTUK MENYAMBUT HARI PERTEMUAN YANG BESAR. JARI SEPULUH KU SUSUN JUGA. AGAR KESALAHAN DIAMPUN SEMUA. TANDA IKHLAS PERSAHABATAN KITA.
SALAM DUNIA, SALAM SEMUA, SALAM HARI RAYA EIDUL ADHA DAN SALAM PERPISAHAN “BERJARAK” DARI SAYA DI BANGI, MALAYSIA.
Fahdi: Akak doakan Fahdi berjaya dalam pperiksaan yang sedang ditempuhi dan juga setiap ujian yang dihadapi dalam mengharungi kehidupan di dunia ini. Doakan akak juga berjaya. Kita serupa.
-SITI FATIMAH AHMAD-
kena keep it short bro, kejap je dapat blog pastu kena study balik kan. heheh. all the best bro, tak lama lagi habis paper, full throttle la internet marketing kan.
blogging for fun, people & information
syedakmal
wwwsyedakmalcom