Akhirnya windows 7 dilancarkan di Malaysia!
Alhamdulillah, setelah sekian lama penantian dan setelah di sogokkan dengan pelbagai iklan, sneak peak, penulisan di blog-blog akan kehebatan windows 7, semuanya terjawab dengan pelancaran windows 7 di malaysia.
Saya sendiri secara terus terang , sangat teruja dengan berita ini. Walaupun saya tidak terlalu ambil tahu dan tidak ambil kisah mengenai OS (Operating system) sebelum ini, windows 7 telah membuka lembaran baru dalam kembara mencari ilmu dalam komputer. Hampir setiap hari saya mencari info dan “membelek-belek” blog yang menceritakan mengenai kehebatan wiondows 7. Sungguh hebat! Malah ia adalah “way beyond my initial expectation” .
Kenapa teruja? Sebenarnya saya baru sahaja bertukar ke windows vista beberapa bulan yang lalu. Kecewa dengan performance yang diberikan, terlalu banyak limitation dan ketidakcukupan dalam operasi sistem windows ini. Kebanyakan software tidak ‘compatible’ dan kebanyakan aplikasi tidak terlalu baru dari XP. Cuma GUI (User Interface) sahaja yang sedikit lain.
Apakah super kelainan yang dibawa oleh windows 7? kelainan yang paling ketara bagi version window terbaru ini adalah dari segi kepantasannya, lebih ringann dan stable daripada vista. User interfacenya juga, menarik!
Berikut adalah senarai harga Windows 7 di malaysia (ia mengikut kadar tukaran wang asing);
- Windows 7 Ultimate -RM648.00
- Windows 7 Professional – RM 478.00
- Windows 7 Home Premium – RM368.00
- Windows 7 Starter – RM 148.00
Antara features lain yang terdapat di windows 7 adalah ia tidak alah pada virus! Dengan kata lainnya, ia amat selamat dan dapat menghindarkan computer anda daripada terkena virus. ” Say bye-bye to Kaspersky lah lepas ini”
InsyaALLAH, saya akan update lagi selepas saya bertukar ke windows 7. Mungkin dalam 2,3 hari lagi jika tidak ada masalah dan jika ada masa untuk formate computer. Sebelum berundur, saya sediakan satu video (windows 7) untuk tontonan semua


{ 2 comments… read them below or add one }
Eum, mmg tertrik dgn windows 7 ni..
terbukti dah, mmg best…
sbb roomate dh pakai…
p/s: lepas exam, format la nmpknye pc ku~
Nash,
Betul2 nash. Memang
x sabar nk bertukar kepada windows 7 ni
Tiap tiap hari dok lihat screen shot dier sahaja
X dapat nk merasai kehebaatan win 7 ni
Kadang-kadang nk formate takut hilang benda penting.
Kena ambil masa sikit untuk back up semua