Pengertian Aidiladha
Assalamualaikum dan salam sejahtera !
Salam aidiladha daripada saya kepada semua pembaca fahdighazali.com.

kaabah
Maaf agak terlewat. Internet di kampung saya mengalami masalah sejak beberapa hari yang lalu. Setelah di selidiki, rupanya streamyx dalam process upgrading. (ni nk kene potong ni
)
Aidiladha sememangnya membawa makna yang tersendiri. Ya, ramai dari kita tahu, aidil adha di sambut untuk merayakan atau memperingati pengorbanan yang telah di buat oleh nabi ALLAH Ibrahim dan juga Ismail dalam peristiwa sembelihan di zaman baginda.
Dalam sirah nabi, di ceritakan bahawa nabi Ibrahim mempunyai seorang putera yang sangat di kasihi, Ismail. Tetapi, cinta Nabi Ibrahim kepada Ismail tidak lama selepas ALLAH swt memerintahkan Ibrahim menyembelih Ismail melalui mimpi yang di terima. Antara percaya dan tidak, Nabi ALLAH Ibrahim menangis mengenangkan apa yang bakal di lakukan kepada anak kesayangan baginda. Di mintanya kepada ALLAH supaya di hadirkan sekali lagi mimpi itu jika mimpi itu benar suruhan dan perintah ALLAH. Maha Kuasa ALLAH, mimpi itu hadir sekali lagi!
Setelah di beritahu oleh Nabi Ibrahim akan hasrat hatinya kepada Nabi Ismail, Ismail dengan sabar dan tenang mengiyakan perintah ALLAH. Namun, untuk membalas ketaatan nabinya, ALLAH telah menukar nabi Ismail dengan seekor kibas.
Pembaca sekali, pernahkah kita fikirkan secara mendalam apakah maksud yang cuba di sampaikan oleh ALLAH dalam peristiwa yang menimpa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail? Kita mungkin hanya selalu mendengar akan sirah ini, tetapi adakah kita mengambil iktibar dan fahami apakah maksud tersirat di sebalik cerita ini?
Kenapa ALLAH memerintahkan Ibrahim menyembelih anaknya Ismail? Bukankah ALLAH itu maha pengasih lagi penyayang?
Sebenarnya, Allah memerintahkan Ibrahim supaya MENYEMBELIH CINTA PADA DUNIA! membunuh dan membuang jauh segala belenggu dunia yang menyaluti hati dan ingat bahawa cinta yang sepatutnya adalah padaNYA! Itu yang sebenarnya yang cuba di sampaikan ALLAH. Buang cinta kepada dunia dan pupuklah cinta pada yang ESA.

kaabah2
Fikir-fikirkan dan selamat beramal
p/s: saya sudah menyiapkan fasa pertama projek. InsyaALLAH bakal di lancarkan pada bulan depan.InsyaALLAH














Fahdi, bila bercerita pasal pengorbanan terlalu banyak untuk dihuraikan di sini. Tetapi sehebat mana pengorbanan kita tidak akan mampu mengatasi pengorbanan para Rasul yang kita sayangi. Mereka memberikan kita panduan untuk hidup di jalan yang benar dan tepat. Cuma kita manusia yang lemah ini selalu melupakan perjuangan dan pengorbanan mereka. Selamat Hari Raya Aidiladha Fahdi. Insya Allah kita jadi sahabat nanti.
p/s Kalau tak keberatan kita tukar link kat blog ok? Maaf tak sempat jumpa, cuti singkat sangat.
Assalamualaikum along!
Benar.. saya tak nafikan. Kadang-kadang kita lupa pada nabi dan rasul kita yang berjuang suapaya kita sendiri dapat menikmati indahnya islam sekarang. Kita sebenarnya islam pada keturunan, sebab itu kurang menghayati. Saya sendiri akuinya. Kadang kadang iman turun, kadang-kadang naik. Tapi apa yang penting, langkah kita untuk terus kekalkan momentum perlu ada.
boleh along, boleh. Tidak ada masalah. saya akan letakkan link blog along di blog ini.Jangan risau
p/s: kecewa juga tidak dapat bertemu bakal trainer fahdi&associates kita! tak mengapalah. Mungkin satu hari nanti. InsyaALLAH