Random header image... Refresh for more!

Siapa Kata Melayu Melayu Mudah Lupa?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!

wah, tajuk blog yang kontroversi! panas-panas….

“melayu mudah lupa”

itu ungkapan bekas perdana menteri kita yang kita sanjungi, Tun Mahathir Mohamad. Satu ungkapan yang sinonim ditujukan kepada bangsa Melayu di malaysia. 

sememangnya, di malaysia khususnya, kebanyakan bisness dan perniagaan, dipelopori oleh kaum cina dan hanya segelintir orang melayu yang mempunyai kesedaran untuk melakukannya. 

Apa yang FG nampak, kebanyakkan, suka dengan comfort zon yang mereka ada. Apa itu erti ‘comfort zon’? 

“alah.. x pelah. aku dah suka keje ni. makan, pakai cukup dah la. buat ape nk wat bisness-bisness ni?menyusahkan diri.penat nk mula. xpe-xpe, ajak orang lain”

ataupun…

“haha.. wat bisnes ape ni? aih, boleh ke maju bisness ni? macam tak ada orang nak beli je dari kau. baik kau stay je dengan keje sekarang. ok ape?”

sound familiar ayat-ayat diatas? :D (mungkin anda sendiri selalu menyebutnya)

yup, itu yang selalu di ucapkan oleh ‘orang-orang’ kita hal yang berkaitan dengan perniagaan terutamanya. ish..bila kita mahu maju kalau begini ceritanya?

Tapi, di sebalik melayu mudah lupa, saya nampak satu spirit yang segelintir melayu ada. ya, ‘spirit’ ini sukar diterjemah ke dalam bahasa atau karangan semata-mata. tetapi, ia memerlukan pemerhatian kepada alam sekeliling yang mana mampu mengajar kita erti sebenar senario yang berlaku. 

janganlah dijatuhkan hukum jika hanya setengah pihak sahaja yang bersifat ‘agak pelupa’. Sebaliknya, perhatikan kumpulan minoriti yang mampu untuk berjaya dan jadikan ia sebagai bench mark kita untuk mulakan apa yang telah kita ketinggalan. 

Saksi paling ‘exclusive’ untuk kita jadikan perantara bahawa bangsa melayu sememangnya berkebolehan adalah syarikat malaysia yang kita banggakan. PETRONAS.

Saya bukan omong kosong. sejak saya mengikuti program praktikal ni petronas, saya dapat melihat satu suasana kerja orang-orang yang diaggap lemah dan ‘cepat nyanyuk’ ini.

Rupanya, ‘mereka’ adalah bangsa yang kuat . boleh dikatakan hampir 80% pekerja di tempat saya merupakan bangsa melayu. Engineer, kontraktor, pihak pengurusan,mereka bekerja, berfikir, dan menyelesaikan masalah selaku seorang yang professional dan bukan seperti yang kita slalu uangkapkan. Melayu mudah lupa…

masakan, jika tidak diusahakan dengan baik dan betul, PETRONAS tidak akan setanding dengan entiti konglemerat minyak dunia seperti sekarang. 

jadi, ayuh, marilah bangsa ku. keluar dari belenggu yang kita sendiri cipta sejak berpuluh tahun yang dulu. kita cuba lepaskan dan mulakan dengan langkah baru. jangan jadikan ia sebagai sisi gelap yang meranapkan seluruh perjuangan orang terdahulu dan yang paling penting anak cucu masa hadapan.

fahdi ghazali

yang sedang bangkit dari sisi gelap!

p/s: supervisor saya is a chinese women dan saya suka beliau. really hardworking! (and baik giler) plus, shes also a utp student sebelum ini. please give me 4 flat miss wee :D

Artikel lain untuk kepuasan anda

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel ini:
  • YahooMyWeb
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • Digg
  • Furl
  • del.icio.us
  • Live
  • NewsVine
  • Reddit
  • TailRank
  • Technorati
  • Smarking
  • Ma.gnolia

1 comment

1 Joe Paterno { 01.21.09 at 11:02 am }

Mahathir kata

Leave a Comment