Bila Kita Berusaha, Akan Ada Hasilnya…

by fahdi on December 23, 2009

Setiap yang kita usahakan dengan semangat dan tekad, pasti akan ada hasilnya…

Lumrah dalam memburu impian, ia sangat sinonim dengan sifat “perlunya berusaha” dan apabila bercakap mengenai hasil, ia adalah apa yang diharapkan daripada setiap usaha yang di garapkan.

perlumbaan f1

Jika hendak di jadikan satu anologi, usaha kita ibaratkan satu perlumbaan. Jika baik perancangan dari sudut teknikal (kereta dan support team) dan dengan pemandu yang cekap, pasti perlumbaan untuk mendapat tempat pertama di podium litar sepang tidak menjadi masalah. Tetapi jika salah satu pincang, samada kereta mahupun pemandu, tekanlah pedal minyak sekuat manapun, ia tidak berhasil “menjengah pentas utama”.

Usaha tidak dapat tidak, ia memerlukan seorang pemandu yang cekap (diri sendiri), perancangan team yang kukuh (perincian cara kerja untuk mencapai impian) dan kereta yang mantap (persiapkan diri dengan segala ilmu yang di perlukan). Barulah perjalanan akan selamat, dan halangan boleh di minimakan.

Sama seperti di dalam melakukan bisnes. Walau apa jua yang di lakukan, ia perlukan semua aspek itu. Bayangkan jika tidak di cukupkan semua kelengkapan, impian mungkin berhenti di tengah jalan.

Tidak usah risau akan tanggapan orang lain, lakukan sahaja dengan hati yang tekad dan usaha yang berterusan, ia akan membuahkan hasil. InsyaALLAH..

Dan inilah hasil selepas berusaha selama beberapa bulan

GDI leaderboard

GDI leaderboard

Alhamdulillah syukur..

Related Posts with Thumbnails

{ 9 comments… read them below or add one }

Nabieel December 23, 2009 at 4:08 pm

Tahniah Fahdi!

Teruskan usaha ini :)

PS : Gembira melihat kawan berjaya selepas hampir putus asa :p

Reply

alqaswa December 23, 2009 at 6:22 pm

salam awal muharram…
Tahniah abg nasir ucapkan di atas kejayaan adinda Fahdi..
Semuga menjadi pembakar semangat untuk terus maju dan maju
dalam bidang yang di ceburi…seumpama sebuah jet supersonic…semasa mau “take-off” di landasan berbagai rintangan dan gegaran terasa,bila dah terapung di udara terasa tenang dan rileks walaupun meter kelajuan sudah mencecah 700mc kelajuannya…SYABAS sekali lagi kekanda ucapkan…teruskan usaha dengan gigih dan akhir sekali jangan lupa kekanda di bawah sana..k
ketemu lagi Wassallam.alqaswa.

Reply

Pemburu Impian December 23, 2009 at 8:20 pm

Asalamualaikum Tuan Rumah,

Wah! Orang Pasir Putih berada di tangga ke 11 carta world class performer!

Tahniah! kerana berjaya membina keyakinan diri sebagaimana yang dinukilkan di bawah

“Tidak usah risau akan tanggapan orang lain, lakukan sahaja dengan hati yang tekad dan usaha yang berterusan, ia akan membuahkan hasil. InsyaALLAH..

Barangkali sedang mengintai tempat pertama pula…? Ehem..

Salam ceria & inspirasi

Assalamualaikum

Reply

ejump December 24, 2009 at 1:57 am

askm, jom join bosland…

http://www.bosland.com.my

click e-bosland

anda bijak… so.. lets do it… the best in the market now..

ejump.0122141862

tq

Reply

Syed Akmal December 24, 2009 at 3:49 pm

Tahniah bro. Happy lihat kejayaan saudara. Ni jadi penambah semangat nak berjaya. HEBAT!

Reply

Motivasi Kerja December 28, 2009 at 2:15 pm

Assalamualaikum. Seronok tengok orang berjaya. Tetapi saya masih baru bermula. Banyak yang kena belajar dari sifu.

Reply

zHee January 5, 2010 at 10:29 pm

very well done bohh..

Reply

DR Hafiz December 2, 2010 at 4:38 pm

Salam Fahdi, tahniah kerana anda telah menemui satu peluang dan terus ambil peluang itu. Teruskan usaha anda hingga berjaya.
Moga kita boleh jadi sahabat dalam bidang perniagaan walaupun berbeza wadah.

Salam persahabatan.

Reply

fahdi December 3, 2010 at 11:23 am

Salam Dr Hafiz. Terima kasih atas dorongan dan sokongan yang Dr berikan.

Tahniah kepada Dr juga kerana berkecimpung dalam bidang perniagaan. Tak ramai golongan professional seperti doktor ada kesedaran seperti ini. Teruskan usaha untuk memajukan ekonomi sendiri dan orang sekeliling. Semoga diberkati. InsyaALLAH

Salam perjuangan, salam persahabatan

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: