Harga minyak naik lagi! – RON95 RM1.80/liter

by fahdi on September 3, 2009

Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca fahdighazali.com!

Diharap anda semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera di bulan puasa ini. Almaklum sajalah, bulan ramadhan biasanya kita berhadapan dengan banyak dugaan dan cabaran. Dugaan dari segi hati, penglihatan, perbuatan dan sebagainya. Moga-moga kita semua mendapat manafaat daripadanya.

Harga minyak naik lagi!


Itu fakta sahih yang perlu kita terima. Jika dulu, kita menyahut dengan gembira pengumuman kerajaan untuk memperkenalkan minyak jenis RON95 bertujuan untuk menurunkan harga minyak ke tahap yang lebih rendah, tetapi sekarang kita terpaksa menarik nafas kecewa semula. Rupanya langkah ini masih ‘tidak berjaya’.

Sebelum dinaikkan pada 1 September yang lepas, harga RON95 adalah ?0.05sen lebih rendah daripada harga lama RON97 – Harga semasa RON97 adalah RM2.05 per liter. Bagi Shell V-Power, masih belum ada berita terbaru mengenainya. Tetapi, ada pendapat mengatakan ia akan di ‘buang’ sedikit demi sedikit dari stesen-stesen minyak shell kerana mungkin di sebabkan harganya yang terlampau mahal.

Saya percaya, ramai yang marah dengan hal ini. Sabar dahulu. Cuba kita kaji situasi sebenar dan cuba elakkan dari membuat spekulasi tidak bermoral dan menuduh sesiapa. Harga minyak biasanya berlandaskan harga semasa dunia. Pada masa sekarang, tidak hairan, kerana harga minyak dunia semasa adalah hampir US$72.75 per barrel yang mana meningkat lebih 20% daripada harga pada July 2009.

Faktor lain yang menyebabkan berlaku peningkatan harga adalah peningkatan ekonomi global ?(ekonomi dunia sedang pulih) dan juga penurunan nilai matawang US dollar- semakin rendah nilai USD, semakin banyak perlu di bayar untuk setiap barrel minyak.

Nasihat saya, jangan mudah melatah dan terima keadaan ini dengan sebaik mungkin. Apa yang penting, kita fikirkan bagaimana untuk meningkatkan potensi diri kita dan mendapat kecemerlangan dalam hidup (bukan bergaduh di sebabkan kepentingan orang lain. anda pahamkan maksud saya? :D )

Sekian.

Related Posts with Thumbnails

{ 4 comments… read them below or add one }

nuaryoung September 16, 2009 at 12:17 am

tak paham,sori, kalau pasal kerajaan amik duit rakyat saya tak paham. seriously.

Reply

fahdi September 16, 2009 at 6:34 am

xpe nuaryoung.

Lagi pun, ia bukan berkaitan dengan kerajaan ambil duit rakyat. Saya tidak fikir begitu. Harga minyak biasanya bergantung penuh dengan keadaan ekonomi dunia. Meaning, kalau ekonomi baik, elok, dan matawang US turun, harga minyak akan naik.

Jadi kita tak boleh salahkan sesiapa dalam hal ini. Kerajaan atau rakyat. Kerana ia hak dunia utk tentukan harga minyak :D

Reply

mat September 16, 2009 at 11:09 pm

apa kene mengena matawang US ngan minyak ? kurang paham la. pelik gak pasal apa venezuela / brunei bleh jual murah minyak dia ..

Reply

Motivasi Kerja September 26, 2009 at 5:47 pm

Minyak naik? Hadiah kerajaan selepas merdeka :)

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: